Rate

Aku & Dinihari

Poetry Completed 573

Pertama.

Dada langit ditatap rapi,
Mencari gambaran dirimu yang masih membisu,
Tatkala ini masih menanti ,
Salam mesra dari bibirmu.

Kedua

Bintang dilangit seperti memerli,
Enak sahaja mereka berteman,
Aku pula disini masih sendiri,
Cuma ada aku dan angan-angan.

Ketiga

Aku disini lagi melihat sang bulan,
Dia sama sahaja seperti aku,
Sendiri tanpa teman.

Keempat

Mata yang lelah aku pejamkan,
Membawa diri ke alam mimpi,
Namun aku pasti,
Bulan itu kan aku temui esoknya nanti.

Kelima

Yang masih lagi jauh beribu batu,
Namun detik hati bagaikan sudah bersatu,
Aku disini masih lagi menunggu,
Doakan ianya cepat berlaku.

Keenam

Anganku itu ku bawa pergi,
Meninggalkan bulan itu sendiri,
Harap kau masih ada disini lagi,
Menemankan aku yang masih menanti.

Ketujuh

Dinihari dan juga aku,
Episod yang sentiasa berulang,
Dibalik gelap malam itu aku titipkan sesuatu,
Hanya untukmu seorang.

The end ( Aku & Dinihari)
Syafiz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience