Rate

MIMPI

Fantasy Series 577

Dea melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 9 malam ketika itu. Dia pun sudah keletihan daripada menyiapkan tutorial Biologi yang diberikan oleh pensyarah nya petang tadi. Di dalam benak Dea ketika itu ialah hanya ingin melelapkan mata dan merehatkan mindanya.

Dea benar-benar terlena...

Tiba-tiba, dia terdengar alunan piano dimainkan di halaman rumahnya. Dia bergegas bangkit dan menuju ke arah musik piano itu. Apabila dia melangkah keluar daripada biliknya, dia terkejut kerana dia kini berada di sebuah tempat yang sangat indah dan nyaman. Sebuah perasaan yang sukar di jelaskan baginya. Pada masa yang sama, Dea juga berasa hairan 'aku kat mana ni ?' bisik hati Dea sambil dia memengang kepalanya dengan kedua belah tangannya.

"aku dah gileeee ke ape niii" Dea semakin panic lalu mencari jalan keluar.

Dea berlegar-legar di seluruh tempat itu. tidak lama kemudian, namun tidak menemukan jalan keluar. Dea kini menyedari yang dia tidak keseorangan di situ. Di bawah rimbunan pokok hujung sebelah sana, terlihat seorang jejaka berbaju serba putih sedang termenung sambil menikmati pemandangan tasik di hadapan nya. Dea mulai menghampiri jejaka itu.

"Er, hai ? awak buat apa kat sini? awak tahu tak jalan keluar tempat ni " tegur Dea.

Jejaka itu menoleh ke arah Dea dengan muka yang agak terkejut. 'macam pernah nampak je perempuan ni' bisik hati jejaka tersebut.

"Hai, saya tengah berehat ni awak seorang saja? bawa bertenang dulu. siapa nama awak? "

" Saya Dea. Saya tak tahu kenapa saya boleh ada kat sini. Awak tahu jalan keluar tempat ni? " Dea semakin cemas tapi juga terkesima dengan ketampanan jejaka itu.

" Saya Flyn, saya tahu tapi nak explain macam mana eh, awak kena bertenang dulu"

"Macam mana saya nak tenang, saya tetibe je ada dekat sini " balas Dea

Kedua-duanya terdiam sejenak. Dea kembali mengamati muka jejaka itu.

" Awak, kita pernah jumpa ke? kenapa saya familiar dengan muka awak? "

Flyn kemudian berdiri dengan pantas lalu menghampiri Dea.

" Kan? saya pun rasa macam tu"

Keduanya bertentangan mata. Dea jadi tidak selesa lalu mengalihkan pandangan nya kearah tasik. 'Tak mungkinlah' bisik hati Dea

"Awak tau tak, tempat ni dah lima kali saya jejak tapi saya tak nampak awak pun. Awak tahu tak yang kita ni dalam alam mimpi Dea? "

Dea kehairanan dan sempat berfikir " Betul kata awak. mungkin ini mimpi " Dea kemudian mencubit pipinya sekuat hati.

"Auch! eh kenapa saya tak bangun kalau ini mimpi. tapi kalau ini realiti pun tak masuk akal"

"Dea, Saya tak pasti cara awak keluar dari tempat ni macam mana sebab saya tak rasa setiap orang dengan cara yang sama. Tapi ada satu yang pasti bila ada orang kejutkan awak dari luar sana, awak akan kembali ke alam realiti. " jelas Flyn.

"Hmm... nampkanya, saya kena percayakan awak dahulu kali ni. so, maksudnya saya kena tunggu ada orang yang kejutkan saya lah kan? "

" Ye, nampaknya macam tu lah. " balas Flynn

Kedua mereka kemudian duduk di bawah pokok yang rimbun itu dengan harapan, Dea segera di kejutkan dari mimpi. Agak lama mereka berdiam, akhirnya Flynn memecah kesunyian.

" Dea, awak tinggal kat mana? " Dea berasa was-was. 'Apahal mamat ni tanya aku tinggal kat mana, tak sejam pun kita orang kenal' bisik hati Dea. Dea memutuskan untuk tidak menjawab persoalan Flynn.

" Aih, buat-buat tak dengar ke ape. Harap awak tak salah sangka. saya tanya tu sebab nak pecahkan kesunyian je " Flynn kmudian memalingkan mukanya bertentangan daripada Dea sambil menutup matanya dan mengetap giginya kuat-kuat. Agak berasa malu juga kerana Dea tidak menghiraukannya. Dea tersenyum melihat gelagat Flynn.

" By the way, awak keluar dari tempat ni macam mana selain di kejutkan? " giliran Dea pula yang bertanya.

Flynn menghalakan pandangan nya kelangit sebelum memandang kearah Dea. " Saya hanya perlu tidur semula dalam mimpi ni untuk bangun ke realiti "

" Mungkin saya pun boleh buat macam tu , saya tidur dulu " balas Dea pula.

"Tak berkesan ke awak. percayalah " ejek Flynn

" Awak jaga saya tau, saya nak tidur " Dea kemudian melelapkan matanya sambil menyandar ke pokok. Namun dia tidak mampu terlelap kerana dia tidak lagi rasa mengantuk. Kemudian dia menegakkan badannya semula dan melihat tajam kearah Flynn.

Ketika itu Flynn sudah memandang dia dengan begitu lama. Dea berasa malu dan dia dapat merasakan seluruh darah menyirap naik di kepalanya. 'Handsomenya mamat ni. Tuhan, adakah ini jodohku' bisik hati Dea.

"Selain daripada itu, saya juga ada special power tau iaitu baca fikiran orang" kata Flynn dan matanya masih menatap Dea.

Dea kemudian terkejut dan panik kerana risau kalau-kalau Flynn tahu apa yang dia tengah fikirkan sebentar tadi.

"Be...betul ke? "

"ye"

Dea berdiri lalu cuba untuk menjauhi Flynn. Bukan apa dia cuma malu dengan fikirannya sendiri apalagi bila mengetahui Flynn mampu membaca fikirannya. Belum sempat Dea melangkah dari tempat tu. Flynn segera menarik lengan baju Dea.

" Eh! awak nak pergi mana tu ? hahaha saya bergurau je lah " usik Flynn. Dea kemudian menatap tajam ke muka Flynn

"Ihhhh, awak ni dah kenapa. jangan-jangan semua benda awak tipu "

"Hahahah, tak adalah. yang ni je I tipu. yang lain semua betul hahahaha " Flynn amat terhibur melihat kepanikan yang terserlah di muka Dea.

Sambil tertawa, Dea menghampiri Flynn dengan niat ingin mencubit Flynn. Belum sempat dia mencubit jejaka kacak itu, dia terasa keadaan sekelilingnya menjadi pudar. Dia kemudian melihat Flynn yang tersenyum manis melambaikan tangan kepadanya.

"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi " pesan Flynn. Flynn juga semakin menghilang dari pandangannya. Dea agak kebingungan dengan situasi yang dialaminya ketika itu.

Tidak lama kemudian, Dea teredengar suara memanggil namanya. "Dea... Dea... bangun nak, Dea belum mandi lagi tu" ya Dea kini sudah kembali ke alam realiti. Dia terbangun dan berfikir tentang aneh nya mimpi tadi.

'aku sepatutnya cubit dia dulu tdi. tak guna punya.... err siapa nama dia eh... '

Dea tidak mengingati nama jejaka yang dia temui dalam mimpi. begitu juga paras jejaka tersebut. dia hanya mengingat jejaka berbaju putih. Ada sedikit rasa penyesalan di dalam dirinya kerana tidak mengingati nama dan paras jejaka itu.

(Bersambung...)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience