Bab 2

Fantasy Series 430

"Ya Allah ujian apakah yang telah kau turunkan kepada aku ini?.." ratap Sri Diwaja, menangis sedih sehingga memukul mukul lantai buluh pondok usangnya. Matanya berair melihat Nadim terlentang tanpa baju di dalam pondok sambil memegang sebuah buku berilutrasi asing. Dia meraung lagi kesedihan, mengundang perhatian org kampung yang cuba mengagak kejadian dasyat apakah yang telah melanda hidup 2 beranak itu?..kematian kah? kecurian kah?. Tok Pasai melihat resah, memang wajar lah Tok Putih memintanya menjenguk jenguk Sri Diwaja yang diduga patah Hati dengan titah Paduka Sultan Ahmad. " Apalah nasib kau Nadim sudahlah anak yatim, tak punya ibu, ..di suruh pula ke sekolah..apa yang ada di sekolah itu Nadimmm...diracun minda kau dengan perkara bukan bukan...Apalah nasib kau Nadim..." Sri Diwaja merintih lagi. Dia kini memukul kepalanya dengan batang penyapu, membuatkan Tok Pasai bangun menahannya. " Ya Allah, Sri Diwaja bawak mengucap, ini bukan cara kita orang Islam. tidak mungkin Paduka Sultan Ahmad menghantar Nadim ke tempat merbahaya, tempat yang bukan bukan..baginda juga punya anak.." Nasihat Tok Pasai, semakin tak faham dengan reaksi keterlaluan Sri Diwaja itu. " Apa yang Tok tahu, Tok tak faham, Tok tak de anak...Nadim Tu satu satunya anak hamba, hamba jaga dia sejak ibunya pergi...apa yang hamba nak buat kalau Nadim tiada, tinggal berdua dengan Kobi si beruk tu?" Sri Diwaja terduduk kesedihan, masih menangis mengenangkan nasibnya. Terkebil kebil mata Tok Pasai mendengar kata kata Sri Diwaja Yang disifatkan seperti sudah hilang akal. Selama ini Nadim di hantar pergi mengikut orang berniaga, mengembala kambing berminggu minggu tak pulang rumah, tidak pula Sri Diwaja bimbang. " Nadim ooo Nadim, rumah Kita dah tak Ada beras nak..." keluh Sri Diwaja pada anaknya. Nadim yang baru pulang mencari ikan di sungai, terus ke belakang mahu memasak ikan untuk si bapa. " bapak ingat mahu ke bendang, tapi kaki bapak sakit nakkkk..." Tok Pasai yang kerap mendengar alasan itu dari pondok dua beranak itu mengeleng. " tak apa Pak, bapak berehat lah...biar Nadim ke bendang " Pergilah si Nadim yang masih lenjun bajunya ke bendang, sedang bapanya kembali tidor dan menghisap tembakau. Tok Pasai beristighfar. " sudah lah tu Sri Diwaja, akur saja dengan titah Sultan " Nasihat Tok putih. " Tidak, hamba bukan sengaja nak derhaka perintah Sultan, hamba ada alasan...Nadim, mari nak, kita pergi dari sini...bapa bawak kau tinggal di hutan" Tekad Sri Diwaja serta merta, memaut lengan Nadim yang masih longlai. " Astaughfirlluhhalazim..apa yang tuan hamba cuba lakukan ni...maafkan hamba, hamba tak benarkan" Tok Pasai pantas meniup serbuk putih dari genggaman tangannya. Sri Diwaja pengsan serta merta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience