Rate

FELIX BUDIMAN

Short Story Completed 493

Suatu masa dahulu ada seekor kucing bernama Felix. Felix merupakan kucing yang sangat cantik bulunya. Apabila matahari terik bulunya bersinar terang umpama bintang. Dan bila malam bulu Felix menjadi berbelang seperti Pelangi. Namun begitu Felix tidak pernah sombong pada kawan-kawannya yang lain. Felix tinggal bersama seorang perempuan tua di banglo putih dihujung kampung. Setiap hari Felix dibelai dan dimanjai. Bulunya sering sahaja disikat rapi. Saban malam pula Perempuan Tua itu akan membelainya sambil melihat bintang yang bersinar

Disebalik dinding rumah Banglo itu terdapat sebuah lubang kecil yang didiami oleh Roco dan Kiki. Saban malam Roco dan Kiki si tikus kecil akan keluar mencari makanan. Roco dan Kiki juga merupakan kawan kepada Felix si kucing cantik. Apabila tiba waktu malam Felix akan memberikan keju dan pelbagai jenis makanan kepada Tikus kecil ini.

Pada suatu hari Roco dan Kiki keluar berjalan-jalan. Sedang mereka bermain di balik timbunan dedaun tiba-tiba datang seekor kucing jantan yang sangat besar dan garang. Roco dikejar oleh Kucing jantan itu. Kiki sempat menyorok di balik Tin kosong. Dari kejauhan Roco mencicit lari dikejar Kucing jantan itu. Kiki pulang ke rumah dengan perasaan sedih

Apabila malam menjelang tiba Roco masih lagi tidak pulang ke rumah. Kiki teresak menangis. Menanti kepulangan Roco. Felix seperti biasa duduk dihadapan dinding yang sedikit berlubang yang merupakan pintu rumah Kiki dan Roco. Lama di tunggu kedua sahabatnya itu tak keluar lagi

“meawwww meaoww” Felix mengiaw memangiil sahabatnya

“mana Kiki dan Roco ni kebiasaanya dah ada dekat sini” Felix meninjau di sebalik lubang itu

Kiki keluar dari lubang kecil itu sambil menangis

“Kiki mengapa kamu menangis?

Mana Roco ?” Tanya Felix kehairanan matanya meliar mencari kelibat Roco si tikus jantan.

“Roco di kejar kucing jantan petang tadi semasa kami keluar bersiar-siap” beritahu Kiki sambil menangis

Felix turut bersimpati.

Pada keesokan paginya. Roco masih lagi tidak pulang. Kiki sudah putus asa. Felix kasihan melihat sahabatnya itu.

Hari demi hari Roco masih lagi tidak pulang. Kiki jatuh sakit dan akhirnya mati. Felix bersedih dengan apa yang terjadi.

Sejak Roco dan Kiki tiada di rumah itu. Felix menjadi sunyi. Hampir sepanjang masa Felix menanti dilubang kecil itu dan meletakan keju dihadapannya. Sesekali air matanya mengalir.

Pada suatu malam Felix meletakan seketul keju di hadapan lubang itu, lalu datang seekor semut Hitam si Dudu cuba menarik keju itu. Felix hanya memerhati dan berkata

“wahai semut hitam yang kecil mahukah kau berkawan dengan ku” soal Felix kepada semut Hitam itu.

“Tidak aku tidak mahu berkawan dengan kau… kau adalah musuh kami” jerit Semut Hitam Si Dudu.

Felix sedih dan berjalan meninggalkan semut hitam itu bersama kejunya tadi.

Sejak dari itu Felix hanya meletakan keju di lubang kecil itu sementara dirinya duduk di hujung penjuru melihat gelagat si semut kecil bersama kawan-kawannya menarik keju yang diletakan. Hari demi hari berlalu Felix masih meletakan makanan disitu. Bahkan bukan sahaja keju malah segala jenis makanan disitu. Semut kecil yang dahulu hanya sedikit kini semakin banyak. Sesekali Felix mengeow menganggu sekumpulan semut itu dari jauh.

Pada suatu hari Felix tertarik untuk berjalan-jalan di luar kawasan rumah. Felix tertarik dengan ladang bunga yang terletak di seberang jalan rumahnya.

“wah cantiknya bunga ni…” Felix tertarik dengan keindahan disitu. Ini la kali pertama dirinya melangkah ke taman itu. Mungkin disini sahabatnya Roco dan Kiki dahulu bermain. Felix khusyuk sambil mengejar rama-rama yang berterbangan.

Tiba-Tiba

SPLASHHH!!! satu semburan air tepat kene pada mata kirinya. Melompat-lompat Felix berlari dari rimbunan ladang bunga disitu. Terpisat-pisat Felix mengosok mata kirinya.

Makin lama mata kirinya menjadi pedih. Felix mengeow ngeow mengadu kesakitan

“meow meow”

Akhirnya Felix tertidur.

Pabila malam menjelang tiba, Felix masih di bakul tempat tidurnya. Badannya menjadi semakin lemah. Mata kirinya yang tadi pedih menjadi kabur sebelah. Dengan badan yang tak larat Felix melompat keluar dari bakulnya dan menuju ke dapur. Seketika Felix muncul dengan keju di mulutnya dan diletakan di tepi Lubang dimana semut-semut kecil itu mendapatkan makanan. Sebaik sahaja meletakan makanan yang dibawa Felix kembali ke bakulnya.

Seperti biasa sang semut hitam si Dudu kembali ke tempat itu. Kali ini Dudu berasa hairan mengapa Felix tidak berada disitu. Seperti kebiasaan. Sebaik sahaja rakan-rakannya yang lain mengangkat keju ke sarang. Dudu mencari kelibat sang kucing yang baik hati itu. Sebaik sahaja ternampak bakul tempat tidur Felix, Dudu memanjat melihat keadaan Felix

“wahai kucing yang baik hati… apa yang terjadi padamu… kamu sakit kah” soal sang semut hitam. Felix hanya membuka mata kanannya yang tidak sakit.

“Semut hitam tidak takutkah kau padaku” soal Felix serta merta.

“tidak… kau seekor kucing yang baik hati” jawab semut hitam.

“bolehkan kita bersahabat?” soal Felix lagi. Tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggungnya

“ye.. mulai sekarang kita sahabat”

Felix dan Sang Semut hitam Dudu bersalaman tanda persahabtan.

“kau sakit kah ” soal Dudu si semut Hitam

“Mata aku di sembur Racun tumbuhan semasa aku berjalan-jalan ditaman bunga petang tadi” beritahu Felix sambil itu dia menggosok matanya yang semakin pedih dan tidak dapat dibuka lagi.

Malam itu Sang semut Hitam dudu menemani Felix yang sedang sakit. Felix sangat gembira kerana dia sudah ada sahabat baru.

Keesokan paginya sewaktu peremempuan tua itu mahu memberikan Felix makan. Dia perasan yang mata kiri Felix berair dan tidak boleh dibuka. Terus Dibawa Felix ke Klinik untuk diberikan rawatan.

Malah semasa Felix dibawa ke Klinik Dudu sang semut Hitam menemani Felix dengan Duduk Di balik Bulu Felix yang cantik. Felix yang mengjaknya.

Seminggu kemudian mata Felix kembali pulih. Felix dan Dudu menjadi sahabat dan mereka berdua bahagia tinggal di rumah banglo putih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience