Introduce yourself

Other Series 2488

"Yong Il,aku nak pinjam buku math kau boleh?." kata Tae Hwa sambil memberikan senyuman pada Yong Il,ketua kelasnya."Sorry, aku x kawan dgn anak pembunuh."angkuh Yong Il.Nama saja ketua kelas.. tak perikemanusiaan langsung! Tae Hwa melangkah jauh dari meja Yong Il.
Nama aku Yong Tae Hwa,umur aku 16 tahun dan aku anak hasil Kim Ryu Wi dan Yong Pi Joo.. ibuku seorang tukang masak di sebuah gerai Tteobeokki di pusat bandar.. Ayah aku?...huh.. dia seorang penganggur, kaki botol dan bekas banduan.Setiap malam, selepas omma pulang dari kerja, appa akan mengambil wang upah yang diberikan kepada omma untuk pergi 'membunuh diri'. mabuk sana-mabuk sini... appa adalah bekas banduan yang pernah difailkan hukuman oleh makhamah atas kesalahan ugut dan bunuh seorang pelajar kolej, dia dipenjara selama 5 tahun, omma tiada duit mahu menjamin appa, jadi.. kami tunggu selama 5 tahun, pada awalnya, kami tidak percaya yang appa akan dikenakan hukuman sebegitu, appa baik... appa tak pernah pukul omma dengan teruk, appa tak pernah buat omma nangis, appa tak pernah hampakan kami, tapi semua tu dulu, sejak appa keluar penjara... appa lain, dia bukan appa aku! omma selalu dipukul! diperlakukan seperti binatang yang tak ade otak! sejak dari haritu, aq digelar anak pembunuh... tiada siapa nak bantu atau berkawan dengan aq.. sakit hati bila kenangkan semua ni.. memang tak layak digelar ayah! hidup yang tunggang langgang, aku tak tahu bagaimana nak elak, setiap kali menghalang appa memukul omma, pasti aku rasa seperti dunia ni tiada tempat untuk aku dan omma. Nasib baik omma seorang yang bijak, setiap kali appa mahu merampas duit itu, omma akan menyimpan sedikit untuk keperluan kami anak beranak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience