Bab6 (Demam)

Drama Completed 13880

aishhh..lama lagi ke tengku nak tidur ni.naik kebas paha aku,dah lah panas pelik ni.hujung jari telunjuk aku raba dahi dia dan panass.aipp macam mana boleh demam tiba tiba ni??tadi bukan main seronok lagi berehem ehem dengan si minah kekwat tu dan sekarang tiba tiba demam apahal??

bahu Zafreil aku goyang supaya mamat ni sedar.tengku Ooo Tengku..bangun lah dah naik kebas dah kaki saya ni..Ermmm.. Zafreil sedikit terkejut apabila ada orang mengejutkan dia dari lena..kepala nya yang sedikit sakit dipicit sebelum mencelikkan mata untuk melihat siapa yang mengejutkan nya dari lena..kepala yang diatas bantal..aikk jap kenapa bantal ni empuk semacam je??jap tadi aku baring atas sapa pulak??badan dipusingkan menghadap ke arah depan dan ehh ni kan badan perempuan..baju blouse kemudian kepala dongak keatas melihat siapa si gerangan..

Ehh Tengku dah bangun..Tengku okey tak?dah hilang ke sakit kepala tadi?kalau x saya tolong hantar Tengku balik or pergi klinik..sebab saya sentuh dahi Tengku tadi panas..Tengku demam panas ni..omel Dania kepada Tengku Zafreil

ermmm kepala aku masih sakit...tolong hantar aku balik boleh??aku rasa tak sedap badan hari ni..

Tengku duduk dulu kejap.saya nak simpan barang barang tengku..okey jom barang dah kemas.mari saya papah tengku..

Nah kunci kereta..nak buat apa dengan kunci ni Tengku??tanya Dania..

kau bawak je kereta aku.kereta kau tu tinggalkan dekat pejabat je.baik tengku.keluar dari bilik aku terus capai beg dan menyuruh Zarina matikan aircond dalam bilik bos dan bilik aku..aku menyuruh Zarina untuk ambil cuti sehari hantar bos pulang.

Tengku Zafreil dipapah masuk ke dalam lif.sambil menunggu lif turun ke lobi kami hanya senyap sehinggalah pintu lif terbuka..aku terus memapah Tengku Zafreil ke arah kereta Audi R8 milik nya...Tengku Zafreil diletakkan di tempat sebelah pemandu manakala aku pula terus masuk ke bahagian pemandu dan memandu kereta Audi R8 keluar dari syarikat ZAF'Holdings...

selepas beberapa minit memandu aku terus menyoalnya adakah ingin ke hospital untuk pemeriksaan..tapi Tengku Zafreil menolak kerana ia demam biasa sahaja.. alamat rumah yang Tengku Zafreil Eiman bagi aku turutkan dan akhirnya perjalanan yang hampir 30minit itu tamat setelah ternampak beberapa buah banglo mewah.rumah banglo mewah yang berwarna ungu kelihatan...kunci pagar automatik ditekan dan pintu pagar terbuka..kereta Audi R8 milik Tengku Zafreil diparkir sebelah kereta BMW X6 yg juga milik Tengku Zafreil..enjin kereta dimatikan dan pintu pagar ditutup..pintu kereta dibuka dan Tengku Zafreil dipapah masuk apabila pintu rumah terbuka dengan automatik selepas menggunakan kad peribadi milik Zafreil...

Tengku Zafreil diletakkan di dalam bilik master room.bilik lelaki itu bercorakkan batu air sungai dan berwarna grey...ermm Tengku rehat lah dulu... saya masakkan bubur nasi untuk Tengku sekejap ye...

selepas beberapa saat Dania keluar dari bilik zafreil.tengku Zafreil memasang kipas,beranda yang terbuka dibiarkan..baju kemeja yang tersarung di cabut bersama seluar dan dilempar kedalam bakul kotor.tuala diambil lalu disangkut diatas bahu.pintu tandas ditolak dan terus Zafreil masuk untuk membasahkan badan bagi mengurangkan suhu badan.
manakala Dania yang masih didapur tengah menyiapkan bubur nasi untuk lelaki itu...bukan main dia cuba bertungkus lumus.bukan dia tak tahu masak tapi ini pertama kali dia memasak untuk orang lelaki selain abang dah abahnya itu..

Bulan depan Muhammad Danny Syafeez akan pulang dari belajar..dan abangnya itu bakal doktor pakar selepas menamatkan belajar di Seoul Korea..Dan dia lah driver yang akan mengambil abangnya di KLIA..haraplah bosnya itu meluluskan permohonan untuk kerja sekerat hari itu...

mangkuk bubur diletakkan di atas dulang bersama 2biji panadol dan segelas air suam..kemudian di bawa ke tingkat atas...btw rumah Tengku ni ada dua tingkat je.satu master room, bilik sederhana besar disebelah,bilik kerja,bilik music,mini gim dan bilik tetamu..pintu bilik diketuk oleh Dania...tapi masih belum dengar orang didalam menyahut..telinga ditekap dekat pintu tapi masih belum dengar suara dari dalam...apabila sudah banyak berfikir akhirnya ia membuat keputusan untuk masuk ke dalam....

tombol pintu dipulas dan aku masuk kedalam,pintu ditutup secara perlahan dan tidak sengaja pintu bilik air juga ditutup oleh seseorang...aku menoleh dan terus tergamam apabila melihat Tengku Zafreil Eiman yang masih bertuala dan dia juga terpana melihat aku yang sedang tercegat di depan pintu bilik nya...

suasana begitu mengheningkan apabila kami berdua senyap... akhirnya aku membuat keputusan untuk berdehemm dan meletakkan dulang tadi diatas meja..Tengku saya minta maaf sebab ceroboh masuk bilik Tengku..

ermmm...kau keluar lah dulu.a..ak..aku nak pakai baju sekejap...tergagap gagap Zafreil kerana masih terkejut..

baik Tengku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience