16 Tahun

Young Adult Series 3343

Disember 2004

Rambut belah tengah dengan rambut depan yang separas telinga. Elok terbentuk 'M' belahannya, menyembunyikan sebutir jerawat kecil yang cuba mencuri tumbuh sesuai dengan usia remajanya.

Senyum yang diukir bibir tipisnya menambahkan manis wajah yang sedia dihias dengan sepasang lesung pipit dalam.

Sebutir tahi lalat yang jelas hitamnya, terletak betul-betul di atas hujung hidungnya yang agak muncung menambahkan keunikan wajahnya.

Alis matanya tidak terlalu lebat. Sedang-sedang sahaja tetapi kelihatan kena dengan sepasang matanya yang tidak terlalu menonjol. Biasa-biasa sahaja.

"In!"

Tersentak, dia cuba mencari si pemilik suara dalam lautan manusia yang memenuhi ruang legar pusat beli-belah itu.

30 saat, matanya menangkap batang tubuh sahabat baiknya sedang berdiri dengan dahi yang berlapis empat kerutannya di sebelah eskalator ke tingkat satu, hanya sepelaung jauhnya dari dia.

Tangan diangkat agak tinggi, mengisyaratkan agar sahabatnya itu menunggu sebentar.

Yakin si sahabat faham dengan isyarat yang diberikan, pandangannya dilarikan kembali ke arah tempat berdirinya remaja lelaki tadi.

Tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience