Tengahari
Seperti yang diberitahu oleh Akib. Datanglah seorang perempuan di usia 40 an ke rumah Kami. Itulah yang akan dijadikan bibik untuk bantu Aku urus rumah sebesar alam ini. Namanya Kak Fifi. Asal dari Indonesia tapi sudah berada di Malaysia sudah hampir 10 tahun.
Aku sebagai perempuan rasa seru juga ada peneman di rumah.Tiadalah sunyi sangat bila sorang2....Aku mempelawanya masuk dan menunjuk selok belok rumah ini. Dan berikan dia satu bilik tidur yang sudah lengkap dengan perabut di tingkat bawah.
Dalam masa yang sama. Aku kagum dengan sikap Akib sebab sudah sediakan yang terbaik di rumah ini. Selepas itu Aku membiarkan dulu Kak Fifi untuk berehat kerana berasa Masih awal untuk dia mulakan tugas mengemas.
.................
Petang selepas pukul 5.30
Akib keluar dari ruangan kerja bila sudah melihat hanya dirinya sahaja di ofis ini.Dan mengatur langkah untuk keluar ke parking kereta untuk menuju pulang.
Tapi sampai di kereta,dirinya di tegur seseorang yang sangat dikenalinya. Iaitu angah abangnya yang kedua.
Akib pandang geram ke arah suara itu ..
Lelaki itu menghampiri Akib.....Akib..... tolong dengar apa yang angah nak cakap.....
Apa lagi ...?
Tanya Akib hampir hilang sabar setelah apa yang angahnya buat pada mama.
Aku ada sebab kenapa Aku taknak kahwin dengan perempuan tu....Ucap angah iaitu Amin Shaqir.
Sebab apa...Haaa ...Kau tahu Tak yang kau dah hampir malukan keluarga kita ngah.....Ucap Akib dengan nada yang sedikit tinggi.
Kau jangan salah anggap. Jujur Aku cakap yang Aku takde perasaan cinta pada dia. Dan ini melibatkan umur Aku yang takkan sesuai dengan umur dia berbanding engkau. Kalau ikut Aku tak sekufu ...
Kepala hotak kau ngah...umur bukan penghalang untuk bersatu...Tapi Aku perlu Ucap tq kat kau sebab sekurangnya2 aku dah dapat seorang isteri express ....
Akib ....Aku tahu kau dengan dia sepadan. Dan kalau kau nak tahu Aku dah kahwin dengan seseorang....Dan ini sebab aku nak jumpa kau ....
Tercengang Akib bila dengar kata2 abangnya itu....Haaa...kahwin....
Dah terjawab kenapa angahnya tidak mahu menghawini Qie..... Harap korang puas hati sebab chapter ni yang ditunggu2 kan.... huhuhu See you next chapter guys....u_n
Share this novel