Rate

Bab 1

Romance Series 5548

“Hey Maira, berbaulah rumah ni,cepatlah pergi bersihkan ayah kau tu !”kata raifa sambil mengibas-ngibas rambutnya.
Maira tidak berkata apa-apa pun dan berlalu pergi begitu sahaja.Malas nak melayan Raifa bukan dia tidak tahu kalau bercakap dengannya pasti ada sahaja yang mahu digaduhkan.Sempat lagi dia meneliti penampilan Raifa yang seperti mahu keluar.

Pintu diketuk, salam diberi ,dia terus masuk ke dalam .”Ayah ,sorry ya ayah Maira balik lambat sikit.Tadi ada banyak sangat kerja yang perlu diuruskan hari ni.Sekejap ya,Maira pergi ambik air mandian ayah?!”

“Hehh, perempuan ni saja je nak rosakkan mood aku.Anak dengan bapak sama ja!”kata Raifa lalu meloloskan diri ke dalam kereta.Sebenarnya, bukannya dia mahu menghadap sangat muka anak beranak itu, tapi apakan daya mereka jugalah sumber wang bagi dirinya.Segala kemewahan yang dia ada bukan dari hasil titik peluhnya sendiri tapi dari hasil kerja keras kakak dan ayah tirinya.Masakan dia mahu meninggalkan semua kemewahan ini dan menjadi orang biasa.

“Maira dah makan? kalau belum pergilah makan dulu.Mak kiah ada buatkan nasi goreng.”Bukan dia tidak tahu yang anaknya itu tidak makan seharian.Maira sengih menayangkan giginya.Setelah siap memakaikan ayahnya pakaian.”Jom ayah, kita gi makan.” “Eh, tak payah, ayah dah makan” “Betul ke?” “Eh betullah” “Ha, okla, Maira gi dulu”

Sampainya dirinya,dia terus membuka tudung saji.Terhidang di atas meja ayam goreng dengan nasi goreng.Dengan berseleranya dia memakan makanan itu.”Bila kau sampai?”.Terkejut dirinya disergah ibu tirinya.”Tadi” “Aku ada benda nak bincang ni”Terus dia menarik kerusi berhadapan dengan kerusi Maira.”Hmm, kenapa?” “Aku nak duit.”Berkerut muka Maira.”Bukan ayah dah bagi kat kau tiap-tiap bulan ka,Takkan tak cukup?Habistu kalau kau mintak dekat aku,kau rasa kau boleh dapat ka?”. “Aku just nak sikit ja” “Kau ingat, aku nak bagi kalau kau kerja guna duit tu untuk kau bershopping” “Kenapa kau tak mintak jer kat ayah,ayah mesti bagi lagipun dia sayangkan kau”kata Maira dengan senyumannya yang sinis.Bukannya dia tidak tahu ,ini semestinya ibu tirinya itu banyak kali minta kepada ayahnya dalam jumlah wang yang banyak sampai ayahnya tidak memberikan lagi .”Kalau dah terdesak sangat pergilah cari kerja.”
Berkerut muka emak tirinya menahan amarah.”Kau nak aku mintak dengan orang tua tu dengan cara kasar ka?!”. Orang tua yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri. Sungguh biadap cara emak tirinya membahasakan suaminya seperti itu. Emak tirinya itu seperti mahu bermain tarik tali dengannya. Sudahlah dia tidak suka dengan kehadiran mereka di rumah itu, lagi bertambah dia tidak suka dengan kebiadapan mereka. Sudah fikir diri mereka berkuasa dalam rumah ini sejak ayah lumpuh. Sudah lama dia tidak bergaduh dengan emak tirinya. ”Hey pompuan,kau lain kali jangan cakap dengan aku lagi, kalau tak ade apa yang aku rasa aku nak dengar!Sekarang baik kau blah!” Emak tirinya itu tidak mahu beralah .Cawan yang berada di atas meja dilempar ke bawah.Habis berkecai cawan itu.

Mak kiah terus meluru ke dapur .Terkejut dirinya melihat situasi itu sekarang kerana sudah lama dia tidak melihat bini majikan dan anak majikannya berhadapan.Tambahan pula,dia dapat merasakan ada perkara yang tidak enak akan berlaku.Dengan cepatnya tubuh Mak kiah ditolak oleh bini majikannya semasa hendak membersihkan serpihan-serpihan itu.Maira yang melihatnya terus menolong mengangkat Mak kiah .Habis tangannya tergoris panjang.Cepat- cepat dirinya membawa Mak kiah ke sinki untuk membersihkan tangan Mak kiah.

Emak tirinya yang ingin berlalu pergi.Dengan tidak semena- mena direntap dari belakang, terdorong tubuhnya ke belakang.”Kau nak pergi mana?!Kau ingat senang-senang kau boleh terlepas, kau nak main dengan aku sangatkan”.

Cepat-cepat Maira pergi ke atas.Emak tirinya yang melihat perilaku Maira cepat-cepat cuba untuk menghentikannya”Habisla aku,apa dia nak buat ni”dengan muka yang risau, dia cepat-cepat naik ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience