BAB 5

Romance Completed 14200

“ Aku nak kau duduk sini. Ni bilik kau." Zafri menuding bilik yang bertentangan dengan biliknya. Afaf membuat mimik muka. Menyampah dengan sikap Zafri yang suka mengarah-arahkan orang ... Zafri perasan akan tingkah Afaf itu.

“ Sekali lagi kau buat begitu, kita sebilik. Mahu?" Soal Zafri. Afaf menggelengkan kepalanya.

“ Tak nak." Jawab Afaf. Dia berundur beberapa tapak menjauhi Zafri. Zafri menilik jam tangannya.

“ Aku bagi kau sejam dari sekarang. Lepas Isyak kita keluar makan." Kata Zafri lebih berbaur arahan. ** Sudah seminggu mereka tinggal bersama. Afaf hanya terperuk di rumah sahaja. Semenjak Zafri membawanya berjumpa keluarga Zafri 3 hari yang lalu, barulah dia mengetahui tujuan asal Zafri membawanya tinggal bersama. Pandai Zafri berpura-pura, macamlah mereka ini loving couple. Habis kisah 3 tahun lalu tersingkap ...

“Ibu bapa Zafri hanya memandang wajahnya apabila Zafri sibuk bercerita perihal mereka. Afaf gugup apabila di soal Tengku Zahra, Zafri beriak selamba. Tangan Afaf di genggamnya, memberi kekuatanlah gamaknya ... Tetapi hampeh, bukan nak beri sokongan. Ambil kesempatan adalah, mana taknya siap usap-usap lagi tangan Afaf. Tahulah tangan dia lembut...

“ Aku nak resume kau." Kata Zafri. Terkejut Afaf yang sedang mengacau sos black pepper di dalam periuk. Tersedar dia dari lamunan 3 hari yang lalu.

“ Dah balik pakcik ni ..." Desis hati Afaf sambil meletakkan tangannya di dada.

“ Resume?" Soal Afaf. Api di tutupnya.

“ Aku nak kau jadi PA aku. Mama dah keluarkan tawaran jawatan kosong last month. Lusa interviewnya. So, aku akan ambil kau as my PA."

“ Resume ada tapi ..."

“ Apa?" Soal Zafri. Tie di longgarkannya. Dia menapak ke dapur mendekati Afaf.

“ Tak print lagi ..." Jawab Afaf gugup. Zafri menjenguk menu makan malamnya. Chicken chop ...

“ Bagus mendengar arahan ..." Desis hati Zafri.

“ Printlah dekat bilik kerja aku tu ... Takkan itu pun aku nak ajar. Ke kau nak bermanja dengan aku ..." Kata Zafri. Tangannya mengenggam lengan Afaf. Zafri senyum nakal, Afaf di tarik ke dalam dakapannya.

“ Teng ... Tengku ..." Afaf bersuara, dia gugup dengan aksi Zafri. Afaf memejamkan matanya apabila Zafri mula mendekati wajahnya. Pipinya di alihkan kekiri. Zafri ketawa.

“ Tak payahlah pejam mata segala. Kau ingat aku desperate sangat ke ? Kalau aku nak, aku minta je dengan kau. Bukannya kau boleh lari pun? Ingat !! Kau tu hak aku ..." Tutur Zafri sebelum mencium pipi gebu milik Afaf. Dia tersengih sambil melangkah ke biliknya. Afaf tergamam.

“ Benci !! Sikit-sikit ugut orang. Tahulah aku ni hak dia. Tapi ..." Desis hati Afaf. Otaknya terfikirkan sesuatu.

“ Hish ... geram !!" Luah Afaf. Asyik di buli je ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience