Rate

Full

Short Story Completed 8621

Aku akan tunggu kau, Raisha! Tidak kisah berapa lama pun. Aku akan setia tunggu kau. Aku sanggup berhadapan dengan ayah kau untuk dapatkan kau.
  Begitulah ucapan Danish Ridwan lima tahun lalu semasa Raisha Syafira berangkat ke Eropah untuk menyambung pengajiannya dalam bidang fesyen. Danish mencintai Raisha. Dia telah beberapa kali melamar Raisha menjadi teman wanitanya tetapi setiap kali itu juga yang dia terima adalah penolakan. Raisha tidak mahu memikirkan soal hati sebegitu. Dia mahu berjaya dahulu. Ayahnya, Datuk Rizman sangat tegas terhadapnya. Ibunya, Datin Zara pula sangat pelembut orangnya. Datin Zara selalu membela Raisha apabila Datuk Rizman memarahi Raisha. Semasa Raisha baru masuk tingkatan satu, keputusan peperiksaannya menurun mendadak. Selama di sekolah rendah, Raisha ialah pelajar cemerlang. Dia selalu mendapat kedudukan pertama dalam peperiksaan. UPSR pula dia dapat semua A.
  Pada waktu itu, Datuk Rizman sangat marah kepada anak tunggalnya itu. Dia memarahi Raisha. Dia berasa malu dengan keputusan peperiksaan Raisha. Semenjak itu, Raisha terpaksa mengikuti kelas tuisyen pada setiap malam kecuali hari Jumaat. Ayahnya juga mengawal segala aktivitinya. Di sekolah, dua orang lelaki suruhan Datuk Rizman yang berpakaian serba hitam sentiasa mengikuti Raisha ke mana sahaja, kecuali ke tandas. Raisha bersekolah di private school. Ramai anak orang ternama juga bersekolah di sana. Raisha tiada teman kerana ramai yang takut dengan dua orang pengawal peribadinya, Azizul dan Amirul yang sentiasa berwajah ketat dan menggerunkan setiap yang memandang. Hanya Danish yang berani menyapa Raisha dan mendekati Raisha. Pelajar lelaki lain? Walaupun meminati Raisha, mereka tidak berani mendekati Raisha kerana mereka mendengar khabar bahawa ayah Raisha sangat garang dan mengawal ketat segala pergerakan Raisha tidak kira pada waktu sekolah atau lepas tamat sekolah. Ke mana ada Raisha, di situ ada Azizul dan Amirul. Raisha sudah terbiasa kerana sejak sekolah rendah, Azizul dan Amirul menjadi pengawal peribadi Raisha. Azizul dan Amirul sudah dianggap seperti abang bagi Raisha. Azizul dan Amirul sangat menyayangi Raisha. Mereka rela mempertaruhkan nyawa demi keselamatan Raisha.
  Apabila Raisha berada di tingkatan lima pula, penjagaan terhadapnya semakin ketat. Dia dilarang pergi ke mana pun tanpa Azizul dan Amirul kecuali ke tandas. Dia juga menjalani kelas tuisyen dengan guru peribadinya di rumah dan diawasi oleh ibunya. Raisha kadang-kadang merasa tertekan juga. Dia langsung tidak diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri. Hidupnya keseluruhannya diatur oleh ayahnya yang garang dan tegas. Raisha memang takut dengan ayahnya. Apabila ayahnya sudah membuat keputusan, itulah yang harus dia ikuti. Itulah yang harus dia lakukan. Dia tidak boleh membantah atau merungut. Dia tahu ayahnya mahukan yang terbaik untuknya tetapi cara ayahnya terlalu posesif dan over-protective.
  Semasa Raisha berangkat ke Eropah, pening kepalanya mendengar pesan dari ayahnya. Azizul dan Amirul juga ikut bersamanya. Mereka akan mengawasinya dan mengawal keselamatannya di sana. Bukannya Datuk Rizman tidak mempercayai anaknya tetapi dia tidak mempercayai orang di sana. Dia mahu anaknya belajar dengan tenang dan aman. Datuk Rizman terpaksa akur apabila Raisha mahu menceburi bidang fesyen. Yang penting baginya, anaknya menjadi seorang yang berjaya. Namun, tak semudah tu dia setuju. Raisha juga harus mengambil bidang pengurusan perniagaan. Dia mahu Raisha menjadi peneraju syarikat mereka, Megah Holding, kelak.
  Azizul dan Amirul tinggal di apartmen depan apartmen Raisha. Mereka harus sentiasa peka. Mereka harus sentiasa mengawasi Raisha. GPS telefon Raisha sentiasa aktif agar Amirul dan Azizul mudah mengesan keberadaannya jika mereka jauh darinya.
  Pada pagi itu, Raisha pergi ke kampus bersama Amirul dan Azizul. Semasa Raisha berjalan ke kelas, seseorang terlanggar dirinya. Buku orang itu bertaburan di atas lantai. Raisha membantu orang itu mengumpul bukunya.
"Sorry." Orang itu meminta maaf berkali-kali.
"It's okay." Raisha beredar.
  Samuel memerhatikan perempuan yang dia langgar tadi berlalu. Dia tertarik dengan perempuan itu. Agak dingin tetapi tetap cantik dan menawan. Hati Samuel terasa terbuka untuk bercinta kembali setelah percintaan pertamanya dahulu gagal. Dia berasa hairan kerana dua orang lelaki berpakaian serba hitam asyik mengekori Raisha ke mana saja.
  Selepas habis kuliah pada hari itu, Raisha pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli keperluan dapur. Amirul dan Azizul membantu Raisha membawa barang yang Raisha beli tadi. Selama mereka sudah berada di Eropah, Raisha tidak pernah makan di luar. Dia lebih suka masak sendiri. Raisha memasak untuk mereka bertiga. Setelah selesai memasak, Raisha akan menghantar makanan kepada Amirul dan Azizul.
  Samuel berusaha mendekati Raisha tetapi Raisha tidak melayannya. Raisha bukannya tiada hati untuk bercinta tetapi buat masa ini, dia mahu fokus dengan pelajarannya dulu. Samuel pun meminta untuk berteman dengan Raisha dan akhirnya Raisha mahu. Raisha mempunyai ramai kawan di kampus. Awalnya, ramai yang takut berteman dengan Raisha kerana takut dengan bodyguard Raisha. Setiap yang mahu berteman dengan Raisha mesti meminta kebenaran Amirul dan Azizul dahulu. Mereka menyelidiki latar belakang orang yang mahu berteman dengan Raisha sebelum menjadi teman Raisha. Raisha tidak suka cara bodyguardnya itu tapi apakan daya. Itu arahan ayahnya juga. Datuk Rizman tidak mahu anaknya berteman dengan sembarangan orang. Bukannya dia mementingkan harta dan darjat tetapi dia mahu teman anaknya seorang yang berakhlak, bersahsiah tinggi dan mempunyai latar belakang keluarga yang baik.
  Pada petang itu, Samuel mengajak Raisha makan malam bersama. Samuel ialah pensyarah Raisha dalam bidang fesyen. Ramai mahasiswi berasa iri terhadap keakraban mereka. Ramai perempuan pernah meluahkan perasaan terhadap Samuel tetapi ditolak mentah-mentah oleh Samuel. Sekarang? Samuel sendiri berusaha mendekati Raisha. Raisha menjadi tumpuan lelaki-lelaki di kampus. Bukan sahaja kerana parasnya yang cantik dan menawan tetapi juga kerana sikapnya yang baik hati. Bagi orang yang belum mengenali Raisha, ramai menyangka Raisha bersifat dingin dan sombong. Samuel awalnya juga berfikiran begitu. Raisha menolak untuk makan malam dengan Samuel. Ayahnya sudah berpesan agar tidak keluar dengan mana-mana lelaki kerana ayahnya sangat mementingkan keselamatannya. Yang disangka baik tidak semestinya baik.
Lima tahun berlalu...
  Raisha pulang ke tanah air. Samuel sedih. Namun, apakan daya dirinya hanya dianggap sebagai sahabat oleh Raisha. Mungkinkah sudah ada yang terlebih dahulu menduduki takhta di hati Raisha atau Raisha menunggu seseorang? Samuel rela jika bukan jodohnya dengan Raisha. Setibanya di rumah, Raisha dikejutkan dengan khabar dari ayahnya.
"Sha, esok Tan Sri Faruk dan Puan Sri Mirza datang, nak merisik kamu untuk anak mereka." Datuk Rizman memberitahu Raisha yang sedang berehat di atas sofa ruang tamu.
"What?! Dad, Sha baru je balik dari Europe. Sha tak nak." Raisha tidak terfikir untuk menikah sebelum dia mendapat pekerjaan tetap.
"So, what's the problem? You're 23. Dah patut kahwin. Daddy tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Esok, kamu mesti ada kat rumah. Tak boleh pergi mana-mana." Datuk Rizman berkata tegas.
  Raisha tidak dapat berkata apa-apa lagi. Dia ingatkan ayahnya akan mengatur hidupnya setakat dia tamat pengajian. Rupanya tidak. Ayahnya sekarang mengatur-atur pernikahannya pula. Biarlah dia cari calon suami sendiri, tak boleh ke?
  Keesokan pagi, Raisha mengurungkan diri di kamar. Dia tidak bersarapan. Dia marah kepada ayahnya. Jika sebelum ini ayahnya suka mengatur-atur dirinya, dia rela. Kalau soal pernikahan, dia tidak sanggup. Itu menyangkut soal masa depan dan kebahagiaannya. Tambahan pula dia merasa bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seseorang.
"Sayang, buka pintu ni, nak. Puan Sri nak masuk." Datin Zara mengetuk pintu kamar Raisha.
  Raisha membuka pintu kamarnya. Selepas menyarungkan cincin risik ke jari manis Raisha, Puan Sri Mirza dan yang lain bergambar bersama Raisha. Puan Sri Mirza sangat berkenan dengan Raisha. Keluarga Tan Sri Faruk dan Datuk Rizman sudah berteman lama, sebelum Raisha dan anak Tan Sri Faruk dengan Puan Sri Mirza lahir. Anak Tan Sri Faruk dan Puan Sri Mirza, Syazwan Razif ialah seorang pereka fesyen terkenal dengan jenama pakaian rekaannya, SR Fashion.
  Kini, Raisha telah menjadi tunang Syazwan. Berita itu akhirnya sampai ke telinga Danish jua. Semenjak Raisha sudah bertunang dengan Syazwan, Raisha bekerja di butik Shazwan, SR Boutique. Itu atas arahan Datuk Rizman dengan alasan agar Syazwan dan Raisha dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat. Raisha menurut sahaja. Nak membantah, nanti dia pula dimarahi oleh ayahnya. Dia pasrah dengan kehidupannya. Biarlah ayahnya membuat semua keputusan untuknya. Dia tiada hak untuk bersuara dan menentukan keputusannya sendiri.
  Suatu pagi, Raisha terlewat datang ke butik. Dia terlewat bangun pagi tadi. Setibanya di butik, Syazwan memarahi Raisha.
"Kau tahu tak sekarang pukul berapa?! Kau ingat butik ni kau punya ke, hah?!!" Syazwan menengking Raisha.
"I'm sorry." Raisha menundukkan kepalanya.
  Sejujurnya Raisha tidak yakin Syazwan pilihan terbaik untuk menjadi suaminya kelak. Selama bekerja bersama Syazwan, Raisha berasa tertekan. Syazwan suka marah-marah dan menengkingnya. Raisha hanya mampu bersabar.
"Raisha!! Bungkus semua baju tempahan pelanggan!! Lepas tu, kau pasangkan pakaian terbaru pada patung." Syazwan mengarahkan.
  Raisha nenurut sahaja. Tanpa mereka sedari, ada mata yang memerhati. Dia mengepal penumbuknya, marah melihat wanita yang dicintai diperlakukan sebegitu. Semasa Raisha sedang mengunci pintu butik, Danish datang. Syazwan menunggu Raisha di tempat parkir hadapan restoran. Syazwan terpaksa menjemput dan menghantar Raisha pulang atas arahan ayahnya. Syazwan ternampak seorang lelaki berbual dengan Raisha. Dia bertambah marah.
"Sha, betul ke kau dah bertunang? Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tunggu kau dah 7 tahun tau." Danish berkata sambil memandang wajah yang sangat dia rindui di hadapannya.
"Ya, aku dah bertunang. I'm sorry, Rid. Aku pun tak sangka sebab aku baru balik dari Europe dan daddy terus beritahu aku esok hari ada orang datang merisik." Raisha menceritakan semua kepada Danish.
"Sha, kau tahu aku cintakan kau kan? Kenapa kau terima?" Danish memegang lengan Raisha.
"Rid, kau tahu keadaan aku selama ni. I can't say no. Aku bahkan tak boleh buat keputusan sendiri. Semua daddy aku yang putuskan." Raisha mengeluh.
"Kau tak cintakan aku ke?" Danish menatap ke dalam mata Raisha.
"Hoi, cepatlah!!" Syazwan berteriak dari kereta.
"Rid, I have to go now." Raisha beredar.
  Dalam perjalanan pulang, Raisha berdiam diri. Dia tahu Syazwan marah. Telinga Syazwan sudah merah menahan marah. Jelas kelihatan sebab kulit Syazwan sangat cerah. Raisha tak kalah cerah juga kulitnya.
"Lain kali, kalau aku nampak kau dengan mana-mana lelaki selain keluarga kita, siap! Aku akan buat kau menyesal." Syazwan berkata tegas.
"Kalau dia dengan perempuan lain, orang tak marah pun." Raisha menggumam sendiri.
  Suatu hari, Syazwan dan Raisha serta beberapa pekerja butik lewat balik kerana ada banyak kerja. Syazwan sudah memberitahu ayah Raisha bahawa mereka akan bermalam di butik bersama pekerja-pekerja lain kerana banyak kerja yang harus disiapkan. Pada pukul 11 malam itu, Danish datang menemui Raisha.
"Sha, kau kahwin dengan aku ek?" Danish memegang lengan Raisha.
"Rid, aku dah bertunang dan aku akan berkahwin tak lama lagi. Kau carilah perempuan lain." Raisha tidak mahu Danish mengejar cintanya sedangkan dia sudah menjadi tunangan orang dan tak lama lagi akan menjadi isteri orang.
"Kau buat apa kat sini?! Pergi balik!! Tak payah nak menggatal dengan tunang orang." Syazwan menarik tangan Raisha masuk ke dalam butik.
"Aku dah cakap jangan jumpa lelaki tu lagi! Kenapa kau degil, hah?!!" Syazwan menengking Raisha.
"Bos, kami balik dulu." Pekerja-pekerja butik meminta diri kerana risau melihat bos mereka seperti singa yang bersedia untuk membaham orang.
"Kami cuma kawan, tak lebih. Aku sedar aku ni tunang orang." Raisha berusaha melepaskan tangannya dari cengkaman tangan Syazwan.
"Aku tak percayakan kau!!" Syazwan menarik Raisha sehingga ke kamar rehatnya lalu menolak Raisha ke atas katil bujang di dalam bilik itu.
"Kau nak buat apa ni? Kau jangan macam-macam, Wan." Raisha bergerak menjauh dari Syazwan yang sudah seperti orang kena rasuk.
"Aku akan buat sesuatu yang akan membuat tiada siapa pun lelaki di dunia nak kat kau lagi." Syazwan menindih badan Raisha.
