Rate

Kali ini

Poetry Series 283

kali Ini ;
Dan pada akhirnya, Hanya pecah dalam pengharapan yang sangat membuatkan ku tersungkur dan ingin pergi jauh dari pandangannya. Bukan bererti aku berputus asa tetapi ia hanya sesuatu yang tidak harus untuk aku pendam dan perjuangkan ; biarlah dia terbang tanpa perlu ada aku yang memburukkan suasana di setiap kenanggan dan lakaran hidupnya.

kali ini ;
Aku masih tidak pasti kuatkah raga ini untuk terus melangkah tanpa berpaling kebelakang walau hanya sesaat ; benarkah kenanggan itu telau lupus dari ingatannya. Aku masih tidak pasti. Aku sering memandang kelangit dikala ku mahu ketenangan. Dan tertanya sejenak siapalah aku ; Tuhan itu ada dan pasti sentiasa membantumu. Dan Dia tahu yang terbaik untukmu. Bertabahlah dan berserah pada yang Esa ; pasti kamu akan berbahagia juga.

; Perindu yang merindu untuk merintih mengadu padaNya

27/9/18

Puisi tentang kamu ini sudah terlalu lama tersimpan dikaca maya. Kini aku buka dan hanya ada cerita tentang kamu. ini adalah kisah lama yang masih aku ingat hingga ke hari ini. ;Dia pelangi ku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience