'Tik' jam tanganku berbunyi menandakan hari sudah bertukar.. aku masih bertahan daripada mengantuk untuk terus menyiapkan assignment yang diberikan pensyarah. Hari ini merupakan hari malang buatku.
Sedang aku melayari internet untuk mencari maklumat, telefon pintarku tiba tiba kehabisan bateri.. aku mengeluh. terpaksa menggunakan laptop di ruang tamu.. aku berdiri sambil mengemaskan buku buku aku.. setelah itu aku keluar dari bilik lalu menutup tingkap dan langsir supaya nyamuk dan angin tidak masuk. bulu romaku meremang kesejukan. Hari ini sejuknya lain dari hari lain. pasti hujan akan menyimbahi bumi selepas ini. aku besegera keluar ke ruang tamu.. Tiba-tiba, 'tup' "alamak.. blackout pulakk" bisik hati kecilku.
Aku yang sebenarnya jenis penakut ingin masuk ke bilik. tapi aku tidak dapat melihat apa apa memandangkan seluruh kawasan tempat tinggalku juga gelap gelita.. seperti buta rasanya. aku berdiam di tengah tengah ruang tamu.
'Shuuu...' angin bertiup kencang.. seiring dengan itu juga, suara seseorang hinggap di telingaku.. menyebut nama ku hinggakan bulu romaku tegak berdiri.. aku berpeluh- peluh walaupun angin sejuk menyapa tubuhku. situasi itu berulang ulang..
aku memandang jam tangan digitalku yang mempunyai cahaya suram.. pukul 1:34a.m... cepat benar masa berlalu.. dengan berbekalkan cahaya suram itu, aku menyuluh sekeliling untuk masuk ke bilik.. Seseorang memanggilku dari belakang. Aku tahu aku hanya bersendirian di rumah.. ibu ayahku bekerja di luar. Kakak aku tumpang tidur di rumah kawan baiknya.Aku berpaling.. Terkejut lalu menjerit nyaring.. Aku terlihat sosok tubuh di beranda rumahku.. aku memejamkan mata.. Sehinggalah aku terlelap di sofa.
Aku terjaga sekitar pukul 3 pagi. Lama benar aku tidur.. insiden tadi menjadikan aku fobia.. masih gelap.. aku takut memandang sekeliling. Aku hanya berbaring di sofa menunggu mata terlelap..
Aku mengeluh melihat jam tangan ku malap dan akhirnya kehabisan bateri. aku bangkit melunjurkan kakiku di atas sofa. Aku terlanggar 'benda' di sebelahku. Aku tidak menoleh kerana beranggapan itu khayalan..
Secara tiba-tiba keadaan di rumahku kembali terang benderang.. Kelibat di sebelahku perlahan lahan ghaib .. aku nampak walaupun mataku memfokus ke depan. Aku bersyukur kerana kebetulan ibu bapa ku pulang dari oversea dalam keadaan mengantuk. mereka terkejut keadaan rumah terang dan aku terus memeluk mereka. mereka bertanya apa yg berlaku.. aku menceritakan segala galanya..
Hari esoknya di sekolah, aku memberitahu kejadian aneh itu kepada rakan baikku, Asyiqin dan Puteri.. Mereka percaya memandangkan pernah mengalami kejadian itu ketika menginap di rumahku. Asyiqin yang terkenal dengan mulut murai nya menceritakan kejadian itu kepada rakan seklas ku.. mereka tak percaya dan mentertawakan ku. merah padam wajahku..
seminggu selepas kejadian itu,Ayah bercadang hendak pindah dari situ memandangkan ibu pernah terjumpa bangkai kepala kucing di dalam kabinet dapur sedangkan rumah mereka di tingkat teratas. Kakak pula pernah ternampak kelibat seseorang di tingkap biliknya. dia berasa takut kerana di luar tingkap biliknya tidak ada jalan pun!!!
aku tak pernah tahu apa yang terjadi dengan rumah tu sampai berhantu..
Share this novel