Cast:
Oh Se Hun As Sehun
Minatozaki Sana As Sana
*****************************************
"Sana.. Ppalliwa!! "
Sudah.. Suara vokal tinggi milik Ji Hyo sudah dilontarkan memanggil nama aku. Aku yakin yang muka dia dah macam singa lapar. Dengan pantas, aku memasang kasut converse pink ku dan aku menilik seketika penampilan ku di cermin panjang. Simple but nice.
"Tceh.. Tak reti sabar ke Park Ji Soo-shi? "Tegurku setelah berada di depannya. Sahabat baik merangkap housemate ku yang memiliki nama Park Ji Soo tapi lebih mesra dipanggil Ji Hyo itu merenung ku tajam.
"Nae.. Aku memang tak reti sabar. Kau ni, aku dah lapar nanti kita lambat sampai U tak sempat aku nak makan.."bebel Ji Hyo. Aku hanya tayang senyum comel untuk memujuk dia. Aku tahu dia paling tak tahan dengan muka aegyo aku. Hohohoho..
"Cis.. Jomlah.. "Ajak Ji Hyo dengan wajah masamnya. Aku hanya tersenyum seraya merangkul bahunya.
"Yah!Sana lepaskanlah.. Orang dah pandang kita lain macam tau.. "Ji Hyo berusaha melepaskan rangkulan Sana pada bahunya. Sana cemberut.
"Ish! Dorang ni sibuk je.. Taulah jealous aku ada bestfriend cantik.. "bebel Sana sendiri. Pipinya dikembungkan. Mereka berdua berjalan beriringan ke kafetaria.
Pandangan mata Sehun yang sedari tadi tertumpu pada dua orang gadis yang sedang jalan beriringan. Hatinya tiba - tiba tercuit apabila melihat gadis yang berwajah masam itu apabila rakan gadis itu tidak melepaskan rangkulannya pada bahu. Mungkin kerana rimas diperhatikan oleh orang - orang yang berada di kafetaria.
Gadis yang memakai dress santai berwarna hitam dan bercorak bunga paras betis itu begitu mencuit hatinya. Gadis dengan rambut pendek paras bahu itu membuatkan matanya tidak lepas daripada memandang gadis itu.
Gadis itu duduk selang dua meja daripada meja mereka. Tetapi gadis itu duduk membelakanginya. Dan, sahabat gadis itu.. Yang mengenakan kemeja biru lembut longgar dan seluar jeans itu pula yang duduk menghadapnya.
"Sehun.. Sehun.. Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? "Satu suara lembut menyedarkan Sehun, pemuda terkenal diseantero universiti itu daripada terus memerhati gadis yang telah mencuri perhatiannya.
Sehun mengukir senyum tipis. 'Sapa gadis cantik tu? 'detik hatinya.
***************************************
"Ji Hyo-ah.. Kau nak dengar tak cerita aku ni? "ucapku dengan senyuman yang menggembang diwajahku. Excited sungguh rasa hati ini hendak menceritakan kepada Ji Hyo tentang apa yang aku rasa. Kembang setaman doh, bunga kat dalam hati aku ni. Bermekaran giler.
"Hmm.. Mwoya?"fokus Ji Hyo yang sedari tadi menonton rancangan Hidden Singer terganggu. Dia mengalihkan pandangan dari kaca TV dan menghadap aku.
"Aku rasa... Yang aku hajat aku nak kekal solo tu hmm.. Dah luput dah.."ucapku dengan senyuman. Ji Hyo membelalakkan mata. Terkejut. Aku tahu dia terkejut. Yalah, dari zaman secondary school sampailah high school, aku cakap kat dia aku nak stay single and solo. Aku siap nyanyi lagu Jennie solo lagi kat depan muka dia. And, now ..baru je tahun pertama aku kat U , aku dah mendustai hajat aku.
"Jinjja? Jeongmal?!! Wae? Keun namja -ga.. Nnugu? "Soal Ji Hyo bertalu - talu. Televisyen dimatikan olehnya.
"Oh.. Kkeun namja.. Uri seunbaenim.. "ujarku malu - malu. Terblushing pulak pipi ni. Aih! Kami -sama..
*Flashback*
"Aih! Tou-san dengan kaa-san relakslah.. Nanti kalau cuti sem Sana balik Jepun lah.. Hmm.. Ya, Sana akan hati - hati. Jaa ne"aku mematikan panggilan telefon dengan kedua ibu bapaku yang berada di Jepun. Tanah kelahiran ku. Smartphone ku aku simpan ke dalam poket seluar jeans ku.
Aku meneruskan langkah di koridor. Tiba - tiba, telingaku menangkap bunyi muzik rancak tidak jauh dari sebuah bilik. Aku mendekati bilik tersebut. Bilik tarian.
Pintu bilik yang tidak tertutup rapat, aku jadikan tempat untuk melihat ke dalam. Aku dapat melihat seorang lelaki yang berbaju T-shirt berwarna orange cair, seluar jeans hitam dan bertopi hitam sedang menari melalui biasan cermin besar di dalam bilik tarian itu. Aku seolah - olah terhipnotis oleh gerak tari nya yang lincah dan bertenaga. Wajahnya sangat tampan sehinggakan aku berfikir bahawa dia adalah malaikat.
Tanganku aku bawa ke dada. Dapat aku rasakan jantungku berdegup kencang. Apa perasaan ini?
Flaahback off
"Aigoo.. Nae dongsaeng dah besar rupanya.. "Ji Hyo menepuk - nepuk bahuku sambil tersenyum mengusik. Ini dah rasa menyesal pula cerita dengan dia ni. Janganlah dia canang dengan member yang lain. Memang menggelupur aku kena sakat oleh dorang tu. Menyesal dulu aku cakap besar kat dorang. Haih!
"Dongsaeng apa? Aku lagi kakak dari kaulah.. Aku unnie tau"balasku.
"Ya.. Kau lagi unnie daripada aku, tapi kau tu manja macam budak - budak. Kalau tak ada aku atau kawan - kawan kita yang lain kau tak dapat buat kerja. Antara kita semua, macam kau yang paling maknae.."bebel Ji Hyo. Aku tak mampu membalas. Sebab memang betul pun.
"Dahlah.. Jangan nak usik aku. Aku rasa aku dah tahu nak join kelab apa.. Ji Hyo-ah, kau tak nak ikut aku join kelab menari ke? Jebal.. Oh... "Ajak ku kepadanya. Sekaligus mengalih topik.
Ji Hyo menggeleng. "Mianhae, Sana-ah. Aku dah daftar dah kat kelab nyanyian. Gomen.. "
Aku tertunduk. Hmm.. Apa boleh buat. Dah memang Ji Hyo suka menyanyi. Dia punya suara tu merdu giler. Terpaksalah aku sensorang. Kalau ada Momo dengan Mina kan Best, bolehlah kitorang sama - sama join kelab tarian ni. Tapi, apa boleh buat.. Dorang dah balik Jepun sambung study kat sana. Mereka lebih memilih sambung study kat tanah kelahiran kitorang bertiga.
"Tak palah.. "aku bersuara pelan. Tak pe, Sana. Lagipun kat kelab tu kau boleh jumpa angel Sunbaenim. Aku mengangguk yakin.
'Angel sunbaenim.. Ggidareoyo'
"Okay, guys.. Kita ada ahli baru merangkap hoobae kita.. Sana-shi, sila perkenalkan diri.."Sunny, timbalan pengerusi kelab meminta Sana memperkenalkan diri.
San tersenyum kekok. Dia rasa segan. "Hai'.. Annyeonghaseyo, cheoneun Minatozaki Sana imnida.. Mannasseo bangawo.. "Sana membongkok hormat 90°. Ahli lain tersenyum tanda senang dengan kemasukan ahli baru.
Seorang mengangkat tangan. "Berapa lama Sana-shi tinggal kat korea.. Kenapa bahasa korea awak lancar? "Soal gadis bernama Chorong itu.
"Sejak menengah rendah lagi.. "Jawab Sana sopan.
'Ah.. Kokoro ku.. 'Desis hati Sana. Jantungnya berdegup kencang . Rasa menyesal pula memandang Chorong yang duduk bersebelahan dengan Sehun, sunbae yang dia minati. Juga alasan dia masuk ke kelab menari . Lelaki itu memandangnya dengan pandangan datar.
"Ok..Sana, kenalkan ini.. Oh Sehun, pengerusi kelab ini."Sana menunduk hormat kepada Sehun tanpa kata. Sehun hanya menganggukkan kepala kepada Sana.
'Minatozaki Sana..'ni kan kawan gadis rambut pendek tu. Ni peluang untuk aku kenal dengan dia melalui Sana'Sehun tersenyum tipis sambil matanya masih memandang gadis cantik plus comel yang berdiri di hadapannya.
"Sana.. "Panggil seseorang. Sana yang sedang duduk sambil mengikat tali kasut mendongak memandang si pemanggil. Sana mengawal riak wajahnya. Dia cepat - cepat berdiri.
"Hmm.. Nae sunbaenim. Waegeuraeseo-yo? "Soalnya perlahan. Dia mencuba untuk bertindak biasa. Takut orang lain perasaan.
Sehun mengukir senyuman yang mampu membuat para gadis menjerit histeria.
'R. I. P to my kokoro.. 'Desis hati Sana. Mati - matian dia menahan diri supaya tidak terbawa perasaan. Profesional Sana, ulang hatinya berkali - kali.
"Aku nak ajak kau makan kat kafetaria.. Boleh? Aku belanja. "Ajak Sehun.
Mwoya? Aku salah dengar ke? Tapi aku baru je korek telinga pagi tadi. Angel sunbaenim ajak aku makan? Oh.. Kami -sama..
"Tidak menyusahkan ke , sunbae? "Soalku meminta kepastian. Manalah tahu ajak - ajak ayam je.
"Nope.. Jom"
Selepas berkata begitu, Sehun sunbaenim terus menarik lenganku supaya mengikutnya. Ah! Sunbaenim perbuatan kau tu sangat tidak berkhasiat untuk jantung aku.
Sehun memandang gadis berbangsa jepun yang duduk di hadapannya. Gadis yang rambutnya diikat ponytail itu sedang khusyuk menyedut Vanilla Ice blend menggunakan straw.
"Oh.. Kenapa sunbaenim nak jumpa saya? "Soal Sana. Dia terpaksa memandang wajah Sehun walaupun jantung dia sudah menggila. Nanti dikatakan tidak sopan.
Sehun berdehem. "Aku nak jujur..."
Sana menanti dengan sabar.
"Aku sukakan kawan baik kau.. "
Aku terpaku memandang wajah Sehun Sunbaenim. Hatiku rasa sakit sangat. Terasa seperti ribuan kunai dan shuriken menancap dijantungku.
Sehun sunbaenim sukakan kawan baik aku. Hokshi...
"Ji Hyo? "Soalku padanya. Suara ku seperti tersekat di kerongkong.
"Ji Hyo ke nama dia? Rambut dia pendek paras leher. "Sehun sunbaenim dengan wajah tenang meminta kepastian. Dapat aku lihat wajahnya ceria apabila menerangkan tentang Ji Hyo.
Aku mengangguk perlahan. "Nae.. Majayo. Park Ji Soo. Tapi nama panggilan dia Ji Hyo. "
Vanilla ice blend dihadapanku aku sedut. Sebagai terapi untuk aku menenangkan diri. Walaupun aku sendiri yakin yang itu takkan mampu menghilangkan rasa perih di hati aku.
"Sana.. You must help me.. "Pinta Sehun. Tangan ku di atas meja dia genggam. Dia buat muka kesian yang nampak sangat comel. Melihat wajahnya seperti itu membuatkan hatiku sedikit tenang.
"Tolong apa, sunbae? "
"Tolong aku tackle Ji Hyo. "Sebaris ayat yang keluar daripada bibirSehun sunbae, semakin menyakitkan hatiku.
Tangannya yang menggenggam tanganku, aku pandang. Sebelum beralih ke wajahnya. Wajahnya menampakkan riak kesungguhan.
Jadi.. Nampaknya, aku dah kalah sebelum berjuang.
Aku mengangguk menandakan aku bersetuju untuk membantunya. Wajahnya ceria. Berkali - kali dia mengucapkan terima kasih.
Sehun sunbae bangun dari duduk. Aku hanya memandangnya. Dia ke arahku lalu memelukku. Sambil mengucapkan rasa terima kasihnya.
Aku akan cuba lupakan perasaan aku dan aku akan cuba bantu Sehun Sunbae asalkan dia happy.
Share this novel