Rate

LSD~ PROLOG

Romance Series 1173

"Nenda nak Adrian kahwin dengan Aryana. Tak kira."

"No means no!"

"Aryana tu cantik,seksi pulak tu. Bergaya. Apa lagi yang Adrian tak puas hatinya? Terima ajelah dia."

"Adrian tak sukalah kat Aryana tu. Malam-malam keluar pergi jumpa jantan. Pakai baju pulak seksi-seksi. Perempuan macam tu nak buat isteri?" Adrian mula mengurut-urut dahinya. Pening dengan nendanya iaitu Puan Sri Saleha yang asyik mendesaknya agar berkahwin dengan pilihan hati dia. Memang tak lah dia nak kahwin dengan pilihan hati nendanya. Semuanya jenis gold digger. Pandang sekali pun dah tahu.

"Lepas kahwin nanti mesti dia jaga perangai dia punya." Puan Sri Saleha masih tidak berputus asa.

"Tak sukalah macam ni...Boleh tak nenda jangan masuk campur hal cinta dan perasaan bagai Adrian? Ini hal Adrian. Biar Adrian aje yang urus sendiri." Balas Adrian dan terus masuk berlalu ke dalam biliknya. Rimas.

Masuk sahaja di dalam biliknya,dia terus merebahkan badannya di atas katil king size milik dia. Dalam fikirannya,hanya terfikirkan seseorang. Dia memiliki mata berwarna hazel yang bulat tidak seperti orang lain. Matanya begitu unik. Tak perlu lagi pakai kanta lekap untuk biar mata tu nampak besar dan comel. Matanya sentiasa buatkan jantungnya berdegup kencang.

Dia ingat lagi senyuman itu. Senyuman yang serta merta buatkan dia turut tersenyum dan gembira.

Gadis itu...bernama Hazel. Cuma Hazel sahaja yang dia tahu. Tetapi dia tak tahu pun apa nama penuh gadis itu.

Dia ingat lagi pertemuan kali pertama mereka 8 tahun lepas . Dia hadir di sekolah yang sama dengan Hazel kerana keluarganya ada majlis di situ. Waktu itu,Hazel sedang bermain alat muzik iaitu seruling. Alunan merdu dan halus seruling itu buat dia rasa tenang dan begitu tertarik.

"Pandai awak main seruling."

Hazel nampak terkejut dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba. Hampir sahaja dia ambil keputusan untuk lari dari situ.

"Jangan lari. Saya suka dengar awak main seruling tu tadi. Merdu aje."

Matanya nampak seperti bersinar selepas mendengar ayat Adrian.

"Betul ke?" Soal Hazel teruja. Adrian terpana seketika melihat wajah Hazel yang cantik dengan senyuman. Mata berwarna hazel itu juga memukaunya.

"Betul."

"Awak nak dengar lagi?"

Dia mengangguk. Hazel tersenyum gembira dan mula bermain seruling itu. Adrian tidak tahu itu muzik apa. Tapi muzik itu bagaikan ada maksud tersirat. Muzik itu terlalu sedih tetapi pada masa yang sama sangat menenangkan.

"Hazel! Jom balik!"

Muzik itu terus terhenti apabila mendengar satu suara keras memanggil Hazel. Dan saat itu jugalah Adrian mengetahui bahawa gadis yang telah mencuit hatinya itu bernama Hazel.

"Maaf. Saya kena balik dulu. Kalau ada rezeki,kita boleh jumpa lagi. Bye!" Katanya sebelum pergi bersama seorang lelaki yang dia agak sebaya dengannya. Tapi pelik kerana riak wajah lelaki itu begitu marah dan bengang. Pelik.

Selepas sahaja dari pertemuan itu,dia tak jumpa-jumpa lagi dengan Hazel walaupun dia dah berkali-kali sengaja berkunjung di situ selepas habis sahaja sesi persekolahannya atau kadang-kadang,sengaja aje dia ponteng sebab nak cari gadis itu.

"Hazel...Hazel..." Dia mengulang-ulang menyebut nama gadis itu. Dia juga berharap agar dirinya dipertemukan dengan gadis itu semula suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience