BAB 10 : RANCANGAN

Drama Completed 2545

"Jadi maksud kau, aku ni kau anggap musuh kau ka?"

"Tak.Jangan salah faham.Aku sebenarnya memang tak masuk campur dengan masalah korang.Tapi...kau mau tau? "

"Ya laaaa! Mestila aku mau tau.Kalau aku tak mau tau tak da la aku datang jumpa kau" Bentak Angel.

Tanpa membuang masa, Therry menceritakan semua hal hal tersebut.Setelah berberapa minit menceritakan hal tersebut Therry melangkah keluar daripada restoran tersebut dan membantu Angel membayar minumannya.

Angel hanya mampu mendengar sahaja Therry menceritakan semuanya dan tidak dapat mengeluarkan satu ayatpun daripada mulutnya kerana terlalu terkejut.

Angel melangkah keluar dari restoran tersebut dengan perasaan yang sangat sedih dan mukanya menjadi pucat.

Angel berjalan bersendirian untuk pulang
kerumah.

Berberapa minit kemudian, Angel sampai di rumahnya.

Angel terus masuk ke dalam biliknya dan berfikir sejenak.

"Aku jahat ke? Kenapa mereka sanggup buat aku macam ni..Erin dan Kamelia lagi la kesian.Aku tak tau la mau buat macam mana..Perlu ke aku call dorang dan ceritakan apa yang berlaku." Tanya Angel di dalam hati.

" Tapi mesti dorang tak percaya.Lagi lagi kalau aku bagitau yang kawan karib kami sendiri yang tikam belakang kami."

"Eyhhh!! Tapi aku pasti la dia bukan orang macam tu.Mesti dia ada sebab kenapa dia buat macam tu.Aku pasti.Mustahil dia akan buat benda bodoh macam tu.Aku percaya dia sebagai kawan aku yang tak pernah mengecewakan." Kata Angel di dalam hati.

Aku rasa ni bukan masa yang sesuai..Tapi mereka akan buat kerja bodoh ni ESOK!!!

Aku tak boleh biarkan semua ni.Aku dah tahu rancangan mereka.Jadi aku mesti rancang sesuatu.Aku akan call Kamelia dan Erin sekarang.

Tanpa membuang masa, Angel terus menelefon Kamelia dan Erin.

"Uii..Datang rumah aku sekarang!! Ada benda penting yang aku nak bagitau.Pasal Afiqah, Howard ngan Syafiq!! Cepat datang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience