AG : 1

Romance Series 1658

"Argan, lama lagi ke?" Soal seorang lelaki yang duduk di sebelah kiri Argan.

Dia mengeluh dan penat dengan tabiat seorang Argan yang suka merenung gambar seorang wanita cantik dan berkulit kuning langsat. Lelaki itu pelik, kenapa tak saja Argan pergi melamar wanita dalam gambar itu?

"Hmm, perempuan ni cantik lah Vian. Aku tergoda dengan kecantikkan dan betapa ayunya perangai dia ni." Balas Argan sambil tersenyum seperti kera nangka

Vian menggeleng kepala malas mahu melayan si Argan. "Kau makan terus je la gambar tu. Aku suruh makan nasi kau tak nak kan, ha makan kertas tu mana la tahu tiba-tiba esok kau terserempak dengan perempuan tu." Ujar Vian dengan sarkastik

"Kau ni sikit-sikit nak marah, patut la single dari dalam perut!" Argan ketawa sesudah mendengar ayatnya sendiri

Vian hanya menjeling tajam lalu dia beredar dari siru. Panas juga telinga dengar sindiran si Argan ni.

Argan kembali menatap gambar wanita di dalam gambar itu sehingga dia berpuas hati. Tidak lama kemudian Vian datang membawa sebaldi air kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience