Sejarah Keturunan Keluarga Hajar II

Horror & Thriller Series 597

Seperti yang dijanji kan, Raja Seung memerintahkan dua orang pengawal peribadi untuk membawa putera mahkota ke tempat upacara perjanjian saka itu.
. .
dalam perjalanan ke tempat upacara perjanjian saka,
Putera mahkota mengarahkan pengawal untuk berhentikan perjalanan mereka kerana baginda terasa ada sesuatu yang pelik.
"kemanakah hamba mahu membawa beta .....tidak pernah beta lihat tempat sebegini"putera mahkota bertitah dengan nada yang pelik.
"hamba diperintahkan oleh maharaja untuk membawa tuanku ke sebuah tempat terpencil di daerah ini untuk berjumpa penilik nasib"kata pengawal itu dengan nada yang serius.
"kenapa tidak beritahu beta awal awal buat beta takut saja , jika itu yang ayahanda beta mahukan baiklah lekas berangkat"titah putera mahkota.

sesudah sampai di tempat upacara...
putera mahkota berjalan dan menuju ke tempat si dukun berdiri sambil diiringi 2 orang pengawal dibelakangnya.
Tanpa melengahkan masa ,si dukun mengarahkan pengawal itu dengan menggunakan isyarat mata,
dengan pantasnya 2 orang pengawal itu menjatuh kan putera dan mengunci tangannya supaya putera tidak dapat melawan.
"apa yang kalian ingin lakukan kepada beta...lepaskan beta....hamba tidak takut kah jika ayahanda beta murka"titah putera mahkota
si dukun tidak menghiraukan bebelan si putera tanpa membuang masa si dukun menarik keluar pedang putera mahkota dari alas nya sambil tersenyum sinis .
"ampunkan patik ya... ini tugasan patik....HAHAHAHAH"kata si dukun dengan nada yang sinis sambil ketawa terbahak-bahak.
Si dukun mengangkat pedang itu dengan tinggi sekali dan menghayunkan nya dengan kuat ke arah leher putera sambil membaca mantera yang tidak diketahui isi kandungnya,badan putera menggelupur sambil darah nya merecik sehingga muka dan badan pengawal yang memegang nya basah bermandikan darah putera.
Si dukun mengarahkan pengawal itu untuk menggali lubang dan mayat putera akan di ditanam di tempat nyawanya dipisahkan
sebelum pengawal berangkat pulang si dukun menyuruh pengawal untuk menyampaikan pesanan .
"tolong sampai kan pesanan tuan hamba kepada baginda...baginda harus memberi makan saka itu dengan tangan sendiri....makanan yang akan diberi ialah telur rebus dan beberapa titik darah baginda... darah dan telur digaul sekali...semasa mengaul suruh baginda baca mantra yang telah aku catat kan di dalam kertas daun ini"kata si dukun sambil menyerah kan sehelai kartas daun.
. .
. .
. .
. ......,........................BERSAMBUNG...............................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience