PERMULAAN

Others Completed 1049

Baiklah, seperti yang saya terangkan pada kau tadi, mati sudah ditetapkan dan apa PILIHAN yang kita ada adalah WAJIB buat PERSEDIAAN untuk mati. Kita pilih sama ada nak mati dalam keadaan baik, atau mati dalam keadaan buruk. Menjadi mayat yang berulat, atau menjadi mayat yang berbau wangi. Kematian ni memang dah ditakdirkan walau kita nak sangat mati, atau kita tak nak sangat mati.

Contoh macam kisah yang popular iaitu kisah Khalid al Walid r.anhu. Hidupnya sejak zaman jahiliah sampailah masuk Islam, asyik dipenuhi dengan peperangan. Sampai satu tahap, masa dia dah masuk Islam, setiap kali Khalid al Walid ikut berperang, mesti pihak Islam akan menang. Itu yang kita tahu juga kisah dia dilucutkan jawatan dari panglima perang oleh Saidina Umar. Kita semua maklum kisah tu.

            Tetapi masa pengakhiran hidup, dia terlantar sakit di atas katil. Bila ada seorang sahabat datang ziarah dia, Khalid pun menangis mengadu pada sahabat ini. Apa yang dia adukan? Dia kata yang dia nak sangat mati syahid, tetapi Allah tak izinkan. Dia tunjukkan badannya yang penuh bekas calar balar kesan peperangan, yang kalau ikut logik akal kita, memang dah sepatutnya mati, tetapi ditakdirkan tak mati dalam medan perang.

            Akhirnya Khalid al walid pun meninggal di atas katil, walaupun dia adalah seorang panglima perang Islam yang hebat dan banyak kali berhadapan dengan kemungkinan besar maut masa perang.

Pengajarannya, kau tak payah pening-pening fikir yang bila kau akan mati, atau di mana kau akan mati. Allah dah tetapkan, maka tak payah pening-pening cari mati seperti mana kau bersusah payah cari kertas A4 di kedai untuk bawa dalam dewan peperiksaan. Apa yang kita kena buat adalah, buat PERSEDIAAN yang baik supaya kita boleh jawab peperiksaan di atas kertas A4 yang DITETAPKAN dengan baik.

            Persoalannya, apakah itu PERSEDIAAN?Persediaan yang saya maksudkan adalahIKHTIAR dan USAHA. Ikhtiar sebelum mati yang saya maksudkan adalah kau fikir dan PILIH kematian macam mana yang kau nak.

“Ishhh. Apa sebut mati-mati ni. Tak baik weh.”

Inilah masalah sebahagian orang bila kita cakap pasal mati. Mati ini benda REAL, so mulai sekarang kita dah kena pilih macam mana kita nak mati. Takkanlah masa dah jadi mayat baru nak pilih untuk mati macam mana. Sebab mati ini dah ditakdirkan walau kita lari macam mana pun.

Jadi apa PILIHAN yang kita ada adalah dengan PILIH cara kematian yang kita mahu. Kita nak mati dalam husnul khotimah (pengakhiran yang baik) atau su’ul khotimah (pengakhiran yang buruk).

Selepas kau fikir dan pilih kematian yang kau nak, kemudian kau USAHA untuk dapatkan apa yang kau fikir dan pilih. Usaha adalah kau usaha hidup sebaik mungkin untuk dapatkan kematian yang kau fikir dan pilih. Maksudnya, kau boleh pilih dan usaha untuk jadi mayat yang baik dan berbau wangi insyaAllah, kau juga boleh pilih dan usaha untuk jadi mayat yang teruk dan berulat.

Kalau nak jadi mayat yang baik dan insyaAllah berbau wangi, apa usaha yang kena buat? Antaranya adalah ;

·      Kau mengucap syahadah, dan jadi orang Islam yang beriman,

·      Kau taat perintah Allah,

·      Jauhi dan tinggalkan semua larangan Allah,

·      Istighfar dan taubat setiap hari,

·      Ikut dan buat sunnah Rasulullah sebanyak yang mungkin,

·      Buat dakwah dan tarbiah,

·      Cari kawan-kawan yang soleh,

·      Puji kebaikan orang lain, jaga akhlak dan lidah, sangka baik,

·      Didik anak-anak jadi soleh dan solehah,

·      Sebarkan ilmu yang baik pada ramai orang,

·      Sedekahkan harta kau sebanyak mungkin pada ramai orang,

·      Selalu berdoa lepas habis solat untuk dapatkan husnul khotimah dan sebagainya. Itupun kalau rajin berdoa la.

Dan banyak lagi kau boleh buat. Kalau kau nak jadi mayat yang teruk, mereput dan berulat pula, apa usaha yang kena buat? Antaranya adalah,

·      Kau menolak Islam dan dan menjadi kafir serta musuh Islam,

·      Kau langgar perintah Allah,

·      Dekat dan buat semua larangan Allah,

·      Buat maksiat selalu dan jangan fikir nak taubat,

·      Tinggalkan, benci dan dengki kepada orang yang buat dakwah tarbiah,

·      Cari gaduh dan benci dengan orang yang soleh dan solehah,

·      Mengumpat, mencaci maki, mencarut, dan sangka buruk,

·      Didik anak-anak jadi perangai macam syaitonirrojim,

·      Sebarkan ilmu yang haram dan jahat seperti mencuri, judi pada orang,

·      Jangan pernah berdoa, atau terfikir nak berdoa.

Dan banyak lagi kau boleh buat. Seperti yang saya cakap, walaupun maut dah ditetapkan, tetapi kau WAJIB buat persediaan sebelum jadi mayat. Jangan pula lepas ini tak nak pakai helmet sebab maut dah ditetapkan. Ataupun kau lagi seronok hisap vape dan rokok dengan bagi alasan tahap lutut iaitu maut masing-masing dah ditetapkan. Aku libas dengan tulang rusuk kiri kau.

            Sebab itu saya cakap, kematian dah ditakdirkan. Tetapi apa pilihan yang kita ada adalah buat persediaan. Persediaan adalah kau ikhtiar dan usaha. Ikhtiar dan usaha untuk selamatkan diri sendiri adalah perintah Allah yang wajib kita ikut, sebab Allah dah kata dalam al Quran,

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimusendiri ke dalam kebinasaan..”

(Surah Al Baqarah 2:195)

Tetapi keyakinan bahawa dengan usaha sendiri, kau akan selamat, maka itu adalah salah! Faham tak? Macam ni, kalau kau dah kena kanser sebab hisap rokok atau vape, masa tu kau wajib pergi hospital dapatkan rawatan bagi menyahut perintah Allah untuk selamatkan diri kau (awal-awal tak nak selamatkan diri).

Tetapi seluruh doktor dan ahli farmasi yang tolong merawat kanser kau takkan dapat buat apa-apa melainkan apa yang dah ditakdirkan Allah. Kalau kau ditakdirkan selamat dari kanser, maka selamatlah kau asbab ikhtiar dan usaha rawatan doktor tersebut. Tetapi kalau kau ditakdirkan mati sebab kanser walau yang ikhtiar dan usaha merawat kau tu adalah doktor pakar terbaik peringkat angkasa lepas sekalipun, maka kau akan tetap mati.

            Atau kalau kau dah nak exam SPM atau semester akhir. Masa itu kau wajib ikhtiar dan berusaha untuk belajar dan ulang kaji pelajaran. Tetapi semasa peperiksaan atau dah habis peperiksaan, kalau kau ditakdirkan cemerlang, maka kau akan cemerlang walaupun kau belajar tak faham. Tetapi kalau kau ditakdirkan gagal, maka kau tetap akan gagal walaupun kau dah belajar gila-gila sampai lewatkan solat. Ini yang kita panggil sebagai tawakal. Yang selalu kau sebut sebelum nak SPM dulu, DUIT, doa usaha ikhtiar tawakal.

            Berbalik pada maut tadi, pendek kata semua orang akan mati dan jadi mayat. Walaupun isteri doktor, suami kau ahli farmasi, anak kau tok bidan, depan rumah ada kedai farmasi, belakang rumah ada hospital, jiran pula ubat penambah hayat, dan kampung kau takde kubur, maka kau tetap akan mati dan jadi mayat yang mereput dalam kubur.

            Formulanya adalah :

            Ikhtiar dan usaha atau persediaan selamatkan nyawa = wajib

            Keyakinan yang Allah dah tetapkan maut atau tawakal = wajib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience