Rate

Chapter 1-Care

Fantasy Series 1651

Angela menghalakan tombaknya kearah Karl."Kill"terhambur ketawa mereka berdua.Terkekek kekek Angela Dan Karl ketawa."Makin bagus la kau ni Ela!Sampai aku pun macam nak telekup pasu papa kau atas kepala aku"Tersengih Karl.Angela ketawa sambil memegang perutnya.Lucu mendengar lawak bodoh Karl."Oi!Buat apa tu!Main tak ajak!"Terjah Danny membuatkan serentak Angela Dan Karl memandang ke arah Danny yang sedang memegang tombaknya meluru kearah mereka berdua dengan sengihan."Kau dah siap ke kerja yang berlambak tu?"Perli Karl.Angela hanya diam."Dah!Semua dah siap!Tapi ada yang aku campak kat tong sampah sebab salah tulis"Selamba sahaja Danny berkata kata.Terbuntang Mata Karl."Wei!Kau biar betik!Kertas tu bukan print lah!Kan Raja Ares dah kata"Ujar Karl pelik."Aku dah cakap kat dia yang aku tersalah tulis,dia kata tak apa"Kata Danny.Karl menghembus nafas lega."Habis,Kau dah berapa kali buat salah ni?"Soal Karl lagi."empat ke lima camtu la"Kata Danny tersengih."Fuh!Nasib baik Kau selamat,kalau tak masak dikerjakan dengan Raja Ares nanti"Ujar Karl lagi."Kau jangan risaulah.Belajar dari kesilapan beb!"Danny memegang erat tombaknya."Okeylah aku cau dulu,Angela,Karl.Aku nak pergi lawat Hutan Salji jap"Danny meniup whistle nya.Dia mengibaskan sayap putihnya terbang tinggi ke langit yang mengandungi awan Dan pelangi yang berkilau.

"Aku gi dulu Ela,mengamuk Habis daddy aku nanti sebab balik lambat.Dahla semalam tak memasal je aku kena denda duduk luar istana selama satu malam,pergh!rasa dia macam Kau kat dalam Hutan Salji"Ujar Karl tersengih."Okey!"Sepatah saja yang dijawab Angela.Karl menjongket bahu,dia sudah tiada masa untuk berborak lagi.Karl berlari mendapatkan naganya yang berada tidak jauh dari tempat mereka melakukan latihan pertahanan diri.Angela meletakkan tombak Ray Of Lugh di tubuh belakangnya.Tombak itu disangkut kemas pada tulang sayapnya.Setiap tombak yang mereka pakai semuanya berlainan melainkan penduduk tempatan biasa.Yang dia pakai Ray Of Lugh ialah tombak paling berkuasa di Negara Bidadari,tidak tahulah samada setanding kuasa dengan Negara Devil atau tidak.Ray Of Lugh mempunyai kuasa Healing.Yang Karl pakai pula Lakes Of Dawn,mempunyai kuasa ATK iaitu Attack.Setahu dialah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience