BAB 7

Drama Completed 3248

Ahmad berjaya melarikan diri dari pihak sekolah dan terus berlari tanpa tujuan .

Kaki nya berhenti di hadapan hospital .

Dia masuk kedalam dan menanyakan pihak hospital tentang seseorang bernama Zahar .

Ternyata , Zahar memang berada di hospital itu . Ahmad pergi ke bilik Zahar dan melihat Zahar tertidur .

Muka nya lebam , tangan dan kaki nya patah .
Ahmad terkejut .

" Teruk betul Zahar dicederakan " .

Zahar tersedar . Dia bercakap tetapi tidak jelas .
Ahmad yang berada di situ mendekatkan telinga nya kemulut Zahar .

" Ahmad , yang buat aku dan mak aku luka seperti ini adalah abang kau " .

Ahmad sudah dapat mengagak . Zahar menyambung …

" Dia cakap disebabkan kau sudah tahu mereka hisap dadah , dia nak menyeksa kau dengan mencederakan kawan kau iaitu aku " .

Suara Zahar semakin perlahan . Nafas nya juga tak teratur . Zahar menyambung lagi …

" Ada tak kau rasa selepas masuk sekolah , semua orang menjauh dari kau , yang aku nak kau tahu , bukan aku yang buat kau macam itu . Itu je aku nak beritahu " .

Koff , koff , koff

Zahar batuk berdarah beberapa kali , Ahmad tak keruan . Dia menjerit memanggil doktor .

Mata Zahar sudah basah dengan air mata , dia meminta maaf kepada Ahmad jika pernah berbuat salah .

Setelah beberapa minit , Zahar disahkan meninggal dunia , Ahmad yang berada diluar bilik ketika itu terkejut dan terus terduduk .

Dia cuba bertabah dan terus pergi keluar dari hospital dan masuk ke rumah nya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience