BAB 4

Spiritual Completed 780

“Cik akak, saya tak suka bergaduh kat tengah panas macam ni. Memang
salah saya langgar awak. Tapi awak boleh cakap elok-elokkan?”

“Awak nak saya cakap elok-elok? Cuba awak cermin diri awak dulu sebelum
bercakap boleh?” Hanani naik berang.

“Okay saya mintak maaf, salah saya tadi sebab jalan tak pandang depan.
Puas hati awak ?.” Syed Zahim mengalah. Dia juga tidak ingin berbalah di
bawah matahari yang terik ini.

“Saya Hafiz, awak bukan pekerja baru dekat sini ke? Saya nampak awak
masa interviu tadi.”

“Saya Hanani , ya saya baru dapat kerja kat syarikat ni, okay lah I get
the go, Assalamulaikum.” Hanani hanya senyum manis tanpa meyambut salam
yang bukan daripada mahramnya itu. Lalu dia bergegas pergi mengenangkan
ibunya yang sedang menungu kepulangannya.

Hanani Ahmad

“Eh. En Zahim tak balik lagi ke?”

Suara yang datang daripada belakangnya itu telah mematikan lamunan
Syed Zahim .

“Ouh awak Zawanah , belum lagi saya solat kat sini sekejap takut nanti
sampai rumah terlepas waktu asar. Awak nak solat ke?” Tanya Syed Zahim .

Zawanah memandang wajah Syed Zahim . Dia amat kagumi dengan bosnya ini,
walaupun dia orang yang kaya tapi dia tidak pernah tinggal solat dan
tidak pernah berlagak dengan sesiapa pun walaupun empayar syarikatnya
meluas ke serata Malaysia, tapi bila lihat saja penampilannya memang
tidak akan nampak seperti orang yang berkedudukan tinggi.

Dulu tanggapannya pada orang kaya semua sama saja. Berlagak dengan apa
yang ada, namun sebaik saja berjumpa dengan lelaki bernama Syed Zahim
dan Dato Hasyim tanggapannya semua berubah. Tidak semua orang sama,
rambut sama hitam hati masing-masing.

Semasa mula berkerja di syarikat ini orang yang pertama dia jumpa
adalah Syed Zahim masa itu penampilannya amat la selekeh, tapi dia tidak
perkecilkan malah bertanya dengan baik apa jawatannya disini. Jawapan
yang diperolehi dia mengatakan dia hanyalah penghantar surat saja.

Namun sebaik saja dia mengetahui kedudukan lelaki itu sebagai pengarah
urusan disyarikat dia bekerja. Zawanah merasakan ingin terjun dari tingkap
sepuluh saja. Malunya itu tetap ada bila saja terserempak dengan Syed
Zahim .

“Ya Encik Zahim , tadi tak sempat nak solat sebab ada banyak kerja.”
Jawab Zawanah sambil melangkah masuk ke dalam surau.

“Ouh ya Zawanah . Esok pagi meeting saya tangguhkan. Nanti saya akan
bagi tahu kemudian. Saya pergi dulu. Faiz dah menunggu saya kat bawah
tuh. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Zawanah

Bokk!

“Aduh.”

Syed Zahim memandang wajah yang merempuh dia sebentar tadi. Dia tak
balik lagi ke?

“Aduh saya mintak maaf encik saya tak perasan, ingatkan tak ada orang
dah dalam pejabat ini, sebab itu saya main repuh je.”

Sebaik saja menghabiskan ayatnya Hanani memandang orang yang dirempuhnya
tadi. Eh mamat ni lagi? Dia tak balik lagi ke?

“Awak tak balik lagi ke? Dah pukul berapa ni, kang apa jadi susah awak
nanti.” Tanya Syed Zahim .

“Tak saya baru habiskan kerja tadi. Esok saya ada meeting dengan
syarikat ES Holding.” Jawab Hanani .

“Ouh yeke. Bukan ditangguhkan ke?”

“Eh mana awak tahu ditangguhkan?”

Alamak macam boleh terlepas cakap ni? Apa aku nak jawab ni…

“Tadi Syed Zahim yang bagi tahu saya.”

“Ouh ye. Saya nak tanya awak sesuatu ni. Saya selalu nampak awak dekat
syarikat ni. Tapi saya tak tahu lagi apa pekerjaan awak yang sebenarnya.
Boleh saya tahu?” Sudah lama persoalan itu ingin dituju kepada lelaki
itu. Tetapi tidak pernah ada kesempatan, dan bila saja ada ruang untuk
bertanya. Dia tidak akan melepaskan begitu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience