" Uwekk" Aku memuntahkan segala isi yang ada di dalam perutku. Tak tahu kenapa perutku rasa memulas dan pening-pening kepala sedikit. Aku membasuh mulut dan membilas sekilas mukaku.
" Sayang okay ke? Nak pergi klinik?" tanya Adam risau.
" Sokay, migrain ja ni. Biasalah serabut sikit dua tiga hari ni" kata aku sambil memicit-micit kepalaku.
" Betul ni?" tanya Adam sekali lagi. Ya Allah ... dia ni. Lagi aku tak kata ok, lagi tu dia risau. Sayang sungguh aku.
" Ye abang, sayang okay la. Abang bukan tak kenal sayang, migrain ja ni. Abang pergi lah tempat kerja" kata aku sambil mengambil minyak angin lalu menyapu di bahagian leher.
" Ke sayang mengandung?" tanya Adam tersengih.
" Ish abang ni, jauh berfikir. Bulan lepas sayang migrain pon abang cakap sayang mengandung. Sampai telefon personal assistance abang belikan barang bayi. Haih cepat sangat. Sayang migrain ja" kata aku cuba menjelaskan keadaan sebenar.
" Hahaha ye la. Abang pergi kerja dulu okay? Jaga anak-anak dengan baik" nasihat Adam kepadaku.
" Amboi bukan main nasihat, selama ni sapa jaga mereka? Abang? hm ... abang tu sibuk je memanjang sampai takdak masa nak sambut anak-anak. Waktu dulu Ariff dan Arisa tu abang takde, waktu Safia abang outstation dekat luar negara ... Haris tu lagi la sibuk urus syarikat." sindir aku. Asyik Alya dan Sofea ja sambut anak-anak aku.
" Ala sayang, maaf lah. Abang pon tak jangka. Abang teringin nak sambut baby sendiri. Jadi jom la" kata Adam mengajak aku tiba-tiba. Aku berkerut dahi. Pergi mana pula
" Pergi mana pula" tanya aku kehairanan.
" Buat anak" jawab Adam menerus. Adam tersengih.
Aku ternganga. Aku ambil bantal lalu memukul Adam berkali-kali. Adam menepis lalu lari ke bawah. Aku mengejar Adam sambil membawa bantal. Adam berlari sekeliling rumah. Habis barang-barang bersepah jatuh. Adam berlari ke arah dapur lalu keluar ke ruang taman di belakang rumah. Anak-anak aku turun mungkin kerana mendengar jeritan daripada aku dan Adam. Anak-anak berlari mengejar Adam bersama-sama. Aku ketawa sehinggalah sampai satu sudut Adam dikepung oleh aku dan anak-anak. Adam berjalan ke belakang setapak demi setapak. Malangnya dibelakangnya terdapat kolam renang mini. Riak muka Adam nampak terkejut. Kalau di depan ada sekumpulan 'raksasa' dan dibelakang ada kolam berisi air sejuk!
Aku tersengih. " 1 ... 2 ... 3! " aku memberi arahan kepada anak-anak untuk menyerang. Adam terkejut dengan serangan mengejut lalu terjatuh ke dalam kolam. Habis basah baju Adam. Kami ketawakan Adam tidak henti-henti. Tiba-tiba aku rasa kakiku ditarik oleh seseorang. Aku menjerit sekuat hati dan
BLUSH
" ABANG!" jerit aku sekuat hati. Adam dan anak-anak aku ketawa mengekek. Ooo nak kena ni. Aku tarik tangan Arisa, Adam tarik tangan Ariff.
" Papa!"
" Mama!"
Aku dan Adam menepuk tangan. Kami terus mencari mangsa seterusnya. Safia dan Haris.Safia cuak lalu lari. Arisa dan Ariff tidak akan membiarkan begitu sahaja. Mereka mengejar Safia yang berlari. Apabila dapat mereka mencampaknya ke dalam kolam. Alah bukan dalam pon. Lagipon aku dan Adam ada. Haris yang melihat kakak-kakak dan abangnya sudah berada di dalam kolam merasa agak terancam apabila semua orang memandangnya.
" No mama, no papa. Haris taknak. Nanti kena mandi lagi. Sejuk la ... tacod mama, papa" kata Haris sambil membuat muka comelnya.
Aku ketawa mengekek. Maaf sayang. Aku mendukung Haris lalu memberi kepada Adam. Haris membuat muka masam. Akibatnya dia memercik air kepada aku dan Adam. Maka bermulalah peperangan kami.
Hampir sejam kami bermain air. Penat! Adam sudah mengambil cuti. Kesian suami aku. Alahai. Padan muka, sapa suruh gatal sangat. Tiba-tiba Haris datang dengan pistol mainannya. Haris memakai baju dan topi askar bersama sebelahnya Safia yang turut memakai baju seragam askar. Di belakangnya Ariff dan Arisa memakai baju seragam polis. Aku dan Adam berpandangan sesama sendiri. Dah kenapa ni?
