Rate

PROLOG

Adventure Series 1027

"Puteri Titania tidak boleh memerintah kerajaan Merdia!"Datuk Panglima menghentam meja.

"Patik setuju Datuk Panglima,kerana bagi patik seorang perempuan tidak boleh menjadi seorang pemerintah."Tambah Datuk Keuangan Negara.

Seorang wanita yang berambut kuning-keputihan dan berpakaian serba-serbi mewah tergesa-gesa pergi kearah 'Ruang Perbincangan'.Kaki dia dihentak-hentak kuat dalam keadaan marah.

"Puteri! Ber....berhenti,para-para datuk masih berbincang..... tentang hal pemerintahan."Dayang termengah-mengah mengejar Puteri Titania.

Puteri Titania lansung tidak menghiraukan dayang itu.Darah Titania sedang membuak naik.Degupan jantungnya berdegup laju.Dahi dan badan dipenuhi peluh.Perasaan takut juga dirasai.Apakah,keputusan yang bakal dibuat Titania adalah keputusan yang tepat?Entahlah dia masih tidak tahu dapatkah dia memperolehi tanggungjawab yang berat ini.

Senyum Titania,senyum.

Senyuman diukir secara paksa,tetapi tidak terlalu palsu.Pintu yang disalut emas,dihiasi batu permata,ditolak Titania.Nafas ditarik dan hembus.Datuk Kesihatan Negara mengalihkan perhatian kepada Titania.Mata mereka semua membulat.Mereka terkejut akan kehadiran tuan puteri.

"Maafkan saya,Datuk Panglima"

Jari Datuk Panglima dihayunkan tanda isyarat menyuruh dayang itu untuk beredar.

"Tuan puteri....."Datuk Panglima memberi tunduk hormat."Apa hajat puteri datang ke mari,boleh patik membantu.'

"Datuk Panglima ini istana beta,jadi tak salahkan beta mahu pergi ke mana pun beta suka. Beta ingin membicarakan tentang pelantikan raja baru."Titania berkata sambil tersenyum sinis.

Dahi para-para datuk mula berkerut,sudah semestinya Puteri Titania ingin menuntut tahta tersebut kerana dia adalah satu-satunya anak kepada Allahyarham 'Raja Authurn',tetapi datuk-datuk ini lebih bersetuju jika 'General Aundrey' menggantikan tempat ayahandanya.Tetapi Titania membantah kerana General Audrey atau lebih dikenali sebagai Putera Audrey(bapa saudara Titania) pernah khianat,Merdia!Dia menjual bahan-bahan api negara kepada musuh.Nasib baik ayahanda,Titania mendapat tahu tentang perkara ini dan jatuhkan hukuman penjara selama 50 tahun.Jika General Audrey dilantik menjadi raja kemungkinan kerajaan Merdia akan porak-peranda.Itu hanyalah pada pandangan Titania.

"Hmm...kami berfikir yang Putera Aundrey amat sesuai untuk menjadi raja."

"Beta menentang!Beta ialah Puteri Mahkota jadi sebaiknya beta yang menggantikan tempat ayahanda!Lagi pula,Putera Audrey telah mengkhianati negara Merdia Dan dia tidak layak."

"Tetapi kita tidak boleh melanggar adat,tuan puteri."Sambung Datuk Kewangan Negara.

"Derhakanya kamu pada ayahanda,sanggup kamu untuk menggantikan tempat ayahanda dengan pembelot durjana itu."

"Ohhh....pembelot.Kau tu apa?Kau tu kena sedar yang kau tu anak pungut!"Muncul Putera Aundrey disebalik kerusi diraja milik Raja Authurn.

"Aku tau aku ni hanya anak angkat ayahanda je.Tapi kau tu,darah daging ayahanda.Kau sanggup mengkhianati ayahanda."

"Datuk Panglima suruh pengawal heret Tuan Puteri ni keluar dari Istana!"Titah Putera Aundrey.

Dua orang pengawal datang ke ruangan itu.Mereka memegang lengan Titania dan menariknya.

"Lepaskan,aku!Lepaskan aku!"

"Selamat tinggal anak buahku yang tercinta....heheheeh!"Gelak Putera Aundrey.Ini bukan gelak yang biasa,bagi dia ini ialah gelak kemenangan.


Kedua orang pengawal mencampakkan Titania di luar istana.Sesaat Titania ingin berlari masuk,pengawal menutup gerbang masuk kerajaan Merdia.Belakang Titania disandarkan ke pintu.Tangan pula menutup muka.Air mata mengalir ke tapak tangan Titania.Dia sebak,tidak dapat menunaikan hasrat ayahandanya supaya mencegah Putera Aundrey.Raja Authurn amat lali dengan perangai Putera Aundrey yang pecah amanah dan bongkak.Jadi tidak heranlah jika dia tidak mahu adiknya menjadi raja.

Maafkan Titania,ayahanda.Titania lemah dan tidak mempunyai apa-apa tanpa ayahanda...

Titania,bahawasanya seseorang yang gagal itu tidak semestinya akan gagal buat selamanya.Kalau,anakhanda rasa kegagalan dalam diri anakhanda.Ingatlah pesan ayahanda ni ye.

"Jangan risau ayahanda.Titania akan meramapas semula dari tahta dari mereka!Itu sumpahku!"Sumpah Titania didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience