"Abang janji jangan tinggalkan adik" si adik memandang abangnya penuh harapan .
"Janji"
"Betul ni" si adik bertanya sekali lagi mendapat kepastian
"Ia , janji" si adik tersenyum manis mendengar jawapan itu. Dia mula berlari riang
***
"Xylan Raymond sila datang ke pejabat" si abang yang mendengar , namanya di panggil mula bangun . Si adik yang melihatnya mula mengatur langkah ingin mengikuti si abang .
"Asher boleh tunggu sini dulu , nanti abang datang balik" Asher hanya menurut
***
"Mana abang ni lambatnya?!" Rungut Asher . Dah berapa jam dah
"Urmm , Asher tunggu siapa?" Seorang petugas Anak yatim tiba di situ . Ya , mereka ditempatkan atau lebih tepat dibuang di rumah anak yatim setelah penceraian ibubapa mereka
"Ohh bonda , Asher tunggu abang"
"Urmmm.... Abang dah pergi"
"Memanglah abang dah pergi kat pejabat tadi , ni Asher tengah tunggulah . Nanti dia datanglah , cuma lama skit ada emergency kot" terang Asher bersungguh-sungguh .
"Tak maksud bonda abang dah diambil , atau lebih tepatnya ada family baru" kata bonda serba salah . Dia tak boleh menipu dalam hal ni
"Apa!" Suara Asher naik seoktah , dia memandang bonda tidak percaya . Dia mula mengatur langkah ke bilik , tak mungkin.....
Tiba di bilik dia melilau katil abangnya , dia membuka pintu almari . Kosong..
Badannya mula bergetar . Setitis demi setitis air matanya jatuh . Walaupun dia masih kecil tapi dia cukup matang untuk memahami .
Bonda yang baru tiba di situ , hanya memandang sayu . Apakah daya dia hanya menjalankan tugas .
"Asher.." Asher memandang bonda dengan mata sembabnya . Dia memeluk bonda seerat - eratnya .
"Bonda hiks.. abang ... Hiks Asher" Bonda mengusap belakang Asher dengan lembut , dia tahu Asher masih tak dapat terima kenyataan .
'penipu' hati Asher sudah kosong , tiada lagi perkataan yang mampu dia keluarkan . Hatinya benar² hancur
-BERSAMBUNG-
*** ok first of all sorry kalau ada kesalahan ejaan dimana mana . And ini buku pertama author . Dan sorry sangat ² kalau x berapa nk ok . hope you guys enjoy ~ ***
Share this novel