18. Gosip

Romance Completed 1572856

Menjelang majlis pelancaran koleksi terbaru D-Mond Jewels malam ini, Miya dan semua staffnya melihat raptai penuh yang telah bermula seawal pukul sembilan pagi.

Majlis ini adalah majlis terbesar yang pernah dikendalikan Miya sejak dia memegang jawatan Pengurus Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Acara; membuat dia agak gementar. Bimbang jika ada kekurangan atau kelemahan di mana-mana sehingga mencacatkan majlis.

Menampilkan penyanyi antarabangsa yang akan membuat persembahan secara langsung malam ini dengan diiringi pasukan orkestra, jika majlis ini berjalan seperti yang dirancang, ia akan menjadi majlis pelancaran koleksi barang kemas paling berprestij di Malaysia.

Beberapa minggu ini mereka bekerja keras, memastikan semua persiapan berjalan lancar. Setiap hari, seawal jam lapan pagi sehingga pukul sepuluh malam mereka berkampung di dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bagi memastikan segala persiapan dibuat dengan sempurna. Tetamu jemputan mereka pada malam ini bukan hanya VVIP dan VIP tempatan, tetapi juga dari luar negara.

Sungguh meletihkan. Fizikal dan emosi dikuras habis, kering tak bersisa. Setiap orang dipastikan melakukan tugas mengikut ketetapan. Majlis ini akan memberi impak yang besar bukan kepada imej DayMond Jewels malah juga kepada hasil jualan dan keuntungan syarikat.

“It’s quite stressful to handle this big event,” ujar Miya sambil mengerling Hafiz sekilas. Di atas pentas, nyanyian lagu 'Diamond' dengan iringan pasukan orkestra sedang berkumandang.

“Yeah. Aku tak selera makan sepanjang minggu ni. Tidur tak lena, mandi tak basah. Tengok muka aku ni dah cengkung,” ujar Hafiz sambil telunjuk dihala ke mukanya sendiri.

“Makin bulat je aku tengok.”

“Dasar...” Hafiz memutar bola matanya.

Malas melayan Hafiz, Miya menuju ke bilik kawalan. Di bilik kawalan itu terdapat beberapa skrin yang disambung pada kamera pintu masuk, ruang pameran dan pentas utama. Bilik kawalan itu juga akan mengawal tayangan LED, dan semua suis untuk audio, video, dan pencahayaan bagi majlis pelancaran malam nanti.

“Azhar, everything’s okay?” tanya Miya.
Azhar, juruteknik yang mengetuai operasi bikik kawalan, mengangkat ibu jarinya sebagai tanda semuanya di dalam keadaan baik.

“Everything is under control, Cik Miya," jawab Azhar. Mata memfokus pada skrin sambil jemarinya dengan cekap mengawal beberapa suis dan butang untuk raptai gimik pelancaran yang sedang berlangsung di pentas.

Sepanjang mereka berkampung di pusat konvensyen ini, khabar angin tersebar mengatakan Miya adalah teman wanita Adrian Liew, Pengerusi DayMond Jewels. Semuanya gara-gara salah seorang staff Jabatan Pemasaran melihat Miya datang ke pusat konvensyen ini bersama Adrian. Malah, Adrian juga menjemput Miya pulang setiap kali.

Bagusnya, gosip itu menyebabkan tidak ada sesiapa berani membantah Miya. Semua tugas yang diagihkan dilakukan dengan sebaiknya.

Sedangkan Miya tetap menjalankan kerjanya seperti biasa tanpa mengetahui khabar angin yang telah tersebar luas itu.

"The rumors spread," ujar Eryna sambil memandang Adrian yang sedang meneliti helaian dokumen yang dibawanya tadi.

"Good. That's what I want," balas Adrian tanpa mengangkat muka.

Eryna tertawa. "I don't understand. You buat agreement supaya Miya rahsiakan perkahwinan ni, tapi you sendiri buat orang nampak seolah-olah you ada hubungan dengan Miya. Apa sebenarnya yang ada dalam kepala you ni?"

Meletakkan pen di tangannya, Adrian panggung kepala, menatap Eryna datar.

"Tonight will be the biggest event ever, organized by DayMond Jewels. Many VVIPs and VIPs within country and abroad will be present. I want it to go perfectly. Everything and everyone must be in order and Miya is the one who has to make sure everything is perfect."

Eryna mengangguk-angguk sebelum senyum lebar terbit di wajahnya; mula faham dengan apa yang dilakukan Adrian.

"So, when the rumors spread, they think there's special relationship between you and Miya and they know not to mess up with her huh?"

"Yes."

"And everyone will do their job well."

"Yup."

"Wow, you're brilliant."

"Thank you." Adrian kembali tunduk meneliti dokumen di depannya sebelum menurunkan tandatangan.

"Tapi macam mana kalau orang terus bercakap tentang tu?"

"Nama pun khabar angin, orang akan berhenti bercakap bila dah bosan."

Eryna mahu membalas, tetapi Adrian terlebih dahulu bersuara. "Make sure Miya is prepared to accompany me to the party tonight."

Tidak bertanya atau berkata lanjut, Eryna hanya akur.

MENJELANG pukul empat petang, raptai penuh itu selesai dan semua orang bersedia untuk majlis sebenar malam nanti.

Di dalam bilik kawalan, Miya bersama Balqis, Hafiz, Azhar dan beberapa pembantunya bersila di lantai sambil menikmati teh ais dan nasi bungkus yang dibeli oleh Miya melalui aplikasi food panda.

“Aku tak sabar nak tunggu majlis ni habis. Penat namateyyy…” ujar Balqis lalu menghirup teh ais penuh nikmat. Terpejam-pejam matanya menikmati kesejukan teh ais yang melalui tekaknya.

“Aku pun…Rasa nak minta cuti seminggu minggu depan,” ujar Miya.

“Kau nak cuti sebulan pun boleh Miya. Ko kan girlfriend Adrian Liew,” ujar Bella.

Miya yang baru sahaja hendak menelan nasi, tersedak tidak semena-mena. Terbatuk-batuk dia sehingga merah mukanya.

“Kau ni dah kenapa siak?” tanya Balqis sambil menggosok belakang Miya yang masih terbatuk-batuk.

“Makan tak baca bismillah, ni la jadahnya,” sampuk Hafiz sambil menghulurkan tisu kepada Miya.

“Sedap je mengata aku,” marah Miya. Botol air mineral separuh penuh dilayangkan ke kepala Hafiz.

Hafiz ingin membalas perbuatan Miya itu, tetapi pintu bilik kawalan tiba-tiba dibuka dari luar. Muncul wajah Eryna di muka pintu dengan senyuman sopan.

“Miya, boleh ikut saya sekejap?” ujarnya.

"Oh?" Walaupun tertanya-tanya tujuan Eryna mahu bertemunya, namun Miya akur. Meletakkan bekas makanannya, dia bangun dan mengekori Eryna keluar dari bilik kawalan itu.

“Adrian nak awak temankan dia untuk majlis pelancaran malam ni,” ujar Eryna.

Bulat mata Miya mendengar kata-kata Eryna. Adrian mahu dia menemaninya? Tidakkah itu nanti akan mengundang prasangka banyak pihak? Tiada sesiapa tahu hubungannya dengan Adrian. Sudahlah sepanjang minggu ini Adrian berkeras mahu menghantar dan mengambilnya dari pusat konvensyen ini, malam ini mahu ditambah lagi kontroversi dengan meminta dia menemaninya pula. Dia tidak tahu mengapa Adrian bertindak begitu. Dia tidak berani bertanya dan tidak berani juga membantah. .

“Adrian akan ambil awak pukul tujuh nanti. Awak kena bersiap." ujar Eryna tanpa mempedulikan wajah protes Miya. Dia hanya melaksanakan arahan Adrian. Bosnya itu mahu mengambil Miya pada pukul tujuh petang dan dia mesti memastikan Miya sudah bersedia pada waktu itu. Jika tidak, dia yang terpaksa menahan hati dengan wajah berang dan kata-kata pedas Adrian.

“Tapi, saya kena in-charge untuk majlis malam ni” Miya keberatan. Dia tidak suka orang melihat dia bersama Adrian. Bimbang dianggap cuba menggoda dan mengambil kesempatan dengan sengaja mendekati boss baru mereka itu.

“Awak dah buat tugas awak. Malam ni, biar orang bawahan awak yang in charge, okay? Awak pun tahu Adrian tu macam mana kan? Kalau awak menolak, saya kena, awak pun kena. Dia mungkin tak marah awak sebab awak isteri dia, tapi saya?” Eryna menunjuk mukanya dan memandang Miya dengan wajah meminta simpati. “Awak tak kesian dengan saya? Kena marah, kena maki hamun dengan dia? Lepas tu kena mengadap muka masam dia tu sepanjang hari?”

Miya diam. Mengeluh, berdecit, mendengus sebelum akhirnya bersetuju walaupun keberatan.

Masuk semula ke bilik kawalan dia menitip pesanan kepada Balqis dan Hafiz supaya memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar pada malam ini. Rasa bersalah juga kerana terpaksa meninggalkan mereka, tetapi apa dayanya. Dia tidak berani menolak Adrian.

“Okay. Saya buat ni demi awak.”

Eryna tersenyum. Dengan isyarat tangan, dia meminta Miya mengikutnya.

“Kita nak pergi mana ni?” tanya Miya sebaik sahaja dia dan Eryna masuk ke perut kereta.

“To dress you up.”

MIYA dibawa ke sebuah hotel berhampiran. Eryna memberinya masa tiga puluh minit untuk mandi dan membersihkan diri.

Selesai mandi, Miya menyarungkan one-shoulder dress berwarna putih yang telah diletakkan di atas katil.

Diperhatikan pantulan dirinya di depan cermin. Dress itu terletak begitu elok di tubuhnya; seolah-olah dibuat khas untuknya.

Adakah Adrian yang membelikan baju ini? Jika ya, dia tidak boleh memandang rendah dengan kebolehan lelaki itu mengukur tubuhnya dengan hanya menggunakan imaginasi. Memikirkan itu, wajah Miya menjadi panas tiba-tiba. Ditepuk-tepuk pipinya yang terasa kebas akibat darah menyerbu ke muka.

Saat dia masih berdiri di depan cermin, berpusing ke kiri dan ke kanan melihat penampilannya depan dan belakang, pintu bilik hotel dibuka dan Eryna masuk dengan diiringi dua orang wanita.

“Miya, this is Audrey, the hair stylist, and this is Zulaikha, the make up artist.” Eryna memperkenalkan dua orang wanita yang masuk bersamanya.

“Kenapa ada the hair stylist and a make up artist?” tanya Miya. Dia bukan mahu berkahwin. Dia hanya mahu menghadiri majlis pelancaran koleksi barang kemas syarikat tempatnya bekerja. Dia boleh menggayakan rambut dan bersolek sendiri.

“Of course to style your hair and do your make up,” jawab Eryna sambil memberikan isyarat kepada Audrey dan Zulaikha supaya memulakan tugas mereka. Adrian mengarahkannya supaya mencari penggaya rambut dan jurusolek untuk Miya. Dengan syarat kedua-duanya mesti perempuan. Dia tidak suka lelaki lain menyentuh isterinya. Eryna hanya menurut walaupun dia merasakan permintaan Adrian itu agak menjengkelkan. Semasa dengan Dahlia dulu, Adrian tidak pula secerewet itu. Malah, dia tidak pernah mengambil tahu siapa penggaya rambut dan jurusolek Dahlia. Dia merasakan Adrian begitu dominan terhadap Miya. Mungkin kerana perwatakan Miya yang lembut dan tidak membantah, membuat Adrian mudah mendominasinya, atau Adrian hanya cemburu dan tidak suka lelaki lain mendekati isterinya.

Dua wanita itu memulakan tugas mereka. Tubuh Miya ditarik dan didudukkan di atas kerusi dengan membelakangkan cermin. Audrey menggayakan rambut Miya, manakala Zulaikha mengenakan solekan pada wajah Miya pada masa yang sama. Tekun menjalankan tugas mereka, Miya pula hanya mematung.

“Adrian wants you to look stunning tonight, since you have to accompany him,” ujar Eryna, memecahkan kebisuan antara mereka.

“Kenapa dia nak saya teman dia ?” Miya tidak faham dengan Adrian. Dia yang mahu perkahwinan ini dirahsiakan, tetapi dia pula melakukan banyak perkara yang mendedahkan hubungan mereka.

“I have no idea. I pun tak faham dia sejak akhir-akhir ni.” Eryna malas bercerita banyak, bimbang terkeluar sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui Miya.

Miya hanya tertawa kecil. Eryna yang sudah bekerja bertahun-tahun bersama Adrian pun tidak memahaminya, apatah lagi dia.

Lebih kurang sejam kemudian, Miya siap didandan. Zulaikha dan Audrey berdiri sambil bercekak pinggang di depan Miya; meneliti penampilan pelanggan VVIP mereka itu

“You look like an angel from heaven,” ujar Audrey.

“Yeah, I agree with you,” balas Zulaikha.

Tertawa Miya mendengarnya "You all ni melebih-lebihlah."

"No, we're telling you the truth," kata Audrey.

"Thanks. It's your hard work," balas Miya, tidak mahu terlalu terlambung oleh pujian itu. Cantik pun akan dicerai juga nanti.

“You two are doing a very good job. Thanks,” ujar Eryna

“You’re welcome,” jawab Audrey. Segera dia dan Zulaikha mengemaskan barang-barang mereka sebelum meninggalkan bilik itu.

Miya bangun dan meneliti dirinya di depan cermin. Dia tidak pernah mendapatkan khidmat jurusolek atau penggaya rambut. Selalunya dia bersolek sendiri dan hanya mengenakan solekan ringkas apabila menghadiri majlis makan malam atau parti yang dianjurkan syarikatnya.

Mujurlah solekan yang dikenakan Zulaikha tidak terlalu tebal dan nampak alami. Rambut panjangnya pula disanggul rapi dengan hairband berwarna perak menjadi hiasan kepala. Ringka, elegan dan menyerlahkan keayuan semula jadinya.

“Now, the final touch.” Eryna menghulurkan sebuah kotak berwarna merah kepada Miya.

Dari cermin, mata Miya beralih memandang kotak di tangan Eryna tanpa mengambilnya.

“What’s that?” tanyanya.

Eryna membuka penutup kotak baldu itu sebelum indera penglihatan Miya dijamu dengan sepasang subang dengan tatahan permata berwarna biru yang menyilau pandangan . Mempunyai tiga juntaian yang setiap satunya ditatah permata biru, subang itu kelihatan begitu memukau.

“Adrian insists you to wear the earrings,” ujar Eryna apabila melihat Miya teragak-agak.

Malas bercakap banyak, Miya mengambil subang itu dan dipasangkan ke telinganya. Sungguh anggun. Bersinar, seperti matanya.

Eryna tersenyum. Kecantikan Miya memang mempesonakan. Setanding dengan Dahlia. Walaupun Miya bukan berasal dari keluarga ternama, tetapi figura dan pembawaan dirinya tetap berada dalam kelas yang tersendiri. Malah, Miya bukan hanya bersandar pada wajah yang cantik, tetapi juga bijak

“You look stunning,” ujar Eryna.

Miya hanya tersenyum. “Thank you.”

“One more thing”

Eryna mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya dan menghulurkan kepada Miya.

Berkerut dahi Miya melihat cincin yang dihadiahkan oleh PS Bethanie berada di tangan Eryna.

“Puan Sri Bethanie akan hadir dalam majlis malam ni. Jadi, Adrian minta awak pakai cincin ni, supaya dia dan awak tak perlu bersoal jawab dengan Puan Sri.” Eryna menerangkan, seolah-olah dia faham dengan apa yang bermain di fikiran Miya.

“Okay.” Miya mengambil cincin bertatah permata biru dari tangan Eryna dan disarungkan ke jari manisnya. Sepadan pula dengan subang di telinganya.

“Good. Now, you’re perfect. Adrian will come to pick you up at seven. You want to wait here or at the lobby?” tanya Eryna sambil melirik jam di tangannya. Lima belas minit lagi sebelum pukul tujuh.

“I’ll wait here.”

“Okay. I pergi dulu.”

“Thank you, Eryna.”

Eryna tersenyum. “You’re welcome.”

Tepat pukul tujuh, Adrian menghubungi Miya dan memberitahunya supaya segera ke lobi. Miya sekali lagi meneliti dirinya di depan cermin, memastikan penampilannya sempurna sebelum keluar dari bilik itu dan menuju ke lobi. Akram sedang berdiri di luar kereta, dan sebaik sahaja melihat Miya, segera dia membukakan pintu kereta untuk isteri majikannya itu

“Thank you,” ujar Miya sambil tersenyum sebelum masuk ke perut kereta.

Adrian yang sedang menaip sesuatu di telefonnya memandang Miya sekilas. Namun, dia menoleh sekali lagi memandang Miya yang sedang bersandar pada tempat duduk sambil membetulkan beberapa helai rambutnya yang berjuntai di dahi.

Diteliti penampilan Miya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semua bahagian tubuh Miya yang boleh dicapai oleh mata kasarnya tidak luput dari pandangan. Tidak terluah di bibir, tetapi dalam hati mengakui Miya kelihatan begitu cantik dan anggun malam ini. Ya, dia tahu Miya cantik, tetapi malam ini penampilannya begitu berbeza. Selalunya dia hanya melihat Miya dengan pakaian kasual atau professional suit, tetapi malam ini Miya kelihatan begitu elegan dengan dress putih one-shoulder yang tersarung di tubuhnya. Tidak salah ternyata ukuran tubuh Miya dalam imaginasinya.

Miya yang menyedari Adrian sedang merenungnya, menoleh.

“What’s wrong?” tanyanya.

Tersentak Adrian dengan pertanyaan Miya. Mata yang terpukau segera dialihkan ke skrin telefon semula.

Berdehem beberapa kali mengurangkan rasa gugup, barulah dia menjawab. “Ermm..Nothing. How’s everything there?”

“Everything and everyone is ready,” balas Miya.
Dia benar-benar berharap majlis pada malam ini akan berjalan seperti yang dirancang walaupun dia tidak dapat bersama ahli kumpulannya di belakang pentas.

“So, there should be no problem for you to accompany me, right?”

“Hmm…I hope so. But….”

Adrian menoleh. Menunggu Miya menyambung kata-katanya. Tetapi Miya kelihatan berfikir-fikir sambil meramas jemarinya dengan wajah resah

“But?”

Miya mengangkat muka dan memandang Adrian. Renungan Adrian dengan matanya yang tajam dan redup itu membuatkan Miya gugup dan kembali menunduk.

“I’m waiting,” ujar Adrian. Bersandar pada tempat duduk dan memejamkan mata, dia menunggu Miya meneruskan kata-katanya.

“When I appear at the venue with you tonight, nanti orang akan bercakap. Awak tak rasa….”

“I don’t even care about rumors. So do you.” Adrian menyela; faham dengan apa yang cuba disampaikan Miya.

Miya akhirnya diam dan hanya mengangguk, walaupun dia tahu khabar angin yang akan bertiup nanti bukan hanya sepoi-sepoi bahasa, tetapi mungkin angin taufan tsunami puting beliung yang boleh meranapkan Gunung Kinabalu. Ah, tidak dapat dia membayangkan bagaimana reaksi rakan-rakan sekerjanya nanti.

“Mana Miya?” tanya Hafiz apabila dia tidak melihat kelibat Miya sejak petang tadi. Nasi bungkus yang dibelinya tadi juga tidak dihabiskan. Seingatnya, Miya lesap selepas pembantu peribadi Adrian memanggilnya.

“Ermmm….” Baru saja Balqis membuka mulut untuk menjawab, matanya terbeliak memandang skrin di dalam bilik kawalan apabila melihat Miya turun dari sebuah Maybach hitam bersama Adrian.

Hairan dengan reaksi Balqis itu, Hafiz turut melihat ke arah skrin. Terdapat tiga buah kamera diletakkan di depan lobi dan pintu masuk untuk melihat tetamu yang hadir.

Hafiz, Balqis dan beberapa orang yang berada di bilik kawalan itu ternganga. Adrian keluar dari kereta dan berjabat tangan dengan beberapa pengarah dan pengurus yang menunggu di sepanjang laluan bermula dari lobi sehingga ke pintu masuk dewan. Miya mengekorinya dari belakang sambil tersenyum dan mengangguk kepada pengarah dan pengurus yang cukup dikenalinya. Jelas terlihat wajah Miya yang kekok, tetapi senyum tidak luput dari wajahnya.

Adrian yang sudah jauh ke depan menghentikan langkah apabila menyedari Miya jauh tertinggal di belakangnya. Sebaik Miya menyainginya, dicondongkan sedikit kepalanya, berbisik sesuatu kepada Miya. Miya hanya mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa. Perlakuan itu kelihatan begitu semula jadi dan tidak dibuat-buat, seolah-olah mereka adalah pasangan yang sudah lama saling mengenali.

“The rumors is true.” Hafiz menggumam.

Balqis diam! idak mahu berkata atau mengula sapa-apa kerana bimbang apa yang disimpan terbocor keluar. Tetapi yang membuat dia hairan dan tertanya-tanya, mengapa pula Adrian dan Miya muncul bersama malam ini? Sengaja mahu membuat orang bergosipkah? Saja mahu menambah pahala dengan mendorong orang lain mengumpat tentang mereka?

Balqis menggeleng cepat. Mana ada teori begitu. Mengarut saja. Kalau membuat pahala semudah itu, untuk apa wujudnya neraka dan dosa?

Lagi-lagi Balqis menggeleng, menyingkirkan perdebatan itu dari otaknya. Ya berdebat dengan diri sendiri itu ternyata lebih sukar daripada berdebat dengan manusia lain.

Matanya kembali fokus ke arah skrin, memandang Miya yang beriringan dengan Adrian menuju tempat duduk VVIP. Patutlah beberapa jam tadi Miya menghantar pesanan kepadanya melalui Whatsapp dan memberitahunya supaya memastikan semuanya berjalan lancar. Berkali-kali sahabatnya itu memohon maaf kerana tidak dapat bersama mereka di belakang pentas.

“Patutlah Miya tak layan lelaki-lelaki yang mengorat dia. Rupanya dia dah dapat boss,” ujar Nina dengan nada bergurau.

“Dulu bukan dia dengan Iqmal Hakimi ke?” sampuk Elaine.

“Dah clash. That guy was cheating on her.”

“Hahaha…Sekali Miya dapat yang lagi kaya weii. Padan muka lelaki tu.”

“Miya ni memang cari stok bos-bos je ke. Kalau setakat muka kerani, pegawai, manager dia tak layan ek.”

Balqis yang mula jengkel dengan perbualan mereka, menepuk tangannya beberapa kali dan berkata: “Okay guys, let’s start our job. Everyone please alert with your tasks. We must make sure our event tonight will be very successful.”

Mereka yang berada di bilik itu tidak membantah. Mereka tahu Balqis adalah kawan baik Miya dan apa sahaja yang mereka perkatakan di depan Balqis akan sampai ke telinga Miya. Atau lebih menakutkan, jika ianya sampai ke telinga Adrian Liew?

KETIKA Miya dan Adrian melangkah masuk ke dewan, Tan Sri Alexander dan Puan Sri Bethanie sudah berada di situ, berbual dengan beberapa kenalan mereka. Sebaik melihat Miya, senyuman segera terukir di bibir PS Bethanie. Melihat isterinya tersenyum, Tan Sri Alexander turut menoleh ke arah yang sama.

“Miya!” Puan Sri Bethanie menghampiri dan memanggil menantunya itu.

Miya menoleh, dan senyum manis dia lorekkan sebaik melihat mentuanya itu.

“You look beautiful and stunning,” ujar Puan Sri Bethanie. Tubuh menantunya itu dipeluk erat.

Meleraikan pelukan, kedua-dua tangannya memegang bahu Miya dan menatapnya lama, membuat Miya tersipu.

“Simple hair style, delicate make-up, nice dress. Perfect. You’re just perfect,” ujarnya.

Miya tertawa perlahan. “I thought there’s something wrong with my face.”

“There’s nothing wrong with your face, but something not right with her brain. She always like to stare and explain everything, even my one single white hair, could be explained in two full pages of essay.”

Kata-kata Tan Sri Alexander membuat Miya dan Adrian ketawa. Puan Sri Bethanie pula menarik muka sambil mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu tanpa mengeluarkan suara.

“Then they two suits together. Miya likes to measure everything, even nak susun baju dalam almari pun dia ukur dengan pembaris.”

“Ermm two weird women with handsome husband. What a perfect match,” ujar Tan Sri Alexander lalu ketawa.

“It’s okay to be weird, right Miya? Weird is unique. He doesn’t even know that this weird woman will make his life suffer if we die,” balas Puan Sri Bethanie.

“Hmm..she always talking about ‘die’ when she got no point.”

“Go..go..go talk to your friends. Leave us alone,” ujar Puan Bethanie lalu menarik tangan Miya menjauhi Adrian dan Tan Sri Alexander.

Mendekati rakan-rakannya, PS Bethanie memperkenalkan Miya sebagai Pengurus Pemasaran DayMond Jewels. Bukan tidak mahu mengakui Miya sebagai menantu, tetapi Adrian yang melarangnya. Jika ditanya padanya, ya dia suka dan senang dengan Miya. Tingkah lakunya bersahaja dan tidak dibuat-buat. Wajahnya juga tidak lekang dengan senyuman setiap kali ada tetamu datang menyapa.

“Miya dengan Mr Adrian ni memang sesuatu sangat,” ujar Hafiz apabila melihat skrin yang memfokus ke pentas utama.

Ketika itu semua tetamu telah mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Pentas berbentuk runway, dan kerusi disusun di kiri dan kanan pentas, Miya dan Adrian berada di tempat duduk paling depan bersama Tan Sri Alexander, Puan Sri Bethanie dan beberapa VVIP yang dijemput.

“Kau tengoklah, Puan Sri pun bukan main mesra lagi dengan dia,” sampuk Nina.

“Kau ingat tak masa majlis tandatangan kontrak Brand ambassador hari tu. Berseri-seri muka Puan Sri bila tengok Miya.”

“Kan? Aku ingat aku sorang je perasan.”

Balqis malas mengambil pusing dengan perbualan itu. Biarlah mereka berteka-teki. Selagi mereka tidak bercakap yang buruk-buruk tentang Miya, dia tidak akan membuka mulut. Jika ada peluang, dia akan bertanya Miya mengapa dia dan Adrian menonjolkan hubungan mereka di khalayak.

MAJLIS bermula tepat jam lapan malam. Adrian sebagai Pengerusi Eksekutif DayMond Jewels dijemput memberikan ucapan.

Hanya ucapan ringkas sebelum gimik pelancaran bermula. Nyanyian lagu ‘Shine Bright Like A Diamond’ secara 'live' dengan diiringi oleh pasukan orkestra bergema, memenuhi ruang dewan.

Di pertengahan lagu, semua lampu di dalam dewan dipadamkan sebelum beberapa detik kemudian, imej dua belas buah komet dengan dua belas warna berbeza yang mewakili setiap jenis permata muncul di siling ,meluncur laju, berpusing, kemudian bertembung sesama sendiri, membentuk letusan dan percikan bunga api, lalu berderai membentuk serpihan permata yang bersinar dan berwarna-warni. Semua tetamu mendongak, bersorak kagum sebelum memberi tepukan gemuruh.

Miya menghembus nafas lega. Semua yang dirancang, berjalan dengan sempurna. Malam ini dia boleh tidur dengan lena. Adrian melirik ke arah Miya. Kagum dia dengan kemampuan Miya menguruskan acara yang berprestij ini.

"Ladies and gentlemen. Now we present The new collections from DayMond Jewels. Let's welcome, The Garnet: Everlasting Love." Serentak dengan pengumuman pengacara majlis itu, sebuah kotak kaca berisi koleksi perhiasan berwarna maroon terdiri daripada kalung, subang, cincin dan bangle muncul dari bahagian siling sebelum berlabuh di atas pentas.

"Next...Show our warmth welcome to The Amethyst: Undying Love." Kali ini koleksi perhiasan dengan permata berwarna ungu pula berlabuh.

Tepukan gemuruh tidak putus-putus daripada tetamu apabila koleksi-koleksi itu diperkenalkan.

"Give a big applause to The Aquamarine: Endless Love." Koleksi perhiasan berwarna biru turqoise mengambil alih perhatian tetamu.

"Known as women's best friend, welcome The Diamond: Never-ending Love."

Satu persatu koleksi diperkenalkan dan dewan tidak sunyi daripada tepukan gemuruh tetamu serta kilat lampu kamera daripada wartawan dalam dan luar negara yang dijemput.

“Wow….” Kedengaran tetamu yang hadir bersuara kagum melihat koleksi barang kemas itu.
Reka bentuknya moden, unik, berkelas, menonojolkan kemewahan dan prestij.

“This is really outstanding,” ujar Adrian.

“Yeah..I really admire the designers,” balas Miya.

“No. I mean this event..”

“Oh…” Miya memandang Adrian sekilas dan tersenyum; senang menerima pujian itu.
“On behalf of my team, I would like to say..Thank you Mr Chairman,” balas Miya.

"Oh...You should thank me as a husband on behalf of yourself, in a way I told you before."

Miya mendengus sebal. Namun, mungkin merana moodnya yang baik malam ini setelah majlis yang dirancang berjalan lancar, satu idea nakal tiba-tiba terlintas di benaknya.

Mengeluarkan telefon dari tas tangan, dia menekan nombor Balqis. Hanya satu deringan sebelum panggilannya bersambut.

"Bee, dalam kiraan sepuluh lepas aku putuskan call ni, aku nak kau alihkan perhatian semua orang dalam bilik kawalan tu dari CCTV."

Tidak menunggu Balqis menjawab, Miya segera memutuskan panggilan. Jari dilipat satu persatu membuat kiraan sehingga sepuluh tanpa mempedulikan Adrian yang menatapnya hairan.

BALQIS pula terkebil-kebil memandang skrin telefon, namun otaknya yang biasa bekerja pantas tetap memproses arahan Miya itu. Ligat otaknya berfikir bagaimana mahu mengalihkan perhatian sepuluh orang di bilik ini dari CCTV.

"Kenapa Bee? Siapa call?" tanya Hafiz

Tiada jawapan daripada Balqis, sebelum tiba-tiba dia menoleh ke arah pintu bilik kawalan. Terketar-ketar tangannya menunjuk ke arah pintu.

"T..T...Tu...Tu..."

Reaksi Balqis itu membuat semua mata tertumpu ke arah pintu.

"Kenapa Bee?" tanya Nina.

"Tu...Ttttuuu..."

CUKUP kiraan sepuluh, dan Miya yakin Balqis sudah menjalankan tugasnya dengan cukup baik, Miya mendekatkan tubuhnya ke arah Adrian, sebelum menghadiahkan ciuman singkat ke bibir suaminya itu.

Pada masa yang sama, sebuah kamera yang sedang memfokus ke arah koleksi di atas pentas, turut tertangkap gambar Miya sedang mencium Adrian.

"Thank you, on behalf of myself," ujar Miya sambil tersenyum.

Adrian pula terus terkunci mulutnya tidak mampu berkata apa-apa. Tidak sangka Miya berani menciumnya di sini. Ya, memang tempat duduk mereka agak gelap kerana cahaya lampu sorot hanya tertumpu ke pentas, tetapi benar-benar ini tingkat kemampuan Miya yang tidak terjangkau oleh akal fikirannya.

Marah?

Entahlah. Rasanya tidak.

Share this novel

JihaAlcatraz
2021-08-16 08:28:10 

Chap ni tak boring pun. Best...


NovelPlus Premium

The best ads free experience