PARA pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik kuliah. Para pelajar yang akan menggunakan bilik kuliah untuk kelas seterusnya pula sudah mula masuk ke dalam bilik kuliah. Sepuluh minit jarak masa dari satu kelas ke kelas yang lain digunakan untuk para pelajar bergerak ke kelas seterusnya. Atiyyah dan Hasna berjalan beriringan menuju ke kelas mereka yang akan diadakan di salah satu bilik kuliah yang terletak di tingkat 1. Kelihatan dua orang pelajar berjalan dari arah bertentangan dengan mereka. Kedua-duanya sedang rancak berbual.
"Tiyah, Tiyah, tengok akak yang sebelah kanan depan kita tu." Hasna berkata perlahan kepada Atiyyah. Cukup untuk didengari oleh Atiyyah sahaja. Atiyyah pandang sekali imbas pelajar yang dimaksudkan oleh rakannya itu. Setelah pelajar yang dimaksudkan sudah berlalu Atiyyah bertanya kepada rakannya itu.
"Cantik. Kenapa dengan dia?" tanya Atiyyah polos. Si Atiyyah ni memang senang puji orang cantik. Tiga minggu Hasna kenal dengan Atiyyah ni siapa aje yang dia tak puji cantik, semua perempuan dia puji cantik. Kadang-kadang pandangan mata Hasna rasa biasa-biasa aje tapi Atiyyah puji cantik. Bila ditanya Atiyyah akan cakap, manusia tu sebaik-baik kejadian jadi macam mana yang Allah ciptakan kita, itulah cantik. Dan lagi cantik apabila kita menutup aurat dengan sempurna. Tapi pelajar yang baru lalu tadi tak dinafikan memang cantik pun.
"Akak tu Dean's List habaq hang." Jawab Hasna. Atiyyah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Di dalam hati dia sudah memuji, sudahlah cantik, pelajar Dean's List pula tu. Insya Allah aku akan usahakan untuk dapat Dean's List juga. Dalam diam Atiyyah sudah memasang azam buat dirinya.
Mereka berdua melangkah mendaki anak tangga. Keadaan yang sedikit sesak menyebabkan para pelajar yang sedang mendaki naik anak tangga dan para pelajar yang sedang menuruni anak tangga bergerak perlahan. Ketika mereka berdua berpapasan dengan seorang pelajar perempuan, Hasna mencuit Atiyyah dan membuat isyarat mata untuk Atiyyah memandang pelajar tersebut. Atiyyah hanya sempat memandang sekilas kerana sedikit lambat membaca isyarat yang dihantar oleh Hasna. Setelah mereka berada di tingkat 1, langkah kaki diteruskan untuk menuju ke bilik kuliah.
"Kau nampak tak akak tadi yang aku suruh tengok masa aku cuit kau?" tanya Hasna.
"Nampak sekilas ajelah Na." Jawab Atiyyah jujur. Hasna menyambung bicara.
"Akak tu pun Dean's List juga." Kata Hasna. Sekali lagi Atiyyah mengangguk-anggukkan kepalanya dan sekali lagi dia bersemangat untuk mendapatkan Dean's List. Sewaktu Atiyyah ingin membuka pintu bilik kuliah, Hasna sempat sekali lagi mencuit Atiyyah dan berkata perlahan, "Pandang kiri.. pandang kiri.."
Atiyyah memandang ke sebelah kirinya, dilihatnya seorang pelajar perempuan sedang membuka pintu dan masuk ke dalam bilik kuliah di sebelah. Atiyyah memandang Hasna dan berkata, "Jangan cakap dekat aku yang akak tu pun Dean's List juga." Hasna sudah tersengih lebar, "Haha. Nak cakap juga, akak tu memang Dean's List pun."
Atiyyah sudah buat muka tidak percaya. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik kuliah dan mengambil tempat di barisan ketiga dari hadapan. Ada beberapa orang pelajar lain sudah hadir terlebih dahulu dari mereka. Sebaik sahaja mereka duduk, buku nota terus dibawa keluar dari dalam beg dan digunakan untuk mengipas. Pendingin hawa akan mengambil masa yang sedikit lama untuk memberi kesan kepada mereka kerana mereka masih berpeluh akibat berjalan dari kolej kediaman ke fakulti.
"Kau ni kan, tahu-tahu aje akak-akak tu semua Dean's List padahal kalau kira sekali minggu orientasi, kita baru tiga minggu masuk sini. Kaki gosip betul!" kata Atiyyah kepada Hasna. Hasna hanya mengangkat-angkat keningnya. Dah memang betul apa yang Atiyyah cakapkan tu. Dia bukanlah kaki gosip sangat pun sebenarnya tapi disebabkan ada senior sekolah menengahnya dahulu yang belajar di fakulti yang sama ini jadi dia cepat tahu berita-berita sensasi terdahulu dan terkini.
"Assalaamu'alaikum. Guys, actually Madam Rose tak dapat datang hari ni tapi it's very last minute and madam tak sempat nak beritahu lebih awal. Jangan risau sebab siapa yang datang hari ni dikira datang. Kejap lagi aku pass kertas untuk attendance okey. Aku sempat jumpa madam dan dia ada tinggalkan kerja untuk kita buat. Aku dah fotokopi untuk semua kejap lagi aku pass. Yang tu kita kena hantar next class and then dalam kertas ni pula dah ada nama kau orang untuk group's presentation, kau orang tengok kau orang kumpulan mana and perlu present chapter berapa. Senarai ni madam yang buat okey dan kau orang wajib ikut. Group 1 has to present next week, Group 2 the following week and so on." Syukri sebagai wakil kelas bersuara setelah dia lihat ramai yang sudah hadir dan kelas sepatutnya sudah sepuluh minit bermula. Syukri mula mengedarkan kerja yang perlu dihantar pada kelas berikutnya diikuti dengan senarai nama pembentangan berkumpulan dan kertas untuk kedatangan hari ini.
Apabila senarai nama pembentangan berkumpulan sampai pada tangan Hasna, dia dengan terujanya menarik-narik tangan Atiyyah yang duduk bersebelahannya. Ketika itu Atiyyah sedang sibuk menulis namanya dan nama Hasna pada senarai kedatangan hari ini. Sesudah selesai nama ditulis dan kertas diberi kepada pelajar lain pula, Atiyyah menoleh ke arah Hasna.
"Tiyah tengok ni, kau satu kumpulan dengan Dean and Sam lah." Ujar Hasna. Atiyyah sudah membuat muka pelik.
"Siapa pula Dean dengan Sam ni? Supernatural brothers ke? Tak pernah dengar pun nama tu dalam kelas ni sebelum ni." Kata Atiyyah.
"Aku rasa dorang baru register course ni sebab tu baru ni ada nama dorang. Course registration kan belum tutup lagi. Kau ingat tak akak-akak sebelum ni yang aku cakap Dean's List tu?" Hasna bertanya, Atiyyah mengangguk. Hasna menyambung bicara.
"Well, akak-akak tu bukan Dean's List as in Anugerah Dekan tapi Dean's List sebab mereka tu termasuk dalam senarai kekasih dan bekas kekasih Dean ni. Yang aku tunjuk kat kau tadi baru tiga orang tapi sebenarnya list tu panjang lagi, students fakulti lain pun ada juga. Si Sam ni best friend Dean lah. Apa paper yang Dean kena repeat si Sam ni repeat juga. Sepatutnya dorang dah habis sem lepas tapi extend sem sebab ada lagi tiga subjek mereka kena repeat." Hasna bersungguh-sungguh menerangkan kepada Atiyyah perihal Dean. Mana dia tahu semua tu? Semestinya dari senior sekolah menengahnya yang 'rajin' bercerita.
"Oh, kira kau nak cakap Dean ni playboylah ya? Haha. Lawaklah, Dean's List? Mati-mati aku ingatkan Anugerah Dekan tadi siap berazam nak dapatkan Dean's List tu. Tak jadilah aku kalau Dean's List tu refer kepada list of girlfriends and exes of Dean. Hahaha."
* * * * * * * * * * * * *
ATIYYAH kegeraman. Sampai ke sudah Dean tidak membuat kerja bahagiannya bagi pembentangan berkumpulan pada hari ini. Sam kira okey lagilah sebab buat juga kerja tu walau last minute tetapi si Dean ni buat hal. Dia ingat aku ni macam girlfriends or ex-girlfriends dia yang sanggup buat kerja untuk dia? Sorry sikit! Aku bukan bodoh macam tu. Tapi dah sampai ke sudah dia tak buat ni terpaksa jugalah aku buat.
Sememangnya sudah Atiyyah pesan kepada Mukhlis dan Fadil untuk memberitahu Sam dan Dean bahagian pembentangan yang perlu mereka buat dan emel kepada Atiyyah tetapi Atiyyah hanya menerima emel dari Mukhlis, Fadil dan Sam sahaja. Tidak dari Dean. Ketika ini Atiyyah merasa susahnya bila dia satu-satunya pelajar perempuan di dalam kumpulan tersebut. Sudahlah semasa perbincangan dilakukan hanya Mukhlis dan Fadil yang datang. Disebabkan kumpulan Atiyyah semuanya lelaki melainkan dirinya jadi perbincangan yang lepas telah dilakukan di tempat para pelajar selalu melakukan perbincangan dan Hasna telah dipaksa olehnya untuk turut serta walau sebagai pendengar dan pemerhati sahaja.
Semasa kelas bermula Dean datang sedikit lambat dan dia dengan selambanya membuat muka tidak bersalah semasa pembentangan dilakukan. Macam mana Atiyyah tahu itu Dean? Sebab semasa memulakan pembentangan para pelajar perlu mengenalkan nama mereka kepada Madam Rose. Jadi dari situ Atiyyah dapat kenal yang mana satu Sam dan yang mana satu Dean. Pembentangan berjalan seperti biasa walaupun Atiyyah sebenarnya agak geram dengan Dean. Madam Rose ada menambah beberapa perkara penting untuk bab yang mereka bentangkan itu.
Kelas tamat sedikit awal dari biasa dan sudah menjadi lumrah pelajar lelaki lebih cepat keluar dari kelas berbanding pelajar perempuan. Atiyyah yang belum sempat mengemas barang-barangnya cepat-cepat mengejar Dean yang sudah keluar dari kelas. Hasna pelik dengan kelakuan rakannya itu.
"Dean!" teriak Atiyyah yang berada tidak jauh dari Dean. Dean menoleh ke arah insan yang memanggil namanya. Sam yang berjalan di sebelahnya turut sama menoleh. Pelajar lelaki lain terus beredar. Madam Rose pula menggunakan jalan lain jadi dia bersyukur yang Madam Rose tidak perlu melihat semua ini.
"Kau ada problem ke?" tanya Atiyyah berdiplomasi. Marah dan geram dikawal. Manalah tahu kut dia tak dapat nak buat kerja tu sebab ada masalah lain. Atiyyah cuba bersangka baik. Dean sudah mengangkat kening. Pelik dengan soalan yang keluar dari mulut si junior yang berada di depannya itu. Sam sudah memandang Atiyyah pelik. Aik, budak ni dah mula ambil berat pasal Dean? Cepatnya! Rasanya tak nampak pun Dean buat first move.
"Problem? Nope. Tapi kalau I ada problem pun kenapa ya? You nak tolong settle kan ke? How sweet of you!" Kata Dean bersama dengan senyuman yang mampu mencairkan hati-hati para pelajar perempuan. Tapi silap oranglah, bukan dengan Atiyyah! Atiyyah tak hairan benda-benda macam ni.
"Dah tu kalau kau takde problem apasal tak buat part kau untuk presentation tadi? Kau ingat aku ada banyak masa lah untuk cover part kau?" kali ini Atiyyah sudah keluar aura geramnya. Kini barulah mereka berdua tahu kenapa tiba-tiba Atiyyah begitu 'ambil berat' mengenai Dean.
"Relaxlah sayang. It's just a presentation. Tak matilah kalau I tak buat part I. Tadi waktu present pun okey aje kan." Kata Dean. Masih dengan senyuman kononnya untuk mengendurkan kemarahan Atiyyah malangnya jawapan dan senyuman itu lagi memarakkan api kemarahan Atiyyah. Sam sudah tersengih-sengih di sebelah Dean.
"It's just a presentation kau kata? Memanglah tak mati kalau kau tak buat tapi aku tak nak sampai kena repeat subjek ni. Presentation tadi okey sebab aku dah buat part kau, kau tinggal nak present je. Hampeh betul. Make sure lepas ni kalau ada group work lagi kau buat part kau betul-betul. Kau Samad tak payah nak sengih sangat. Kau emel kat aku kerja kau tengah malam tadi tahu tak. It's not something that you should be proud of." Atiyyah melangkah meninggalkan Sam dan Dean yang sudah terkebil-kebil dengan bebelannya. Baru dua tapak dia melangkah, dia kembali berpusing. "Kau Dean, don't you ever 'sayang-sayang' me. Aku tak termasuk dalam list girlfriends kau." Kata Atiyyah sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Daen. Setelah itu dia kembali ke dalam bilik kuliah untuk mengambil barang-barangnya.
Dean memandang ke arah Sam dan Sam turut memandang Dean. Mereka sama-sama terkebil-kebil. Nasib baiklah kelas mereka habis awal jadi tiada pelajar lain yang nampak drama sebabak yang baru berlaku.
* * * * * * * * * * * * *
ATIYYAH tiba awal di tempat perbincangan di fakulti mereka. Kepada Mukhlis dan Fadil sudah dia beritahu akan ketibaannya. Sebarang penyampaian maklumat buat Dean dan Sam diuruskan oleh Mukhlis dan Fadil. Kali ini mereka perlu membuat perbincangan untuk tugasan berkumpulan bagi subjek Madam Rose. Hasna tidak dapat dia angkut untuk duduk semeja dengannya kerana kumpulan Hasna membuat perbincangan untuk pembentangan bab seterusnya subjek Madam Rose. Tetapi dia tidak begitu risau kerana kumpulan perbincangan Hasna hanya selang dua meja dari mejanya.
Sementara menunggu ketibaan ahli lain, Atiyyah meneruskan pembacaan di komputer ribanya. Tidak lama lepas itu hujung matanya menangkap seseorang duduk di hujung sebelah kiri meja yang sama dengannya. Dia toleh ke kiri bagi mengenal pasti gerangan siapakah yang turut awal itu. Senyuman manis terlebih manisan dan gula dari Dean dia balas dengan jelingan maut. Sungguh bila dah tahu yang Dean ni playboy dia tak boleh nak bagi muka. Yang dia peliknya kenapalah masih ada orang yang jatuh hati, jatuh cinta, jatuh apa-apa lagilah kat dia. Tak rasa macam bodoh ke? Dah tahu orang tu playboy buat apa suka dia. Atiyyah rasa tidak selesa kerana sedari tadi Dean asyik memandangnya. Ya Allah, seriously mamat ni tak reti nak tundukkan pandangan ke? Nak cakap aku pakai pakaian yang menonjol last time aku check kat cermin sebelum keluar bilik tadi aku dah menutup segala aurat. Dah macam Women In Black pun ada dari atas sampai bawah aku pakai warna hitam.
Sekotak coklat berjenama terkenal diletakkan berdekatan dengan Atiyyah. Atiyyah buat-buat tak nampak. Pembacaannya diteruskan. Dean rasa tercalar dan tercabar. Tercalar egonya kerana sebelum ini belum pernah mana-mana perempuan menolak pemberian darinya dan tercabar maruahnya kerana gadis yang duduk di hujung sana meja itu langsung tidak menunjukkan minat kepadanya. Dean cuba bersabar.
"You Atiyyah kan? Group leader kita. That chocolate is for you. I'm so sorry tak datang first group discussion and tak buat my part. Sam tak dapat datang hari ni tapi jangan risau nanti I beritahu dia apa yang dia perlu buat." Dean memulakan bicara berserta pakej senyuman manis terlebih manisan dan gula.
"Thanks but no thanks. Aku tak makan coklat, migrain." Jawab Atiyyah senada tanpa memandang muka Dean.
Dean buat muka tak percaya walaupun sebenarnya Atiyyah tak nampak riak muka dia. Biar betul budak ni tak makan coklat?! Bukan semua perempuan suka coklat ke? Well, at least semua yang ada dalam Dean's List tu memang suka coklat. Itu aku sangat pasti. Migrain? Dia tengah tipu aku ke betul-betul sebab migrain ni? Cool Dean, cool. Proceed with your next step. Dean terus merenung Atiyyah membuatkan Atiyyah bertambah-tambah tidak selesa.
"Atiyyah, do you know that you're beautiful?" sambil tersenyum Dean berkata kepada Atiyyah. Atiyyah sudah senyum senget. Sinis. Bila playboy berbicara, macam ni lah agaknya. Atiyyah bermonolog sendiri. Malangnya senget senyuman itu pada sebelah kanan dan Dean pula duduk di hujung meja sebelah kiri jadinya Dean tidak nampak senyum senget Atiyyah itu.
"Why? If I don't know that I'm beautiful does that what makes me beautiful?" Atiyyah bersuara sambil memandang Dean beberapa saat. Setelah itu mata kembali difokuskan pada skrin komputer.
Jawapan kreatif luar skema dari Atiyyah membuatkan Dean terkedu. Lidah playboy itu kelu. Bukan ke dia sepatutnya tersenyum-senyum ala-ala malu tapi sebenarnya gedik just like those girls in the Dean's List? Okay Dean, now you know that she's at a different level. A class of her own.
* * * * * * * * * * * * *
APALAH nasib aku untuk subjek ni pun dapat sama group dengan Dean lagi. Lagi aku taknak hadap muka dia lagi aku dapat sama group dengan dia. Dalam banyak-banyak students kenapa mesti dia? Nasib baik untuk subjek ni Hasna dapat sama group dengan aku. Kenapalah Sir Zamri dah tentukan group semua orang. Tak boleh ke biar students bebas pilih siapa dalam group mereka? Ada je subjek lain bebas pilih groupmates. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Huarghh!! Sudahlah tu Tiyah. Kau membebel macam ni pun bukan boleh ubah apa-apa. Sudah, berhenti merungut! Bersabar untuk satu sem ni aje, lepas ni tak jumpa dia dah. Yes! Lepas ni tak jumpa dia dah. Wahaha~
Atiyyah menghentikan segala rungutan. Dia membuat tugasan lain di komputer ribanya sementara menunggu ahli kumpulan yang lain. Hasna ke kiosk menjual makanan ringan untuk membeli makanan ringan. Hasna memang tak boleh buat kerja kalau tiada apa-apa untuk dia kunyah. Sebelum tu dia cakap dia nak ke tandas terlebih dulu. Hujung mata Atiyyah menangkap kelibat seseorang yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi hujung sebelah kiri. Dia malas nak menoleh sebab sudah tahu siapa gerangan kelibat tersebut.
"Hi, you! Kita sama group lagi. Tak sangka kan kita berjodoh macam ni sekali." Kata Dean yang sudah senyum terlebih segala manisan dan gula.
"Wa'alaikumussalam." Kata Atiyyah. Perli sebenarnya. Dean hanya mengangguk-anggukkan kepala. Tahu Atiyyah sengaja memerlinya yang menegur Atiyyah tanpa memberi salam terlebih dahulu. Atiyyah terus memandang skrin komputer. Tidak berniat untuk berbual dengan Dean. Dean terus merenung Atiyyah. Atiyyah sudah tidak selesa. Mana pula Hasna ni? Lamanya pergi.
"You, has someone told you that you're beautiful? If not, then let me be the one to tell you that you're really beautiful." Kata Dean. Kali ini tiada senyuman seperti biasa.
"Thanks. I got it from my momma." Jawab Atiyyah. Sekali lagi Dean terkedu dengan jawapan luar alam dari Atiyyah. Macam lagulah pula. Seriously this fine lady is unexpected.
"Tiyah I'm serious okay. When I say someone is beautiful, that person is really beautiful. I mean it." Dean kembali bersuara.
"Sorry Dean, I'm not buying. However you are free to go and tell that to your girlfriends." Balas Atiyyah. Dean sudah menggeleng-gelengkan kepala.
"Tiyah, you're beautiful. By beautiful here I mean you're beauty with brain. You're not like those Dean's List. They're just beautifool. Beauty but fool." Kata Dean. Atiyyah sudah angkat sebelah kening. Dia ingat ini lagu Beautifool yang OAG nyanyi tu ke? Sesedap mulut je nak cakap orang lain beauty but fool. Aku pula yang sentap bila dia cakap beauty but fool tu. Ini yang rasa macam nak merayu ni, tolonglah wanita-wanita di luar sana jangan terpedaya dengan lelaki yang puji anda cantik. Anda tak tahu dia maksudkan beautiful atau beautifool. Fikir dulu sebelum percaya!
Penyelamat bumi, Maskman! Okey, itu merepek, masuk segala Maskman bagai tapi terima kasihlah Hasna sebab kau balik just in time. Kau telah menyelamatkan aku dari mendengar entah apa lagi yang playboy ni nak cakap.
* * * * * * * * * * * * *
"KAU ada apa-apa ke dengan Dean, Tiyah? Aku perasan masa discussion tadi dia asyik tenung-tenung, renung-renung kau je." soal Hasna sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman selepas selesai perbincangan berkumpulan. Dean ada mempelawa untuk menghantar mereka tetapi sudah tentulah Atiyyah tolak mentah-mentah.
Ini lagi sorang. Tadi Dean dengan lagu Beatifool OAG sekarang Hasna pula dengan lagu Tenung-tenung Renung-renung duet Syura dan Dato' M. Daud Kilau. Lepas ni apa pula? Pandang-pandang Jeling-jeling duet Dato' Siti Nurhaliza dan Tan Sri S.M. Salim?
"Ish, mana ada! Aku tak tahulah kalau dia memang ada tenung-tenung, renung-renung aku tapi kami memang takde apa-apa okey. Lagipun aku tak boleh nak tune in lah dengan dia. Kau pun tahu kan frekuensi hati dia tu frekuensi playboy. Dah ramai sangat orang perempuan lain tune in ke frekuensi tu. Aku tak nak menambah bilangan Dean's List dia. Lagipun kau pun tahu kan prinsip aku tak nak ada hubungan lebih dari kawan dengan sesiapa." Kata Atiyyah panjang lebar. Hasna sudah tersenyum.
"Yelah, aku tahu. Saja je tanya. Hehe. Kiranya kau akan tune in pada one-woman man lah ni?" tanya Hasna.
"Of course! And that lucky man will be my husband." Jawab Atiyyah dengan yakin.
* * * * * * * * * * * * *
ATIYYAH tersenyum gembira. Hoyeah dah takkan ada benda yang memerlukan group discussion. Seronok seh! Yang kurang seronoknya dah tak lama lagi nak final exam. Cuak pula since ni final exam yang pertama. Aim nak dapat Dean's List. Dean's List yang Anugerah Dekan ya bukan Dean's list of girlfriends and exes tu. Tapi sebut pasal Dean's List ni teringat pula kat Dean. Dah, tak payah nak ingat pasal dia! Alhamdulillah bersyukur dah tak payah nak menghadap muka dia masa group discussion. Hahaha. Macam manalah boleh 'berjodoh' sangat dengan dia sampai dua paper yang dia repeat tu dia satu presentation group dengan aku. Haish. Nasib baiklah satu lagi subjek walaupun dia repeat tapi subjek tu tak perlu buat presentation group. Kalau perlu agaknya kami dapat satu group juga kut. Apa barang repeat subjek Part 1. Dah kena repeat tu sepatutnya repeat lah awal-awal. Ini sampai extend sem untuk repeat. Membazir duit aje, tahulah anak orang kaya!
Atiyyah menghentikan lamunannya dan meneruskan kerja-kerjanya sebagai Timbalan Bendahari bagi kelab yang disertainya. Leka dia menekan-nekan kalkulator membuat kira-kira. Sekejap-sekejap kepalanya yang dilitupi dengan tudung itu digaru walaupun tidak gatal. Seorang pelajar yang berjalan menghampirinya mencuit bahunya.
"Tiyah, kita dah tak payah nak pening-pening lagi." Sambil senyum Masitah berkata kepada Atiyyah.
"Kenapa Kak Mas? Ada orang murah hati sudi sponsor ke?" tanya Atiyyah teruja. Masitah yang merupakan Bendahari kelab tersebut sudah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.
"Yup! Ada orang sponsor semua makanan dari pagi sampai petang jadinya duit yang kita peruntukkan untuk makanan tu kita boleh tambah hadiah untuk anak-anak yatim dan buat benda lain."
"Alhamdulillah..." Atiyyah sudah meraup mukanya. "Hebatlah Kak Mas boleh cari sponsor!! Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki orang yang sudi sponsor tu. Aamiin."
* * * * * * * * * * * * *
PAGI Sabtu hari aktiviti menjelma. Aktiviti ini merupakan aktiviti akhir kelab tersebut bagi semester ini memandangkan peperiksaan akhir semester bakal menjelma. Ahli kelab dan sukarelawan yang bakal mengikuti aktiviti ini sudah berkumpul di stesen bas berdekatan dengan fakulti mereka seawal jam 6.30 pagi. Apabila cukup semua ahli dan sukarelawan, mereka akan bergerak ke rumah anak-anak yatim yang terlibat bagi menjemput anak-anak yang bakal mengikuti aktiviti ini dan setelah itu bas akan terus menuju ke FRIM bagi aktiviti canopy walk bersama semua anak-anak yang terlibat.
Atiyyah menarik nafas dalam-dalam dan dihembus nafas perlahan-lahan. Seronok dapat menghirup udara pagi. Sebentar tadi dia telah menolong Hasna untuk memastikan sarapan sudah cukup untuk semua. Sedikit demi sedikit para ahli kelab yang terlibat dan beberapa orang sukarelawan mula memunculkan diri. Kebanyakan dari mereka duduk di stesen bas tetapi Atiyyah berdiri jauh sedikit dari stesen bas. Dia mendongak ke atas memandang langit pagi. Subhanallah, cantiknya! Apabila letih mendongak, Atiyyah menundukkan kepalanya dan berpusing ke sebelah kanan ke arah stesen bas fakulti. Ya Allah, dia join sama!
Atiyyah terpandang Dean yang sudah sedia tersenyum kepadanya saat Atiyyah menjatuhkan pandangan kepadanya. Aigoo! Playboy ni ikut juga? Aku tak perasan pula nama dia dalam senarai volunteer tu. Adeh. Lagipun bukan aku in-charge cari volunteer. Spoil lah! Aku baru aje happy dah tak payah jumpa dia untuk group discussion alih-alih dia join program ni. Atiyyah sudah menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung. Senyum dari Dean tidak dia balas. Kedua-dua tangan Atiyyah menggosok-gosok lengannya. Seram pula tengok Dean senyum terlebih manisan dan gula macam tu pagi-pagi macam ni. Macam manalah mereka ni boleh cair dengan senyuman dia, pada aku rasa seram ada laa. Beberapa orang pelajar perempuan yang berada dekat dengan Dean sudah tersenyum-senyum kepadanya. Ini kes mereka perasan Dean senyum pada mereka padahal Dean senyum pada Atiyyah.
Selepas taklimat terakhir diberikan, para ahli kelab dan sukarelawan masuk ke dalam bas. Rata-rata duduk bersebelahan dengan kawan masing-masing. Atiyyah sudah semestinya duduk bersebelahan Hasna. Dean hanya duduk berseorangan di tempat duduk kawasan belakang. Rindu kat Sam kut. Supernatural brothers kononnya. Haha. Selalunya mana Dean ada, Sam pun ada sama. Awal dahulu Atiyyah ingatkan nama betul Sam tu Samsul ataupun Samsudin rupa-rupanya Samad. Nak buat macam mana, orang Melayu perasan nak jadi orang putih, itulah jadinya.
Riak teruja jelas terpamer pada wajah Atiyyah apabila bas tiba untuk menjemput anak-anak yang bakal mengikuti aktiviti ini. Tidak sabar untuk melakukan aktiviti bersama mereka. Seramai 20 orang anak-anak yang terdiri daripada 10 orang anak-anak perempuan dan 10 orang anak-anak lelaki bakal mengikuti aktiviti ini. Anak-anak yang terlibat dalam lingkungan umur 7 hingga 14 tahun. Sayu juga hatinya apabila melihat anak-anak lain yang tidak dapat mengikuti aktiviti ini hanya melambai abang-abang dan kakak-kakak mereka yang sudah berada di dalam bas.
Bagi mengelakkan terlalu ramai yang bergerak di dalam bas, jadi hanya Hasna, Atiyyah dan Masitah yang akan mengedarkan sarapan pagi kepada semua yang terlibat. Dengan muka yang teruja berserta senyuman yang tidak lekang dari bibir mereka mula mengedarkan sarapan. Anak-anak kelihatan teruja sekali. Menurut mereka ini adalah kali pertama mereka akan beraktiviti jauh dari kebiasaannya.
Satu persatu sarapan yang sememangnya sudah siap dibungkus Atiyyah edarkan berserta senyuman. Dia tidak sedar yang dia sudah menghampiri kawasan belakang bas yang mana merupakan tempat duduk Dean. Dean sudah tersenyum ke arah Atiyyah walaupun Atiyyah tidak memandangnya. Sungguh dia tidak pernah lihat Atiyyah senyum sekerap dan seteruja ini. Bertambah manis wajah Atiyyah yang dihiasi senyuman itu. Dia harus akui bahawa Atiyyah bukan seperti gadis lain yang dia pernah kenali. Atiyyah takkan cair dengan coklat. Antara Atiyyah dan coklat, coklat yang akan cair terlebih dahulu kalau nak tunggu Atiyyah cair.
Apabila tiba giliran Dean, dia sudah menghulurkan tangannya untuk menerima sarapan dari Atiyyah. Atiyyah yang baru terpandang muka Dean yang sudah tersenyum itu terbantut untuk menghulurkan sarapan kepadanya. Senyuman Atiyyah serta-merta mati. Dia tarik balik sarapan yang sedikit lagi bakal sampai ke tangan Dean. Erk, playboy ni? Macam mana aku boleh lupa dia duduk dekat belakang ni. Adeh. Atiyyah terus berpusing dan kembali ke tempat duduknya. Senyuman manis Dean mati. Sampai macam ni sekali dia tak suka aku? Teruk sangat ke aku ni? Masitah yang perasan Dean masih belum dapat sarapan menghulurkan plastik berisi sarapan kepada Dean. Dean hanya senyum segaris tanda berterima kasih kepada Masitah.
* * * * * * * * * * * * *
PERJALANAN dan pendakian bermula setelah anak-anak dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai empat orang anak-anak dan dua orang sukarelawan ditugaskan bagi setiap kumpulan. Tugas sukarelawan adalah memastikan anak-anak terkawal selain dari menjaga keselamatan mereka. Penat sebenarnya berjalan dan mendaki bukit di Canopy Walkway FRIM ini. Para ahli kelab dan sukarelawan sendiri ada yang sudah pancit belumpun sampai setengah perjalanan. Yang seronoknya dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dan dapat menghidup udara yang segar. Dan sudah semestinya keterujaan anak-anak membuatkan kakak-kakak dan abang-abang yang mengadakan aktiviti ini rasa sangat berbaloi.
Atiyyah berjalan beriringan dengan Masitah. Hasna tidak ikut serta kerana dia dan beberapa orang lagi perlu bersedia untuk makanan tengah hari yang sudah ditempah dan akan dihantar terus ke situ. Sambil menikmati pemandangan sekeliling, Atiyyah dan Masitah turut berbual dengan beberapa orang anak-anak perempuan kumpulan mereka. Sedikit jauh di hadapan mereka seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan tujuh tahun yang terlebih teruja telah tersadung kaki dan terjatuh. Dia mula menangis. Seorang sukarelawan lelaki yang berada berhampiran dengan kanak-kanak itu segera menuju ke arah kanak-kanak tersebut. Segera Atiyyah dan Masitah menghampiri tempat kejadian. Mereka berdiri di belakang sukarelawan lelaki yang sedang membelek-belek lutut kanak-kanak tersebut.
"Aiman jatuh sikit aje ni. Tengok ni tak berdarah pun. Aiman kuat kan? Budak kuat tak cepat menangis. Malulah dekat kawan-kawan lain Aiman menangis." Kata sukarelawan lelaki tersebut. Budak kecil yang dipanggil Aiman itu masih menangis. Sukarelawan tersebut mengesat air mata Aiman dan berkata, "Aiman, sikit je ni. Aiman cuma terkejut. Cuba Aiman tengok lutut Aiman, tak berdarah kan?" Aiman sudah memandang lututnya dan melihat yang sememangnya lututnya tidak berdarah.
"Haah lah bang. Tak berdarah pun lutut Aiman. Aiman budak kuat mana boleh menangis." Sekelip mata Aiman sudah tersenyum dan bangun meneruskan pendakian. Kawan-kawannya yang lain yang berada di depan sudah tersenyum dan memberi semangat kepadanya.
"Sure budak tadi okey?" tanya Masitah meminta kepastian dari sukarelawan lelaki yang berjaya memujuk budak tersebut. Sukarelawan tersebut bangun dan berpusing ke arah datangnya suara yang bertanya kepadanya. Dia tersenyum.
"Okey, takde apa-apalah. Biasalah budak kecil bila tengah teruja tiba-tiba pula jatuh tersadung, terkejutlah dia. Itu yang dia menangis tu. Aku dah check dah takde luka dekat mana-mana." Jawab sukarelawan tersebut dan terus menyambung pendakiannya. Anak-anak di bawah jagaannya sudah sedikit jauh di hadapan. Masitah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Atiyyah sudah jelas riak terkejutnya.
Dean! Ya Allah tak sangka itu Dean. Semua orang memang pakai baju khas program ni jadi aku memang tak dapat agak itu Dean. Cara dia pujuk budak lelaki tadi tu memang lain sangat. Tak sangka playboy macam dia ada bakat pujuk budak kecil. Senyuman dia! Senyuman dia masa jawab apa yang Kak Mas tanya tadi pun memang lain. Senyuman ikhlas bukan senyuman manis terlebih manisan dan gula macam biasa. Okey, aku kena take note pasal ni, playboy pun ada masanya boleh juga pujuk budak kecil dan beri senyuman ikhlas. Macam aku nampak sisi lain pada diri dia pula. Susahnya nak percaya! Ya Allah, am I being too judgemental before this?
"Tiyah, kalau nak tahu itulah orang murah hati yang sudi sponsor makanan kita. Dia selalu juga sponsor bila kelab ni buat aktiviti terutama yang berkaitan dengan anak-anak yatim macam ni tapi dia tak nak jadi ahli kelab. Leceh katanya so dia selalu join as volunteer bila ada program macam ni." Ujar Masitah. Atiyyah sudah terkedu.
Oo..key.. Aku kena take note pasal ni, walaupun frekuensi hati dia playboy tapi tetap ada ruang baik dalam hati dia yang sudi untuk sponsor dan join program macam ni. Susahnya nak percaya! Ya Allah, I am being too judgemental before this! Rasa bersalah pula.
* * * * * * * * * * * * *
USAI mendirikan fardhu Zohor, mereka semua mula bertolak balik. Sekali lagi Hasna, Atiyyah dan Masitah bertugas untuk mengedarkan air mineral di dalam bas. Makanan tengah hari sudah mereka nikmati semasa berhenti di air terjun. Walaupun keletihan namun masing-masing masih menunjukkan riak gembira terutamanya anak-anak yang dirai. Lebih gembira lagi apabila setiap kumpulan mendapat hadiah semasa sedikit aktiviti dijalankan di kawasan air terjun.
Atiyyah mengedarkan air mineral dan dia tidak lupa untuk senyum terutamanya kepada anak-anak yang dirai. Buat ahli kelab dan sukarelawan pula, senyuman serta terima kasih dia ucapkan semasa menghulur air mineral kerana dia sememangnya berterima kasih dengan kerjasama yang semua berikan. Program ini nescaya tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan pengorbanan semua.
Dean memandang setiap gerak-geri Atiyyah. Dia tahu bahawa Atiyyah masih tidak perasan akan dirinya yang sedang dipandang. Dean tersenyum. Tetapi hanya di dalam hati. Cukuplah senyumannya sewaktu pagi tadi tidak diendahkan oleh Atiyyah. Jika diingat kembali, dia sememangnya banyak tersenyum kepada Atiyyah tetapi tidak satu pun senyumannya berbalas. Susah betul nak senyum minah tu. Ataupun dengan aku je dia susah nak senyum?
Apabila tiba giliran Dean, dia cepat-cepat membuang pandang ke luar bas. Dia tahu sangat yang Atiyyah pasti akan mengabaikannya dan terus pulang ke tempat duduknya seperti pagi tadi. Sedang dia khusyuk memandang ke luar bas, dia dapat rasakan yang bahunya disentuh sesuatu. Dia menoleh ke arah bahunya. Sebotol air mineral. Alah Mas ni tak payahlah susah-susah nak bagi air mineral pada aku, yang dapat masa lunch tadi pun belum habis lagi. Dicapainya juga air mineral yang dihulurkan itu.
"Thanks for joining us. Really appreciate it."
Suara tu! Aku salah dengar ke? Tak mungkinlah, itu memang suara dia. Dean memandang gerangan pemberi air mineral sebentar tadi. Dia terkesima. Tidak percaya yang Atiyyah baru sahaja menghulur sebotol air mineral kepadanya. Oh man, terlepas peluang! Kalau aku tahulah Atiyyah yang akan bagi mineral water ni tadi aku dah tatap puas-puas muka dia. Ingat peluang keemasan macam ni selalu muncul ke? Seribu tahun lagi pun belum tentu muncul tahu!
"My pleasure." ujar Dean. Atiyyah senyum segaris dan berpusing menuju ke tempat duduknya. Dean sudah tersenyum lebar.
Atiyyah yang sudah duduk di tempatnya melepaskan nafas lega. Kurang sedikit rasa bersalahnya selepas mengucapkan terima kasih kepada Dean sebentar tadi.
* * * * * * * * * * * * *
DEBARAN di dada Atiyyah kian memuncak apabila namanya telah dipanggil untuk sesi temuduga. Ini merupakan temuduga pertama yang dia hadiri sejak tamat pengajian Ijazah Sarjana Mudanya. Walaupun syarikat yang dia mohon ini masih baru bertapak tetapi dia tidak peduli akan hal tersebut kerana yang penting baginya adalah dapat mencari pekerjaan yang halal. Dia mengetuk pintu bilik temuduga. Apabila terdengar kebenaran masuk dilaungkan dari dalam bilik, dengan penuh tertib Atiyyah membuka pintu bilik temuduga. Setelah dia masuk, pintu ditutupnya semula. Dia bergerak menghampiri sebuah kerusi yang terletak di tengah-tengah bilik tersebut. Tidak jauh dari kerusi itu terdapat sebuah meja panjang yang menempatkan tiga kerusi tetapi hanya dua kerusi berpenghuni. Kerusi di tengah-tengah itu kosong.
"Awak boleh bagi resume dan fail awak pada saya dan awak boleh duduk." Kata salah seorang penemuduga. Atiyyah bergerak menghulur resume berserta failnya lalu dia kembali ke kerusi di tengah-tengah dan dia duduk dengan penuh tertib.
"Saya Aina dari bahagian HR, yang itu Rahmat dari bahagian teknikal dan bos, Encik Azzam tengah jawab call sekejap dalam bilik tu. Bos kami memang akan join sesi temuduga sebab dia memang nak dia sendiri terlibat dalam pemilihan staf. Lagi pula syarikat ni baru beroperasi dalam dua tahun jadi Encik Azzam sangat mengambil berat siapa yang akan diambil bekerja. Kita boleh teruskan sesi ni, nanti Encik Azzam akan join." Kata Aina seraya menuding ke arah sebuah bilik kecil yang tertutup. Atiyyah hanya mengangguk dan tersenyum bagi menutup debaran. Secara kebetulan, pintu bilik kecil dikuak dan Encik Azzam berjalan mengambil tempat duduk di tempat yang kosong sebentar tadi. Sewaktu hendak duduk, sempat dia pandang calon seterusnya yang akan ditemu duga.
"Okey, kebetulan Encik Azzam pun dah ada ni. Encik Azzam, you nak mulakan dulu ke macam mana?" tanya Aina. Encik Azzam sudah mengangguk dan dia meminta fail Atiyyah dari Rahmat. Atiyyah berdebar menanti soalan yang bakal diajukan kepadanya. Sedaya upaya dia cuba mengawal riak muka. Encik Azzam dilihat begitu fokus menyelak helaian demi helaian sijil-sijil yang berada di dalam fail tersebut. Dia berhenti apabila dia tiba di sijil terakhir.
Apa rasionalnya dia letak sijil ni dekat sini? Macam tak relevan je dengan jawatan yang dia minta. Encik Azzam bermonolog sendiri.
"So Atiyyah, right?" tanya Encik Azzam.
"Yes sir, Atiyyah." Jawab Atiyyah.
"Awak dah kahwin?" tanya Encik Azzam. Atiyyah tidak begitu terkejut dengan soalan itu kerana memang ada sesetengah majikan yang akan mengambil pekerja yang bujang. Atiyyah tersenyum segaris dan dengan sopan dia menjawab, "Belum lagi Encik Azzam."
"Awak dah bertunang?" tanya Encik Azzam lagi.
Okey, kali ini Atiyyah sedikit terkejut. Dia boleh terima jika majikan mengutamakan untuk pengambil pekerja yang masih bujang tetapi takkanlah sampai bertunang pun tak boleh? Riak mukanya masih terkawal walaupun masih terkejut. "Belum lagi Encik Azzam." Jawapan yang sama diberikan oleh Atiyyah.
"Awak ada boyfriend?" tanya Encik Azzam sekali lagi.
Aiseh! Ini sudah lebih. Kalau betul aku ada boyfriend takkan aku tak boleh nak dapat jawatan ni? Ini langgar labour law tak? Mana nak tahu, labour law pun aku tak khatam! Sepatutnya labour law ni kena khatam supaya kita tahu apa hak-hak kita sebagai pekerja.
"Setakat ni saya takde boyfriend dan insya Allah takkan ada boyfriend. Bukan apa Encik Azzam, bila couple ni, kita sebenarnya dah selangkah ke arah zina. Allah dah pesan supaya kita jangan hampiri zina. Kenapa dalam ayat tu Allah sebut jangan hampiri zina bukannya jangan berzina? Sebab zina tu sendiri takkan berlaku dengan sendiri tanpa kita lalui jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina. Jadi kita perlu kenal pasti jalan yang menuju ke arah zina dan jalan tu sendiri kita kena hindari." Jawab Atiyyah. Sempat memberi tazkirah pendek. Geram sebenarnya. Kalau betullah company ni memang tak ambil pekerja yang sudah kahwin, bertunang mahupun ada boyfriend, memang diskriminasi betul! Kalau aku tahu dari awal lagi memang aku tak apply company ni.
Selepas tersedar dengan kemarahan yang mula menyala, Atiyyah mula beristighfar di dalam hati. Dia cuba menenangkan diri. Tidak mahu api kemarahan terus menyala. Jika dia ikut kemarahan itu nescaya dia telah memberi kemenangan kepada syaitan. Bersangka baik Tiyah, bersangka baik. Mungkin ini memang soalan wajib Encik Bos tapi sebenarnya company ni tak kisah nak hire sesiapa. Bukan berdasarkan status perhubungan. Atiyyah pandang muka Encik Azzam. Riak Encik Bos itu seperti tidak percaya dengan apa yang baru berlaku. Ataupun Encik Bos tersentap? Tiada langsung senyuman di wajahnya sejak temuduga ini berjalan. Mungkin ini kali pertama kes calon memberi takzirah kepada panel penemuduga.
"Okey, awak berjaya. Bila family saya boleh masuk meminang?" tanya Encik Azzam. Atiyyah sudah buntang mata mendengar apa yang baru Encik Azzam tuturkan. Apa kaitannya aku berjaya dapat jawatan ni dengan family Encik Bos masuk meminang? Aina dan Rahmat sudah memandang bos mereka dengan pandangan tidak percaya.
"Err, Encik Azzam, maksud encik saya berjaya dapat jawatan ni? Tapi apa kaitan pula dengan masuk meminang?" tanya Atiyyah lambat-lambat.
"Tak, awak tak dapat jawatan yang awak apply ni tapi awak dapat jawatan sebagai isteri dan ibu kepada bakal anak-anak saya jadinya family saya kenalah pergi meminang awak." Jawab Encik Azzam tenang. Masih dengan wajah yang langsung tiada senyuman. Aina dan Rahmat yang memandang pelik dirinya tidak dia hiraukan. Atiyyah sudah menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung.
"Encik Azzam, saya tanya ni encik jawab dengan jujur ya. Encik Azzam playboy tak?" Meletus tawa Encik Azzam dengan pertanyaan polos dari Atiyyah itu.
* * * * * * * * * * * * *
TELEFON berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Atiyyah segera mencapai telefon pintarnya yang hanya sedepa dari dirinya. Dia baru sahaja selesai mendirikan fardhu Isyak dan kemudian merebahkan diri di atas katil. Ketika itulah telefonnya berbunyi. Skrin telefon diperhatikan. Nombor yang tidak dikenali membuat panggilan. Dengan ragu-ragu Atiyyah tetap menjawab panggilan tersebut.
"Helo, Assalaamu'alaikum." Kata Atiyyah.
"Wa'alaikumussalam. Atiyyah ya? Ibu ni." Jawab suara si pemanggil.
Ibu? Ibu negeri? Ibu negara? Ibu pertiwi? Ibu pejabat? Ibu ayam? Ibu mana pula ni? Takkan emak kut. Sejak bila pula emak main call-call padahal duduk serumah? Dan sejak bila pula emak bahasakan diri sebagai ibu?
"Ibu? Ibu mana ya? Maaf, saya rasa saya tak kenal sesiapa nama Ibu. Salah nombor kut." Kata Atiyyah. 'Ibu' di hujung panggilan sudah ketawa.
"Atiyyah ni kelakarlah. Patutlah ada orang berkenan. Ini ibu Azzam." Jelas 'Ibu' yang membuat panggilan itu. Erk, Encik Azzam punya emak? Apakah? Kenapa sampai call aku ni? Cis, ini mesti Encik Azzam dapat nombor aku dari resume.
"Oh, ibu Encik Azzam. Apa khabar auntie? Sihat?" tanya Atiyyah sekadar berbahasa kepada orang yang lebih tua.
"Alhamdulillah sihat. Atiyyah panggillah 'ibu', bukan auntie. Alhamdulillah ibu bersyukur sangat bila Azzam minta ibu dan daddy pergi meminang Atiyyah. Baru je malam semalam ibu membebel pada dia bila nak kahwin alih-alih hari ni dia dah suruh ibu masuk meminang. Maaflah Atiyyah, ibu tahu tak proper ibu terus call Atiyyah ni tapi ibu excited nak dapat menantu ni. Bila ibu dan daddy boleh datang jumpa parents Atiyyah?" tanya ibu Encik Azzam kepada Atiyyah.
Atiyyah sudah rasa serba salah. Dia sebenarnya masih belum membuat keputusan. Baru sahaja pagi ini Encik Azzam cakap pasal nak masuk meminang tu, dia masih belum memberitahu ibu dan bapanya. Tetapi mendengar suara ceria dan teruja ibu Encik Azzam membuatkan dia tidak sampai hati untuk memberikan jawapan negatif.
"Auntie, sebenarnya saya masih belum beritahu parents saya pasal ni dan saya sendiri masih belum buat keputusan untuk terima Encik Azzam ataupun tidak." Atiyyah bersuara lembut, tidak mahu hati ibu Encik Azzam terguris.
"Kenapa sayang? Azzam ada buat Atiyyah kecil hati ke? Beritahu ibu, biar ibu marah dia. Ataupun Azzam banyak kekurangan dan tak sesuai dengan Atiyyah?" tanya ibu Encik Azzam. Suaranya sudah tidak seceria sebelumnya.
Ish, bunyi mak Encik Azzam ni macam dia ingat kitorang ni dah lama sangat kenal hati budi masing-masing pula. Adui, macam mana nak cakap ni?
"Bukan. Bukan macam tu ibu. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Macam ni lah ibu, nanti saya beritahu parents saya yang ibu akan datang, kalau parents saya terima pinangan tu, insya Allah saya pun akan terima dengan hati yang terbuka." Ish, aku pun dah terpanggil ibu dah. Aiseh. Tapi soal kalau parents aku terima, aku pun akan terima tu memang betul. Aku memang dah berazam akan terima siapa yang emak dan ayah aku pilih untuk aku.
"Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat Atiyyah. Sudi terima anak ibu yang banyak kekurangan ni." Ibu Encik Azzam sudah terharu bercampur gembira. Err, tapi aku belum pun terima lagi.
Selepas perbualan dengan ibu Encik Azzam berakhir, Atiyyah kembali merebahkan diri. Sambil merenung kipas yang sedang berpusing, dia berfikir. Macam mana nak beritahu emak dengan ayah ni? Pergi interview nak cari kerja tiba-tiba dapat calon menantu untuk mereka. Telefon yang berbunyi menghentikan lamunan Atiyyah. Dia mencapai telefon pintarnya dan tanpa melihat gerangan pemanggil dia terus menjawab panggilan tersebut. Otak serabut punya pasal.
"Helo, assalaamu'alaikum." Atiyyah memberi salam.
"Wa'alaikumussalam." Jawab si pemanggil. Suasana sepi seketika.
"Encik Azzam?" tanya Atiyyah yang ragu-ragu dengan suara yang dia dengar itu.
"Yup, your future husband." Jawab Encik Azzam. Ceh, confident sangat Encik Azzam ni, parents aku tahu pun tak lagi pasal kau. Atiyyah bermonolog sendiri.
"Encik Azzam, sampai hati encik beri harapan palsu pada ibu encik. Saya tak cakap pun saya sudi jadi isteri encik." Atiyyah menyampaikan apa yang terbuku di dalam hatinya.
"Atiyyah, drop the 'encik', please. I'm not your boss. Ibu beritahu saya yang awak akan terima kalau parents awak terima, so saya masih ada harapan." Jawab Azzam dengan tenang.
"Okay fine, Azzam. Tapi kalau awak kena tolak dengan parents saya, itu awak punya pasal ya. Bukan salah saya." Kata Atiyyah. Azzam di hujung talian sudah menggelengkan kepala walaupun Atiyyah tidak dapat melihat gelengan itu.
"Insya Allah parents awak akan terima saya." Azzam bersuara dengan yakin.
"Confidentnya awak Azzam. Sesuai dengan nama awak, penuh dengan azam." Azzam sudah tersenyum mendengar apa yang Atiyyah katakan.
"I'm always confident. You should know that, my future wife. Nasihat saya untuk awak, lain kali bila pergi interview jangan bawa sijil yang tak releven dengan jawatan yang awak apply. But I have to say thanks for attending today's interview. It's like a miracle you know. Baru malam semalam ibu saya membebel bila saya nak kahwin tup-tup hari ni saya jumpa awak. Mungkin kita memang berjodoh. Okey, saya end call dulu ya. Assalaamu'alaikum." Kata Azzam. Atiyyah hanya menjawab salam di dalam hati.
Entah apa benda dia merepek pasal miracle bagai. Habis tu dia tengah bagi jawatan yang relevanlah untuk aku ni? Jadi isteri dia? Pffttt... Merepek apa entah dia tu, aku bawa semua sijil akademik dan ko-kurikulumlah. Atiyyah bergerak ke arah meja di mana dia meletakkan fail yang dia bawa semasa temuduga pada pagi itu. Dia menyelak satu persatu sijil-sijil yang berada di dalam failnya sampailah sijil terakhir. Terbeliak matanya memandang sijil terakhir itu. Eh, apa sijil ni buat kat sini? Bukan aku dah keluarkan ke? Hari tu aku tumpang dalam fail ni sebab takut hilang. Huargh!! Atiyyah membaca sekali lagi apa yang tertera pada sijil tersebut. Dia menekup muka. Malunyaaaaa!!! Memang tak relevan dengan jawatan yang aku apply.
Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
* * * * * * * * * * * * *
ALBUM perkahwinan dibelek. Tidak lekang senyuman di bibir Atiyyah tatkala melihat gambar perkahwinannya dengan Azzam. Terasa seperti baru semalam mereka mendirikan rumah tangga. Siapa sangka hari keluarga Azzam datang meminang bertukar menjadi hari mereka bertunang. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Cukup ringkas tetapi yang penting semua orang berpuas hati. Empat bulan selepas itu pula diadakan majlis pernikahan. Keluarga Atiyyah mementingkan kesederhanaan walaubagaimanapun majlis tetap ceria dan meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai.
Atiyyah memandang pula gambar post-wedding mereka yang diambil di beberapa tempat. Sememangnya mereka hanya mengambil gambar post-wedding, tiada sebarang gambar pre-wedding diambil. Tiba-tiba satu beg kertas diletakkan di hadapan Atiyyah. Setelah itu terasa dirinya dipeluk dari belakang. Pipinya dicium si suami dan setelah itu pipi si suami melekat di sebelah pipinya. Atiyyah melepaskan diri daripada pelukan si suami dan dia berpusing menghadap si suami.
"Mas Azzam! Tiyah pesan apa?" Azzam cuak sekejap. Sekejap ajelah. Atiyyah dah panggil dia Mas Azzam ni maknanya dia tengah marah. Masa mula-mula Atiyyah panggil dia Mas Azzam dulu dia pelik juga. Bila dia kata, mas tu bukan ke panggilan untuk abang kandung dengan selambanya Atiyyah jawab, kisah pula Tiyah untuk abang kandung ataupun tak, at least Tiyah tak cakap benda merepek-repek masa marah. Bila Tiyah panggil abang Mas Azzam, Tiyah sebenarnya doakan supaya abang jadi macam Mas Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih tu. Azzam layankan aje. Kira okeylah si isteri masih mendoakan dia jadi orang baik-baik walaupun tengah marah.
"Sorry sayang. I couldn't help it. Abang tengok je terus abang rasa nak hadiahkan pada Tiyah." Azzam bersuara. Tangan si isteri sudah dia gosok-gosok lembut untuk memujuk. Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dan mereka sama-sama telah berjanji tiada sesiapa yang akan memberi hadiah kepada satu sama lain. Cukup mereka meraikannya dengan bersyukur kepada Allah dan makan berdua yang sedikit istimewa dari biasa. Memberi hadiah seharusnya tidak perlu tunggu sesuatu perkara berlaku sahaja. Atiyyah menarik nafas menenangkan diri.
"It's okay Mas Azzam. Hari ni Mas Azzam dimaafkan. Okay since abang bagi hadiah pada Tiyah, so Tiyah ada hadiah nak bagi pada abang juga." Kata Atiyyah sambil tersenyum.
"See! You also broke your promise. Kata tak nak bagi hadiah tapi ada hadiah untuk abang." Azzam sudah tersengih.
"But mine is different abang and I'm sure you're gonna like it." Atiyyah berkata sambil mulutnya dirapatkan pada telinga Azzam untuk berbisik. Atiyyah berkata sesuatu kepada Azzam.
"Like it? I love it! Thanks so much sayang. Alhamdulillah." Azzam terus memeluk si isteri. Semestinya dia gembira dengan 'hadiah' kehamilan isterinya ini. Sememangnya mereka berdua menanti-nantikan kehadiran cahaya mata. Azzam melepaskan pelukan. Matanya bersinar-sinar memandang si isteri.
"Bila Tiyah tahu? Kenapa tak beritahu abang awal-awal?" tanya Azzam.
"Tiyah baru tahu hari ni bang, masa keluar dengan Hasna. Dia yang beria-ria bawa Tiyah pergi klinik masa Tiyah cakap Tiyah rasa nak muntah dan nak makan benda masam-masam. Overlah Hasna tu tapi kalau dia tak over macam tu Tiyah pun tak tahu yang Tiyah pregnant. Hehe." terang Atiyyah kepada si suami. Atiyyah kembali menjadi sasaran pelukan si suami yang sudah kegembiraan. Beribu keyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga.
"Tiyah tengah tengok wedding photos kita ke?" tanya Azzam apabila dia terpandang album perkahwinan mereka yang terbuka. Pelukan dilepaskan. Album perkahwinan yang terbuka diambil. Atiyyah ditarik rapat untuk duduk bersebelahannya. Gambar Atiyyah yang duduk seperti kesakitan dan Azzam pula berdiri menghulurkan tangan ke arah Atiyyah ditatap bersama. Sebelah tangan Azzam sudah memeluk Atiyyah dan dikucupnya dahi si isteri. Gambar itu kembali ditatap bersama senyuman penuh makna.
Gambar tersebut merupakan wedding photoshoot di FRIM. Atiyyah tersenyum lebar. Gambar dan tempat yang menjadi kesukaannya dalam banyak-banyak gambar perkahwinan mereka. Haruslah buat wedding photoshoot dekat sini! Sinilah tempat bersejarah aku kenal sisi penyayang dan pemurah seorang Dean. Dekat sinilah aku belajar jangan judge orang berdasarkan satu perkara yang orang tu lakukan. Aku ingat lagi waktu tu aku benci Dean sebab dia ternyata seorang playboy. Memanglah perangai playboy tu tak bagus dan bukan sesuatu yang patut dibanggakan apatah lagi dipuji tapi aku lupa yang aku tak sepatutnya judge orang hanya sebab tu. Hanya Allah yang layak menilai hambanya. Dan dekat sini aku dapat tahu dan lihat yang Dean seorang yang pemurah dan penyayang.
Siapa sangka Dean, playboy yang aku benci itulah yang jadi suami aku. Sebab itulah orang tua-tua selalu pesan jangan benci sesuatu dengan melampau dan jangan suka sesuatu dengan melampau sebab sekelip mata aje perasaan kita boleh berubah. Ingat aku tak terkejut ke nampak muka dia masa interview kerja tahun lepas? Terkejut tahu! Tapi of courselah aku kawal riak muka aku and since kak Aina HR tu perkenalkan dia sebagai Encik Azzam maka aku pun buat keputusan untuk buat-buat tak kenal dia. Huarghh!! Malu gila kalau ingat pasal interview tu. Macam mana entah sijil kursus pra perkahwinan yang aku buat masa last sem dekat uni dulu boleh sesat kat situ. Aku rasa aku dah keluarkan. Adeh. Buat malu keturunan je. Tapi benda dah jadi dan itu pun satu ketentuan Ilahi. Kalau tak, takdelah aku ditawarkan jawatan sebagai isteri bos syarikat tu. Hehehe.
Bercakap pasal bos syarikat tu, siapa lagi kalau bukan Encik Azzam yang dah selamat jadi laki aku ni. Dia dah lain sekarang wo! Bukan sekarang je sebenarnya. Okey ini cerita yang aku korek dari ibu, kau orang senyap-senyap aje tau. Ibu cakap sejak pertengahan sem masa dia extend tu ibu dah nampak perubahan dia. Masa dah habis belajar lagilah nampak perubahan dia terutamanya masa dia buka syarikat dia sendiri hasil suntikan modal dari daddy. Dia dah kurang keluar dan lebih banyakkan masa membaca terutamanya buku pasal agama. Lepas tu ibu cakap bila ibu dan daddy pergi surau atau masjid dia ringan kaki nak join. And of courselah dia dah bukan playboy. Alhamdulillah. Jadi mohon tarik balik title playboy dari laki aku tu.
Ibu cakap sejak dia berubah dia akan perkenalkan diri dia sebagai Azzam. Ibu dan daddy pun dah biasakan diri panggil dia Azzam instead of Dean. Dia cakap biarlah Dean tu nama yang orang kenal dia zaman playboy jahiliah dia dulu. Dia malu dan segan yang Dean dah sama bunyi dengan deen tapi sebelum ini agama dia bukan prioriti dia. Nak nangis aku masa ibu cerita part ni pada aku. Sebab aku salah seorang yang pernah misjudged dia hanya kerana dia seorang playboy. Patutlah masa aku tanya dia playboy ke tidak masa interview dulu dia cuma gelak je. Rupa-rupanya dia dah banyak berubah. Ibu cakap lepas ada company sendiri dia sangat workaholic, itu yang ibu membebel bila nak kahwin kalau asyik dengan kerja je. Ibu cakap malam ni ibu bebel bila dia nak kahwin tup-tup malam esoknya dia dah suruh ibu dan daddy masuk meminang aku. Itu yang ibu excited sangat sampai call aku lepas dapatkan nombor aku dari dia. Sebelum ibu call aku tu ibu dah soal selidik dia betul-betul ke nak kahwin dengan aku sebab cinta, ibu tak nak dia main cekup calon suruh jadi bini macam dalam novel tu. Aiseh ibu, terpengaruh dengan novel betul! Dia cakap kat ibu kami dah lama kenal, sejak universiti. Ceh, memanglah kenal sejak universiti tapi kenal gitu-gitu aje dan lepas tu tak pernah contact langsung. Ibu cakap dia nak kahwin dengan aku sebab agama. Dia cakap aku boleh didik bakal anak-anak dengan baik dan dalam masa yang sama boleh sama-sama terus perbaiki diri ke arah kebaikan. Aamiin.
Okay, enough of that. Tiba-tiba aku rasa macam ni luahan perasaan pula. Haha. Kau orang jangan pelik kalau ada angin dia nak panggil aku sayang. Kalau dulu aku rasa nak hempuk je dengar dia panggil aku sayang tapi sekarang rasa nak peluk je. Apakah? Haha. Well, I'm not in the Dean's List but I'm now Dean's Wife. Secara rasminya aku nak beritahu pada kau orang yang frekuensi hati dia sekarang bukan frekuensi playboy. Kau orang jangan nak tune in kat frekuensi hati laki aku tu ya. Biar aku seorang je yang tune in kat frekuensi tu. Frekuensi hati dia sekarang ni frekuensi prayboy. Dia akan jadi imam solat aku dan aku perasan banyak solat sunat lain yang dia buat. Alhamdulillah, prayboy itu suami aku. Hihihi. Kau orang doa-doakanlah kebahagiaan Atiyyah dan Azzamuddin ni sampai syurga ya. Aamiin.
– TAMAT –
Share this novel