Series
0
"Zayn buat apa kat penthouse?" Soalan Dato’ Hamdan memecah alunan jazz-house yang bergetar rendah di dalam VIP Lounge eksklusif itu.
Sofia yang bersandar di sofa kulit Itali hanya menyengetkan bibir. Matanya redup namun tajam menatap lelaki korporat di sebelahnya. Dia sengaja menggigit bibir bawah dengan perlahan, membiarkan lirikan matanya menyapu wajah Dato' Hamdan sebelum membiarkan gaun silk satin merah hatinya bergesel rapat dengan kemeja custom-tailored lelaki itu.
"You know him, Hamdan..." bisik Sofia, suaranya serak-serak basah tepat di garisan rahang Dato' Hamdan. Hembusan nafas hangatnya sengaja dibiarkan membelai kulit leher lelaki itu.
Hujung kuku merah kehitamannya menjalar nakal dari kolar kemeja, menekan lembut kulit dada Dato' Hamdan lalu meluncur turun perlahan-lahan. Setiap inci gerakan jemarinya penuh godaan, menelusuri dada sehinggalah jemari itu berhenti tepat, bermain-main di kepala tali pinggang kulit buaya milik Dato' Hamdan.
"Sibuk acah-acah pelindung dengan budak kampung tu. Frankly, it’s ridiculous. Dia ingat dia pengarah utama yang pegang catur kat bandar ni... tapi dengan a total nobody macam tu pun dia boleh obsessed tak tentu pasal."
Dato’ Hamdan tergelak sinis. Tangannya yang berkulit kemas melingkar di pinggang ramping Sofia, memaut dan meramas lembut tubuh wanita itu, menariknya rapat tanpa sedikit pun merosakkan postur tegapnya.
"Ego melangit... tipikal pimpinan muda yang emosional. Sama macam arwah bapa dia. High-handed but completely blind to the real board game,!" sinis Dato’ Hamdan seraya meneguk whisky sehingga ais-ais berdenting halus di punggung gelas sebelum meletakkan gelas kristal itu ke atas meja.
"Dia ingat empire ni bergerak atas nama dia sorang. Dia tak tahu, all those offshore restructuring documents yang dia tandatangan siang tadi... literally dah alihkan separuh equity dan pegangan aset dia pada kita. Too naive for a CEO."
Sofia mendongak selamba melabuhkan punggungnya terus di atas peha Dato' Hamdan. Tali nipis gaun satinnya sengaja dibiarkan melorot jatuh di bahu, mempamerkan bahu mulus tersiram gemerlapan neon.
"Are you really sure he won't notice the audit, babe?" bisik Sofia, makin merapatkan dadanya ke dada Dato' Hamdan. Hujung lidahnya menjentik lembut cuping telinga lelaki itu, disulami gigitan kecil yang membuatkan nafas Dato' Hamdan mula berubah tempo.
"You know how unpredictable Zayn gets when his interests are threatened. He can be ruthless..."
"Let him be ruthless to his board members but he is completely at my disposal," balas Dato’ Hamdan tenang namun berbaur kesombongan kelas atasan. Tangannya merayap di belakang tubuh Sofia yang terdedah sambil menekan pinggul lentok itu rapat ke rapatnya.
"Dia meletakkan kepercayaan 100% pada I. On paper, I ni mentor dan penasihat strategik yang dia sanjung. Orang teras yang bangunkan empayar perniagaan ni dari awal. Dia takkan pernah question pergerakan I."
"And me?" Sofia menyoal setelah dia menyengetkan kepala dengan senyuman maut. Jemari lentoknya bermain dengan ikatan tali leher sutera Dato' Hamdan menariknya perlahan, memaksa wajah penuh karisma lelaki itu mendekati dadanya.
"Muka I yang sophisticated ni... tak nampak macam ada conflict of interest ke kat mata dia?"
"Kat mata dia, you cuma trophy wife-to-be yang mengejar status dan dana unlimited dia," Dato' Hamdan mengusap pinggul Sofia sebelum tersenyum senget, membayangkan kebodohan anak muda itu.
"Zayn terlalu fokus nak tunjuk kuasa sebagai dominant player. Dia ingat bila dia bekalkan kondo mewah dan black card, you akan melutut dan kekal di bawah kawalan dia."
"Little did he know... I’m in your suite and surrendering myself to you every single time he’s busy running his meetings," Sofia tertawa manja, suaranya bertukar menjadi rengekan halus yang membakar jiwa.
Dia mula menyusun kucupan demi kucupan bermula dari leher dan kian membakar kulit rahang Dato' Hamdan dengan sentuhan bibir yang basah dan ghairah.
"I mean... why settle for a junior executive who plays king, when I can have the chairman who actually controls the entire board?"
Dato' Hamdan mendongakkan kepala menikmati ketaatan dan godaan liar wanita di atas ribanya. Sifat dominan dan dahagakan kuasanya terpuas sepenuhnya.
"So, what’s the strategic move for tomorrow?" Sofia berbisik lagi.
Dia merapatkan dahinya ke dahi Dato' Hamdan, mata galaknya menatap penuh membara. Jemarinya mula menyelinap masuk ke celah butang kemeja lelaki itu.
"Bila shipment kargo di pelabuhan tu akan berlepas?"
"Esok malam," jawab Dato' Hamdan bernada profesional tetapi tegas, langsung tiada keraguan.
"And if the authorities get any internal leak..."
"You blame it on the naive girl?" potong Sofia pantas. Senyuman penuh racun dan godaan terukir di bibirnya.
"Precisely, my dear. I cuma perlu salurkan sedikit intelligence kononnya bapa budak perempuan tu ada jaringan dengan sindiket luar and boom... Zayn will completely lose his composure."
Dato' Hamdan mengetatkan kemas cengkamannya di pinggang Sofia, menatap ruang VIP itu dengan pandangan seorang dalang di sebalik tabir.
"Dia akan melatah, tuduh budak tu mole dalam organisasi dia dan kurung budak tu kat penthouse. He will be so blinded by his personal vendetta, sampai dia takkan perasan transaksi RM50 juta berikutnya lesap terus dari akaun simpanan syarikat. In this corporate chess game, Zayn is merely a pawn."
Sofia mengusap lembut bibir bawah Dato' Hamdan dengan ibu jarinya sebelum dia mencapai gelas champagne. Dia meneguk sedikit cecair itu, membiarkan ia bertakung di dalam mulutnya. Dengan gerakan lentok yang cukup sensual, dia meragut bibir Dato' Hamdan dan menyalurkan cecair emas itu terus ke dalam mulut lelaki itu.
Dato' Hamdan menerima godaan itu dengan rakus, meragut dan mengulum bibir Sofia sehingga wanita itu merintih manja dalam pelukannya.
"Poor little girl..." bisik Sofia sebaik sahaja ciuman basah mereka terlerai. Dada mulusnya naik turun dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Mesti budak tu ingat Zayn tu savior dia. She has no idea she's just a convenient scapegoat in our takeover plan."
"She’s collateral damage. Nobody cares," Dato’ Hamdan menarik kasar tengkuk Sofia, mencengkam rambut wanita itu untuk kucupan yang lebih mendominasi.
"Let Zayn waste his energy playing hero with his little submissive. We secure the liquid assets, we take control of the board, and we leave him with an empty shell."
Nafas Sofia masih tercungap-cungap, kehangatan tubuhnya makin membakar apabila alunan muzik jazz-house di VIP Lounge itu mula bertukar tempo, lebih berat dan menggoda.
Dalam samar-samar lampu neon merah, Sofia melemparkan pandangan mata yang sarat dengan godaan dan racun ke arah dinding kaca yang memaparkan panorama malam Kuala Lumpur. Cahaya kota yang terbentang luas di bawah sana seolah-olah sudah berada di bawah kawalan percaturan mereka.
"I suka percaturan you, Hamdan... so calculated and so authoritative," bisik Sofia, suara serak basahnya membelai lembut cuping telinga Dato' Hamdan. Tangannya perlahan-lahan menyelitkan jemari kasar lelaki itu masuk ke celah paha mulusnya, sengaja membakar sisa-sisa kehangatan yang makin meluap.
"Tapi you pasti ke Zayn takkan pertimbangkan balik motif budak tu? Maksud I... budak tu terlalu 'clean' untuk dituduh terlibat dengan freight syndicate kita. Zayn mungkin panas baran tapi dia ada instinct yang tajam bila membabitkan pemilikan dia."
Dato’ Hamdan tergelak lagi. Ibu jarinya menekan makin dalam pada kulit paha mulus Sofia yang terdedah.
"Itu blind spot terbesar dia, Sofia. Dia terlalu relied pada ego. Zayn mungkin genius dari segi angka dan corporate expansion tapi dia possessive tahap berasap. Lelaki yang dipengaruhi ego takkan guna logik bila integriti dan ownership dia dicabar. I dah kaji corak keputusan dia."
Dato' Hamdan menyelesai baki whisky di gelasnya dengan tenang, membiarkan rasa hangat cecair itu melengkapkan rasa megah di dadanya.
"Bila I suap bukti palsu yang bapa budak tu ada kaitan dengan kartel pesaing, pertimbangan rasional Zayn akan mati. Dia takkan buat due diligence. He will just snap. Dia akan anggap ketaatan budak tu cuma manipulation untuk jatuhkan dia. Rasa dikhianati tu akan butakan mata dia daripada perasan transaksi RM50 juta yang I alihkan secara offshore."
Sofia tersenyum dengan mukanya semakin condong, menghembus nafas hangat di dada Dato' Hamdan. Kemudian mendongak semula sambil menatap anak mata si tokoh korporat di hadapannya dengan penuh taktik.
"Jadi... kita cuma perlu pantau dari jauh dan tunggu collapse empayar dia esok?"
"Bukan sekadar pantau, my dear..." Dato' Hamdan membisik dengan nada dominan sambil menepuk perlahan peha Sofia.
"Kita akan ambil alih kerusi pengerusi sebaik sahaja dia tumbang."
Share this novel