BAB 4

Romance Completed 10085

“Eee, comot macam baby.”

“Baby is cute like me okay.” Bella membela diri. Ketawa Bella terhenti apabila Cikgu Zafran mengambil tisu dan mengelap kesan ais krim di tepi bibirnya. Bagaikan terkena kejutan elektrik.

“Thanks.” Muka Bella sudah kemerahan. Kenapa la cikgu ni caring sangat.

“Jom la balik. Tak ada benda nak beli lagi kan?” kata Cikgu Zafran. Bella sekadar menggeleng.

*_*_*_*_*

“Thanks sebab temankan.” Cikgu Zafran senyum. Bella dah melarikan wajahnya. Cikgu, kenapa handsome sangat?

“Thanks sebab belanja dan melayan karenah saya yang kebudak-budakan ni walaupun dah meningkat 17 tahun.” Bella sengih.

“Kira fairandsquare la ni?” Bella sekadar mengangguk.

“Bye bye cikgu. Jumpa cikgu next Monday.” Bella melambai ke arah Cikgu Zafran lalu masuk ke dalam rumahnya.

*

_*_*_*_*

Bella memeluk tubuh. Sejuknya. Hujan masih tidak berhenti lagi. Mana pula Pak Mat ni? Tangannya mengetuk dahinya. Ya Allah! Kenapa aku boleh lupa. Pak Mat kan cuti hari ni. Ada hal keluarga katanya.

Macam mana nak balik ni? Bella risau. Hujan tak nampak mahu berhenti pun. Jam tangan dilihat. Pukul 2. Alamak, terlepas la nanti cerita korea. Someone, please help me! Jerit Bella di dalam hati.

“Aik Bella tak balik lagi?” Bella yang sedang duduk berteduh terkejut mendengar satu suara yang amat dikenalinya menyapa.

“Pak Mat cuti hari ni. Ada hal keluarga katanya. Kena tunggu papa ambil la petang nanti.” Ujar Bella.

“Apa kata, saya tumpangkan aje? Tak kisah kan?” pelawa Cikgu Zafran.

“Betul ke tak menyusahkan cikgu?”

“Tak. Lagi senang hati saya sebab dapat menolong.” Cikgu Zafran senyum. Sekali pandang macam penyanyi korea.

“Okay.” Bella mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience