Rate

SWY 1

Fanfiction Series 899

Kim Namjoon!
Kim Seokjin!
Min Yoongi!
Jung Hoseok!
Park Jimin!
Kim Taehyung!
Jeon Jungkook!
BTS!

Semua orang bersorak dengan kuat. Lightstick digoyang-goyang teruja. Kepada siapa mereka bersorak? Sudah semestinya pada sekumpulan penyanyi yang amat popular di Korea iaitu Bangtan Boys. Hampir seluruh dunia mengenali mereka. Siapa yang tak kenal mereka akan dicop 'noob'.

Mereka yang kata. Aku cuma dengar-dengar sahaja. Oh ya!

Nama aku Jeon Jungkook. Salah satu ahli di dalam BTS. Tipulah aku tak bangga dengan kejayaan kami sampai tahap yang tidak dijangka ini.

Tapi... bila dah makin popular ni, ramai pula yang membenci. Aku tertanya-tanya, kenapa mereka perlu membenci sedangkan kami tak pernah ganggu hidup mereka? Kami juga mahukan kehidupan seperti orang biasa.

Habis sahaja konsert, kami pergi ke belakang pentas lalu merehatkan diri. Aku pandang wajah mereka satu persatu. Semua berpenat lelah kerana berkerja keras. Aku tersenyum sendiri. Bersyukur kerana Tuhan menemukan aku dengan mereka. Merekalah keluarga kedua aku, dan sudah semestinya aku sangat menyayangi mereka.

"You work hard, Jungkook." Namjoon memukul lembut lengan aku. Senyuman manis ditayangkan.

"You too, hyung."

"Guys, kali ni dah ke sejuta kalinya pengacara tanya kita pasal girlfriend. Macam tak ada soalan lain nak tanya." kata Hoseok tiba-tiba. Semua mata beralih memandangnya.

"Biasalah tu, hyung. Kita kan dah popular. Semua benda nak tahu pasal kita. Sampai privasi pun dia orang nak tahu. Tu aku tak suka tu!" Taehyung sudah memuncungkan bibirnya. Geram betul dengan orang yang kacau privasinya. Jaga tepi kain sendiri sudahlah!

"Jungkook, kau bagitau jelah kat orang ramai." kata Seokjin. Aku mengerutkan dahi tidak mengerti.

"Bagitau apa?"

"Bagitau yang kau dah ada girlfriend."

"Ha? Sejak bila aku ada girlfriend?"

"Lisa." kata Yoongi senada. Mata aku terus membulat.

"Dia bukan girlfriend akulah." Aku cuba menafikan.

"Yang kau selama ni keluar dengan dia tu apa? Bukan dating? Orang ramai pun dah ship kan kau orang berdua," terang Jimin. Aku mengeluh kecil. Disebabkan kejadian aku menyelamatkan Lisa Blackpink dari terjatuh itu, tak semena-mena netizen menge'ship'kan kami.

"Kita orang kawan jelah. Takda maknanya aku nak couple dengan dia."

"Asal? Lisa kan ciri-ciri wanita idaman kau." soal Seokjin sambil menongkat dagunya.

"Tahu tapi... entahlah. Aku memang tak ada perasaan suka kat dia."

"Belum cuba belum tahu." Hoseok mengangkat keningnya namun kepalaku digeleng beberapa kali. Memang dinafikan yang hati aku tak berpaut pada mana-mana perempuan setakat ini.

Nak cakap aku gay? Ehem! Aku masih straight okey!

Aku tertanya-tanya juga. Siapalah bidadari bertuah yang akan berjaya mencuri hati aku yang limited ini?

???

Yaasin ditutup. Kubur seseorang yang berada dikiri dan kanan dipandang silih ganti. Senyuman manis terukir.

"Mak, ayah. Hana pergi dulu."

Aku bangun dari duduk. Sempat aku menghadiahkan senyuman sebelum kaki melangkah ke arah kereta. Dua insan yang berada dihadapan kereta itu tersenyum manis padaku. Eomma dan Kak Jisoo. Senyuman terukir dibibirku.

Aku berjalan mendekati mereka. Kedua-dua belah tanganku dicapai lalu diusap lembut.

"Kita pergi sekarang, okey?" soal Puan Kim Jiyoon lalu aku balasnya dengan anggukan.

Aku melangkah masuk ke dalam kereta milik kakak angkatku, Kim Jisoo di sit belakang. Jisoo menghidupkan enjin lalu memulakan pemanduan.

"Finally! Eomma dengan Hana duduk juga sama-sama dengan Jisoo kat Korea." Jisoo tersenyum girang.

Mana tak gembira kalau selama ni Jisoo tinggal seorang di Korea dan akhirnya sekarang dia dapat tinggal bersama keluarganya. Mendiang bapanya yang membuat keputusan untuk tinggal di Malaysia manakala Jisoo terpaksa tinggal di Korea atas faktor kerja.

Siapa sangka, Kim Jisoo berkerja sebagai jurusolek di Bighit Entertaiment hampir 5 tahun. Disebabkan dia terlalu sibuklah dia jarang kembali ke Malaysia dan terpaksa tinggal seorang di Korea.

Namun sekarang tidak lagi. Semenjak bapanya pergi, keluarga itu membuat keputusan untuk kembali ke negara asal mereka.

Aku tergelak kecil saat melihat senyuman Jisoo yang sangat lebar itu. Gembira sangat nampaknya. Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya aku kerana ditemukan dengan keluarga ini. Saat aku mula masuk dalam keluarga ini pun, mereka menerima aku dengan hati yang terbuka.

"Seronoklah tu dah ada teman membawang dia." seloroh Puan Kim. Tahu sangat perangai kedua-dua anaknya yang kuat bergosip. Mengalahkan makcik bawang.

"Of course!" jawab aku dan Jisoo serentak. Kami ketawa sendiri. Sehati sejiwa betul!

"But... Hana. Akak minta maaf sebab tak boleh nak bawa Hana pusing-pusing Seoul dalam masa terdekat ni. Sebab akak kena kerja lusa. Tahu-tahulah kan yang BTS tu..."

"It's okay. Janji Kak Jisoo jaga elok-elok my baby bunny tu okey." Belum sempat Jisoo ingin menghabiskan ayat, aku sudah memotong. Faham sangat dengan kerja Jisoo yang terlalu sibuk itu. Bila BTS dah sibuk, automatik semua pekerja di Bighit Entertaiment akan sibuk sekali. Dah popular katakan...

Aku tersenyum sendiri. Teringat pula pada jejaka indaman aku. Siapa? Sudah semestinya Jeon Jungkook atau nama manjanya, Kookie. Aw... so cute! Wajahnya yang berkulit bayi dan bermata bulat itu membuatkan dia sangat comel. Lagi-lagi dengan suara yang sangat merdu dan pandai menari, memang buat aku pengsan lah jadinya.

Tapi... walaupun aku dah minat Jeon Jungkook sejak alam menengah, aku tak pernah sekali jumpa dia. Aku sendiri tak ada keyakinan nak berhadapan dengan dia. Aku sedar aku ni potato hm...

Ah! Tak kesahlah! Janji Jeon Jungkook tetap pencuri hatiku.

Jeon Jungkook! I love you!

-TBC-

________________________________________________

Done for chapter 1. Maaf jika chapter ni tak best. Aye akan cuba yang terbaik di chapter akan datang. Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience