bab 5

Romance Series 9760

Kasih tersedar setelah tertidur akibat kepenatan. Dia melihat tubuhnya yang hanya dibaluti selimut tanpa seurat benang. Serta merta hatinya teringat akan perbuatan pak ngah Azhar sebentar tadi . Kasih terus sebak sebelum menjerit sepuas hatinya.Biarlah kalau terdengar oleh sesiapa pun , dia sudah tidak kisah . Apa yang terjadi sekarang ini lebih menyakitkan untuk Kasih . Dirinya itu sudah tidak suci . Maruahnya sudah hilang dek perbuatan Pak Ngah Azharnya . Dia rasa seperti hendak bunuh diri sahaja.

Kasih melihat jam di dinding. Pukul 2 petang . Semestinya mak ngah Lisa dan Husna ada di rumah Acik Alia sekarang ini . Mengingati bahawa dia belum menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim , lantas Kasih mencapai tuala sebelum menuju ke bilik air . Tiba2 ada suatu suara menegur Kasih .

"Ingat , kau jangan pandai2 nak beritahu tentang perbuatan aku dekat sesiapa pun. Kalau kau sayang diri kau , kalau kau rasa kau masih ada harga diri , kau diam je , kalau tak siap kau" , gertak Pak ngah Azhar.

Kasih yang pada mulanya malas mahu memandang pak ngah Azharnya terus berpaling menghadap pak ngah Azhar.

"Masih ada harga diri pak ngah cakap ? hei lepas apa pak ngah dah buat dekat saya , pak ngah boleh cakap kalau saya masih ada harga diri ? Pak ngah ni bodoh ke bangang hah ? pak ngah lupa ke pak ngah yang meragut maruah saya ? , pak ngah lupa ke saya ni anak yatim piatu ? . Pak ngah tak tahu ke betapa dosanya apabila seseorang menganiayai anak yatim piatu macam saya ? ". Kasih menyambung ayatnya kembali , " opss , mestilah tak , Pak ngah mana ada ilmu agama , kalau tak , takde la pak ngah buat perkara keji macam tu" , sinis kata kata Kasih.

Pak ngah yang berang mendengar kata kata Kasih terus bangun dari tempat duduknya . Tanpa sedar , dia mengangkat tangan untuk menampar Kasih tetapi perbuatannya itu terbantut dek melihat air mata yang bertakung di tubir mata anak saudaranya itu.

Kasih yang sememangnya sudah marah tidak hairan dengan perilaku ayah saudaranya itu
"Kenapa tak tampar ? tampar la !! Buat la apa yang pak ngah nak buat . Kasih dah tak kisah sebab Kasih memang dah tak guna sekarang ni . Tamparlah !! " , lantang suara Kasih . Sebaik habis menuturkan ayatnya , air mata mengalir tumpah di pipinya yang gebu itu.

Baginya kalau dia ditampar beribu kali pun , sakit itu tetap tidak akan sama dengan sakit hilangnya maruah diri.Betapa dia merasakan dirinya amat hina ketika ini selepas perbuatan manusia bertopengkan syaitan itu !
Pak ngah Azhar kelu mendengar ayat anak saudaranya itu . Entah kenapa , jauh di sudut hatinya itu dia berasa menyesal dengan perbuatan kutuk yang dilakukan olehnya . Tanpa berlengah , dia terus bangun lalu mencapai kunci motor . Tahulah Kasih bahawa pak ngahnya itu telah pergi . Air mata yang mengalir diseka perlahan sebelum dia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri .

**********************************************

Kasih memberi salam . Lalu dia mengangkat tangan lalu berdoa , "Ya Allah Ya Tuhanku , ampunkanlah dosa kedua - dua arwah ibu dan ayahku . Maafkanlah segala kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka .Muliakanlah kedatangan mereka Ya Allah .Haramkanlah mereka dari memasuki api nerakaMu . Jadikanlah kubur2 mereka seperti taman2 syurga , jauhkanlah mereka dari azab api nerakaMu Ya Allah ". Kasih diam sebentar kerana terlalu sebak. Dia mengambil nafas lalu menyambung doanya.

"Ya Allah , ampunkanlah segala dosa dosaku , kau kuatkanlah hati aku . Kau berilah aku ketabahan untuk menghadapi ujian dariMu . Sesungguhnya ujian ini terlalu berat untukku Ya Allah . Janganlah Engkau murka terhadapku atas apa yang berlaku pagi tadi. Aku telah sedaya upaya untuk melawan tetapi aku tewas Ya Allah . Aku berusaha menyelamatkan maruahku tetapi aku gagal Ya Allah . Malunya aku terhadapMu". kedengaran esakan kecil Kasih.

" Ya Allah kau rahmatilah hidup ibu dan ayah saudaraku. Murahkanlah rezeki mereka . Sesungguhnya mereka telah menjagaku sejak dari kecil .Ya Allah, Kau berilah kejayaan kepadaku dan juga kepada sepupuku , Husna Zarina . Sesungguhnya aku amat menyayanginya seperti adikku sendiri Ya Allah , Aamiin " , tulus doa Kasih. Biarpun dia marah dan dendam dengan sikap bapa saudaranya itu , tetapi dia perlu terima kenyataan bahawa bapa saudaranya itu yang telah membesarkannya dengan kudrat yang dimiliki biarpun hakikatnya dia dibesarkan kerana ingin memuaskan nafsu bapa saudaranya sahaja .

Husna yang sedari tadi hanya mendengar doa Kasih ketika Kasih mendoakan ibu dan ayahnya berasa amat terharu . Lantas dia memanggil Kasih dengan perlahan.

"Kasih" , panggil Husna.

Kasih berpaling.

"Terima kasih Husna. Aku pun sayangkan kau macam kakak aku sendiri " . kata Husna dalam nada yang sebak .Sejurus itu , Husna merangkul Kasih dengan erat . Walaupun mereka sebaya tetapi Kasih lebih tua lima bulan daripada Husna.

Share this novel

Ai Haibara
2020-05-31 17:20:41 

Love your storyline..

NH.HANS
2020-05-31 15:24:42 

nia.. y u buat nve sdh sgt.. I kennot la


NovelPlus Premium

The best ads free experience