"YA ALLAH AUNTY!!!" Jerit Alia. Terkejut melihat aunty Adriana dengan terbaring dan darah pekat keluar dari badan aunty Adriana.
Alia cemas. Dia memangil Suraya yang berada di atas.
"Suraya!!!" Panggil Alia. Dia cepat cepat mengambil telefon yang berada di atas meja di dalam rumah. Cepat cepat dia menelefon ambulans dan polis.
Suraya turun dengan cepat. Dia melihat di hadapan pintu terdapat sekujur tubuh sedang terbaring dengan darah pekat keluar dengan lajunya. Dia mengenal pasti tubuh itu ialah mama.
"Mama!!!" Jerit Suraya terkejut melihat mamanya terbaring begitu.
"Alia apa dah jadi?" Tanya Suraya.
"Aku tak tahu." Jujur Alia cakap dia sendiri tak tahu.
Suraya memengang badan mamanya yang penuh dengan darah itu. Penuh bajunya dengan darah yang keluar.
"Suraya, ingat pesan mama kalau mama dah tak ada jaga Nayli Sofea elok elok. Lepas dia balik dari Korea, jaga dia. Dan...." Ucap Mama di saat saat akhir.
"Dan?"
"Ada benda yang korang dua adik beradik tak tahu....."
"Benda apa mama?"
"Papa kahwin baru..."
"Hah?"
"Isteri dia dia akan ambik harta mama. Tapi.... Dia takkan dapat sebab semua mama punya harta. Tiada satu pun papa punya. Dan perempuan tu ingat dia kahwin dengan papa dia akan rumah dan harta...."
Beberapa minit kemuadian ambulan dan polis datang. Dia melihat mama diangkat masuk ke dalam ambulans. Suraya dan Alia juga masuk ke dalam ambulans yang bergerak ke hospital.
MAMA dimasukkan di wad kecemasan. Suraya menelefon seseorang.
"Hello."
'Hello?'
"Nayli!!"
'Ye kenapa kakak?'
"Mama...."
'Kenapa dengan mama?'
"Mama kena bunuh sekarang ni duduk dekat wad kecemasan."
'Hah? Kakak biar betul?'
"Betul. Esok Nayli ambik fligt balik, kakak jemput."
'Ok. Kakak.'
Suraya dan adiknya tak lah rapat sangat. Kalau call pun, setahun tak sampai 5 kali pun.
Seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Dua orang jururawat membawa Pn. Adriana Sofea ke bilik pembedahan 1.
Selepas 7 jam, doktor tadi keluar. Suraya dan Alia pergi ke arah doktor tersebut dan menanyakan apa yang terjadi.
"Keadaan sangat teruk pada Pn. Adriana. Di bahagian kepalanya ditikam menggunakkan pisau yang panjang dan berkemungkinan koma selamanya atau mati semasa koma." Terang dokter.
"Alia macam mana ni?" Sebutir air jernih keluar dari matanya. Empangan sudah pecah. Dia tidak dapat menahan rasa sakit itu lagi.
"P A P A!!" Tangan digemgam. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi.
"You are bad man!!"
Share this novel