  Seperti orang gila dan dirasuk, Syazwan meragut kesucian Raisha. Raisha tidak dapat bersuara atau berteriak kerana tangan Syazwan menekup mulutnya. Raisha hanya mampu menangis. Kehormatan dirinya diragut oleh bakal suaminya. Syazwan tersenyum puas. Dia berbaring di sebelah Raisha yang tanpa seurat benang.
  Keesokan pagi, Raisha bangun lalu membersihkan diri. Badannya terasa sakit-sakit. Syazwan masih tidur. Raisha memakai gaun berlengan panjang paras lutut berwarna hitam. Dia harus menyembunyikan kesedihannya agar tiada yang tahu soal itu. Jika keluarganya tahu, mereka juga tidak akan percaya kerana mereka sangat mempercayai Syazwan. Sungguh Raisha hidup untuk orang lain. Dirinya tiada hak bersuara dan membuat keputusan sendiri. Hidupnya diperkotak-katikkan.
  Seharian itu, Raisha menyendiri. Perasaannya seakan sudah mati dan hidupnya sudah tiada arti. Apa artinya seorang wanita tanpa kesucian sebelum sah menikah? Apa artinya hidup tanpa kebebasan membuat keputusan? Pada malam itu, Syazwan mahu menghantar Raisha pulang tetapi Raisha menolak. Sekali lagi, Syazwan berkasar terhadap Raisha.
"Ingat!! Kalau kau berani macam-macam, aku akan pastikan kau lebih menyesal." Syazwan mengugut Raisha.
"Suka hati kaulah." Suara Raisha mendatar.
  Sebulan selepas itu, Syazwan dan Raisha bernikah dalam sebuah majlis yang sangat gah. Gah seperti apa pun majlis itu, tetap tidak dapat membuat Raisha bahagia. Syazwan pula senyum bahagia di samping Raisha. Dia telah memiliki wanita itu seutuhnya. Dia bangga menikahi Raisha, wanita berjaya, cantik rupawan dan tinggi budi bahasa. Seorang Syazwan Razif berjaya menikahi seorang Raisha Syafira, wanita cantik dan selalu bersikap dingin. Itu suatu yang hebat bagi masyarakat kerana Syazwan berjaya menawan hati seorang gadis dingin.
  Pada malam pertama mereka bergelar suami isteri, Raisha tidur awal. Dia tidak takut melalui malam pertama mereka. Itu bukan kali pertama bagi mereka tetapi sudah yang ke berapa kali. Syazwan selalu mengambil kesempatan ke atas kelemahan Raisha. Raisha mendiamkan sahaja perkara itu. Mengapa dia harus bersuara jika pada akhirnya dirinya jua yang dipersalahkan? Sebenarnya Raisha tertanya-tanya status dirinya. Dia anak kandung atau anak angkat?
"I want you tonight." Syazwan mencium leher jinjang Raisha.
  Raisha merelakan sahaja perlakuan Syazwan ke atasnya. Dia tidak mahu dikasari seperti dulu lagi. Cukuplah dirinya disakiti selama ini. Dirinya terseksa jiwa dan raga. Raisha merasa bahawa hidupnya sudah tidak berarti. Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya dia terperuk di rumah sahaja? Dirinya selalu sahaja dipaksa melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Danish tahu Raisha terseksa selama ini. Raisha ibarat boneka bagi keluarganya. Setelah beberapa minggu, Syazwan dan Raisha tinggal di rumah mereka sendiri. Syazwan bersikap sesukanya terhadap Raisha. Dia melarang Raisha bekerja dan keluar tanpanya. Raisha ibarat burung yang dikurung dalam sangkar.
  Suatu hari, Syazwan pulang bersama seorang wanita. Wanita itu kelihatan cantik dan bergaya. Raisha mengenali wanita itu. Wanita itu ialah Maya, model butik Syazwan. Mereka kelihatan sangat mesra. Maya asyik menggamit lengan Syazwan. Suatu perasaan terdetik di hati Raisha. Adakah dia cemburu? Ya, Raisha cemburu. Raisha tidak pasti sama ada dia mencintai Syazwan atau tidak. Yang pasti, dia sakit hati melihat Syazwan bersama wanita lain. Selepas Syazwan beredar ke kamar, Maya duduk di ruang tamu bersama Raisha.
"Raisha, Syaz and I will get married soon. So, kita akan bermadu." Maya berkata sambil senyum sinis.
  Raisha terpempan. Maksud Maya, poligami? Ya Allah, apa lagi cubaan yang Kau berikan kepadaku kali ini? Sungguh daku sudah tak tahan dengan semua ini. Selepas itu, Raisha diminta menandatangani surat poligami. Raisha terpaksa.
  Seminggu kemudian, Syazwan menikahi Maya dan Maya akan tinggal sebumbung dengan mereka. Raisha berasa tersisih. Syazwan tidak bersikap adil terhadapnya. Tak apa. Raisha sudah biasa disakiti. Maya pula seakan sengaja menunjukkan kemesraannya dengan Syazwan. Raisha sudah seperti orang gaji semenjak Syazwan sudah menikah dengan Maya. Raisha mengerjakan semua kerja rumah dan memasak sampaikan pakaian Maya juga dia yang cuci. Maya bersikap kasar dan kurang sopan terhadap Raisha. Keluarga mereka tidak tahu tentang pernikahan Syazwan dengan Maya.
"Raisha!!!! Buatkan jus oren untuk aku!!" Maya berteriak dari ruang tamu.
  Raisha membawa segelas jus oren untuk Maya. Maya minum sedikit kemudian dia menyemburkan ke muka Raisha.
"Ni jus oren ke?!! Tak ada rasa. Tak fresh!!" Maya menuang jus oren tersebut ke atas kepala Raisha.
  Raisha beredar ke dapur. Selepas itu, dia masuk ke kamarnya. Dia menghamburkan tangisannya di sana. Dia berasa sangat sedih. Dirinya ibarat tidak wujud di rumah itu. Malam itu, Syazwan dan Maya bertengkar kerana Syazwan tidak mahu menemani Maya menghadiri sebuah fashion show. Syazwan tidur di bilik Raisha. Dia melempiaskan nafsu dan kemarahannya ke atas Raisha. Raisha menangis dalam hati. Dia berasa seperti korban nafsu Syazwan.
  Seminggu kemudian, Maya memberitahu Syazwan bahawa dia hamil. Raisha semakin sedih. Syazwan memanjakan Maya sehingga tidak membenarkan Maya melakukan apa-apa kerja dan membeli apa saja yang Maya minta. Raisha mengusap perutnya. Dalam rahimnya ada janin, zuriatnya dengan Syazwan. Raisha hamil dua minggu manakala Maya hamil sebulan. Pelik kan? Raisha sedih kerana di saat dirinya hamil, suaminya sendiri tidak peduli. Dia berhasrat untuk memberitahu Syazwan tempih hari tetapi Maya lebih dulu memberitahu Syazwan dia hamil. Raisha tidak tahu jika Syazwan mahu mengakui anak dalam kandungannya atau tidak.
  Pada suatu pagi, Maya hampir tergelincir di ruang tamu kerana minumannya yabg tertumpah tadi. Dia malah menuduh Raisha sengaja mahu menyakitinya.
"Raisha!! Kau sengaja kan nak buat Maya terjatuh? Kau iri ke sebab dia mengandung? Kau iri ke sebab aku lebih mencintai dia?" Syazwan membentak Raisha.
"Wan, aku tak tahu soal tu. Aku tak mop lantai hari ni." Raisha membela diri.
"Sayang, dia sengaja. Tadi I dah suruh dia lap air I yang tumpah tu tapi dia tak nak. Kasihan baby kita. Macam mana kalau terjadi apa-apa pada baby kita?" Maya buat-buat sedih.
"Maya, kau tak beritahu aku apa-apa pun! Kau sengaja nak fitnah aku kan?" Raisha sudah hilang sabar.
"Raisha!! Stop it! Jangan nak bentak Maya. She ia better than you!!!" Syazwan memarahi Raisha.
"Better? Okey." Raisha beredar ke kamarnya.
  Raisha mengambil beg tangannya dan kunci keretanya. Kemudian, dia memandu ke rumahnya. Rumah itu hadiah dari ayahnya semasa hari jadinya yang ke-17. Di rumah itu juga sudah ada bibik dan terdapat sebuah kereta Toyota Harrier warna merah yang juga hadiah dari ayahnya. Raisha sudah tidak tahan dengan semuanya. Syazwan tidak tahu dia pergi kerana berada di kamar bersama Maya.
  Raisha bekerja di sebuah butik terkenal sebagai pereka fesyen. Rekaannya diterima baik oleh pemilik SE Fashion House, Sharifah Elina. Semasa Raisha sedang dalam perjalanan ke tempat parkir, Maya datang.
"Aku nak kau minta cerai dari Syaz. Aku tak nak tengok muka kau kat rumah tu lagi. Kau pun dengar Syaz cakap, I'm better than you." Maya berkata kasar.
"Better than me? Seberapa bagus kau daripada aku? Kau tahu atau pura-pura tak tahu? Kau kahwin dengan Syazwan baru dua minggu tapi usia kandungan kau dah sebulan. Logik ke? Kau kata kau model antarabangsa. Takkan IQ rendah?" Raisha melawan.
"How dare you?!!" Maya mahu menampar Raisha.
  Raisha mencengkan pergelangan tangan Maya. Dia tidak akan menjadi wanita lemah lagi. Itu demi anaknya.
"Aku tak akan biarkan kau sentuh walau seinci pun kulit aku. Jangan fikir aku lemah lagi." Raisha menggenggam lengan Maya dengan kuat.
  Maya mencuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Raisha.
"Sekali lagi kau cuba nak menyakiti aku, kau akan kehilangan semunya. Ingat tu!!" Raisha masuk ke dalam keretanya.
  Raisha banyak berubah. Dia tidak akan membiarkan sesiapa menyakitinya lagi. Dia akan melawan demi anaknya. Keesokan hari, sebuah berita tersiar di majalah, akhbar dan media sosial. Sebuah tajuk terpampang besar di dada akhbar pada muka surat utama. 'MODEL ANTARABANGSA, MAYA JANE HAMIL SEBULAN LEBIH SEDANGKAN USIA PERNIKAHANNYA DENGAN PEMILIK SR BOUTIQUE, SYAZWAN RAZIF BARU DUA MINGGU LEBIH'. Di media sosial pula, video Maya meminta Raisha bercerai dari Syazwan tersebar luas. Maya dikutuk habis-habisan. Syazwan mulai berfikir kebenaran berita yang tersiar di akhbar dan majalah itu. Adakah anak yang dikandung oleh Maya anaknya?
  Maya tahu siapa yang melakukan semua itu. Dia terus menemui Raisha. Waktu itu, Raisha baru sahaja merasmikan butiknya.
"You yang melakukan semua ni kan?" Maya melemparkan surat khabar dan majalah ke muka Raisha.
"Apa ni? Apa maksud awak? Saya tak tahu apa-apa soal ni. Awak janganlah fitnah saya. Malu saya tau." Raisha pura-pura sedih.
  Mereka sudah menjadi sorotan kamera para wartawan yang hadir semasa pembukaan GLAM Fashion Boutique.
"You tak payah pura-pura. I tahu you yang buat semua ni sebab you nak rebut Syaz dari I." Maya menolak Raisha.
"Everybody, listen!! Saya isteri pertama dan dia isteri kedua. Jadi, perampas adalah dia!" Raisha menuding telunjuknya tepat ke wajah Maya.
"Raisha!! You're too much. You dah rosakkan rumahtangga I dengan Syaz." Maya masih melawan.
"Oh, I'm sorry to hear that. Maya, saya tak tahu apa-apa tentang tu. Saya kan tak tinggal dengan korang. Jadi, automatically saya tak ada hubungan dengan masalah korang. Maya, cukuplah awak malukan saya." Raisha mengelap air matanya.
"Raisha!!! Stoo pretending!! I akan pastikan Syaz ceraikan you!" Maya menolak bahu Raisha.
"Maya, janganlah buat saya macam ni. Awak tak kasihan ke pada saya ni? Saya mengandung anak Syazwan Razif tau. Awak sanggup ke tengok anak saya ni membesar tanpa ayahnya?" Raisha melutut di hadapan Maya sambil mengusap perutnya yang agak bulat.
"Raisha, stop your drama!!" Maya menolak Raisha lalu beredar.
  Selepas semua orang beredar, Raisha masuk ke butiknya. Dia tertawa. Pandai juga aku ni berlakon, hehehe. Raisha pasti Maya akan menjadi gosip hangat. Keluarga Raisha dan Syazwan melihat berita yang tersebar di akhbar dan sosial media. Tiada yang mahu mempekerjakan Maya lagi. Syazwan sangat kecewa terhadap Maya. Dia juga mendapat tahu bahawa anak dalam kandungan Maya bukan anaknya. Maya telah hamil sebelum mereka nikah. Syazwan menceraikan Maya. Maya sangat marah dan kecewa. Dia kembali kepada kekasih yang telah membuatnya hamil, Danish Ridwan. Mereka tidak sengaja pada waktu itu kerana sama-sama dalam keadaan mabuk. Danish mahu bertanggungjawab lalu mereka menikah selepas Maya habis edah. Maya sudah meminta maaf dari Raisha dan Syazwan.
  Syazwan tinggal sendirian selepas bercerai dengan Maya. Bisnes Raisha maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Syazwan nekad untuk menemui Raisha. Dia mahu meminta maaf atas segala kesalahannya selama ini dan dia mahu mereka kembali bersama kerana.........DIA MENCINTAI RAISHA.
"Sha." Syazwan menyapa Raisha yang sedang menyiapkan tempahan pelanggan di ruang kerjanya.
"Ada apa?" Raisha menjawab acuh tak acuh.
"I'm sorry atas semua kesilapan aku selama ni. Aku nak kita kembali bersama. Aku cintakan kau, Sha." Syazwan melutut di hadapan Raisha.
"Wan, bangun." Raisha memegang bahu Syazwan.
"Aku takkan bangun sebelum kau maafkan aku." Syazwan memegang kedua belah tangan Raisha.
"Bangun!!" Raisha merentap tangannya.
"Sha, I'm really sorry. Aku tahu aku salah. Kau hukumlah aku. Aku sanggup. Maafkan aku." Syazwan memeluk lutut Raisha pula.
"Sekarang, kau bangun atau keluar dan jangan datang lagi?" Raisha berkata dengan keras.
"Kau maafkan aku?" Syazwan memegang tangan Raisha.
"Ya. Kalau kau buat lagi, kau takkan jumpa aku selama-lamanya lagi." Raisha tidak mahu pisang berbuah dua kali.
"Thanks Sha." Syazwan memeluk Raisha lalu mencium dahi Raisha, lama.
  Hubungan Syazwan dengan Raisha membaik tetapi sesuatu berlaku. Datuk Rizman menghalang mereka berhubungan dan meminta Syazwan menceraikan Raisha. Dia sangat marah dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa Syazwan menyakiti anak tunggalnya. Dia menyesal kerana memaksa Raisha berkahwin dengan Syazwan dahulu. Dia juga menyesal kerana terlalu mengongkong kehidupan anaknya itu. Datuk Rizman menjemput Raisha pulang ke rumah. Datin Zara terpaksa akur kerana Datuk Rizman sangat degil. Apa yang dia kata, itulah yang dia buat.
"Raisha!! Ikut daddy balik sekarang!!" Datuk Rizman menarik tangan Raisha yang sedang berehat di ruang tamu rumahnya dengan Syazwan.
"Ada apa ni, daddy?" Raisha berasa pelik kerana ayahnya tiba-tiba datang.
"Daddy tak nak kamu berhubungan dengan Syaz lagi. Cukuplah dia menyakiti kamu selama setengah tahun ni. Daddy menyesal dah jodohkan kamu dengan dia." Datuk Rizman mencengkam kuat tangan anaknya itu.
"Daddy, hubungan kami baik-baik je. Daddy kenapa ni?" Raisha menggoncang tangan ayahnya.
"Daddy tak nak kamu disakiti lagi. Daddy dah tahu semuanya. Soal Syaz nikah lagi dan soal betina tu hina kamu. Martabat anak daddy tak serendah tu. Daddy sayang kamu. Daddy tak nak kamu nangis lagi. Daddy menyesal paksa kamu selama ni dan tak bagi kamu buat keputusan sendiri. Lepas ni, daddy beri kamu kebebasan buat apa je yang kamu suka. Daddy takkan halang. Kamu balik dengan daddy. Syazwan, ceraikan Sha." Datuk Rizman terus menarik Raisha ke kereta.
"Daddy, Sha tak nak. Sha tak nak. Sha nak kat sini dengan Wan." Raisha tidak mahu berpisah dengan Syazwan.
"Jangan degil!! Ikut daddy balik. Kamu layak untuk lelaki yang lebih baik." Datuk Rizman memaksa Raisha masuk ke dalam kereta.
"Dad, I love Wan." Raisha menangis.
"Sha, you deserved better man and life." Datuk Rizman memeluk bahu Raisha.
"Dad, I want Wan, not other man. Sha cinta dan sayangkan Wan. Daddy janganlah buat Sha macam ni." Raisha menangis dalam pelukan ayahnya.
  Sudah seminggu Raisha dipisahkan dari Syazwan. Dia sangat merindui Syazwan. Kandungannya sudah berusia 4 bulan. Ke mana saja Raisha pergi pasti Amirul dan Azizul ikut. Jika Raisha ke butik pula, Datuk Rizman menghantar dan menjemputnya. Datuk Rizman mengarahkan Amirul dan Azizul menghalang Syazwan berjumpa dengan Raisha. Syazwan masuk dari pintu belakang butik. Amirul dan Azizul tidak tahu ada pintu belakang di GLAM Fashion Boutique.
"Wan!" Raisha terus memeluk Syazwan apabila Syazwan masuk ke dalam ruang kerjanya.
"Shhh. Jangan bising. Nanti bodyguard tu dengar." Syazwan menekup mulut Raisha dan Raisha mengangguk.
"I miss you." Syazwan mencium dahi dan kemudiannya ubun-ubun Raisha.
"Awak buat apa kat sini? Nanti bodyguards tu tahu camne?" Raisha takut kepada ayahnya.
"Dont worry. Saya datang cuma nak beri awak mangga muda dan oren ni. Mummy kata semalam awak minta mangga muda dan buah oren. Jadi, hari ni saya bawakan untuk awak." Syazwan meletakkan bekas makanan berisi mangga muda dan buah oren di atas meja Raisha.
"Syazwan!! Kamu buat apa kat sini?! Saya dah cakap jangan jumpa Raisha lagi!!" Datuk Rizman tiba-tiba muncul.
"Sorry, daddy. Syaz rindu Raisha. Dad, please jangan buat kami macam ni. Syaz sanggup melakukan apa saja asalkan daddy tak pisahkan kami." Syazwan merayu.
"Saya tak nak anak saya satu-satunya disakiti lagi! Cukuplah apa yang dah kamu lakukan terhadap Raisha selama ini. Sekarang kamu keluar!!! Balik!!!" Datuk Rizman mengusir Syazwan.
"Daddy, maafkan Syaz. Syaz sayangkan Sha." Syazwan merayu lagi sambil memegang tangan Datuk Rizman.
  Datuk Rizman bertindak menumbuk perut Syazwan.
"Daddy, stop!!" Raisha memeluk Syazwan.
  Raisha terkena tumbukan ayahnya. Raisha menjerit kesakitan. Darah mengalir dari celah kelangkang Raisha. Raisha memegang perutnya yang sangat sakit. Syazwan segera mendukung Raisha ke keretanya. Dia memandu laju ke hospital. Raisha terus diusung ke bilik kecemasan. Seorang doktor keluar.
"Kami terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatan nyawa salah seorang daripada mereka. Jadi, encik nak kami selamatkan ibu atau anaknya?" Doktor Hana bertanya kepada Syazwan.
"Selamatkan isteri saya, doktor." Syazwan terpaksa membuat pilihan yang sulit sekali.
  Keesokan hari semasa Raisha sedarkan diri, dia melihat Syazwan yang tidur berbantalkan lengan di tepi katilnya. Raisha memegang perutnya yang sudah kempis.
"Wan, apa terjadi pada anak kita? Dia selamat kan?" Raisha menggoncang lengan Syazwan.
"Sha, sayang dah lama ke bangun? Sorry saya tertidur tadi." Syazwan sejujurnya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Raisha bahawa anak mereka dah tiada.
  Kandungan Raisha tidak dapat diselamatkan kerana cedera teruk akibat tumbukan Datuk Rizman tadi. Raisha tidak menyalahkan ayahnya kerana dia sangat memahami emosi ayahnya jika sedang marah. Jika terjadi apa-apa pada anak mereka? Adakah dia masih mampu memaafkan ayahnya?
"Wan, anak kita baik-baik saja kan? Dia sihat kan? Wan, answer me!!" Raisha menggoncang-goncang lengan Syazwan.
"Errr..errrr....dia....dia..." Syazwan tergagap-gagap.
"Wan!!! Anak kita baik-baik saja kan? Dia sihat kan? Saya nak jumpa dia sekarang!! Saya nak tengok anak kita." Raisha turun dari katil.
"Sha, anak kita dah tiada. Saya pilih untuk selamatkan awak semasa doktor tanya, saya nak awak atau anak kita selamat." Syazwan dengan berat hati memberitahu Raisha.
"Impossible!! Anak kita pasti masih baik-baik je. Saya nak jumpa dia. Dia pasti sihat." Raisha menangis.
"Sha, baby kita dah tiada." Syazwan memegang kedua belah pipi Raisha.
"No. Baby kita pasti masih hidup. Saya yakin dia baik-baik je. Saya nak jumpa dia sekarang." Raisha turun dari katil wad.
"Sha, listen! Anak kita dah tiada!! Dia sah tiada!" Syazwan memegang kedua belah bahu Raisha.
"Tak mungkin! Tak mungkin!!" Raisha berteriak sambil menangis.
  Syazwan memeluk Raisha dan mengusap belakang isterinya itu.
"Shhhh. Dah, sabar. Ini dugaan untuk kita. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni." Syazwan menenangkan Raisha.
"I can't believe this, Wan. Saya jaga dia dengan baik selama 6 bulan ni dan tiba-tiba dia pergi. Wan, pasti baby kita masih hidup kan? Dia pasti baik-baik saja." Raisha tidak percaya anak yang dia kandungkan selama 6 bulan telah tiada.
"Sha, calm down. Baby kita dah tiada and you have accept it."
  Bohong jika Syazwan kuat menghadapi kehilangan anaknya. Namun, dia mesti kuat di hadapan Raisha. Jika dia lemah, Raisha pasti lebih lemah.
  Selepas Raisha pulang dari hospital, dia kelihatan murung. Butiknya sudah lama tidak diurus. Syazwan menguruskan tempahan pelanggan yang sudah siap. Nasib baik semua tempahan pelanggan sudah siap. Kemudian, Syazwan menampalkan notis penutupan sementara waktu GLAM Fashion Boutique.
  Raisha mengurungkan diri di dalam kamar. Dia masih bersedih atas kematian bayinya. Dia sudah dua hari tidak makan. Syazwan sangat risau akan kesihatan isterinya. Berat badan Raisha menyusut dengan banyak. Datuk Rizman sangat menyesal atas apa yang sudah dia lakukan. Dia penyebab kematian cucunya. Dia penyebab Raisha bersedih. Jika apa-apa terjadi pada anaknya, dia tidak akan pernah memaafkan dirinya.
"Sayang." Datuk Rizman duduk sebelah Raisha.
  Raisha duduk di birai katil sambil menatap gambar scan bayi dalam kandungannya. Bayi yang Raisha kandungkan ialah lelaki. Air matanya mengalir deras menuruni pipinya.
"Daddy, kenapa baby tinggalkan Sha?" Raisha melentokkan kepala ke bahu ayahnya.
"Maafkan daddy, sayang.  Ni semua salah daddy. Kalau daddy tak pisahkan kamu dari Syaz, pasti semua ni tak berlaku." Datuk Rizman mengusap belakang anaknya.
"Dahlah, dad. Kita kenang pun takda guna. Baby dah pergi jugak." Raisha mengelap air matanya.
  Setelah seminggu, Raisha akhirnya pulih semangatnya. Syazwan berasa lega. Walaupun begitu, Raisha masih tiada selera makan. Dia makan sedikit sahaja. Syazwan khuatir kerana berat badan Raisha banyak menyusut. Raisha kelihatan sangat kurus. Datin Zara sudah banyak kali memujuk Raisha makan tetapi Raisha hanya makan sedikit sahaja. Raisha masih meratapi kematian anaknya.

Setahun berlalu...
  Raisha kini hamil lagi. Dia sudah dapat menerima kenyataan bahawa anaknya sudah tiada. Kali ini, dia dia disahkan hamil kembar tiga. Ketiga-tiganya lelaki. Raisha memanjatkan sebesar-besarnya rasa syukur kepada Ilahj atas anugerah yang tidak terkata itu. Datuk Rizman juga mengadakan sebuah majlis kesyukuran. Dia kehilangan seorang anaknya dan kini dia hamil lagi dan diganti tiga. Raisha sangat bersyukur. Dia akan tetap mengingati anak pertamanya yang sudah pergi selamanya meninggalkannya. Syazwan berjanji akan mencintai Raisha dan anak-anaknya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Dia akan melakukan apa saja demi keluarganya walaupun nyawanya harus menjadi taruhannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience