Rate

Bab 48 Meninggalkan Rumah Haziq

Drama Completed 203285

Pagi ini suamiku Haziq pergi kerja seperti biasa. Aku beberapa hari ni cepat sungguh letih dan suka nak tertidur je. Nak buat macam dah duduk rumah je. Asik pandang mak mentua dan bibik je. Mula la aku rindukan bengkel Pak Ngah aku ni.Bila aku tak tahu nak sembang apa atau buat apa aku pun masuk bilik dan tidur.

Sebenarnya aku geram juga dengan sikap suami aku ni. Ya lah, asik nak rahsiakan status hubungan kami je. Suami aku ni betul-betul cintakan aku ke tak ni?

Aku tak tahu apa yang ada di fikiran suami aku tu. Hati aku pun dah makin geram dan sakit je ni. Salahkah kalau aku mahu semua orang tahu aku dan Haziq adalah pasangan suami isteri?

Jam sudah pukul 9.00 pagi aku masih berada di dalam bilik. Rasa malas nak bangun dari katil ni. Tiba-tiba ada bunyi ketukan di daun pintu bilikku.

Tok,tok,tok bunyi ketukan itu. Aku pun turun dari katil lalu melangkah kakiku ke arah pintu. Lalu aku membuka daun pintu bilikku. Di depan muka pintu aku lihat mak mentuaku sedang berdiri dan memberi senyuman padaku.

"Maaf Zara tertidur tadi... Ada apa mak?" soalku agak gugup dan risau,takut jika aku ada membuat salah.

"Mak Zara datang nak jumpa Zara tu. Pergilah jumpa,mak Zara ada dekat bawah sekarang ni," kata mak mentuaku.

Mak aku datang nak jumpa aku ni dah kenapa?,bisik hatiku.

Lalu aku pun berjalan turun ke bawah menuju ke ruangtamu. Mulanya aku menyangkakan mak aku akan datang bersama Nadirah. Tapi rupanya mak aku datang seorang diri je hari ni.

Sampai di ruangtamu aku menyalami mak kandungku itu.

"Ada hal apa yang mak datang jumpa Zara ni?," tanyaku tanpa berbasa-basi.

"Mak nak kamu tinggal dengan mak. Mak tak mahu kamu terus jadi orang gaji dekat rumah ni," jawab mak membuatkan aku tergamam.

"Zara tak mau la tinggal dengan mak. Lagi pun mak dah ada keluarga baru. Zara pula tak berapa kenal dengan diorang" kataku.

"Mak tetap nak kamu tinggal dengan mak. Lagi pun kamu tu bukan buat apa pun dekat rumah ni. Rahim ayah Haziq pun dah tak ada,jadi untuk apa lagi kamu tinggal dekat sini," kata mak agak marah padaku.

"Minggu depan Zara akan balik kampung tinggal dengan ayah" kataku berbohong.

Mak mentuaku sengaja membiarkan aku berdua bersama mak di ruangtamu. Tapi bila mendengar nada suara yang agak kuat membuatkan mak mentua aku risau dan datang ke ruangtamu.

"Kenapa ni?" tanya mak mentuaku sambil memadang pada mak dan aku.

"Saya nak ambil Zara ni tinggal dengan saya. Tapi Zara tak mahu,maaf dah menyusahkan Puan Samsiah. Anak saya sorang ni memang agak susah nak dengar cakap" kata mak pada mak mentua.

"Biar je la dia tinggal dekat rumah ni. Saya dah anggap Zara ni macam anak saya sendiri," kata Samsiah cuba meredakan kemarahan mak aku tu.

"Tapi saya rasa segan la dengan kamu Samsiah. Saya tak mahu orang sampai tuduh saya yang bukan-bukan. Sampai anak sendiri pun tumpang rumah orang," kata mak menjelaskan pada mak mentua.

"Baiklah,saya rasa kena terus terang pasal Zara dan Haziq dekat kamu", kata Samsiah mak mentuaku.

Aku hanya terdiam mendengar kata-kata mak mentuaku itu.

" Ada apa dengan Zara dan Haziq ni?"tanya mak ingin tahu.

"Sebenarnya Zara dan Haziq ni dah nikah. Merek berdua ni pasangan suami isteri, Zara ni menantu saya" kata mak mentuaku.

Aku melihat wajah mak sedikit berubah mungkin kerana terkejut.

"Kamu dah kahwin Zara? Kenapa tak bagitahu mak tentang perkara? Macam mana nanti dengan perlajaran kamu,keputusan SPM pun tak keluar lagi ni"kata mak agak kecewa.

" Maafkan Zara ,mak... Zara tak berminat nak sambung berlajar,"jawabku serba salah.

"Kalau kamu tak mahu sambung berlajar sekali pun, tak perlu la kahwin. Umur kamu tu muda lagi, kalau satu hari nanti suami kamu tinggalkan kamu macam mana? Ayah kamu ni pun satu biar je kamu ni kahwin", luah mak seperti terlalu kecewa dengan aku.

Aku tak nafikan apa yang di katakan oleh mak aku tu ada benarnya. Apa akan jadi dengan nasib aku jika satu hari nanti jodoh aku tak panjang dengan Haziq. Memang betul aku tak fikir panjang nak kahwin dengan Haziq. Bagi aku asalkan aku dapat bersama lekaki pujaan hatiku,aku tak ambil kisah dah tentang perkara lain.

" Haziq tak akan tinggalkan Zara, percayalah,"kata mak mentuaku.

"Tak tinggal apanya,kalau Haziq sendiri pun tak pernah mengaku Zara ni isteri dia... Mak nak kamu ikut mak juga sekarang ni. Kamu kena fikir tentang diri kamu sendiri. Jangan terlalu lemah,sanggup di katakan sebagai orang gaji oleh suami sendiri," kata mak.

Aku merasakan apa yang di kataka oleh mak tu ada benarnya. Aku terlalu lemah kerana aku terlalu menyayangi dan terlalu memuja suamiku. Tapi apa yang aku dapat,hanya kecewa saja yang aku alami di hatiku.

"Baiklah,Zara akan ikut mak. Zara akan pergi ambil baju Zara sekejap" kataku sambil mula melangkah kakiku ke arah bilik aku dan Haziq.

Mak mentuaku mengikut aku ke bilik. Sebenarnya aku sendiri rasa bersalah pada mak mentua aku ni. Dia layan aku sangat baik,dia juga mengagap aku seperti anaknya sendiri.

"Maafkan Haziq,sebab telah merahsiakan perkahwinan kamu dari orang luar," kata mak mentuaku.

"Maafkan Zara ya mak. Zara rasa nak tenang fikiran Zara dulu dekat rumah mak Zara," kataku sambil tanganku mula mengambil pakaianku yang ada di dalam almari untuk di masukkan ke dalam beg.

"Tak pa mak faham Zara. Nanti bila Haziq balik mak akan nasihatkan dia. Kamu tinggallah dulu dekat rumah mak kamu tu," kata mak mentuaku.

Selesai meletakkan baju ke dalam beg,aku pun turun kembali ruangtamu yang sudah ada mak di sana. Melihat aku sudah membawa beg di tanganku. Mak pun terus meminta diri pada mak mentuaku untuk pulang membawaku. Aku menyalami mak mentuaku sebelum masuk ke dalam kereta kepunyaan mak.

Di dalam kereta jenuh juga aku kena bebel dengan mak. Mak benar-benar tak boleh terima aku dah kahwin, lepas tu pula Haziq tak mengaku aku ni isteri dia. Mak kata aku terlampau di butakan dengan cinta. Sampai sanggup terima apa sahaja yang Haziq lakukan. Aku hanya diam sahaja dan mendengar apa sahaja yang keluar dari mulut mak.

Lebih kurang dalam setengah jam kemudian aku pun sampai di rumah mak. Rupanya rumah suami mak aku ni boleh tahan besar juga. Rumah taman 2 tingkat,mak mengatakan aku akan tidur di bilik yang berada di atas sebelah bilik Nadirah kakak tiriku.

Mak dan ayah tiriku pula bilik mereka berada di bawah sahaja. Mak juga memberitahuku nanti bila Nadirah balik mak akan beritahu pada Nadirah yang aku ni isteri Haziq. Mak risau kerana kata mak Nadirah tu sepertinya masih berharap dapat bersama kembali dengan Haziq. Kerana Nadirah merasakan Haziq tidak berkahwin sampai sekarang mungkin kerana masih tidak dapat melupakan dirinya. Tapi rupanya Nadirah silap kerana Haziq sebenarnya telah pun berkahwin denganku.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience