Sekolah Baru?

Short Story Series 2033

Selepas tamatnya persekolahan rendah tiba masanya Hawa membuat pilihan sama ada memilih sekolah barunya . Dua pilihan ditangan Hawa yg diberi peluang oleh ummi dan Abah nya. 1. Sekolah menengah Biasa / 2. Maahad tahfiz. Ketika itu Hawa teramat la buntu membuat pilihan. Kerana kesuntukan masa ummi membuat keputusan untk nya memilih maahad tahfiz. Di usia terlalu muda berusia 13 tahun(2014) sudah tinggal di asrama penuh di maahad pilihan umminya.

Kerana terpaksa untk menjaga hati kedua org tuanya. Hawa merelakn jua diri untk melangkah ke frasa persekolahan baru di maahd tahfiz. Anggaran difikirkannya semua nya 'baik-baik ' saja. inshaa Allah. detik hati nya untk menenangkn hati sendiri.

Sudah dijanjikan tarikh yg ditetapkan Frasa pertama adelah sesi temu duga di sekolah baru. Seingat "aku sangka sekolah maahad macam skolh biasa, bebas melakukan apa saja. Tapi alangkah sedihnya peraturan sekolah tidak boleh membawa 'TELEFON' disekolah" getus geram hati nya melihat senarai peraturan dn list barang-barang yg perlu dibawa ke asrama nya nanti.

Sudah menjadi kebiasaan anak- anak muda sekarang tidak boleh berenggang dengan Telefon walaupun sesat. Tetapi ketika itu Hawa terlalu kecil dn tidak mempunyai telefon canggih seperti orang lain melainkan telefon nokia 3310 .

Selesai sudah temu duga bersama bakal ustazah nya di sekolah baru nanti. Dia pulang dngn harapan menyakinkan dirinya tidak terpilih dalam senarai temuduga pengambilan pelajar baru tahun depan. Seminggu sudah pun berlalu dngn pantas . Hujung minggu nya berakhir dngn hujung tahun usianya 12 tahun sebelom menjangkau usia 13 tahun. Sesedang sibuk Hawa menonton TV. Ada panggilan di telefon bimbit umminya. Selantas dengan lajunya ummi menagngkat dn berbual tanpa aku sedari perbualan ummi dn empunya panggilan itu sangat rancak berbual. Aku mengendahkan nya. Menganggap ia tidak apa-apa berlaku.

Penghabisan panggilan telefon dngn ucapan "terima kasih ustazah, assalamualaikum ". Aku menoleh dn bertanya "siapa tu ummi? " muka bersahaja tanya sedangkan tidak penting baginya. "ustazah di maahad telefon, kata nya kakak berjaya tersenarai dlm list temu duga tuh, so minggu depan dah strt akk msok asrama ye ". Jawab ummi dngn pantas kilat. Dengan muka ala² terkejut beruk menoleh "haa? berjaya? so dah nk kena masok asrama ke? Alah xbest la ummi" . Hawa mencebik sedih muka dngn lontaran jelingan ke arah umminya. "apa yg xbestnya? Best ape, dapat ramai kawan. Akk pandai bace quran, akk boleh bawak ummi masok syurga skli, xnk ke? sian ummi abah dah bagi akk macam²,xakn xnk balas pape kt ummi? " Bersahaja riak sedih yg dibuat-buat umminya untk menarik minat Hawa. "Yelah yelah" Hawa Getus geram, marah, sedih semua ade dilontarkn kpda ummi.

Bukan kah itu satu peluang terbesar bagi setiap manusia untk memiliki/memasuki syurga firdaus . Jika dibandingkan tidak semua ibu bapa ingin anak-anak mereka masuk tahfiz. Kebanyakan ibu bapa memilih sekolah biasa atas dasar 'malas mengulang alik melihat anak di asrama'. Itu sudah tanggungjawab ibu bapa tengok anak-anak nya. Tapi lain pula Hawa. Peluang sudah ade di depan mata tetapi masih berkeras hati dan tidak mahu masuk asrama kerana kes 'buli dn hantu'. Itula pasal sedang bermain di kotak fikiran Hawa sampaikan diri nya mudah percaya benda karut. Hawa memikir sehingga fikiran nya bercelaru untk buat pilihan untk pergi atau tidak... .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience