Rate

Prolog

Fantasy Series 774

Rastella melepaskan keluhan kecil . Beg yang dibawanya diletak diatas tanah . Peluh didahi disapu . Perutnya mula berbunyi ,meminta untuk diisi . Rastella mengusap perlahan perutnya .

' Ni kalau aku makan , tak pasal-pasal takda makanan untuk malam ni .. Susahnya hidup macam ni .. ' Rastella mengeluh panjang . Air matanya sudah kering menangis teringatkan kedua ibu bapanya .

Awal-awal pagi lagi Rastella sudah diusir dari rumahnya sendiri . Bukan diusir kerana dibenci , namun untuk menyelamatkan dirinya dari pemuda-pemuda kampung yang semakin bersifat liar dan kejam.

Peristiwa hitam masih dapat dia ingati . Disebabkan peristiwa itulah ibu dan bapanya lebih menjaga dan mementingkan keselamatan Rastella.

Rastella mulai bangun untuk terus bergerak menuju ke dalam hutan yang lebih dalam. Dia tidak boleh mendirikan tempat untuk berteduh disitu , hanya kerana dia takut diketahui oleh orang kampung yang mungkin masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu .

Perasaan takut dan risau masih dirasai kerana dari kecil lagi dia mendengar cerita tentang hutan yang dimasukinya . Ada yang mengatakan ada lembaga yang tinggal dihutan, yang sukakan daging manusia. Ibu bapanya pula hanya mengatakan itu adalah perompak hutan yang suka menjual gadis-gadis atau merogol mereka lalu dibunuh.

Rastella mengelap peluh yang sudah mengalir di pipinya. Dia berjalan laju untuk masuk ke dalam hutan lebih dalam supaya tiada sesiapa dapat menjumpainya disitu.

Sudah beberapa jam dia berjalan. Kakinya semakin penat dan perutnya sudah sakit. Mungkin masuk angin barangkali kerana tidak makan dari pagi. Rastella memandang sekelilingnya. Tempat dimana dia berhenti sekarang seakan sesuai untuk dia berteduh buat seketika bagi melepaskan penat dan lapar.

Rastella mengeluh panjang. Apalah yang dibuat oleh ibu dan bapanya sekarang. Rindu pula kepada mereka berdua. Roti yang dibekalkan oleh ibunya diambil dan dijamah sedikit lalu disimpan. Air pula hanya diminum sedikit untuk disimpan pada malam hari. Perjalanannya masih jauh untuk lari ke dalam hutan tebal itu. Dia sendiri tidak tahu nasib yang akan menimpa dirinya.

Dia sendiri tidak tahu kemana tempat untuk dia tuju. Dia hanya mampu mengikut gerak hati dan kakinya untuk berjalan. Disekelilingnya hanyalah tumbuhan yang hijau dan tinggi menunjukkan dia sudah jauh masuk ke dalam hutan. Hal utama yang difikirkan gadis itu adalah tempat untuk dia berteduh oleh kerana hari sudah semakin gelap.

"Ibu dan ayah hanya minta aku larikan diri ke dalam hutan untuk beberapa bulan.. Dan mereka akan mencari aku kembali jika hal di kampung sudah reda.. Itu pun kalau aku masih hidup.." Rastella bercakap seorang diri sambil berjalan sehinggalah dia melihat satu papan tanda yang sudah usang dan jatuh disebalik semak.

" DILARANG MENCEROBOH "

Rastella meninjau sekeliling namun tiada apa-apa yang menarik minatnya selain daripada tumbuhan hijau. Dia meletakkan kembali papan tersebut dan berjalan tidak menghiraukan amaran yang ditulis.

Malam sudah menjelma, Rastella sudah buntu. Dia risau akan keselamatan dirinya kerana hari sudah gelap dan dia hanya berbekalkan lampu suluh yang dibawa. Dia takut jika ada haiwan atau orang yang tidak sepatutnya berada didalam hutan tersebut.

Dia berjalan dan tidak menyuluh lampu ke tanah lalu tiba-tiba sahaja kakinya terpijak seutas tali yang agak besar. Rastella tidak bergerak dan kembali menyuluh kearah kakinya. "Eh tali apa ni.......... aaaaahhhh!!!!" baru sahaja dia ingin memegang tali tersebut namun dirinya sudah melantun keatas dan sedar sahaja dirinya sudah berada didalam perangkap jaring.

"Tolong!! Tolong!! Sesiapa tolong lepaskan aku!!" Rastella menjerit dengan kuat namun hanya tiada kedengaran apa apa pun melainkan bunyi haiwan didalam hutan. Dia sudah menangis teresak-esak disebabkan nasibnya yang malang dan mungkin perangkap ini milik samseng hutan yang jahat diceritakan orang. Sedang dia menangis, telinganya menangkap bunyi gerak sesuatu yang berjalan dari belakang semak yang besar.

Rastella menekup mulutnya dan air matanya semakin deras mengalir di pipi. Dia melihat seseorang memakai jubah labuh hitam bersama penutup kepala yang bongkok berjalan. Rastella menutup matanya apabila perangkap jaring diturunkan kebawah. Hanya kedengaran nafas berat yang menghela beberapa kali.

" Kamu dari mana? Buat apa dalam hutan seorang diri?" Rastella sedikit terkejut mendengar suara itu dan membuka matanya perlahan. Kelihatan wanita tua dalam lingkungan 60 tahun memandangnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Lampu pelita ditangan wanita itu dihampirkan ke muka gadis itu.

Rastella bangun dan berganjak ke belakang beberapa tapak. Dia tidak boleh mempercayai sesiapa melainkan dirinya sendiri lebih lebih lagi apabila dia melihat ada wanita tua yang berada didalam hutan diwaktu malam.

" Madam ni siapa?" Rastella bertanya kembali kepada wanita yang digelar madam itu. Di kampungnya wanita yang lebih tua dipanggil Madam.

Wanita itu menghela nafasnya panjang. "Aku Linda.. Madam Linda.. Apa yang kau buat didalam hutan.. Tidak kau tahu hutan ini berbahaya untuk gadis muda seperti kau?"

Belum sempat Rastella menjawab soalan itu, kedengaran tapak kaki sekumpulan manusia mendekati arahnya. Gadis itu memandang wanita tua tersebut yang memegang kayu dan mulai berkata, " Maafkan aku... "

Mata Rastella berpinar apabila kepalanya dipukul oleh wanita tersebut dan dirinya rebah ke tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience