BAB 6

Drama Completed 3141

Rayqal yang monyok dihampiri oleh Cikgu Ira. Guru muda itu duduk di tepi Rayqal. Air muka anak kecil itu yang keruh menarik simpatinya.

“Rayqal, kenapa ni? Sedih je cikgu tengok.”

Rayqal geleng-geleng kepala. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Mamanya masih belum juga muncul walaupun taska itu sudah sepi.Kawan-kawannya sudah lama dijemput pulang oleh ibu bapa masing-masing.

Hanya dia yang masih setia menjadi penunggu di situ. Pun dia sanggup kerana Mama Hadijah mengatakan bahawa mamanya akan menjemputnya hari ini.

“Rayqal janganlah risau. Cikgu dah telefon mama Rayqal tadi.Kejap lagi, mesti mama datang.Sabar, ya?”

Rayqal tetap membisu. Mulut kecilnya seakan-akan terkunci.

Daisy melangkah pantas mendapatkan Rayqal yang terus berdiri apabila melihatnya. Wajah anak itu jelas nampak teruja. Cikgu Ira turut tersenyum melihat perubahan riak wajah Rayqal.

Cikgu, maaf. Saya lambat. Ada hal sikit tadi.

Cikgu Ira senyum sahaja melihat kekalutan mama Rayqal.

Tak apa. Saya faham.

Rayqal pantas masuk ke dalam kereta Proton Bezza milik mamanya itu. Cikgu Ira yang masih memerhati, dilambai-lambai.

Hatinya sungguh gembira dapat pulang bersama-sama dengan mamanya pada hari ini.

“Mama, terima kasih sebab ambil Rayqal hari ni. Rayqal dah lama nak naik kereta dengan mama.”

Daisy membalas kata-kata Rayqal dengan ‘hmm’ sahaja. Malas dia mahu melayan bicara Rayqal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience