Rate

PROLOG

Drama Series 652070

PANG!!!!

ZAID
"Aku ceraikan kau dengan talak tiga!! Keluar kau dari rumah aku!!" gema pekikan malam itu dari sebuah rumah teres yang terletak di hujung kawasan yang agak sunyi. 

Esakan semakin kuat menahan perit di pipi akibat ditampar. Wanita itu melangkah keluar dari rumah tersebut setelah dihalau lelaki yang mengikat cintanya hampir 4 tahun. Dirinya baru bergelar isteri tidak sampai setahun, sudah pun di talak tiga oleh suami yang begitu baran.

Dalam gelap malam itu, Tihani berjalan mencari bantuan. Sehelai sepinggang dia dihalau dari rumah itu. Tidak tahu ke mana arah harus dia tuju.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya secara mengejut. Langkah Tihani terhenti di situ. 

Lelaki dengan wajah yang bengis itu keluar dari kereta lantas menarik tangan Tihani. Di sumbatnya wanita itu ke tempat duduk hadapan.

Tihani tidak henti-henti menangis. Wajah bengis itu tidak berani di pandang. Dia sudah penat melayan nafsu lelaki itu setiap malam. Tubuhnya dijadikan tempat pemuas nafsu setiap kali lelaki itu pulang dari club malam.

Kereta dipandu laju. Diberhentikan di hadapan rumah secara mengejut.

ZAID
"Masuk!!" jerkah lelaki itu dengan wajah yang menyinga. 

Terketar-ketar tangan Tihani membuka pintu kereta. Lelaki itu turut keluar dari kereta dan mengheret tubuh kecil itu masuk ke dalam rumah. Dicengkam rambut Tihani dan amaran diberi.

ZAID
"Duduk dalam rumah. Jangan keluar tanpa kebenaran aku!! Faham!!" rambut wanita itu dilepas kasar. Zaid terus berjalan menuju ke kereta dan memandu entah ke mana.

Malam itu adalah malam bersejarah buat Tihani. Di cerai suami dengan talak 3.

~~~~~~~~~~

TALAQ BAIN KUBRA : iaitu talaq yang dijatuhkan suami ke atas isterinya yang tidak boleh lagi dirujuk kembali kecuali selepas bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain termasuk bersetubuh dengan cara yang benar dan kemudian bercerai.

sumber

Al-Baqarah ayat 230 Terjemahan: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

Share this novel

Anna Ariana
2021-01-17 16:12:29 

ape tajuk.gantung 2 cari xde pon lg


NovelPlus Premium

The best ads free experience