Penatnya Hidup Dengan Manusia

Poetry Series 329

Penatnya hidup dengan manusia
Ada satu yang suka merajuk
Sukar dipujuk
Tiada tahu apa salah silap
Mata merejam Mulut termuncung

Susahnya memaafkan diri sendiri
Ya aku juga manusia
Ada salahku
Ada silapku
Tapi bukankah aku berhak dapat peluang kedua?
Ku fikir aku sudah beri 10 pada kamu

Penatnya inginkan keamanan
Aku cuba bersikap rasional
Baik pada semua orang
Tapi
Satu dengki
Dua tak setuju
Tiga marah padaku
Akhirnya tinggal aku sendiri

Susahnya mencapai jangkaan orang
Aku sudah penat
Aku sudah letih
Yang kau nak tengok cuma hasil
Maaf jangkaan kamu terlalu tinggi
Aku cuma lakukan semampuku
Tanpa merujuk kamu

Penatnya hidup dengan orang tua
Ikhlas tak dihargai
Memuji tak bertempat
Mengeji membuka aib
Diam berbara
Bising bingit telinga
Bercakap Senyap Senyum Ketawa Marah
Serba tak kena
Ada saja yang mahu dipertikaikan

Susahnya berkawan
Semua mahukan manfaat kan?
Masih wujudkah yang ikhlas?
Aku digunakan kah?
Atau aku yang memperguna?
Mungkin beri dan ambil
Tiada yang percuma
Kekalkan rasionaliti mungkin memenatkan
Aku fahammu
Cuba jadi matang
Cuba memaafkan
Cuba membantu
Aku tahu pada akhirnya
Kau yang menangis bersendirian

Penatnya Hidup Dengan Manusia

:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience