Rate

Kisah 1

Romance Series 3482

Nama aku Mohd.Nazrin. Biasa orang panggil aku Naz sahaja. Dulu aku pernah belajar bercinta. Tapi lepas aku dah kena tipu dengan perempuan yang lagak nya macam suci. Buat aku bosan dan tak percaya cinta !

31.12.2018

Tu lah malam sebelum tiba nya ambang tahun baru. Macam biasa lah. Tiada beza macam tahun tahun sebelumnya. Kalau dekat bandar bersejarah aka Kuala Lumpur jangan sebut lah. Pasti penuh ribuan orang meraikan hari yang kononnya bersejarah bagi mereka . Ade yang meraikannya dengan penuh kesyukuran seperti sedekah kepada pengemis sebelum masuk nya tahun baru , ataupun berselawat tanda bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan sebab memberi mereka waktu untuk bertaubat kepada sang pencipta. Dan tak kurang jugak yang meraikan dengan penuh kelalaian seperti menghabiskan masa di kelab kelab malam , di hotel hotel bajet mahupun mewah. Dan aku pasti kebanyakan nya adalah budak budak melayu yang baru nak kenal erti dunia.

Tapi tak bagi aku. Aku lebih suka memilih duduk dirumah. Bagi aku benda tu semua melalaikan aku. Kalau tahun baru islam kemain semua tak sambut. Tapi kalau tahun baru yahudi ni ha terkinja kinja umat melayu yang sambut. Apalagi budak budak muda ada yang sanggup menjual maruah diri dan ada jugak yang sanggup meneguk air kencing setan berbotol botol demi kepuasan sendiri.

Aku menyandar lemah disofa empuk di ruang tamu rumahku.Selesai aku menjamah makan malam yang ibuku masak tadi.

"Imannnnn !" Aku sahut nama adik perempuan ku kuat. Aku tahu dia dibilik sebelah. Aku nampak kelibatnya sebelum aku pergi ke ruang tamu untuk aku duduk.

Sahutan ku masih tak berbalas. Aku panggil lagi sekali tapi kali ni dengan suara yang agar kasar dan nyaring.

"Imannnnnn..!!" Panggil ku kuat.

"Ye abang." Terpacul kelibat adik aku di luar pintu biliknya. Aku nampak kelibatnya dari jauh. Dengan sikat bulat nya masih melekat di sisi rambut. Kelihatan mulutnya dicebik dan kedua belah tangannya dicekak di pinggang. Tanda marah.

"Dah kenapa ? Panggil panggil adik bagai,tak nampak ke adik busy ni!? Sahutnya marah.

"Sini kau! Aku mendengus kasar , saja muka aku buat serius. Aku hentak kaki sedikit.

Itulah Nur Iman satu satunya adik perempuan aku. Umurnya baru 17 tapi lagaknya seperti orang puluhan puluhan.

Dia mendekati aku.

"Haaa stop!" Kata aku kuat. "Kau nampak tak belah kiri kau tu ade apa iman? Kataku sambil tersenyum jahat.

Kelihatan remote control yang kemas terletak di meja belah kiri adikku.

"Hishhhhh,abang ni kannn !?" Sahutnya marah. "Adik tengah busy nak siap , dia pulak sibuk suruh Adik ambik remote bagai" dia mengomel geram.

"Dasar pemalas !" Pantas remote tv diambilnya. Dibaling kuat ke arah aku.

"Nahhh,ambik niii!!!" Kata adik ku geram.

Lambungan remote tv tepat melayang ke arahku. Tanpa aku sempat mengelak.

"Dushhhh!" Terkena tepat di arah badanku.

"Aduhhhh!" Sahutku kecil.Badan yang terkena aku usap perlahan. Aku ketawa kecil.

"Haaa marah,marahh.." kataku nakal,aku memang suka sakat adik perempuan aku sorang ni. Sebab dia sorang sorangnya yang buat hati aku terhibur bila dihimpit bosan

"Dah la malas layan abang..!" Nur Iman mencebik mulut kuat. Laju dia berjalan ke pintu bilik tanpa menoleh ke arah aku sekejap pun.

"DUMMM..!" Pintu biliknya dihempas kuat. Aku ketawa kecil.

Pantas remote tv aku ambik perlahan. Aku halakan ke tv samsung bersize 29 inci.

Aku tekan punat on. Tv mengeluarkn siaran nya.

"Cj wow shop!"

Arghhh sudahhhh....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience