Get the app for full experience
Hari ini adalah hari yang di nantikan oleh Izara. Kerana pagi ini Izara akan sah menjadi isteri Haziq, Pak Cik pujaan hatinya. Awal pagi lagi Ardiana dan Darwisya sudah pun datang ingin melihat hari bersejarah bagi Izara. "Assalamualaikum" Ardiana dan Darwisya memberi salam ketika sampai di depan rumah Izara. "Waalaikumusalam, Darwisya, Ardiana masuk la. Izara ada dalam bilik tu tengah bersiap. Kamu berdua pergi la temankan dia," kata ibu tiri Izara yang menjawab salam Ardiana dan Darwisya. "Baiklah,kami masuk dulu ya",kata Ardiana pada ibu tiri Izara yang kelihatan agak sibuk. "Masuk je dalam bilik Izara tu. Mak Cik ...