" Serang" kata Haris sambil menembak aku dan Adam dengan pistol mainannya. Aku tersenyum lalu mengambil bantal-bantal dan kusyen lalu disusun di depanku. Kusyen dan bantal itu lalu membentuk satu benteng. Adam memberiku pistol mainan yang ditempah khas olehnya. Pelurunya tidak sakit apabila terkena badan. Setiap sorang mempunyai pistol itu. Kami bermain tembak menembak hampir setengah jam. Pelbagai ragam anak-anak keluar harini. Aku tersenyum riang. Bukan senang bermain begini. Selepas letih bermain, kami bercadang untuk keluar makan dan shopping . Aku menyuruh anak-anak ku untuk bersiap dalam masa 20 minit. Aku rasa agak letih mungkin sebab permainan di kolam dan 'perang' tadi.
Adam memakai t shirt biasa sahaja tetapi aku rasa dia kacak sangat harini.
" Kenapa kacak sangat?" tanya aku sambil membetulkan tudung.
" Abang memang kacak hehe" kata Adam sambil memandangku.
" Eleh, nak mengorat anak dara mana tu" kata aku perlahan.
" Hm tengok la satgi, kalau cantik sikit ke hehe" kata Adam sekadar gurauan.
" Nak kena ka?" kata aku sambil menunjukkan penumbuk.
" Hehe mana ada la. Sayang the only one yang abang sayang dan cinta. Sayang adalah segala-galanya untuk abang. Abang sanggup tinggalkan harta dan pangkat demi sayang. Sayang dan anak-anak ada dalam hati sayang selama-lamanya" kata Adam sambil memelukku dari belakang.
" Terima kasih abang. Sayang cintakan dan sayang sangat dekat abang" kata aku sambil mencium tangan Adam.
" Sayang tahu tak apa beza sayang dengan bintang?" tanya suamiku tiba-tiba.
" Erm tak tahu, kenapa?" tanya aku kembali sambil memandang matanya.
" Bintang bersinar di langit, tapi sayang bersinar di dalam hati abang" kata Adam sambil tersengih. Sumpah laki aku ni sweet talker! Makan banyak gula ni!
" Alahai, okay sayang pula. Apa beza bumi dengan abang?" tanya aku sambil mengangkat-angkat keningku.
Adam tersengih. Senang je!
" Bumi ada di angkasa, tapi abang ada di dalam hati sayang kan? chia ... chia ... chia" kata Adam tersengih.
" Salah" kata aku menahan ketawa. Adam membuat muka masam
" Habis tu?" tanya Adam.
" Dekat bumi ada bertrilion orang, tetapi dalam hati sayang ada abang sorang je" kata aku dengan suara menggoda .Kemudian melarikan diri ke bawah dan masuk ke dalam kereta. Aku menjerit sekuat hati. Apa yang aku cakap ni! Ya Allah malunya.
Adam terkaku seperti batu. Kemudian dia mengukir senyuman perlahan-lahan. Bini aku ke tu? Adam tersengih dari tingkat atas sehinggalah ke dalam kereta. Aku menutup mata, buat-buat lena. Anak-anak aku memandang pelik dengan kelakuan papa mama mereka. Sorang tersengih sorang tutup mata.
" Ariff tahu tak tadi kan ... ada sorang tu buat pickupline kat papa. Siap goda papa lagi tau" sakat Adam. Aku berdoa supaya anak-anak aku tak faham.
" Ye ke papa. Hm rasanya Arisa akan dapat adik lagi ni" kata Arisa. Aku menepuk dahi. Like father like daughter.
" Wah adik! mama dapat betul ka? Safia dapat adik ke" tanya Safia kegirangan.
" Tak sayang, jangan merepek. Dah la abang, jom" arah aku segera. Adam tersenyum lalu meneruskan pemanduan. Dalam perjalanan, Adam menyakatku lagi.
" Arisa, apa beza Arisa dengan bumi?" tanya Adam sambil memandangku.
" Tak tahu la papa. Kenapa?" tanya Arisa.
" Bumi tu ada bertrilion orang, tapi Arisa sorang je dalam hati papa" kata Adam sambil ketawa. Aku akibat geram terus mencubit pinggang Adam. Adam mengaduh kesakitan. Namun tiba-tiba aku rasa kepalaku berdenyut.
" Abang, sa ... sakit" kata aku sambil memicit-micit kepalaku.
" Sayang okay tak? sakit kat mana? abang bawa pergi hospital. Kejap, sayang bertahan ye" kata Adam sambil melajukan kereta. Sesampainya di hospital Adam memapahku. Jururawat yang berada di situ terus memapahku ke bilik doktor. Adam dan anak-anak berjalan mundar mandir di depan bilik doktor.
Selepas 20 minit, doktor keluar.
" Suami Engku Nadia Emelda Binti Engku Haqiem?" panggil doktor. Adam bangun lalu menyahut panggilan doktor yang bernama Adila itu.
" Mari masuk kita berbincang" kata doktor dengan muka serius. Aku menelan air liur. Ya Allah kau lindungilah isteriku.
Adam lihat Nadia duduk di kerusi. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.
" Sayang ok?" tanya Adam risau.
" Belum tahu, doktor suruh panggil abang dulu" kata aku lemah.
" Kenapa dengan isteri saya doktor?" tanya Adam risau.
" Macam ni, isteri encik ni dah kena buatan orang. Bahaya" kata doktor itu serius.
Aku dan Adam terkejut.
" Mak ... maksud doktor?" tanya aku gagap. Ya Allah siapalah yang menghantar benda bukan-bukan kat aku ni.
" Maaf saya terpaksa mengatakan yang isteri encik ... hamil" kata doktor itu tersenyum.
***********
Share this novel