jom kita bercakap pasal kawan,so kawan pertama saya ialah Balqis Arisha Najihah pada umur saya 3 tahun...pada hari kami berjumpa diriku adalah org yg menawar kan menjadi kawan kerana kami adalah jiran pada hari dia baru sewa rumah tersebut.kami berkawan tidaklah begitu lama dalam 3 tahun macam itu kerana saya perlu berpindah ke tempat lain atas urusan keluarga.saya sangat sedih begitu juga dia kerana kami banyak meluangkan masa bersama dan mencipta moment yg sangat lucu bersama-sama kami seperti bagai aur dengan tebing.
namun begitu saya merayu kepada ibuku untuk tidak berpindah ke rumah baru itu tapi malangnya ibuku berkata "adik dekat sana ade lagi ramai kawan so redho je la ye?"saya hanya mengangguk kerana dh tk leh buat ape.kawan ku menghadiahkan sekotak puzzle yg sangat besar!aku hanya mengambilnye dengan rase sedih kerana tidak DPT mainye dengan dia buat kali terakhir.
semasa aku berpindah,kawan pertama yg saya jumpa di tadika tersebut ialah Balqis Aleesya dia adalah anak yatim(ibunya tiada) dan juga DTG dari keluarga yg miskin...same juga macam sebelum ini diriku yg menawarkan untuk menjadi kawan kerana nampak dia keseorangan seperti org yg tiada kawan.
saya dan Balqis sangat rapat kami siap makan berkongsi tau!hehehhe...
Balqis selalunya akan memberirahu masalah yg dihadapinya kepada ku.aku hanya memberi semangat supaya tidak berputus asa,kdg² kami bergaduh tentang bende kecil,lama kelamaan kami rase sunyi dan minta maaf.dulu banyak kami buat bende jahat seperti mengumpat,tak siap keje sekolah dan lain-lain.uish dulu memang muka tak bersalah dh lh buat dosa kt org pastu tk minta maaf pulak tu;)
saya dan Balqis berkawan sehingga darjah 5 kerana pada suatu hari,kami solat di biliknya(asar)tiba² kami terbau asap dari dapur."wei kau bau tk bende tu?"tanya aku."haah la pe bende ni eh...WEH ADE API LA KT BLKG NI!TELEFON BAPAK AKU CEPAT!"jawap Balqis sambil berlari ke dapur untuk memeriksa kedatangan asap yg pelik tersebut.saya menelefon ayah beliau tapi tidak angkat akhirnya saya menelefon bomba(999) dan memberitahu alamat."ASSALAMUALAIKUM WBT,ADE KEBAKARAN DI RUMAH ***JALAN*****TAMN***** CEPAT API SEMAKIN MEMBARA NI!"ujar saya.
Balqis dan saya pergi menutup semua suis kipas lampu dan mencari kain tuala bagi menutup hidung.bomba sudah pon ade di luar...saya dengan pantas mengambil tangan sahabatku sambil menutup hidung dengan kain.Huf Huf Huf...saya berlari.selepas keluar saya lalu berkata"FIUH!nasib baik kite sempat keluar kn ba-"saya memusing kepala Balqis tiada.saya puas mencari dimana sahabatku yg ku pegang keluar tiba²...
saya terdengar suara dari luar rumah"tlg auni aku tersepit kat almari ni!" itu Balqis!saya terlihat sahabatku di dalam rumah tersebu dan api juga membara semakin besar.saya mencuba untuk menyelamatkan dia tetapi dihalang oleh bomba."saya Kene selamatkan dia!AWAK KENE BAGI SAYA LALU BO**" maki aku.bomba itu cuba menangkan ku yg daritadi maki bomba tu...kesian bomba tu jaga aku,aku rase kalo blh dia nk tampar aku sampe aku sedar diri yg aku buat tu blh bawak bunuh diri Astaghfirullah.
selepas api berjaya dipadamkan saya terus pecut masuk ke dalam untuk memeriksa sahabatku.alangkah terkejutnya melihat dia berlemuran darah dan kaki nye yg cedera parah.saya menangis dan memegangnya"mengucap Balqis mengucap!" kata saya.balqis berjaya mengucap sahingga habis tetapi sudah terlambat dia meninggal dunia pada masa itu juga.saya meminta maaf kepada keluargnya kerana tidak menjaga anaknya dengan baik."saya minta maaf ayah,saya tidak sedar bahawa anak encik terlepas daripada genggaman saya...."kata saya.
ayahnya hanya tersenyum dan menjawab"takpe,Allah dh pilih dia untuk kembali padanya kita hanya sedekahkan arwahnya Al-Fatihah supaya rohnya tenang di kuburnya".saya terkejut sebab ayahnya begitu tenang dan tidak marah dan tengking atas apa yg saya buat pada anaknya.saya selalu berkunjung di perkuburan nya pada hari jumaat bersama keluarganya bagi membaca yasin.
masuk darjah 6,saya hanya murid yg pendiam kerana trauma yg saya lalui.tiba² pertama kali dalam hidup saya ade org nk menawarkan dirinya untuk berkawan dengan saya yaitu faqihah seorang taekwondo tali pinggang merah satu(sekarang).saya hanya mengangguk kepadanya lalu dia membawa saya untuk berjumpa kawanya yaitu Hanna seorang murid pandai atau dikenali sebagai nerd.
saya makin lama makin menjadi diriku yg dulu semula.selepas beberapa hari kemudian,seorang murid baru bernama Sofea seorang pelukis anime(sekarang).
macam biasa saya akan mula menawarkan diriku untuk berkawan dan mengenali dia kepada dua kawanku.selepas kami berkawan lima bulan saya memperkenalkan kawan saya yg pertama masuk sekolah (darjah 1)yaitu Aina seorang babysitter atau pelajar PPKI yg menolong cg untuk mengawal semua murid PPKI.saya kdg² memberitahu Sofea kerana selepas tempoh hari dia akan lupa segala masalah saya yg didengarinya.kami sekawan sangat gembira.
pada suatu hari,faqihah berkata pada kami berempat "weh kite cam bestie la mulai daripada sekarang kita adalah bffe!"."bffe?" tanya Hanna."alaa,best friend forever and ever laaa ayoyo!"jawab faqihah.
"ye la girl kite cam bestie cam tu" ujar sofea.semua bersetuju dengan cadangan faqihah kecuali saya.saya tidak rase begitu kerana baru 1 tahun kami berkawan....kalo ikut mak saya sahabat atau bestie tu perlu cukup tiga tahun untuk menjadi...disitu kite blh nampak dia mane dia semasa kite susah dan di mane kite semasa dia susah.alasan lain saya tidak bersetuju kebanyakan "sahabat karib" saya banyak meninggalkan saya ketika mendapat kawan lain atau meninggal dunia sebab eksiden yg ditimpa padanya.
so saya ade trust issue tentangnya.walaupun saya tidak bersetuju,faqihah dan yg lain tidak menghiraukannya sebab kite ade pendapat masing² mereka hanya tersenyum dan akan menunjukkan bahawa mereka boleh dipercayai dan setia pada sesama sendiri.saya sangat bersyukur dengan sifat redho mereka,walaupun sikap saya yg memilih.masuk tingkatan 1 Aina dimasukkan dalam asrama manakala saya, faqihah Sofea di sekolah yg sama tapi Hanna di sekolah yg berbeza.
faqihah sangat suka tegur saya dimana mana jua.sofea pula suka berslay slay ape dia slay pun saya tak tahu.kamu masih berkawan sehinggalah ke hari ini
aduh tibe rase cringe
Share this novel