Fina merupakan seorang remaja berumur 16 tahun, namun kematangan dari segi mentaliti serta fizikaliti amat mengalahkan orang dewasa. Dia juga seorang yang pekerja keras untuk mencapai sesuatu dalam hidup.Hobi tercinta baginya adalah dengan membaca novel berbanding buku teks sekolah.Ada suatu ketika apabila kawannya yang bernama Siti menerpa dari belakang, Fina yang sedang tekun membaca itu menjadi naik berang apabila diganggu namun dia merupakan heroin yang amat pentingkan perasaan sekeliling berbanding dirinya.
Emaknya yang bernama Puan Sarimah itu juga selalu mengingatkan anak perempuannya agar tidak leka untuk menyiapkan kerja rumah serta perkara asas dilakukan oleh setiap pelajar kerana emaknya pernah memberitahu Fina bahawa 'Hidup kita ini serba kekurangan dan dengan pendidikan akan mengubah nasib seseorang'. Fina mengangguk sekadar syarat memahami apa yang disampaikan oleh emaknya. Pada malam hari Ahad, Fina menyusun jadual waktu untuk hari Esok dari kertas yang ditampal di tepi meja belajar, dalam beberapa saat kemudian .."Eh,di mana hilangnya buku yang aku cari!".Kata Fina dengan riak wajahnya yang amat cemas kerana dia dapat membayangkan muka cikgunya yang bengis selepas mengetahui bahawa anak muridnya tertinggal buku bagi subjek itu. Fina tercari-cari bukunya jika ada tersorok di bawah katil, di dalam almari serta di biliknya. Bagai mencurah air di daun keladi ..Selepas penat mencari, buku yang dicarinya masih tidak dijumpai..
dia memutuskan untuk bertanya kepada emaknya jikalau dia mengetahui di mana terletaknya buku itu. "kamu ini..cuai lagi" balas emaknya.
Fina pada malam itu memutuskan untuk tidur awal kerana dia amat letih dan mengantuk.
Share this novel