Rate

SESAT

Horror & Thriller Series 139

"Huh... Huh... Jangan... Jangan ganggu aku lagi! Pergi! Pergi! Kau dari sini ! "
     Itu sahaja lah yang dapat diluahkan oleh Benjamin apabila mendengar hilai tawa seseorang yang dia sendiri tidak kenali .  Apatah lagi ketika ini dia sedang terperangkap dalam di hutan. Dia sendiri menyesali perbuatan dirinya yang terburu-buru membuat keputusan untuk mengikuti rakan-rakanya berkhemah di hutan. Lihatlah sendiri, kini dia sudah tersesat. Benjamin, merehatkan diri di sebuah pohon yang sebesar tiga pemeluk lelaki. Dia melepaskan lelahnya di situ,setelah seharian berjalan pulang. Rasa hendak tercabut sendi-sendi kakinya, masakan tidak dari pagi hingga petang dia hanya berjalan . Mujurlah bekalan makanan dan ubatan di dalam begnya,masih ada untuk dia gunakan.

     Beberapa ketika, Benjamin mendengar seseorang memberi salam kepadanya. Dia yang baru sahaja ingin terlelap terpaksa berjaga semula dek kerana lenanya diganggu.

      "Waalaikumussalam, pak cik ini siapa?" Benjamin menjawab salam lelaki tua itu dengan tertib sekali kerana tidak mahu dilabelkan kurang ajar. Tapi, di dalam hatinya masih lagi bingung bagaimanakah, lelaki tersebut boleh berada di dalam hutan? Pakaianya juga, agak pelik , yela manada orang pakai serban dan jubah masuk hutan kan? Takpela layan jela mungkin pak cik tu pun tersesat macam aku jugak kot?

"Anak ni, tersesat di dalam hutan bukan? Janganlah risau,dengan izin Allah kamu akan selamat berada di bawah jagaaNya. Pergilah dari hutan ini, bahaya sekiranya kamu berlama di dalam ini. Ambil tasbih ini, berjalan lah ke arah matahari terbenam. inshAllah jalan keluar yang kamu Cari akan kamu temui. Tetapi, ingin aku pesan padamu wahai anak muda, sekiranya dalam perjalanan nanti, kamu temui apa-apa yang berkenan di hati, janganlah sebarangan mengambil barang-barang tersebut dan jangan engkau berani menyakiti makhluk yang Ada di hutan ini. Tasbih ini aku hadiahkan pada engkau wahai anak muda, bergantung haraplah hanya pada Allah S.W.T. yang Maha Esa sahaja. "
     Aku mengambil tasbih tersebut, tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih, sepantas kilat kelibat lelaki tua itu sudah hilang dari pandangan mataku.

     "Baru aku tahu hutan ini dihuni oleh makhluk dari dimensi yang berbeza daripada aku juga". Desis hatiku.

        Benjamin segera melaksanakan arahan lelaki tua itu. Dalam perjalanan, dia terlihat seorang bayi kecil yang cuba di patuk ular. Dek kerana terlalu mengasihi anak kecil itu, dia terus sahaja mencapai golok dari ikatan pinggangnya dan membunuh ular tersebut. Dia mencari-cari ibu bayi tersebut.

   "Masakan bayi ini dibuang di dalam hutan? Ah! Tak mungkinlah, lihat saja bayi ini, terurus rapi sahaja dan wangi tidak seperti dibuang orang. " Rungut Benjamin di dalam hati.

     Benjamin hanya meninggalkan bayi tersebut di dalam hutan Dan meneruskan perjalananya. Dia berharap tidak ada perkara yang buruk menimpa bayi tersebut. Bukan Tak mahu membawa bayi itu keluar, tetapi nanti, mungkin ibu bayi tersebut tercari-cari bayinya. Bahkan, lelaki tua tadi berpesan agar aku tidak mengambil apa-apa sebarangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience