Nama aku Awatif Hannani.
5 April 2021.Hari pertama aku melihat sekolah baru aku.Aku ditempatkan di kelas 1 Arif.Kalau kau orang nak tahu tingkatan 1 ada lima kelas.
1 Arif. 1 Adab. 1 Adil. 1 Aman. 1 Azam.
Aku tak sangka yang aku ditempatkan di kelas pertama.Sebab aku tak pandai mana pun.Lagipun tahun lepas sekolah aku tak buat exam. Sebab tak sempat.Cikgu hanya menilai kami menggunakan PENILAIAN BILIK DARJAH.
Pada pukul 7.15pagi.Keadaan di depan pagar sekolah sangat sesak. Aku masuk sekolah dengan perasaan yang bercampur baur.
Aku hanya ikut orang di depan aku..Apabila sampai di tangga aku terus menuju ke tingkat 3.
Bila aku sampai di depan kelas baru aku perasan itu kelas tingkatan 2.Selepas itu, aku segera naik sehingga tingkat 4.Apabila sampai di tingkat 4 aku terus mencari kelas aku.
Apabila aku masuk ke kelas Cikgu suruh aku cek nama dan cari nama aku di meja.Lepas aku dah jumpa meja aku terus letak beg dan duduk.Suasana kelas aku sangat sunyi.Tak macam suasana kelas lain yang riuh-rendah.
Apabila loceng berbunyi cikgu terus memperkenalkan dirinya.“Saya penolong guru kelas 1Arif.Nama saya Rosmawar.Sila perkenalkan diri kamu.Saya nak tahu nama, sekolah rendah ,mata pelajaran kegemaran, hobi dan cita-cita.Dkt hujung sana tu sila perkenalkan diri selepas tu sampai habis.”
Sampai di giliran aku.Aku berasa sangat takut.Aku pelik dgn diri aku sendiri.Dulu aku seorang yang berani.Aku kerap dipuji atas keberanian aku untuk berkata-kata.Tapi sekarang jadi takut pula.Tapi aku kena juga perkenalkan diri aku.Tak adil lah kan untuk orang lain.
“Nama saya Awatif Hannani.Saya daripada SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS KLIA.Mata pelajaran kegemaran saya Pendidikan Islam,Bahasa Arab dan sejarah.Cita-cita saya GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING.”
...
Bagus.Kamu semua tahu kan 1 Arif, 1 Adil dan 1 Aman ada Orientasi.“Tahu cikgu”.Jawab kami serentak.
“Selamat datang ke SMKBE.Guru kelas kamu Ustazah Rohaya tapi dia tak datang harini.Saya harap kamu dapat tinggalkan perangai kamu yang macam budak² di sekolah rendah.Sekarang ni kamu dah besar.Walaupun kamu tingkatan 1 tapi kamu dah besar.Lagi satu saya ingatkan jangan ikut perangai tak baik senior kamu.Yang baik je ikut.Saya akan ajar Sains.Sekarang saya nak cari ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.”
...
Ok.“Zafran,ketua tingkatan dan Luqman,penolong ketua tingkatan.”Ada bantahan.“Ok semua diam je maksudnya setujulah tu.”
“Pada pukul 8 kamu akan ada Orientasi sila bawa buku catatan.”“Ada 2pengawas prs akan bawa kamu ke dewan. ”
...
“Sila beratur.”“Kena bawa beg ke ?”.(Cikgu tanya dekat abang prs)
“Cikgu Aishah kata tak payah.”
“Ok kamu boleh jalan sekarang.”
Waktu cikgu suruh perkenalkan diri tu rasa macam kena sambar petir. Lain pula bila online class excited nak perkenalkan diri bila jumpa semua depan² rasa nak pengsan.
Share this novel