SENDIRI

Romance Series 1422

"Salam En. Put, esok jangan lupa temujanji kita untuk membayar sewa rumah bulan ni ya : today, 09.27am"-Tuan Rumah Siti.

"Wassalam, baik puan siti. : today, 09.45am"- Putera

Peluh membasahi badan setelah selesai melakukan 5 pusingan padang sejauh 700m. Mesej daripada tuan rumah mengganggu tumpuan larian untuk seketika. Selesai membalas sms daripada Puan Siti, Putera meneruskan lariannya untuk 3 pusingan lagi.

Putera tidak mempunyai kawan untuk lepak mahupun melakukan aktiviti bersama kerana semua orang yang melihatnya takut dengan riak wajahnya yang serius.

"Maaf mengganggu, boleh saya tahu di mana alamat rumah ni ye". Seorang gadis menyapa Putera yang sedang berehat di bangku.

"Tak tau, boleh google tengok". Sengaja Putera tidak mahu melayannya kerana masih lagi penat berlari.

"Okay, maaf ganggu." gadis itu terus berjalan-jalan disekitar kawasan itu kerana google map menunjukkan alamat tu sudah pun hampir dengan kawasan tersebut.

Putera menamatkan aktiviti lariannya pada hari itu dan terus pulang ke rumah. Sebelum pulang kerumah, Putera singgah sebentar di kedai runcit berhampiran untuk membeli barang-barang masakan. Hidup sendirian memaksa putera untuk berdikari.

Zaman sekarang ni hidup berdikari bukanlah sesukar mana, jika nak masak. Boleh google sahaja resepi-resepi masakan yang dimahukan. Kadang-kadang nak beli periuk kuali pun boleh dilakukan diatas talian. Barang akan terus sampai di hadapan pintu rumah.

*tuk tuk tuk*

Putera menjenguk dibalik pintu. Puan Siti berada di hadapan pintu.

"Eh, Puan Siti ada apa ye. Saya ingatkan temujanji tu esok." Putera bertanya.

"Oh tak ada masalahkan kalau bayar hari ni. Lagi pun akak ada benda nak cakap."

"errr boleh takda masalah. Nak cakap apa ya ?"

"Tolong akak ye, anak saudara akak baru sampai dari kampung. Tapi akak dah takda bilik untuk dia tinggal. Tinggal bilik awak je yang masih kosong. Jangan risau tentang sewa. Seorang separuh." Puan Siti merayu bersungguh-sungguh sambil menyusun 10 jari.

"Okay je , takda masalah." Putera hanya bersetuju dan membuat pembayaran seperti biasa tetapi dengan separuh harga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience