Rate

Full

Short Story Completed 2107

Ramai yang menentang hubungan mereka. Ramai yang mahu memisahkan mereka. Mampukah mereka mempertahankan cinta mereka saat banyak dugaan mendatang? Adakah cinta mereka mampu bertahan? Sekuat manakah cinta mereka yang masih terlalu muda bertahan dengan kebencian dan bantahan banyak pihak?
  Sara Ariana, seorang pelajar tingkatan lima yang sangat pintar dan merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Sara tidak hanya seorang pelajar yang menonjol dalam bidang kurikulum tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Sara giat menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan. Dia ialah pemain bola joring sekolah yang pernah mengharumkan nama sekolah sehingga peringkat kebangsaan dan pemidato serta pembahas terbaik sekolah. Sara juga rajin membantu guru-guru dan rakan-rakannya. Dia sangat disenangi ramai.
  Sara telah kehilangan kedua orang tuanya dalam sebuah kemalangan semasa dia masih berusia 7 tahun. Dia telah diambil menjadi anak angkat oleh Tengku Arman dan Tengku Raisha yang tidak mempunyai anak. Mereka sangat baik terhadap Sara. Walaupun Sara kini menjadi orang berada, dia lebih suka bersederhana dan merendah diri. Semenjak dia belajar di sekolah menengah, dia meminta pemandu keluarganya, Pak Samad untuk menurunkannya di simpang masuk ke sekolah sahaja. Dia tidak mahu sesiapa tahu dia ialah orang berada. Dia tidak mahu orang berteman dengannya hanya kerana latar belakangnya. Baginya, itu semua harta ayah dan ibunya.
  Megat Rayyan Rayden, anak bongsu Megat Syah dan Tengku Venna, seorang yang keras kepala, keanak-anakan walaupun umur sudah 18 tahun, angkuh, suka memberontak dan agak kasar. Rayyan ialah seorang yang menonjol dalam akademik dan sukan bola keranjang. Rayyan berbeza daripada abangnya, Megat Rayqal Rayden.  Rayqal ialah seorang yang penyabar, baik, matang dan pelembut. Rayqal sangat taat kepada perintah ibunya. Rayyan pula suka membantah ibunya. Rayyan tidak suka dikawal.
  Nenek Rayyan, Tengku Mariam sangat tidak setuju jika cucu-cucunya bergaul dengan orang miskin yang dianggap tidak setaraf dengan mereka. Namun, adakah Rayyan akan menuruti kata neneknya? Sudah pasti dia akan melakukan apa yang dia inginkan. Dia tidak peduli ada yang tidak suka dengan keputusannya. Megat Syah dan Tengku Venna menerima apa saja keputusan anak-anak mereka. Mereka mahu anak-anak mereka bahagia. Walaupun Rayyan kuat memberontak, mereka tidak marah. Mereka menyayangi Rayqal dan Rayyan apa adanya mereka. Bagi mereka, wang, harta dan pangkat bukan ukuran dalam percintaan. Yang penting, anak-anak mereka bahagia dengan pilihan masing-masing.
  Pada suatu malam, Tengku Arman dan Tengku Raisha meminta Sara menemui mereka di ruang tamu. Sekarang sudah bulan Julai. Jadi, mereka mahu Sara belajar bersungguh-sungguh dan meninggalkan aktiviti-aktiviti lain yang nantinya akan menyebabkannya kurang masa belajar.
"Ra, SPM tak lama lagi kan?" Tengku Arman bertanya.
"Ya, pa." Sara duduk di antara ayah dan ibunya.
"Papa dan mama nak kamu belajar bersungguh-sungguh. Jangan sibuk dengan apa-apa pertandingan lagi. Papa dan mama nak kamu dapat result yang akan membanggakan kami." Tengku Arman mahu yang terbaik untuk anaknya itu.
"Okey pa. I will do the best and get the best. Jangan risau." Sara yakin dengan kemampuannya.
"Jangan kecewakan papa dan mama. Kamu nanti akan menjadi penerus Mega Holding. Papa yakin kamu akan dapat result terbaik." Tengku Arman mengusap kepala anaknya itu.
"Mama juga yakin kamu akan dapat result terbaik. Kalau kamu perlukan apa-apa, beritahu papa atau mama, ya?" Tengku Raisha mahu yang terbaik untuk Sara.
"Ya, ma. Pa, ma, Sara masuk bilik dulu. Nak ulang kaji sikit. Esok ada ujian bulanan." Sara meminta diri.
  Keesokan pagi, Sara pergi ke sekolah lebih awal. Dia mahu mengulang kaji pelajaran dengan rakan-rakannya. Semasa mahu ke kelas, Sara terlanggar seseorang.
"Sorry, sorry." Sara mengutip buku orang itu.
"Sara, it's okay." Rayyan mengambil bukubya daripada Sara.
"Rayyan?" Sara mendongak memandang lelaki tinggi lampai di hadapannya itu.
"Ya, sayang. It's me. Takkan dah lupa boyfriend sendiri?" Rayyan bersuara seakan merajuk.
"I have to go. Ada ujian hari ni." Sara meminta diri.
  Rayyan dan Sara telah menjalinkan hubungan semenjak dua tahun lalu. Dahulu, mereka saling membenci satu sama lain. Pantang berjumpa, pasti ada saja yang digaduhkan. Orang kata kalau benci jangan terlalu benci, nanti berubah jadi cinta. Jadi, mereka macam tu lah. Walaupun Rayyan suka meninggi diri dan kasar, pada Sara, dia tetap mempunyai tarikan tersendiri. Rayyan jarang menunjukkan rasa cinta, kasih dan sayangnya dengan kata-kata. Dia lebih suka menunjukkannya melalui kelakuannya.
  Sara ialah pelajar tingkatan lima manakala Rayyan ialah pelajar tingkatan enam atas. Rayqal sudah melanjutkan pengajiannya di luar negara. Di sekolah, ramai yang tahu tentang hubungan mereka. Guru-guru juga ramai yang tahu. Mereka tidak mahu ambil kisah kerana Rayyan dan Sara tidak pernah membuat masalah. Akademik mereka juga tidak bermasalah. Malah, mereka ialah pelajar cemerlang dan merupakan pelajar contoh sekolah. Rayyan dan Sara juga tidak pernah berjumpa selepas tamat waktu persekolahan. Kadang-kadang, mereka keluar bersama semasa hujung minggu tapi bukan untuk dating. Mereka mengulang kaji pelajaran bersama memandangkan peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi. Kadang-kadang, mereka belajar bersama rakan-rakan sekolah. Mereka saling membantu dalam apa jua masalah.
  Semasa waktu rehat itu, Sara tidak pergi ke kantin. Dia sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tadi. Dia selalu menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru-guru di sekolah agar dia mempunyai masa untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Rayyan menyedari Sara tidak pergi ke kantin semasa waktu rehat itu. Dia membeli makanan dan minuman untuk kekasihnya yang tercinta itu. Dia tidak mahu Sara lewat makan. Bagi Rayyan, waktu makan, makan. Dahulu, Sara pernah terkena gastrik di sekolah kerana tidak makan semasa waktu rehat. Rayyan sangat cemas pada waktu itu. Wajah Sara yang pucat menahan sakit membuat dia bertambah resah.
"Ara." Rayyan meletakkan beg plastik berisi makanan dan minuman yang dia beli di kantin di atas meja Sara.
"Apa ni? Kenapa susah-susah?" Sara tidak suka Rayyan bersusah untuknya.
"Food and drink. Saya tak nak awak kena gastrik lagi. Ni, simpan tepi dulu. Makan." Rayyan meletakkan buku Sara ke tepi lalu membukakan penutup bekas makanan berisi nasi goreng untuk Sara.
"Ray, saya nak siapkan homework ni dulu. Lagipun, saya tak lapar." Sara menarik bukunya semula.
"Sayang, makan dulu. Nak saya report kat papa?" Rayyan memang dekat dengan keluarga Sara.
  Walaupun Rayyan tahu keluarga Sara orang berada, dia merahsiakan hal itu atas permintaan Sara. Dia juga merahsiakan hal tersebut daripada keluarganya sendiri. Sara tidak mahu dirinya disenangi kerana harta dan dipandang kerana statusnya.
"Okey, okey." Sara mengalah.
  Jika Tengku Arman dapat tahu tentang itu, habislah Sara dimarahinya. Dia tidak mahu anaknya itu mengabaikan kesihatannya kerana terlalu sibuk belajar. Tengku Arman dan Tengku Raisha turut membelikan pelbagai jenis vitamin untuk Sara agar Sara tetap sihat. Kadang-kadang, mereka akan mengajak Sara keluar jalan-jalan, pergi ke spa dan sebagainya agar Sara tidak terlalu tertekan. Semasa cuti sekolah, mereka akan mengajak Sara pergi makan angin.
  Rayyan beredar kembali ke kelasnya selepas Sara selesai makan. Dia juga menolong Sara membuang sampah bekas makanan dan minuman Sara. Rayyan sangat mengambil berat tentang kekasihnya itu.
  Peperiksaan SPM akan bermula minggu hadapan. Sara fokus mengulang kaji pelajarannya. Rayyan tidak mengganggu Sara. Dia mahu kekasihnya itu fokus dengan ujian. Mereka juga sudah jarang berhubung. Sara hanya sesekali memberitahu Rayyan tentang apa yang dia lakukan dan mengenai keadaannya. Rayyan pula sentiasa mengingatkan Sara agar sentiasa menjaga kesihatan dan berehat secukupnya. Apabila Sara mempunyai masalah semasa mengulang kaji pelajaran, dia akan bertanya kepada guru, rakan atau Rayyan.
  Peperiksaan SPM sudah bermula. Semasa hari pertama peperiksaan itu berlangsung, Rayyan menemui Sara dan memberi motivasi kepada kekasihnya itu. Sara bersyukur mempunyai kekasih yang memahaminya seperti Rayyan. Sara mula menjawab soalan ujian pada hari itu dengan bacaan Bismillah. Dia menjawab kertas peperiksaan pada hari itu dengan tenang. Sebaik sahaja selesai menjawab kertas soalan dan dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan, Sara tidak terus pulang. Dia mengulang kaji pelajaran untuk ujian esok di kantin sekolah. Dia bertanya kepada guru tentang apa yang tidak dia fahami.
"Sayang." Rayyan berbisik di telinga Sara yang khusyuk mengulang kaji pelajarannya.
"Ray." Sara mendongak memandang Rayyan yang berada di tepinya.
"Jom balik." Rayyan senyum.
"Okey." Sara mengemas bukunya sambil dibantu oleh Rayyan.
  Pak Jamal, pemandu keluarga Rayyan sudah menunggu di hadapan pagar sekolah. Sara turun di simpang masuk ke sekolah kerana Pak Samad sudah menunggunya di sana.
"Ara, jangan lupa makan. Rehat secukupnya." Rayyan mengingatkan Sara sebelum Sara keluar dari keretanya.
"Okey, bos." Sara senyum.
  Tidak terasa peperiksaan SPM sudah hampir selesai. Peperiksaan STPM sudah beberapa hari bermula. Sara mengikuti ayahnya ke pejabat sebaik sahaja selesai peperiksaan SPM. Dia mahu belajar selok-belok perniagaan ayahnya. Rayyan kini fokus dengan peperiksaan. Sesekali dia meluangkan sedikit masa untuk bertanyakan khabar Sara. Rayyan sibuk mengulang kaji pelajaran sehingga suatu hari dia jatuh sakit. Rayyan demam panas. Sara sangat cemas. Dia khuatir jika Rayyan tidak dapat menduduki peperiksaan. Sudahlah itu kertas terakhir Rayyan. Sara pergi ke rumah keluarga Rayyan.
"Sara, masuklah." Tengku Venna mempersilakan Sara masuk.
"Mummy, Rayyan macam mana? Demam dia masih teruk ke?" Sara bertanya kepada ibu Rayyan.
"Suhu badan dia masih tinggi. Mummy nak bawa dia ke klinik, dia tak nak." Tengku Venna pening kepala dengan kedegilan anak bongsunya itu.
"Kau buat apa kat sini, hah?!" Tengku Mariam menarahi Sara.
"Saya nak jenguk Rayyan, nenda." Sara berjata lembut, gerun juga dengan kegarangan nenek Rayyan.
"Kamu pergi balik sekarang! Aku tak suka tengok kau kat sini." Tengku Mariam mengusir Sara.
"Mama, biarlah Sara jenguk Yan. Ra, pergilah." Tengku Venna menyuruh Sara pergi ke kamar Rayyan.
  Sara sudah biasa dengan rumah Rayyan. Sebelum nenek Rayyan datang tahun lalu, Sara selalu datang ke rumah Rayyan. Dahulu, Tengku Mariam menetap di Eropah. Dia kembali ke Malaysia kerana mahu meluangkan masa dengan keluarga untuk sisa-sisa hidupnya.
"Ray." Sara duduk di sebelah Rayyan yang berbaring.
"Sayang." Rayyan memegang tangan Sara.
"Ray, makan ubat ya? Awak ada last paper esok. So, awak mesti sihat." Sara memujuk Rayyan makan ubat.
"Okey. Esok awak jemput saya kat sekolah ya? Lepas saya habis paper esok, kita pergi jalan-jalan." Rayyan senyum lalu duduk bersandar di birai katil.
"Okey. Saya balik dulu. Awak rehatlah supaya esok dapat pergi sekolah." Sara meminta diri.
"Okey sayang." Rayyan mengenyitkan matanya.
  Keesokan hari, Sara memberitahu ayahnya bahawa dia tidak dapat pergi ke pejabat bersama ayahnya kerana dia akan menjemput Rayyan dan mereka akan keluar jalan-jalan nanti. Sebaik sahaja selesai kertas terakhirnya, Rayyan terus balik. Sara sudah menunggunya di depan pagar sekolah. Rayyan yang memandu kereta Sara. Sara duduk di tempat duduk sebelah Rayyan. Rayyan memandu kereta Sara ke sebuah pusat beli-belah. Setelah makan tengah hari, Rayyan mengajak Sara ke sebuah kedai perhiasan lalu mereka memilih cincin. Rayyan berhasrat untuk melamar Sara menjadi isterinya tidak lama lagi.
"Ray, kenapa kita pilih cincin?" Sara bertanya kepada Rayyan.
"Persiapan untuk nikah nanti." Rayyan senyum.
"Ray, we are too young for a marriage. Kita belum ada apa-apa. Kita belum ada kerja. Awak tak rasa terlalu awal ke?" Sara tidak setuju sangat dengan keputusan Rayyan.
"Tak. Lepas nikah, kita masih boleh belajar."
"Ray, marriage tak sesenang yang awak fikir. Lepas nikah, kita akan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Kita nikah lepas graduate nanti, ya?" Sara merasa bahawa terlalu awal untuk mereka merasmikan percintaan mereka.
"Sayang, we can do it. Saya tak nak bila kita berjauhan nanti akan ada lebih banyak dugaan. I love you, Ara. Saya tak nak kita macam ni tanpa ikatan yang sah. Antara kita pasti ada orang ketiga. Lebih baik kita rasmikan hubungan kita dengan pernikahan." Rayyan berusaha meyakinkan Sara.
"Kita mesti dapatkan persetujuan keluarga kita dulu." Sara berharap dia telah mengambil keputusan yang terbaik.
  Rayyan senyum. Keesokan harinya, ayah dan ibu Rayyan serta beberapa orang wakil pergi ke rumah Tengku Arman untuk melamar Sara. Tengku Arman dan Tengku Raisha bersetuju kerana mereka pasti anak mereka sudah membuat keputusan yang terbaik. Megat Syah dan Tengku Venna terkejut apabila mendapat tahu Sara berasal dari keluarga berada. Tengku Mariam tidak ikut. Dia tidak sudi menginjakkan kaki ke rumah 'orang miskin'. Dia menyangka Sara berasal dari keluarga miskin memandangkan penampilan Sara biasa-biasa saja. Tambahan pula, barang yang Sara pakai bukan barang mahal mahupun berjenama.
  Setelah sebulan berlalu, Rayyan dan Sara sah menjadi suami isteri. Sara akan tinggal di rumah keluarga Rayyan. Mereka bermalam di rumah keluarga Sara untuk beberapa hari. Akan ada sebuah kenduri perkahwinan Rayyan dan Sara diadakan di rumah Megat Syah tiga hari lagi. Tengku Arman dan isteri berharap Rayyan dapat membahagiakan anak mereka. Walaupun Sara hanya anak angkat mereka, kebahagiaan Sara kebahagiaan mereka juga. Mereka juga memberikan petua hidup berumahtangga kepada anak menantu mereka yang kahwin muda.
  Setelah selesai majlis di rumah Rayyan, mereka berehat di kamar. Semasa Sara baru hendak merehatkan diri, kedengaran suara Tengku Mariam berteriak memanggilnya.
"Sara!! Sara!!!" Nenda berteriak dari tingkat bawah.
"Ya, nenda." Sara cepat-cepat menuruni tangga.
"Cuci periuk belanga kat belakang. Jangan nak goyang kaki kat sini. Kau mesti sedar diri tu siapa di sini. You're nothing compared to us. Faham?" Nenda menengking Sara.
"Ya, nenda." Sara berlalu ke dapur.
  Sara selesai mencuci periuk belanga pada pukul 1 pagi. Banyak periuk belanga kotor kerana majlis tadi diadakan besar-besaran. Ramai orang ternama yang hadir. Tidak kurang juga sanak-saudara dan sahabat handai yang hadir. Rayyan sudah lama lena di kamar. Dia tidak tahu neneknya memanggil Sara tadi kerana sudah lena di atas katil. Sara berdiri meregangkan badannya yang terasa sangat lelah.
  Selepas selesai menyusun periuk belanga di rak, Sara masuk ke kamar. Dia membersihkan diri sebelum tidur. Dia berharap dengan kesabarannya, dia mampu memenangkan hati nenda. Nenda tidak menyukai Sara sejak dia tahu Rayyan menjalinkan hubungan dengan Sara. Tambahan pula dia melihat penampilan Sara yang biasa-biasa saja. Dia hanya tahu Sara anak yatim piatu berasal dari keluarga yang susah. Dia tidak tahu Sara ialah anak angkat Tengku Arman dan Raisha yang merupakan orang berada.
  Keesokan pagi, Sara bangun awal. Selepas solat Subuh berimamkan Rayyan, dia pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia masih mengantuk tetapi selepas mandi, dia berasa agak segar. Sara menyediakan nasi lemak daging masak hitam untuk sarapan. Sementara menunggu daging masak, Sara membancuh teh dan coklat panas. Sara sedia maklum tentang makanan dan minuman keluarga Rayyan, kebiasaan keluarga Rayyan dan sebagainya. Al-maklumlah, bercinta dah dua tahun lebih. Sara banyak mengetahui tentang keluarga Rayyan.
  Menikah pada usia muda bukanlah suatu hal mudah. Banyak cabaran yang harus dihadapi dan tanggungjawab yang lebih besar digalas. Dahulu, seorang diri. Kini, berdua. Dahulu, semua hak sendirian. Kini, dikongsi berdua. Rayqal sangat gembira adiknya telah menemukan cinta sejatinya. Dia mendoakan kebahagiaan adik dan adik iparnya. Mereka sangat muda untuk sebuah pernikahan tetapi Rayqal mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
"Sayang." Rayyan memeluk Sara dari belakang lalu mencium pipi isterinya itu.
"Ray." Sara terkejut.
"Ehem." Nenda berdehem kasar.
"Nenda?" Rayyan dan Sara berpaling memandang nenda.
"Kalau nak bermesra, tak payah tunjuk depan umum. Jaga adab dan sikap. Orang berdarjat tak akan berperilaku macam ni." Nenda menyindir Sara.
"Nenda, kami dah sah suami isteri. Apa salahnya? Tak kiralah berdarjat atau tak. Thats not important. Apa gunanya berdarjat kalau tak sopan dan tak ada adab? Apa gunanya berdarjat kalau kerjanya merendah-rendahkan orang lain? Don't judge a book by its cover." Rayyan tidak suka neneknya bersikap begitu terhadap Sara.
  Nenda beredar. Rayyan tidak suka nenda merendah-rendahkan Sara. Dahulu, dia suka menyombong dan meninggi diri. Setelah mengenali Sara, Rayyan banyak berubah.
Kisah lampau mereka dua tahun lalu...
"Hoi budak pendek!!" Rayyan berteriak memanggil Sara.
"Ada apa Galah?" Sara tidak takut kepada Rayyan.
"Kau dah langgar aku tau? Tengok baju aku ni. Kotor sebab air milo aku tumpah atas baju aku." Rayyan memarahi Sara.
"Sorry." Sara terus berlalu.
  Semenjak itu, Rayyan melancarkan perang terhadap Sara. Pantang berjumpa, pasti ada saja yang digaduhkan. Sara telah membelikan baju baru untuk Rayyan, persis seperti yang kotor hari itu. Suatu kejadian membuat Rayyan mulai menyukai Sara. Dia suka dengan sikap Sara yang suka bersederhana, berprinsip, berdikari, berdisiplin dan berbudi bahasa. Suatu hari, seorang pelajar lelaki mengirim surat cinta kepada Sara. Sara telah melaporkan hal itu kepada guru disiplin. Semenjak itu, tiada yang berani mencuba untuk mengorat Sara.
  Rayyan dan Sara mulai berbaik kerana sebuah peristiwa. Pada waktu itu, Sara hampir diculik. Rayyan telah menyelamatkan Sara sehingga dirinya terluka akibat dipukul oleh para penculik itu. Semenjak itu, mereka mulai berteman dan akhirnya bibit cinta mulai bercambah di antara mereka.
  Setelah keputusan peperiksaan mereka keluar, Rayyan memutuskan untuk melanjutkan pengajiannya di luar negara. Rayyan akan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan. Sara memilih untuk melanjutkan pengajiannya di universiti tempatan saja dalam bidang perniagaan. Kos pengajian Sara ditanggung oleh Megat Syah sepenuhnya.
  Rayyan dan Sara akan berjauhan. Mampukah hubungan jarak jauh mereka berkekalan? Sara berharap kepercayaan mereka terhadap satu sama lain tidak mudah luntur dan mereka akan saling setia kepada satu sama lain. Rayyan awalnya tidak sanggup berjauhan dengan Sara tapi apakan daya Sara sudah memutuskan untuk melanjutkan pengajian dalam negara saja. Sara tidak biasa dengan cuaca di luar negara. Pernah beberapa kali Sara melancong ke luar negara bersama Tengku Arman dan Tengku Raisha seperti ke Eropah, Italy, New York, Dubai dan banyak lagi. Sara demam kerana susah membiasakan diri dengan cuaca di sana.
  Rayyan akan berangkat ke Melbourne pada pagi Sabtu itu. Ahli keluarganya menghantarnya sehingga ke lapangan terbang. Ayah dan ibu Sara juga ikut. Sara sedih tetapi dia tetap berusaha senyum. Suaminya pergi kerana belajar. Nanti, Rayyan pasti balik semasa cuti. Rayyan berat hati untuk meninggalkan isterinya. Bukannya dia tidak tahu sikap nenda terhadap Sara. Dia takut apabila dia tiada di sana, nenda akan bersikap sesuka hati terhadap isterinya. Dia tahu Sara tidak akan melawan. Sara sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
"Daddy, mummy, papa, mama, nenda. Rayyan pergi dulu." Rayyan menyalam dan mencium tangan ayah, ibu, ayah mertua, ibu mertua dan neneknya.
"Kamu jaga diri kat sana. Belajar baik-baik. Ingat, kamu dah ada isteri. Jangan nak buat masalah pula." Tengku Venna mengingatkan Rayyan.
"Okey mummy." Rayyan memeluk ibunya.
  Sara berdiri agak jauh sedikit daripada keluarganya. Dia memerhatikan Rayyan. Ini kali pertama dia akan berjauhan dengan Rayyan. Rayyan kemudian beralih ke isterinya. Dia berdiri di hadapan Sara. Jelas Rayyan lebih tinggi daripada Sara. Ketinggian Sara hanya paras ketiak Rayyan sahaja.
"Sayang." Rayyan memegang kedua belah tangan isterinya.
"Ray." Sara mendongak memandang suaminya.
"Saya dah nak berangkat ni. Jangan sedih tau. Jangan nangis. Ingat, jangan biarkan orang lain menindas atau membuli awak. One more thing, always remember me and loyal to me." Rayyan mengelus pipi Sara.
"Awak akan balik cuti nanti kan? Awak belajar baik-baik tau. Jaga diri kat tempat orang. Jangan nak mengorat perempuan sana pulak." Sara berusaha menahan air matanya daripada jatuh.
"Ya sayang. I will miss you a lot sayang." Rayyan memeluk Sara lalu mencium dahi dan kedua belah pipi isterinya.
"Me too." Akhirnya Sara menangis juga.
"Hei, jangan nangis." Rayyan mengelap air mata Sara dengan tangannya.
"I will miss you, Ray." Sara menangis lagi.
  Rayyan berat hati juga untuk meninggalkan isterinya. Dia berharap hubungan mereka akan baik-baik saja walaupun mereka berjauhan.
"Dahlah tu. Macamlah Rayyan tu tak balik lagi nanti." Nenda berkata sinis.
"Sayang, I love you." Rayyan mencium pipi Sara lagi.
"I love you too." Sara menyalam tangan Rayyan sebelum Rayyan beredar ke balai berlepas.
  Selepas Rayyan beredar, semua ahli keluarganya beredar pulang. Sara akan mulai kuliah lusa. Tengku Arman dan Tengku Raisha menyedari sikap dingin Tengku Mariam terhadap anak mereka. Mereka sudah mengajak Sara tinggal bersama mereka semula selama Rayyan tiada tetapi Sara menolak. Sara tidak mahu melarikan diri daripada masalah dengan nenda. Dia akan berusaha mengambil hati nenda. Tengku Mariam terkejut juga apabila mendapat tahu ayah dan ibu Sara ialah orang berada. Namun, dia tetap tidak menyukai Sara. Dia telah mempunyai pilihan yang sesuai untuk Rayyan, Nora, anak teman baiknya, Dato' Farid dan Datin Damia. Nora sangat meminati Rayyan sejak dulu. Dia memanfaatkan keakrabannya dengan nenda untuk mendapatkan Rayyan tapi sayangnya Rayyan lebih memilih Sara.
  Sudah sebulan berlalu. Rayyan sering menghubungi Sara semasa dia ada masa lapang. Sara amat merindui Rayyan. Semasa bulan pertama Rayyan tiada, dia susah tidur malam. Dia memakai baju Rayyan apabila dia merindui suaminya itu. Rayyan juga merindui isterinya. Mana taknya. Setelah beberapa bulan tinggal bersama mereka harus berjauhan seperti itu.
  Pada pagi Sabtu itu, Sara tiada kelas. Dia berehat di rumah sambil membaca buku. Tengku Mariam mengerjakan Sara. Dia menyuruh Sara melakukan semua kerja rumah. Bibik sudah disuruh oleh Tengku Mariam untuk bercuti. Sara melakukan apa yang nenda suruh. Tengku Venna tidak suka ibunya memperlakukan menantunya seperti itu
"Mummy, please don't do this. Sara menantu keluarga kita. Tambahan pula, sekarang dia harus fokus study. Apa lagi kurangnya Sara di mata mummy?" Tengku Venna menegur sikap ibunya terhadap Sara.
"Suka hati mummylah. Mummy tetap tak suka dia. Mummy nak, Nora yang jadi isteri Rayyan. Bukan dia. She is nerdy, you know? Tak fashionable langsung. Malu tau kalau orang tahu menantu keluarga Megat Syah tak pandai berfesyen." Tengku Mariam mengkritik cucu menantunya.
"Mum, dia bukannya tak fashionable. Dia bersederhana. Thats good sebab dia tak membazirkan duit untuk pakaian, mekap, perhiasan dan sebagainya. She is beautiful and good enough, mum. Mummy tak payahlah buli dia lagi. Tak baik. Malu kita kalau keluarga dia tahu mummy buat dia macam ni." Tengku Venna tidak mahu hubungan kekeluargaan mereka dengan keluarga Sara menjadi buruk kerana sikap ibunya.
  Tanpa mereka sedari, Sara mendengar perbualan ibu dan nenek suaminya. Dia hairan kerana penampilannya juga dikritik oleh nenda. Nenda sentiasa ada alasan untuk membencinya. Sara sangat penat setelah siap mengemas rumah agam mertuanya itu. Pada malam itu, Sara tidur awal. Dia bahkan tidak menyedari telefonnya berdering kuat kerana ada panggilan dari Rayyan. Rayyan marah kerana berpuluh-puluh panggilan darinya tidak dijawab oleh isterinya. Selama ini, Sara tidur selepas Rayyan menelefonnya.
  Sudah seminggu Rayyan tidak menghubungi Sara. Panggilan dari Sara tidak dijawab dan mesej tidak dibalas. Sara yakin Rayyan marah kepadanya kerana tidak menjawab panggilan dari Rayyan pada malam itu. Dia betul-betul tidak sedar telefonnya berdering kerana terlalu lena akibat keletihan. Sara tidak berputus asa dan terus mencuba menghubungi suaminya. Sebulan berlalu. Rayyan tidak pernah menghubungi isterinya. Sara sudah malas melayan kerenah suaminya itu. Sara fokus dengan pengajiannya. Pernah juga beberapa kali dia melihat gambar Rayyan bersama seorang wanita di Instagram dan Fac Rayyan. Kemesraan antara Rayyan dengan wanita itu sangat jelas. Mana taknya, Rayyan memeluk bahu wanita itu dan menatap mata wanita itu. Sara tidak mahu masalah rumahtangganya menjejaskan pengajiannya. Biarlah Rayyan begitu. Nanti, tahulah dia berhenti.
  Semasa cuti semester pertama, Rayyan tidak pulang. Sara memutuskan untuk menemui suaminya. Dia tidak dapat membiarkan Rayyan berterusan begitu. Dia tidak mahu rumahtangga mereka hancur kerana hal kecil begitu. Sara tiba di Melbourne dan terus pergi ke apartmen Rayyan. Setibanya di sana, Sara disajikan dengan pemandangan yang membuat perasaannya bercampur aduk. Dia berasa marah, sedih, sakit hati dan sebagainya. Suaminya, Rayyan, sedang bermesraan dengan seorang wanita di apartmennya.
"Ray." Sara berkata lembut dan berusaha mengawal emosinya.
"Sara?" Rayyan segera bangun dari sofa tempat dia bermanja dengan Nora.
  Nora mengikuti Rayyan sehingga ke Melbourne. Dia juga menuntut di universiti yang sama dengan Rayyan. Rayyan termakan kata-kata manis dan rayuan Nora setelah beberapa bulan di Melbourne kerana dia berasa kesunyian. Nora sentiasa ada untuk menghiburnya.
"Ya, it's me." Sara berusaha untuk tidak menangis.
"Hai, I Nora. Kekasih Rayyan. You siapa?" Nora tidak mengenali Sara.
"Oh. Hai. I'm his cousin, Ariana." Sara mahu melihat reaksi Rayyan.
"Oh ya? Wah. So, you baru datang sini? Kenapa tak beritahu? I dan Rayyan boleh jemput you kat airport." Nora memegang tangan Sara.
"It's okay. I tak nak susahkan korang."
  Let's see. Sampai bila Rayyan tahan dengan drama ni. Sara mahu melihat sampai bila Rayyan tahan dengan lakonan itu.
"Nora, dia memang tak suka susahkan orang. Dahlah, sekarang you pergi siapkan sarapan." Rayyan hampir tergagap-gagap.
"Okey." Nora dengan selamba mencium pipi Rayyan.
  Ya Allah, sakitnya hati Sara ketika itu hanya Tuhan dan dia yang tahu. Sara mencuba untuk sabar dan mengawal emosinya. Jika ikutkan hati, sudah lama dua manusia di hadapannya itu makan penamparnya. Selepas sarapan, Nora pulang. Dia semalaman menemani Rayyan. Sara mengurungkan diri di kamar. Dia berasa sangat letih. Rayyan sudah beberapa kali mencuba untuk berbicara kepadanya tetapi dia mengelak. Hatinya terluka mengetahui perbuatan suaminya. Dia yang berada di Malaysia setia kepada suaminya sedangkan suaminya bersenang-senang dengan perempuan lain di Melbourne.
  Sudah dua hari Sara berada di Melbourne. Nora sangat ramah dan baik terhadapnya. Andai saja Nora tahu dia ialah isteri Rayyan. Nora turut mengajak Sara jalan-jalan di sana. Rayyan sudah kebingungan dengan sikap isterinya. Dia berasa serba salah kerana menduakan Sara. Sara pulang agak lewat selepas pergi membeli-belah bersama Nora. Selepas membersihkan diri, Sara bersiap memakai kemeja yang longgar dan separas pahanya. Dia berasa badannya agak panas pada malam itu. Rayyan sedang menonton televisyen semasa Sara keluar dari kamar dan pergi ke dapur.
  Selepas minum, Sara masuk ke kamar. Dia merasa bahawa dia akan demam. Sara menampal sekeping Cool Fever di dahinya. Rayyan berasa susah untuk tidur semenjak Sara datang. Dia memutuskan untuk pergi ke bilik Sara. Sara sudah tidur. Rayyan dapat melihat Cool Fever yang ditampalkan di dahi Sara dalam samar-samar cahaya lampu tidur. Rayyan membaringkan diri di sebelah Sara. Sara merasa tidur terganggu lalh bangun.
"Ray?" Sara terus duduk.
"Ya. I can't sleep. Tidurlah. I won't disturb you." Rayyan menarik gebar sehingga paras dadanya.
  Sara bangun lalu beredar ke sofa yang terletak tidak jauh dari katil. Dia membaringkan diri di sana. Rayyan berasa tersinggung.
"Ara, sebenci tu ke awak kat saya sampai tak nak tidur sebelah saya?" Rayyan memandang isterinya.
"Tanya diri awak. I am not your wife, right? Kalau awak anggap saya isteri awak dan awak ingat bahawa awak ialah suami orang, awak takkan menduakan saya. Awak takkan menyakiti saya." Sara sedih.
"Awak juga menyakiti saya. Hari tu saya call awak berpuluh-puluh kali, ada awak jawab? Mesej pun awak tak balas." Rayyan mengungkit hal itu.
"So, awak ada tak jawab call dan mesej dari saya? Awak tak hubungi saya selama berbulan-bulan sampai saya datang sini."
"Saya tak minta awak datang sini." Rayyan sudah naik angin.
"Saya datang sini sebab awak suami saya dan saya masih ingat bahawa saya isteri orang. Saya cintakan awak dan saya peduli tentang awak. Awak? Awak malah duakan saya. Ray, saya dah cukup tersakiti di rumah. Saya ingat dengan datang sini, saya akan gembira tapi sebaliknya. Awak malah bermesra dengan perempuan lain. Cukuplah nenda yang seksa saya. Awak pun nak seksa saya ke?" Akhirnya air mata Sara jatuh jua.
"Saya ajak awak sama-sama belajar kat sini, awak tak nak. Sekarang awak marah? Ra, saya kesepian kat sini. Noralah yang selalu menghibur saya." Rayyan duduk di hadapan Sara.
  Sara tidak berkata apa-apa lagi. Begitu juga Rayyan. Sara menempah tiket pulang ke Malaysia esok secara online. Dia tidak tahan dengan suaminya yang sudah banyak berubah. Keesokan pagi, Sara berasa susah untuk bangun. Kepalanya terasa sangat sakit dan pening. Rayyan terbangun apabila mendengar bunyi orang jatuh. Sara terjatuh dari sofa. Dia berasa mahu pitam. Rayyan segera membantu Sara untuk bangun.
"Saya boleh bangun sendiri." Sara menolak bantuan Rayyan.
  Rayyan tersinggung. Isterinya seakan menjauhkan diri darinya. Sara tidur semula. Dia akan balik dengan penerbangan malam nanti. Sara berharap demamnya membaik. Pada petang itu, Sara mengemas barang-barangnya.
"Ra, nak pergi mana dengan luggage tu?" Rayyan bertanya apabila melihat Sara yang membawa bagasi bersama.
  Sara tidak menjawab. Selepas menyarungkan kasutnya, dia beredar menaiki teksi ke lapangan terbang. Rayyan mengekori isterinya. Dia memerhatikan Sara dari jauh. Dia khuatir dengan keadaan isterinya yang kurang sihat. Setelah Sara masuk ke balai berlepas, Rayyan pulang.
  Setelah sampai di KLIA, Sara pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Sungguh dia terluka. Setiap kali walaupun diseksa oleh Tengku Mariam, Sara seperti tiada perasaan. Dia seakan mati rasa. Dia hanya mahu fokus terhadap pengajiannya. Soal Rayyan, dia ketepikan dulu. Mengapa dia harus peduli jika Rayyan tidak peduli?
  Semasa cuti semester kedua, Rayyan pulang. Semenjak Sara pulang hari itu, hati Rayyan tidak tenang. Mana mungkin Rayyan sampai hati melukai hati wanita yang dia cintai. Sara ialah cinta pertamanya. Sara ialah wanita selain ibunya yang amat memahaminya, mencintainya, memanjakannya dan membantunya dalam segala situasi ketika dia kesusahan.
  Semasa Rayyan sampai ke rumah, Tengku Mariam yang berada di gazebo terus menyambut kedatangan cucunya itu. Rayqal sudah sampai semalam. Rayqal tiada di rumah kerana menjemput Sara pulang dari kampus. Pak Jamal pula menjemput Megat Syah di lapangan terbang. Megat Syah mempunyai urusan bisnes di luar negara.
  Semasa Sara sampai, dia terus masuk ke kamar. Dia tidak menyedari Rayyan yang berada di gazebo. Dia pening. Assignment yang diberikan oleh para pensyarah membuat kepalanya pening. Dia mahu menenangkan diri.
"Sara." Rayyan menyapa Sara yang baru selesai membersihkan diri.
  Sara tidak berkata apa-apa. Setelah selesai berpakaian, Sara terus membaringkan diri di atas katil. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Rayyan pula naik angin kerana Sara tidak mempedulikannya.
"Sara Ariana! Suami balik pun tak nak sambut ke?" Suara Rayyan naik satu oktaf.
  Sara masih berdiam diri. Dia malas mahu melayan kerenah Rayyan. Yang ada nanti dia juga naik angin. Rayyan sudah hilang sabar.
"Sara Ariana!" Rayyan memekik.
"What? Boleh tak jangan ganggu saya dulu. I'm tired, Ray!" Sara bangun.
"Takkanlah sampai tak sambut suami balik." Suara Rayyan sudah kendur.
"I'm really tired with people and this life." Sara menangis.
  Sara menangis mengenang nasib diri. Sudahlah nenda membencinya, suaminya pula menduakannya. Rayyan mendekati Sara lalu memeluk isterinya itu. Namun, tidak terlintas di fikirannya, Sara menjauhkan diri darinya. Sara bangun lalu membaringkan diri di sofa.
"Don't disturb me." Sara memejamkan matanya.
  Sara terbangun pada pukul 4 petang. Sara cepat-cepat membersihkan diri. Dia harus menyediakan makan malam. Sara memasak asam pedas ikan tenggiri, sup ayam, daging masak hitam, kangkung goreng belacan dan sayur campur goreng sos tiram. Selepas solat Maghrib, mereka sekeluarga makan bersama. Selepas selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi, Sara masuk ke kamar. Dia duduk di atas buaian di balkoni. Dia mengerjakan assignmentnya.
"Sayang." Rayyan duduk di sebelah Sara.
  Sara masih fokus memandang laptopnya. Rayyan mengambil laptop isterinya lalu diletakkan di atas meja di hadapan mereka.
"Listen. I'm sorry. Maaf atas semua yang dah saya lakukan." Rayyan memegang tangan Sara.
"Listen, Ray. Jangan sentuh saya dengan tangan yang awak gunakan untuk sentuh perempuan tu. Jangan minta maaf kalau awak akan mengulanginya." Sara merentap tangannya.
"Ra, I'm sorry." Rayyan tidak mahu kehilangan Sara.
"Ray, kalau awak cintakan saya dan masih perlukan saya sebagai isteri awak, jangan sakiti saya. Awak duakan saya. You hurt me a lot, Ray. Saya kat sini setia pada awak. Tapi awak? Awak malah duakan saya. Kalau awak duakan saya dengan alasan awak kesunyian, awak ingat saya kat sini tak kesunyian? Saya terseksa kat sini, ada awak tahu? Awak kat sana berhibur dengan perempuan tu!" Sara menahan tangisnya.
"Saya dah minta maaf kan?" Rayyan naik angin.
"Awak belum berubah, Ray. Still pemarah macam dulu." Sara menggeleng-gelengkan kepalanya.
"So, awak tak cintakan saya lagi? Awak tak sayang saya lagi? Cuma sebab saya still macam dulu? Sara, saya janji akan berubah. Saya takkan ulang kesalahan ni." Rayyan tersinggung dengan kata-kata Sara.
"Ray, I love you. Masih macam dulu. Saya takut kehilangan awak." Sara memeluk Rayyan, dia harus mengalah. Jika tidak perbalahan mereka tidak ada hujungnya.
"Me too." Rayyan mencium ubun-ubun isterinya.
  Rayyan berjanji kepada dirinya bahawa dia tidak akan berhubungan dengan Nora lagi. Dia mencintai Sara dan dia sayang akan rumahtangganya.
  Hubungan Sara dan Rayyan sudah membaik. Tengku Mariam tidak berani membuli dan mengerjakan Sara selama Rayyan ada di rumah. Dahulu, Rayyan pernah memarahinya kerana membuli Sara. Rayyan membela Sara walaupun di hadapan neneknya sendiri. Dia tidak akan membiarkan siapa pun menyakiti isterinya. Namun, dia telah menyakiti hati dan perasaan isterinya. Walaupun Sara sudah memaafkannya, Rayyan yakin kepercayaan Sara terhadapnya sudah tidak seperti dulu lagi.
  Selepas cuti semester kedua habis, Rayyan kembali ke Melbourne. Sara kali ini telah memperingatkan Rayyan sebelum Rayyan pergi. Jika Rayyan berani macam-macam lagi, dia akan melakukan sesuatu yang sudah pasti akan membuat Rayyan menyesal. Seminggu berlalu. Sara mendapat khabar bahawa Rayyan kena tangkap khalwat dengan Nora. Megat Syah, Tengku Venna dan Tengku Mariam pergi ke sana. Sara tidak ikut kerana mempunyai ujian semester.
  Megat Syag dan Tengku Venna memarahi Rayyan. Rayqal juga datang ke apartmen adiknya setelah mendapat tahu hal itu. Tengku Mariam sahaja yang gembira kerana hasratnya untuk menjadikan Nora cucu menantunya akan tercapai. Rayyan berusaha mempertahankan diri. Dia tidak tahu apa-apa. Semasa dia sedang tidur, dia terkejut apabila beberapa orang dari pejabat agama datang. Nora pula keluar dari dapur dengan hanya dengan memakai kemeja paras paha. Rayyan memang tidak tahu apa yang terjadi. Setahunya, Nora tiada di sana semasa dia tidur tadi. Adakah Nora memerangkapnya?
  Sebaik sahaja selesai ujian, Sara terus menaiki penerbangan terakhir ke Melbourne pada malam itu. Dia tidak mahu suaminya terkena masalah yang bukan masalah suaminya. Dia akan membela suaminya. Mana mungkin seorang isteri sanggup melihat maruah suaminya dicemarkan? Sara tahu ada yang tidak kena.
  Setibanya di apartmen Rayyan, Sara terus masuk. Ahli keluarga Rayyan berada di ruang tamu, begitu juga Nora. Sara terus duduk di sebelah Rayyan.
"Sayang, I don't know how it happened. Tadi, Nora tak ada kat sini. Tiba-tiba, orang JAIS datang dan Nora ada di sini." Rayyan melutut sambil memegang tangan Sara.
"Ray, I trust you. I know how it exactly happen." Sara mengambil telefonnya lalu disambungkan ke kamera litar tertutup yang dia letakkan di ruang tamu.
  CCTV yang Sara pasang di apartmen suaminya dapat merakam kawasan pintu masuk dan ruang tamu. Dapat dilihat Nora masuk semasa Rayyan tidur. Nora menelefon pejabat JAIS. Suara Nora jelas kedengaran. Kemudian, Nora mengganti pakaiannya lalu ke dapur. Orang JAIS datang dan mereka ditangkap khalwat. Nora membela diri dan mengatakan bahawa semua itu tidak benar.
"It's not true!" Nora berdiri.
"Nora binti Hashim! Saya baru sampai. Is it possible for me to edit it? Jadi, maruah kau serendah ni? Masuk apartmen seorang lelaki yang merupakan suami orang dan memerangkapnya. Maruah kau serendah ni ke? Harga diri kau setakat ni je? Kau terdesak sangat? Terdesak sangat?!" Sara naik angin.
"Jaga mulut kau! You know nothing!!" Nora menempelak Sara.
"I know everything, Nora binti Hashim. Anak Dato' Farid dan Datin Damia? Kononnya. You are nothing. Nothing!!! Kau yang tak tahu apa-apa! Kau!!!" Sara menuding jari telunjuknya tepat ke mata Nora.
"Aku memang anak Dato' Farid dan Datin Damia. Kau tak payah nak buat cerita kat sini." Nora bertegas.
"Oh ya? Ni apa? Dato' Farid and Datin Damia are your boss. Kau? Kau hanya pembantu rumah yang mencuba untuk merampas Dato' Farid dari Datin Damia. Lepas tu, kau dekat dengan Rayyan untuk menumpang kesenangan dia. You are parasit, bitch!!" Sara benar-bemar sudah hilang sabar.
"Sara! Jangan nak fitnah orang!" Nenda membela Nora.
"Ini rancangan nenda dengan Nora kan? I know everything. Ini yang nenda nak kan sebab nenda berkenan sangat kat perempuan ni? Nenda, nenda sedar tak yang Nora memanfaatkan nenda? Nenda, selama ni Sara dah banyak bersabar dengan nenda. You are too much." Sara tidak dapat sabar dengan perbuatan nenda lagi.
  Nenda terdiam tak berkutik lagi. Memang itu rancangannya dengan Nora. Dia hairan bagaimana Sara boleh tahu.
"Jadi semua ni rancangan nenda? Sampai hati nenda kan? Selama ni Yan percaya sangat kat nenda tapi nenda dah buat Yan tak percaya pada nenda lagi." Rayyan sedih dengan sikap neneknya.
"Ini buktinya kalau nenda tak percaya." Sara menunjukkan rakaman video Nora bersama beberapa orang lelaki dan biodata Nora.
  Tengku Mariam terngaga setelah melihat rakaman video dan biodata Nora. Dia memarahi Nora. Dia berasa tertipu sangat. Tengku Mariam menampar pipi Nora. Nora terus pergi. Dia berasa sangat malu kerana perbuatannya telah terbongkar. Sara memfailkan saman terhadap Nora atas pencemaran nama baik suaminya. Nenda meminta maaf kepada Sara. Rayyan bangga terhadap Sara. Sara ternyata bukan wanita sembarangan. Sara sangat pintar. Buktinya, dia memasang CCTV di apartmen suaminya tanpa pengetahuan Rayyan.
"I'm proud of you, sayang." Rayyan mencium tangan isterinya.
"Kalau awak berani macam-macam lagi, awak tak boleh belajar kat sini lagi." Sara memeluk Rayyan.
  Pada malam itu, Rayyan tidur nyenyak sekali. Dia sangka Sara tidak akan datang tadi. Mana taknya, semasa dia mahu balik tempoh hari Sara sudah memperingatkannya bahawa Sara akan melakukan sesuatu yang akan membuat dia menyesal jika dia ada masalah dengan Nora lagi. Dia bangga mempunyai isteri seperti Sara.
  Pengajian Sara tinggal beberapa bulan saja lagi. Dia telah disahkan hamil. Usia kandungannya baru dua bulan lebih. Rayyan mengusik Sara bahawa bakal bayi mereka itu made in Melbourne. Selepas tamat pengajian, Rayyan kembali ke Malaysia. Sara sekarang mengambil alih Mega Holding daripada ayahnya. Rayyan pula membantu Rayqal di syarikat mereka, RR Holding. Tengku Mariam kini sangat menyayangi Sara. Dia mengambil berat tentang pemakanan Sara. Dia mahu cicitnya sihat. Tengku Arman dan Tengku Raisha sangat gembira apabila mendapat tahu anak mereka hamil. Mereka bakal jadi datuk dan nenek.
  Pada suatu hari, Rayyan balik lewat dari pejabat kerana banyak kerja. Sara tidak dapat tidur. Semenjak hamil, Sara tidak dapat tidur tanpa Rayyan. Sara menunggu Rayyan di bilik mereka. Semasa Rayyan masuk ke kamar, Sara terus memeluk Rayyan. Dia merindui suaminya itu walaupun baru beberapa jam tidak berjumpa.
"Sayang, saya bau ni, belum mandi." Rayyan tidak mahu dekat dengan isterinya jika dia belum mandi.
  Rayyan sangat mementingkan kebersihan diri dan sekitar.
"I miss you. Kenapa lewat balik?" Sara merengek manja.
"Banyak kerja kat pejabat. Kenapa belum tidur ni? Sayang mesti banyak berehat. Kasihan baby." Rayyan mengusap rambut Sara.
"Tunggu awak. Kan saya tak dapat tidur kalau awak tak ada." Sara memeluk leher suaminya.
"Dah, dah. Tidur dulu. Saya nak mandi." Rayyan mendukung Sara dan membaringkan Sara di atas katil.
"Okey." Sara mencium pipi Rayyan.
  Selepas selesai mandi dan memakai seluar pendek serta baju tanpa lengannya, Rayyan membaringkan diri di sebelah Sara. Sara terus memeluk suaminya dan meletakkan kepala di atas dada suaminya. Rayyan mengucup ubun-ubun isterinya.
  Rayyan berjanji kepada Allah dan dirinya sendiri bahawa dia tidak akan pernah menyakiti hati dan perasaan isterinya lagi. Dia akan menyayangi isterinya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Sara pula mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan dan hubungan mereka bertambah baik dengan kehadiran anugerah terindah dalam hidup mereka kelak, zuriat tanda cinta mereka.
                         
                               ??TAMAT??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience