BAB 3~SERANG

Romance Completed 33583

JAM menunjukkan pukul 8:21 pagi, terlihat Airin awal pagi lagi sudah berada di hospital oleh kerana beberapa harini di susah untuk tidur. Kadang-kadang, semalaman matanya berjaga. Seharusnya bila merasa penat, pasti tertidur bukan? . Tapi ini tidak, malah matanya segar langsung tiada tanda-tanda mengantuk sama sekali.

'Nasib baiklah, Tuan Ivan semalam batalkan pertemuan tu. Kalau tak, memang matilah aku. Pakcik pun satu, dah tahu malam tu aku kerja. Boleh pulak dia kerjakan aku, sampai takda nafas di buatnya. Huh !. Nasib kaulah Airin, dapat pakcik bernafsu binatang macam dia.' Gumamnya.

Sedang dia bermain dengan telefon bimbitnya, tiba-tiba saja telefon bimbitnya dirampas oleh seseorang. Serta merta Airin mendonggak ke atas bagi memastikan gerangan siapa yang berani berbuat demikian.

"Kau Airinkan."

"Kau lagi. Ada apa?." Soal Airin, sambil bangun dari duduknya.

Soalan Airin di balas dengan tamparan kuat wanita berkaca mata itu. Entah apa salahnya, dia pun penting untuk berfikir. Namun yang pasti, ini pasti isteri antara clientnya.

"Argh..Kau dah kenapa?. Tampar orang tanpa alasan." Kesal Airin, sambil menyentuh pipi kanan yang terasa perih dan terbakar itu.

Tidak di hiraunya lagi orang-orang yang memandang sinis terhadap mereka.

"Dasar pelacur. Kaukan simpanan suami aku."

"Suami kau yang mana?."

"Oh, ternyata bukan suami aku saja yang kau layan. Kau memang sundal !!. Tak takut dosa ke?."

"Betul, dan tepat sekali !. Aku memang sundal. Kenapa?. Kalah saing?.  Sebelum kau serang aku, baik kau tanya sendiri dekat suami kau tu. Kenapa dia bayar aku untuk layan nafsu dia. Kau tak boleh salahkan aku. Itu dah memang kerja aku. Kalau suami kau tu tak bayar aku, mananya aku nak layan dia free-free. Rugilah aku." Lawan Airin.

"Kau memang perempuan tak tahu malu. Dah rampas suami orang, habistu berlagak tak bersalah. Muka kau tu di perbuat dari tembok mana?. Huh, tembok mana !. Di sebabkan kau, suami aku dah berubah. Dia dah kurang perhatian pada aku. Sering keluar malam, balik pagi.  Setiap kali pulang ke rumah, pasti bekas lipstik kau ada di baju kemeja dia. Kau sengajakan."

"Suami kau mesti, Tuan Hia kan." Airin meneka.

"Mana hati nurani kau sebagai sesama perempuan. Kau tak fikir ke perasaan isteri dia. Jika kau di posisi aku, baru kau tahu betapa lukanya hati, bila dapat tahu suami berpaling pada yang lain. Kau tak takut karma ke?."

"Sekali lagi aku tegaskan, yang aku hanya kerja dan di atas aku ada boss yang memantau. Kalau aku tak turuti kemahuan client aku. Kau tahukan akibatnya. Tapi jika benar suami kau Tuan Hia. Kau beruntung dapat dia, orangnya lembut habistu pemurah lagitu. Aku ingatkan dia setia pada isteri dia, ternyata sebaliknya. Oh ya, dia ada bagitahu aku yang isteri dia kuat shopping, selalu keluar enjoy dengan kawan-kawan sampai larut malam. Kadang-kadang pergi oversea sampai tak ingat pulang. Jadi, sekarang ni salah siapa?."

"Huh, pelacur tetaplah pelacur. Walaupun kau mandi beribu kali sekalipun, kau tetap kotor. Entah apa, keistimewaan kau, aku pun tak tahu, yang aku tahu kau sarang penyakit. Nanti kau mati, tak payah malaikat tanya dah. Kau memang confirm masuk neraka."

"Sekotor aku pun. Suami kau masih tertarikkan. Itu bermakna aku lebih menarik dari kau. Soal neraka atau syurga itu urusan aku dan Allah. Kau siapa nak hakimi aku."

"Barang murah pasti banyak yang nak."

"Suka hati kaulah, nak menilai aku seperti apa. Oh ya, baru aku ingat. Kau nak tahu, Tuan Hia, baru-baru ni hadiahkan aku kereta tau. Kau ada?. Oh lupa pulak, kau kan isteri sah. Pasti lebih dari keretakan." Perli Airin.

Sakit hatinya kini telah sampai ke tahapnya, lantas melayangkan tamparan kuat pada pipi Airin. Namun, belum sempat tangannya menyentuh kulit pipi Airin. Ada seorang pemuda terlebih dahulu menahan tangannya.

"Kalau kau sentuh dia lagi, aku tak teragak-agak untuk balas 10 kali ganda dari apa yang kau buat." Ugutnya, lalu menolak tangan wanita tersebut.

Mendengar suara yang tidak asing baginya, Airin membuka matanya perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sosok lelaki tersebut jelas kelihatan. Dan ternyata....,

"Uncle."

"Wah, hero dah datang. Kau siapanya dia?. Oh, kau mesti client diakan."

"Client?. Aku tak rasa aku ni client. Kan sayang." Jawab Inn, tanpa ragu dengan menatap Airin yang dalam ketakutan itu. Lalu di genggam erat tangan gadis itu.

"Jangan takut, saya ada." Katanya, sambil mengelus ubun-ubun Airin, sudah seperti memujuk anak kecil yang merajuk pulak.

"Sayang?. Kau suami dia?."

"Doakan saja, biar aku cepat halalkan dia. Pesan aku, kalau tak nak suami kau menduakan kau.  Baik kau rantai, kaki tangan dia. I think, itu cara terbaik untuk mengelak suami kau cari perempuan lain."

"Baguslah, kalau kau nak halalkan dia. Tapi, rugilah. Dapat barang bekas yang takda nilainya."

"Kadang-kadang, barang bekas lagi berguna dari barang baru. Tak ke macam tu?." Balas Inn, "Kau dah tampar dia sampai merah-merah macam ni. Patut ke aku balas?. But, aku tak pukul perempuan. Atau mungkin, suami kau saja sebagai gantinya."

"Jangan berani-berani sentuh suami aku. Kalau tak..."

"Maaf Cik, tuan. Tolong, jangan gaduh dekat sini. Hormat pesakit lain." Nurse mencelah.

"Baiklah nurse. Sebaiknya kau pergi, aku malas nak bertengkar lagi."

"Ingat. Ini bukan pengakhirannya." Ugutnya, lalu melangkah pergi.

Lantas Airin menarik tangannya dari terus di genggam Inn,

"Terima kasih dah tolong saya tadi uncle. Kalau tak, tercabut kot rambut ni di buatnya."

"Lain kali, bawa orang untuk temankan kamu. Jika tidak, bukan hanya rambut awak saja yang tercabut. Nyawa pun ikut tercabut sekali."

"Itu yang saya nak. Uncle buat apa dekat sini?. Sakit apa?."

"Periksa kesuburan."

"Periksa kesuburan?. Ada ke?."

"Ada. Maklumlah saya dah tua. Harus sentiasa periksa benda-benda penting macam ni. Kamu juga patut periksa."

"Tak perlu periksa pun. Saya di jamin subur."

"Baguslah." Kata Inn dengan nada suara sedikit berbisik.

"Apa?. Maaf saya tak berapa dengar. Uncle cakap apa?."

"Hurm..yang kamu ni, buat apa dekat sini?. Sakit ke?." Tukar topiknya.

"Sakit tu tak, hanya masalah dengan tidur. Tulah nak minta saran dokter, apa yang patut saya buat. Mana tahukan, dia bagi saya ubat tidur. "

"Tu..." sapaam Rian terhenti ketika memandang seorang gadis yang tidak asing bersama Inn. "Eh Cik Airin." Sapa Rian, lantas menghampiri mereka.

"Encik Rian. Buat apa dekat sini?."

"Buat apa lagikan kerjalah. Cik Airin pulak, buat apa dekat sini?. Merah-merah dekat pipi tu dah kenapa?."

"Saya tak boleh tidur dalam beberapa harini, sebab tulah saya datang sini. Nak mintak saran dokter.  Pipi ni pulak, tadi ada orang gila serang saya, siapa lagikan kalau tidak isteri client saya.  Oh ya, Encik Rian kerja sini ke?. Dokter?."

"Layak ke saya jadi dokter Cik Airin, agak-agaklah. Saya temankan boss buat pemeriksaan. Tak sangka pulak, dia ada bersama Cik Airin."

"Mana dia?. Dari tadi tak nampak pun."

"Ai, boss saya depan mata ni pun Cik Airin tak nampak. Tak patut. Saya rasa Cik Airin patut buat pemeriksaan, alang-alang dah dekat hospital nikan. Mana tahu, mata Cik Airin bermasalah."

Seketika Airin terdiam, seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar.

'Oh no, dia ni Tuan Inn?. Biar betul !.' Gumamnya.

"Terkejutkan. Samalah dengan saya. Untuk tuan sendiri, tuan masih kenal tak dengan Cik Airin?." Soal Rian, memandang bossnya yang tidak lepas menatap Airin tanpa berkedip sama sekali.

"Bagaimana bisa aku melupakan, tunang kesayangan aku ni. Kan sayang." Jawab Inn, sambil mengukir senyuman penuh maknanya di kala memandang wajah Airin yang masih blur itu.

"Oi. Jangan nak mengarang ceritalah. Sejak bila saya ni tunang tuan?. "

"Kamu lupa dengan janji 2 tahun yang lalu, dan sampai sekarang janji yang kamu buat masih hangat di fikiran saya. Takkan kamu dah lupa kot."

"Ini bukan pertama kalinya saya berjanji. Itu hanya sebuah kata lisan, untuk menenangkan hati setiap client saya. Saya tak bermaksud nak tunaikan. So, kalau takda apa lagi. Saya minta diri dulu." Pamit Airin, lalu melangkah pergi.

"Janji adalah hutang."

Langkah kaki Airin serta merta terhenti,

"Kalau dengan orang lain, mungkin itu hanya sebuah lisan yang takda artinya. Tapi bagi saya, sebuah janji  sama  pentingnya dengan nyawa. Saya dah menanti selama 2 tahun lamanya. Selama dua tahun tu, saya biarkan kamu bersedia dari segala aspek. Takkan 2 tahun yang saya bagi, masih tak cukup. Seharusnya lebih dari cukupkan."

"Saya bukan gadis yang baik untuk di jadikan isteri. Tuan tahu latar belakang saya seperti apa. Sebaiknya tuan lupakan jelah. Saya juga tak mungkin kahwin. Kata kahwin langsung tak terlintas di fikiran saya. Tolong faham."

"Fine. Teruskanlah dengan pendirian kamu yang langsung tak masuk di telinga saya. Saya akan tetap mengejar dan terus kejar, sehingga kamu pada akhirnya menyerah dan lelah." Ugut Inn lalu melangkah pergi.

Rian sebagai pihak tengah, hanya mampu mengerut dahinya. Janji?. Janji apa?. Inn langsung tidak memberitahunya.

"Oi. Kau dah kenapa tercegat situ. Kau nak aku pecat ke?." Teriak Inn.

"Jap." Balas Rian, lalu memandang Airin.  "Cik Airin saya pergi dulu. Si singa tu dah marah pulak. Sebaiknya kalau ada janji tu, tunaikan. Tuan Inn bukan boleh di buat main. Seram Cik Airin tahu." Pesan Rian lalu segera melangkah mengikuti Inn.

'Ingat aku takut?. Lambat lagi.'

* * * * *

TERLIHAT Tuan Khai kedatangan tetamu dengan membawa banyak hadiah bersamanya. Bukan hanya hadiah,  lelaki itu juga membawa banyak bodyguard mengelilinginya.

"Mana Airin?."

"Dia sekarang dekat hospital, kejap lagi baliklah tu."

"Dia sakit?. Kenapa tak bagitahu aku yang dia sakit."

"Dia tak sakit. Hanya tak dapat tidur, itu saja. Tuan jangan risaulah. Oh ya, berbalik pada tuan. Apa hajat datang kemari?."

"Pada mulanya aku nak ajak Airin pergi jalan-jalan, sekali nak pakai dia malam ni. Tapi dia takda. Apa boleh buatkan. Tapi aku ada sesuatu nak bincang dengan kau."

"Apa dia tuan?."

"Memandangkan aku dah jatuh hati pada Airin. Dia dah berjaya buat aku angau, sampaikan aku gelisah kalau tak jumpa dia.  Jadi aku berhajat, nak jadikan dia isteri kedua aku dalam masa terdekat. Kalau boleh secepatnya."

"Jadikan isteri !. Biar betul?. Saya tak salah dengar ke ni?."

"Kau tak salah dengar. Aku benar-benar dah berkenan dengan Airin sampaikan bayang-bayang dia menganggu hari-hari aku. Kau tak perlu khawatir, kalau dia jadi isteri aku. Di jamin, kau juga akan hidup serba mewah dan takkan ada lagi yang berani tindas korang."

"Masalahnya, Airin tu bukanlah anak dara lagi. Tuan tahu pekerjaan dia seperti apa. Tuan berhak dapat yang lebih terhormat dari dia."

"Cinta mengubah segalanya. Kekurangan dia bagi aku adalah satu kelebihan. Tak perlu aku jelaskan, betapa aku mengangumi Airin. Intinya aku nak dia, jadi milik aku. Kalau kau setuju, harini juga aku bawa dia."

"Isteri dan anak tuan macam mana pulak?. Saya tak nak Airin, terluka. Kalau ada jaminan untuk itu. Saya tak keberatan, serahkan Airin pada tuan. Tapi tulah, kalau dia dah jadi isteri tuan nanti. Mana saya nak cari duit, Airin kan sumber kewangan saya. Susah untuk saya nak lepaskan dia." Ujar Tuan Khai bersahaja.

"Anak dan isteri aku, semuanya dah setuju. Kalau mereka berani sentuh Airin. Padahlah jawabnya. Aku tak tinggal diam, dan untuk kehidupan kau. Aku akan transfer setiap bulan RM200,000. Bukan itu saja, kau boleh minta apa saja. Akan sebisa mungkin aku turuti."

Senyuman Tuan Khai kembalii terukir lebar, oleh kerana tawaran yang menguntungkan. Lebih-lebih lagi, dari Tuan Ivan. Tidakkah nanti, hidupnya akan bertambah senang.

"Baiklah. Saya setuju, serahkan Airin pada tuan. Tapi ingat dengan apa yang tuan cakap tadi. Jika tidak, saya tak teragak-agak untuk ambil kembali anak saudara saya. Saya juga berhak atas hidup Airin."

"Kau jangan risaulah. Aku akan tepati semua janji aku. Asalkan, Airin milik aku sepenuhnya."

"Pakcik." Sapa Airin.

"Panjang umur dia tuan. Meh sini."

Arahan Tuan Khai, di turuti pasrah. Setapak demi setapak kakinya melangkah menghampiri mereka.

'Ish, aku ni letih. Apalagi yang orang tua ni nak?. Tak boleh tengok orang senanglah.' Gumam Airin.

Kehadiran Airin membuatkan senyuman Tuan Ivan terukir lebar. Matanya terus berbinar, tidak lepas memandang kecantikkan Airin yang tiada tandingnya.

"Apa dia pakcik?." Soal Ai, sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Tuan Khai.

"Kamu dari mana?. Dah kenapa pipi tu?." Soal Tuan Khai kembali sambil membelek-belek wajah Ai kiri dan kanan.

"Macam biasalah pakcik. Isteri Tuan Hia serang saya lagi. Kalini dia gunakan kekerasan. Esok lusa, mungkin nyawa pula yang dia nak."

"Hia?. Kamu jangan risau, nanti pakcik yang urusan dia untuk kamu. Sekarang ni, pakcik nak persetujuan tentang Tuan Ivan. Dia nak kamu, jadi isteri dia."

"Isteri !."

"Ya, isteri. Kamu setuju tak?."

"Bukan tuan dah ada isteri ke?. Saya tak nak musnahkan rumahtangga tuan. Lebih-lebih lagi, tuan ada anak. Saya takut pada mereka."

"Jangan risau. Jika mereka berani sentuh kamu, saya tak teragak-agak untuk musnahkan mereka. Itu demi kamu sayang."

"Oi. Zaman sekarang ni Ai, tak perlu fikirkan perasaan orang yang penting, kita senang. Kan tuan."

"Tepat sekali. Kamu akan hidup senang di sisi saya. Saya jamin 100 peratus."

"Maaf. Kalini, saya dengan pendirian saya. Saya tak nak jadi isteri tuan !. Titik." Tegas Airin dengan nada sedikit tinggi.

"Airin !. Hormat sikit dengan orang yang lebih tua dari kamu."

"Sedar diri dah tua. Dah bau tanah juga. Jangan nak mengatal. Saya tak mungkin, korbankan diri saya untuk jadi yang kedua. Lagipun, saya tak layak di jadikan isteri. Tak takut penyakit ke?. Sebaiknya jaga keluarga baik-baik, selaginya jantung masih berdegup." Lawan Airin lalu segera melangkah pergi.

"Airin !."

Raut wajah Tuan Ivan bertukar bengis, senyumannya pula semakin memudar.  Lantas orang-orangnya menahan Airin dengan mengari tangan gadis itu.

"Lepaslah." Airin meronta-ronta.

"Sepanjang hidup aku, belum ada lagi yang menghina aku seteruk ni. Lebih-lebih lagi dari seorang pelacur macam kau. Aku datang sini baik-baik. Tapi kau buat aku macam ni. Kau belum tahu aku ni siapa."

"Hurm...Macam nilah tuan. Saya minta maaf atas apa yang Airin buat. Tentang Airin, nanti saya uruskan. Sebaiknya..."

"Kau diam !. Anak buah kau ni, dah hina aku. Airin harus terima hukuman setimpal dengan luka yang dia coret di hati ni. Bawa dia masuk kereta. Kalau dia masih memberontak, suntik dia ubat penenang." Arah Tuan Ivan. 

"Baiklah tuan." Jawab pengikutnya lalu menarik paksa Airin untuk ikut dengannya.

"Lepaslah. Aku tak nak. Pakcik tolong Ai."

"Tuan nak bawa dia kemana?." Panik Tuan Khai.

"Nanti aku transfer duit masuk akaun kau. Kau jangan risau, aku tak bunuh anak buah kau tu. Paling-paling pun, aku sembelih dia." Jawab Tuan Ivan lalu melangkah pergi diikut pengikut yang lain.

Khai hanya mampu menyaksikan saja, rasa kasian meyerangnya kini. Namun itu hanya sekejap. Senyumannya kembali terukir, ketika duit sebanyak RM 200,000 akan masuk ke akaunnya.

'Padanlah muka. Siapa suruh melawan. Rasakan'

• • •

"AMPUN  Tuan. Argh.." Mohon Airin yang dalam kesakitan itu, oleh kerana Tuan Iva benar-benar dengan kata-katanya sehingga kini yang tersiksa hanya kesakitan yang membakar dirinya.

Sekilas Tuan Ivan memandang Airin yang sudah terlihat pucat itu. Penderitaan Airin, membuat senyumannya terukir lebar. Semakin gadis itu menderita, semakin semangat dia mengerjakannya.

"Argh.." penasafasannya kini tidak teratur. Matanya pula terus terpejam, tidak tahan menahan sakit di seluruh tubuhnya.

Tuan Ivan mencium sekilas bibir Airin dengan penuh nafsu, lalu turun kelehernya.

"Tuan. Argh...Tolong berhenti, saya mohon. Saya janji akan buat apa saja untuk tuan. Tolong jangan siksa saya lagi." Mohon Airin dengan suara sedikit bergetar.

Kata-kata Airin membuat Tuan Ivan berhenti untuk seketika, lalu di pandangnya wajah ayu gadis itu. Tangan kanannya pula sibuk mengatur rambut Airin, yang menganggu wajah cantiknya.

"Sakit?."

Soalannya hanya Airin balas dengan angukkan laju.

"Sakitkan. Sebab tulah, lain kali jaga lisan. Mulut nilah, yang membinasakan diri."

"Sa..saya minta ampun. Tolong, maafkan saya."

"Bagaimana bisa, aku tak maafkan perempuan secantik kau. Semua yang kau punya, adalah milik aku. Maka dari itu, kahwin dengan aku."

"Saya setuju. Saya setuju kahwin dengan tuan."

"Jawapan inilah yang aku nak dengar. Good girl." Puji Tuan Ivan sambil mengusap penuh kasih sayang rambut Airin. "Kita akan nikah dalam waktu terdekat. Kau akan jadi isteri aku tak lama lagi. Jangan cuba-cuba nak lari. Siap kau aku kerjakan, bahkan lebih teruk dari ni. Cubalah."

"Argh.." Rintih Airin, tersentak dengan serangan mengejut itu. Tangannya menolak-nolak dada lelaki itu. Namun, malangnya Tuan Ivan sama sekali tidak memperdulikannya. Malah menahan kedua-dua tangannya. Membuat Airin pasrah.

"Aku tak sabar, nak ada anak dengan kau. Aku nak kau mengandung, setiap tahun. Tanpa jeda. Mumpung kau masih mudakan. Sayang, kalau tak beranak banyak."

Airin menelan air liurnya.  Mana tidak, setiap tahun?, tanpa jeda pula. Matilah, jawabnya.

"Aku akan buat kau menderita, lebih teruk dari ni." Kata Tuan Ivan, beserta ketawa girangnya.

'YaAllah. Tolonglah hambamu ini.' Gumamnya.

Tok..Tok...Tok...,

"Tuan. Maaf menganggu." Sapa Kin dengan menunduk hormat pada bossnya.

Seketika Ivan berhenti dari perbuatannya, lalu di tatapnya asisstantnya.

"Kau nak apa?. Tak tengok ke aku lagi seronok ni."

"Tuan muda, datang. Katanya ada sesuatu nak di bincangkan."

"Apa dia nak?."

"Saya pun tak tahu, sebaiknya tuan pergilah jumpa dia.

"Baiklah, cakap dekat dia tunggu 5 minit. Nanti saya datang."

"Baiklah tuan." Lalu melangkah pergi.

Lalu pandangan matanya, beralih semula menatap Airin.

"Kau tunggu dekat sini, jangan gatal-gatal nak keluar."

"Argh...," rintih Airin ketika Tuan Ivan menarik keluar barang berharganya.

"Faham tak !."

"Faham tuan.." Jawab Airin lemah, namun dia merasa lega kerana lelaki itu tidak lagi menyatu dengannya.

"Tapi, kau mana boleh percayakan." Katanya, lalu menyumbat pil kemulut Airin dengan kasar, meskipun pun Airin mengelak tetap saja Tuan Ivan memaksanya untuk menelannya. "Good, nah minum air ni." Arahnya, dengan menuang air suam ke mulut gadis itu. "

"Huk...,huk..,huk.,"

"Baiklah, saya kena pergi dulu. Bye cinta hatiku, tidur nyenyak." Ucapnya, lalu melangkah pergi, dengan membawa senyuman penuh kepuasan kerana dapat menyiksa gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience