Rate

bab 4

Romance Series 4059

MARIAM EILIYA memandang wajah ibunya. Ibu kelihatan ceria pagi ini. Lalu dia memberi senyuman yang manis untuk ibunya.

"Haa along, awal bangun, Yad dah bangun?" Tegur Puan Aishah kepada anaknya.

"Belum lagi bu, letih agaknya. Hari ni abah berniaga ke bu?"  Tanya Liya seraya melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang elok tersorong di bawah meja makan kecil di ruang dapur yang sederhana luas itu.

"Haa..awal pagi lagi abah keluar" jawab ibu.

Dia menganguk-menganguk kepala sambil mengambil roti bakar yang diletakkan telur separuh masak diatasnya. Lalu terus disumbat ke dalam mulut. "Lapar lain macam perut aku pagi ini. Yalah, semalam tak makan malam" omelnya di dalam hati.

"Achik belum turun lagi ker bu?" Tanya Adli, adik bongsunya yang tiba-tiba muncul lalu melabuhkan punggungnya di kerusi depannya.

"Kejap lagi la tu.. Macam adik tak tahu achik tu, bersiap memang mengalahkan perempuan." Dia tertawa mendengarnya. Memang tidak dinafikan antara adik-adik aku Achik memang banyak berbeza. Achik sentiasa bernampilan kemas walaupun melepak di rumah saja.

"Awal Long bangun hari ni?" Tegur adik sambil tersenggih-sengih.

"Dik makan dulu.. sempat lagi ni" suruh ibu

"lambat dah ni, bu. Adik pergi sekolah dulu " ujar adik sambil menghulur tangan untuk bersalam dan ibu, setelah dia minum secawan kopi.

"Hati-Hati bawak moto dik.."pesannya.

Adik agak kelam-kabut pagi ni. Laju sahaja adik capai beg silangnya dan berdesup keluar. Tak sempat enjin motor abah panas, adik sudah membonceng keluar.

"Ishhhhh tak sabar bebenor" omelnya di dalam hati.

"Ibu ada benda nak cakap dengan along?" Puan Aishah mengambil tempat duduk di sebelah anaknya di meja makan.

Pertanyaan ibu mematikan hasratnya untuk menyuap roti ke dalam mulut. Lalu dia meletakkan semula roti tersebut ke dalam pinggan. Terus dia mengangkat kepala ke arah ibu sambil tersenyum. Ibu balas senyumannya. Namun, senyuman ibu seakan menyembunyikan sesuatu.

"Benda apa ibu?" Soalnya

"Along kenalkan Lukman?"mata ibu melirik kearahnya. Dalam diam dia menganguk.

"Kenapa dengan dia bu?" Soalnya balik. Saja dia buat-buat tak tahu. Padahal dia sudah mendergar perbualan ibu dengan Achik semalam.

"Dia jumpa ibu minggu lepas" Bagitahu ibu kepadanya. Dia memandang ibu sambil menunggu ibu meneruskan percakapannya.

"Dia teringin sangat nak jadikan along isteri dia" Bagitahu ibu lagi. Dia hanya diam membisu.

"Kali ni ibu nak along terima. Ibu rasa dah sampai masa along mulakan hidup baru"

"Tapi bu..along.."

"Tapi apa Long? tak kesian ke dekat cucu ibu? tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah." terasa usapan lembut pada tangan kanannya. Dia mendongak dan memandang ke arah ibu. Hatinya tak mampu membendung perasaan bersalah. Apatah lagi setelah terdengar perbualan ibu dengan Achik semalam.

"Cuba beri peluang untuk diri along sendiri untuk bahagia " sambung ibu lagi.

"....along tak bersedia lagi bu..nak pikul tanggungjawab seorang isteri lagi.." Dia bersuara perlahan. Sebenarnya di dalam hatinya masih menyayangi bekas suaminya.

"Ibu cuma..."

"Along tak akan bahagia dengan dia bu" Terus dia memotong percakapan ibunya pula.

"Sampai bila nak macam ni, Long?"
Dia hanya diam saja. Salah ke untuk dia mengingati bekas suaminya? Walau bagaimana pun lelaki itu pernah menjadi sebahagian hidupnya. Dan dia pasti rasa sayang dan cinta yang dibina dalam perkahwinan dulu masih kukuh dihatinya. Walaupun hakikatnya mereka sudah tiada langsung ikatan.

"Along masih sayangkan Fiq?" Soalan ibu membuatkan dia tersedar dari lamunannya. Pantas dia bangun.

"Tak adalah.." kata dia berdalih. Lalu dia mengangkat pinggan ke sinki. Dia tidak mahu ibu melihat perubahan air mukanya kerana berbohong.

Tiba- tiba ibu memegang lengannya. "Ibu tahu, tak payah lah nak tipu ibu, Long." Liya hanya menundukkan kepala dan hanya diam. Seketika kemudian ibu bersuara semula.

"Sampai bila nak siksa diri sendiri Long?" bentak ibu. Liya terpukul dengan pertanyaan ibu.

"Lupakan Afiq.. teruskan hidup tanpa dia" ujar Puan Aishah tegas.

Air mata mula mengaburi mata. Cepat-cepat dia mengosok matanya dengan hujung bajunya. Terus dia menyibuk diri membasuh cawan di singki semula.

"Along hanya akan bahagia bila dengan Afiq bu" Dia bersuara perlahan tanpa memandang wajah ibu.

"Ibu tak faham dengan kau ni Long dulu masa nak bercerai tak fikir pulak.." Kata-kata ibu menyentap hatinya. Dia terus membisu sambil membasuh cawan dan pinggan di singki. Melayan perasaan bersama rasa bersalah dan menyesal yang amat sangat dalam dirinya.

Sesudah membasuh pingan mangkuk di singki terus dia masuk ke dalam bilik.

Tiba- tiba hatinya teringat sesuatu. Lalu dia mendekati laci di sebelah katil.
Album lama yang sudah berhabuk diambil perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di kapet sambil memegang erat album tersebut. Hati-hati dia menyelak kembali foto-foto lama. Foto dia semasa mengandungkan Muhammad menyapa di matanya. Dia senyum tawar. Betapa bahagianya dia bila mengetahui dirinya mengandung pada ketika itu.Dia menyelak lagi ke halaman sebelah. Namun jari-jemarinya terhenti di helaian muka surat album foto tersebut.  Wajah Afiq yang tersenyum bahagia dipandang sayu.

"Mama..." Mati lamunannya. Dia menoleh ke belakang. Wajah Yad mamai sambil pegang botol dipandang.

"Sini sayang.." Terus Yad turun dari katil dan duduk di atas ribanya. Matanya memandang lama ke arah foto di album lama.

"Ni papa kan mama? Soal Yad sambil jari telunjuknya menunjuk wajah Afiq yang tersenyum itu.

"Ya sayang..." jawabnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience