Nama aku Kinomoto Sakura. Aku tinggal di Taiwan. Aku belajar ( sekolah menengah tinggi ) sambil bekerja d kedai Hamburger.
* * *
"Hei, Sakura. Kau tak takut ke?" kata Daudouji Tomoyo, kawan baik Sakura. Tomoyo ni suka ambil berat dengan Sakura dan baik hati.
"Takut apa?"
"Kan sekolah kita ni tak benarkan pelajar belajar sambil bekerja!"
"Tak siapa akan tahu kalau kau tak bagitahu sesiapa," kata Sakura pada Tomoyo selamba. Sakura memeriksa begnya untuk mengambil buku jadual kerjanya. 'Alamak, mana buku jadual aku ni? Kalau jatuh dan orang buka, matilah aku!', katanya dalam hati. Sakura memeriksa begnya berkali-kali tetapi tidak menjumpai buku jadualnya.
"Kenapa tu, Sakura?"
"Buku jadual kerja aku hilanglah!"
"Camna boleh hilang?"
"Aku pun tak tahu. Kau tolong aku cari, boleh tak?"
"Tapikan, hari dah petang. Aku takutlah.." kata Tomoyo ketakutan.
"Kalau gitu, biar aku cari sendiri!" kata Sakura marah sambil berlari.
Tiba-tiba..
Buk!!!
"Aduh, sakitnya.." kata Sakura. "Maafkan saya. Saya tak sengaja."
"Tak mengapa," kata lelaki itu.
"Hah, awak Shaoran? Awak buat apa kat sini? Sorang-sorang pula tu."
"Saya di sini ni disebabkan awaklah." Selamba tapi tegas.
"Disebabkan saya?"
"Yalah. Saya cuma nak bagi buku awaklah," kata Shaoran terus berdiri. Sakura masih terduduk, memandang buku itu. Shaoran terus menoleh ke belakang, bersedia untuk pergi.
"Awak ada buka ke buku ni? Awak jangan bagitau orang lain, boleh tak? Saya.."
"Saya ni bukan orang yang suka menyibuk," kata Shaoran tanpa memandang Sakura.
"Terima kasih," kata Sakura lalu beredar. Sakura berlari-lari menuju ke tempat kerjanya, Hamburger Shop. Sakura cepat-cepat masuk dan menyalin pakaian seragam pelayannya.
* * *
Setelah habis kerja, Sakura menyapu sampah di luar kedai. Sakura berasa sangat gembira kerana dapat balik dengan James, tukang masak hamburger yang kacak. Tiba-tiba, dia ternampak Shaoran sedang berjalan-jalan. Lantas dia ke tempat Shaoran.
"Kenapa ni? Apasal ikut saya?" kata Shaoran kehairanan.
"Saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih sebab awak tak bagitahu orang lain pasal hal ni. Em, awak nak apa? Awak cakap je. Saya belanja."
"Apa-apa jelah."
"Kalau gitu, saya belanja awak makan."
"Tak mahu."
"Habis tu, awak nak apa?" kata Sakura tenang sambil menyapu sampah. Shaoran dengan selambanya memalingkan muka Sakura dan mengucup Sakura. Sakura tersentak, dengan cepat dia menolak Shaoran ke tepi. Kemudian, James muncul. Sakura kemudiannya berlari pergi.
"Sakura, awak nak pergi mana tu?!" jerit James tetapi Sakura tidak menghiraukan jeritan itu malah terus berlari balik ke rumah. Setelah sampai di rumah, Sakura terus masuk ke dalam bilik dan menghempaskan dirinya di atas tilam. Sakura kemudiannya mandi dan setelah itu tertidur.
'Eh, aku kat mana ni?" kata Sakura dalam hati.
"Sakura, selamat datang ke tempat saya," kata Shaoran dengan senyum lebar.
"Tempat awak?" Sakura kehairanan.
"Yelah." Masih tersenyum.
'Tidak! Aku mesti melarikan diri," Sakura berkata dalam hati.
Tiba-tiba... Buk!!
"Aduh!" jerit Sakura dalam kesakitan. "Aku kat mana ni?" Sambil memandang sekeliling. "Aku dalam bilik aku. Tadi tu mimpi ke? Nasib baik mimpi. Kalau bukan, habis aku." Sakura berkata-kata seorang diri. Lalu dia bangun dan tidur semula.
* * *
Keesokkan harinya..
Di sekolah.
"Sakura, kenapa awak pagi ni? Lain je. Awak sakit ke?" tanya Tomoyo.
"Tak ada apa-apalah. Saya cuma tak cukup tidur semalam. Ini disebabkan oleh mimpi pelik tulah!" jawap Sakura sambil mengeluh.
"Mimpi pelik? Awak tak cerita pun dengan saya," kata Tomoyo. Sakura terdiam seketika. Sakura memikirkan kembali mimpinya semalam.
"Sakura, Sakura, SAKURA!" jerit Tomoyo.
"Hah, apa?!" Sakura terkejut.
"Awak kata awak aa mimpi pelik. Apa mimpi pelik awak tu?" tanya Tomoyo lagi.
"Tak ada apa-apalah. Em, jom ke kelas. Nanti lambat pula," jawab Sakura. Tomoyo mengangguk setuju. Semasa mereka ke kelas, mereka terserempak dengan Shaoran. Tomoyo mengucapkan selamat pagi pada Shaoran manakala Sakura hanya senyum tawar dengan Shaoran. Shaoran ketawa kecil melihat senyum tawar Sakura lalu berlalu pergi. Sakura sakit hati melihat telatah Shaoran. 'Dahlah kiss aku tanpa kebenaran, dah tu ketawakan aku pula! Nanti kau Shaoran. Suatu hari nanti akan aku balas juga!" getus Sakura dalam hati.
* * *
Kring...
Loceng menandakan waktu pulang.
"Sakura, kat tempat kerja kau ada kerja kosong tak?" soal Tomoyo.
"Tak tahulah. Aku pun tak tahu. Kenapa, kau nak kerja kat sana ke?" soal Sakura kembali.
"Yalah. Aku pun kena kerja juga. Akukan nak jalan-jalan, jadi aku kenalah cari duit sendiri," kata Tomoyo sambil tersengih-sengih. Sakura membiarkan kawannya itu mengikuti dia ke restauran. Sesampainya mereka di tempat kerja Sakura, Tomoyo terus masuk dan bertanyakan di mana bos kedai itu. Kemudian, Tomoyo masuk ke bilik bos kedai itu, En. Akiyama. Setelah beberapa minit di bilik En. Akiyama, Tomoyo keluar dengan membawa sepasang baju seragam pelayan.
"Bila awak mula kerja, Tomoyo?"
"Hari ni. Sekarang ni juga, Sakura!" kata Tomoyo gembira.
"Kalau gitu, baguslah. Dahlah. Awak pergilah salin baju sekarang," suruh sakura sambil tersenyum.
* * *
"Baiklah. Ini pelayan perempuan. Miwa, Makino dan Sakura. Pelayan lelaki pula Eriol, Hanazawa dan Haruhi. Dan akhir sekali, tukang masak. Ishiro dan saya, James. Sebelum saya terlupa, ada satu lagi pelayan lelaki tapi dia tak bertugas hari ni," kata James memperkenalkan para pekerja.
"Baiklah. Nama saya Daudouji Tomoyo. Sila beri tunjuk ajar." Tomoyo memperkenalkan dirinya.
"Tomoyo, awak akan bekerja dengan Sakura mulai sekarang. Baiklah semua, buat kerja masing-masing sekarang!" kata James.
"Baiklah!!" kata semua pekerja.
* * *
Selepas beberapa bulan..
" Semua berkumpul!!" suruh En. Akiyama. Semua pekerja pun berkumpul di hadapan En. Akiyama. "Saya nak beberapa sukarelawan untuk membantu saya untuk membuat menu baru untuk kedai saya. Siapa yang senang Sabtu ni?" tanya En. Akiyama.
"Saya!!" jawap Sakura, Tomoyo, dan Eriol.
"Saya." Semua orang memandang ke arah suara itu.
"Shaoran!" jerit semua pekerja.
"Bila awak sampai?" tanya Eriol.
"Tadi. Baru tadi," jawap Shaoran.
"Shaoran, mari sini. Saya nak memperkenalkan awak kepada pekerja yang baru masuk. Baiklah, ini Lee Shaoran," jelas En. Akiyama. "Em, baiklah. Sakura, Tomoyo, Eriol dan Shaoran, datang rumah saya Sabtu ni. Faham? Kalau faham, sekarang sambung kerja masing-masing," tambah En. Akiyama lagi. Kemudian, para pekerja sibuk melayan pelanggan, manakala Sakura pula menyumpah-nyumpah Shaoran dalam hati. Semua pekerja pulang tepat pukul 10 malam. Sakura pulang dengan kawan baiknya, Tomoyo.
* * *
Pagi Sabtu..
Sakura dan lain-lain lagi dijemput oleh pemandu En. Akiyama. Mereka berempat tekpaksa berhimpit-himpit untuk memuatkan diri mereka di dalam kereta itu. Malangnya, Sakura terpaksa duduk di sebelah Shaoron. Shaoran hanya tersenyum melihat Sakura tidak selesa di sebelahnya.
"Em, Tomoyo, boleh tak awak duduk di tempat saya?" tanya Sakura.
"Sakura, saya dah tak boleh gerak ni. Lagipun, kan tempat ni sempit, jadi tak bolehlah gerak-gerak," jawap Tomoyo.
"Tak apalah," jawab Sakura pendek. Sesampainya di rumah En. Akiyama, mereka terpegun melihat rumah En. Akiyama yang besar. Tapi, satu saja yang membuat mereka hampir muntah iaitu wangian rumah En. Akiyama ( sebenarnya, En. Akiyama ni seorang yang pondan).
"Baiklah. Sana bilik perempuan dan situ bilik lelaki," terang En. Akiyama. Kemudian, mereka pun menuju ke bilik masing-masing. Selesai meletak barang-barang mereka di bilik, mereka disuruh makan secara layan diri. Mereka hanya mengiakan saja yang diperkatakan oleh pembantu En. Akiyama. Sakura menuju ke dapur untuk membuat sesuatu untuk dimakan. Sakura membuka peti sejuk, mengambil bahan-bahan yang diperlukan. Sakura mengambil roti, keju, mayonis, tomato, salad dan banyak lagi. Dia membuat hamburgernya itu berhati-hati. Ketika Sakura hendak makan hamburgernya, Shaoran muncul di belakang Sakura.
"Hoi, buat apa tu?" sapa Shaoran dengan selamba. Sakura terkejut dan menjatuhkan hamburgernya. Sakura tunduk dan memungut hamburgernya yang telah jatuh itu. Shaoran ketawa. Sakura menjeling tajam ke arah Shaoran. Shaoran terdiam apabila melihat renungan tajam Sakura lalu cepat-cepat berlalu pergi. Sakura kembali memungut sisa hamburgernya itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Tengah hari itu, En. Akiyama memanggil mereka untuk pemberitahuan tentang menu yang akan mereka buat nanti.
"Kamu akan membuat menu kamu sendiri. Petang nanti, saya akan suruh kamu bentangkan menu kamu dan tunjukkan cara kamu membuat menu hamburger tu," jelas En. Akiyama panjang lebar. Sakura, Tomoyo, Eriol, dan Shaoran bergegas ke bilik masing-masing.
* * *
Petang itu..
"Kamu dah buat apa yang saya suruh?" soal En. Akiyama.
"Dah!" jawab mereka serentak.
"Baiklah. Siapa nak bentangkan dulu?" tanya En. Akiyama.
"Saya," jawab Tomoyo. Selepas Tomoyo selesai mem- bentangkan menunya, Eriol pula membentang. Kini, giliran Shaoran. Ketika Shaoran membentangkan menunya, Sakura menunjukkan menunya pula.
"Eh, kenapa sama?" Sakura kehairanan.
"Sepatutnya saya yang tanya, kenapa sama?" kata En. Akiyama. Shaoran dan Sakura terdiam.
"Tak apalah. Tomoyo dan Eriol buat secara individu. Sakura dan Shaoran pula buat secara berkumpulan". Mereka akur dengan kata-kata En. Akiyama. Walaupun demikian, dalam hati Sakura, ingin saja dia memberontak tapi tidak kesampaian. Mereka membuat menu itu dengan bersungguh-sungguh. Setelah siap, En. Akiyama mengumumkan pemenang menu hamburger itu.
"Baiklah. Pemenangnya ialah kumpulan Sakura dan Shaoran!" beritahu En. Akiyama.
"Yeah!!" jerit Sakura dengan kuat kerana kegembiraan. Tanpa disedari, Sakura memeluj Shaoran. Semua terkejut dengan kejadian itu.
"Hah? Minta maaf, Shaoran. Saya tak sengaja," kata Sakura dengan malu.
"Tak apa," jawab Shaoran pendek.
"Dan ini hadiahnya!" kata En. Akiyama sambil menunjukkan hadiah.
"Awak ambillah. Lagipun, saya bukan nak guna pun," kata Shaoran kepada Sakura. Sakura mengambil hadiah itu iaitu shampoo, pencuci muka dan lain-lain lagi yang membuatnya terasa ingin muntah. Setelah itu, mereka kembali ke bilik masing-masing untuk mengemas barang-barang mereka untuk persediaan mereka esok kerana mereka akan pulang.
* * *
Keesokkan harinya..
"Haih, penatnya badan," keluh Sakura sambil menghempaskan beg pakaiannya dia atas tilam. Dia memandang hadiah En. Akiyama. Dia mengambil hadiah tersebut lalu menyimpannya di suatu tempat. Setelah itu, Sakura terlena di atas katilnya. Sakura terbangun kira-kira pukul 3 petang.
"Alamak, lama sangat ke aku tidur? Aku rasa sekejap je," kata Sakura lantas bangun dari katilnya. Sakura mengemaskan dirinya lalu menukar pakaiannya, bersedia untuk keluar untuk merehatkan mindanya. Semasa Sakura berjalan-jalan, dia ternampak Shaoran juga sedang berjalan-jalan.
"Kenapalah dia selalu ada di mana aku ada?" kata Sakura perlahan. Sakura mengelakkan dirinya daripada bertemu dengan Shaoran.
"Hei, kau nak ke mana tu?!" jerit Shaoran. Sakura tidak mempedulikan jeritan itu malah terus berjalan. Shaoran mengejar Sakura dan menarik tangan Sakura. Sakura berpaling dan meminta Shaoran melepaskan tangannya. Tetapi Shaoran pula membawa Sakura ke suatu tempat.
"Kita kat mana ni?" Sakura bertanya sambil meronta-ronta untuk melepaskan tangannya.
"Sakura, saya nak cakap sesuatu ni. Saya sebenarnya sukakan awak dari mula kita bertemu," kata Shaoran perlahan. Sakura berhenti meronta. Shaoran melepaskan tangan Sakura. Sakura kemudiannya berlari meninggalkan Shaoran dan terus pulang ke rumah.
* * *
Selepas beberapa bulan..
"Eh, aku dengar Shaoran nak pergi luar negara untuk melanjutkan pelajarannya," kata Hanazawa.
"Betul tu. Katanya, esok dia dah nak bertolak," jawap Eriol.
"Kalau macam tu, kita hantarlah dia ke lapangan terbang esok," cadang Tomoyo.
* * *
Keesokkan harinya..
"Eh, Sakura! Betul ke awak tak nak ikut kami hantar Shaoran ke airport ni?" tanya Tomoyo, meminta kepastian.
"Tak apalah. Lagipun, siapa yang akan jaga kedai ni?" kata Sakura.
Di airport..
"Semoga berjaya Shaoran," ucap rakan sekerja Shaoran. Shaoran memandang sekeliling seperti mencari seseorang. Dia mencari Sakura. Tiba-tiba, Sakura muncul dengan membawa sepinggan hamburger kecil.
"Baiklah. Kita adakan undian. Kalau Shaoran termakan hamburger yang pedas, dia akan tinggal di Taiwan. Kalau Shaoran termakan yang tak pedas, dia akan pergi ke luar negara," kata Sakura. Mereka pun mengambil satu hamburger. Shaoran pun mengambil satu hamburger dan memakan hamburger tersebut.
"Tak pedas pun," beritahu Shaoran.
"Kalau macam tu, awak pergilah," kata Sakura dalam nada sebak. Shaoran memeluk Sakura dan Sakura menangis. Shaoran membiarkan Sakura menangis dalam pelukannya. Setelah puas memeluk Sakura, Shaoran meregangkan pelukannya dan mengucup dahi Sakura. Sakura bertambah sebak saat Shaoran mengucup dahinya. Selepas itu, Shaoran menaiki kapal terbang. Sakura terpaksa melepaskan Shaoran pergi. Selepas itu, mereka pulang ke rumah masing-masing.
* * *
Selepas beberapa tahun..
Shaoran bergegas turun dari pesawat. Kemud oilian, dia mengambil teksi ke Hamburger Shop. Sebaik saja sampai, dia terus masuk ke kedai itu.
"Shaoran!" jerit Sakura. Dia berlari ke arah Shaoran dan memeluknya. Shaoran membalas pelukan Sakura. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Tomoyo pula bercinta dengan Eriol. Akhirnya, mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat.
T A M A T
Share this novel