Kisah ini terjadi semasa aku masih lagi berada di bangku tingkatan 5 di salah sebuah sekolah di negeri bawah bayu. Aku sebenarnya baru sahaja berpindah ke sini kerana mengikuti ayahku yang ditugaskan di sini, pada awalnya aku masih lagi agak kekok dengan keadaan persekitaran sekolah dan kawasan tempat tinggal aku. Namun perlahan-lahan aku dapat mengatasinya dan dapat menjalani sesi persekolahan ku dengan baik sekali. Hingga akhirnya ayah memasukan aku ke dalam asrama agar aku dapat lebih fokus untuk belajar dan belajar untuk hidup berdikari. Nak tak nak aku kena ikutkan sahaja arahan ayahku.
"kring!kring!" lonceng berbunyi.
Ia menandakan bahawa waktu rehat telah bermula, aku dan maya iaitu sahabat baruku pergi ke kantin untuk membeli makanan, sambil menikmati makanan itu, Maya berkata kepadaku,
"kau hati-hati tau sebab banyak orang cakap yang tandas asrama perempuan yang hujung sekali tu ada penunggu"
"ahh kau ni tak habis-habis dengan hantu,penunggu dan momok common lah sekarang dah zaman sains apa" jawabku
Maya dengan menghela nafas panjang berkata kepada ku bahawa suatu ketika dulu, ada seorang gadis yang sangat cantik bernama Dara yang menjadi kegilaan ramai lelaki di sekolah, bahkan bukan hanya pelajar tetapi segelintir guru sekolah. Pada suatu hari, Dara yang sedang berjalan untuk ke kelas prep malam ditarik dengan paksa oleh 3 orang lelaki dan dia diheret ke semak samun yang agak jauh dari kawasan asrama. Di sana, dia telah diperkosa secara bergilir-gilir dan dipukul hingga tubuhnya penuh dengan luka dan berngkak. Sehabis sahaja tubuhnya diseksa dengan keji, mereka meninggalkan tubuh Dara tanpa sehelai benang pun. Akhirnya timbul desas desus yang Dara mengandung lalu membunuh dirinya di dalam tandas asrama perempuan yang paling hujung kerana tak dapat mebendung rasa malu. Sejak dari itulah penampakan hantu Dara sentiasa menampakkan diri di tandas itu apabila jam 10 malam.
Bulu roma ku meremang sejenak tetapi aku hanya beranggapan bahawa itu hanyalah kisah rekaan agar pelajar perempuan tak keluar dari dorm pada malam hari. Aku menghabiskan makanan ku dan kembali ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran sehingga lonceng kedua kali berbunyi yang menandakan waktu untuk pulang. Aku begitu bersemangat sekali kerana itu ialah hari pertama ku berada di asrama, aku membawa semua keperluan yang telah aku sediakan dan memasukannya ke dalam bilik ku, aku ditempatkan bersama dengan 2 orang rakan lagi iaitu suraya dan Angel. Mereka menyambut kedatangan ku dengan baik sekali yang membuatkan aku seketika merasa begitu selesa berada di sana. Setelah siap menyusun segala keperluanku, aku pun berehat sejenak di atas katil, baru nak berbaring tiba-tiba Suraya datang dan memberitahukui beberapa peraturan asrama yang harus aku iikuti agar tiada peristiwa yang buruk menimpa kepadaku. Namun perkara yang amat aku ingat ialah untuk tidak menggunakan tandas hujung pada waktu malam kerana dikhuatirkan akan diganggu.
Aku hanya mengangguk dan melanjutkan niatku untuk tidur. Beberapa jam kemudian, aku terbangun dengan rasa ingin membuang air kecil. Aku bangun perlahan-lahan untuk ke tandas kerana takut langkahku akan membangunkan suraya dan angel. Dalam perjalanan aku untuk ke tandas, terdengar sayu suara seseorang memangil namaku "Ayu, ayuu.." , ia terdengar jauh tapi seakan mengikuti, aku hanya membaca beberapa doa dan berjalan laju untuk ke tandas. Aku akhirnya sampai ke tandas, namun seakan nasib malang menghantuiku kerana semua bilik tandas tidak mempunyai air paip, namun hanya satu tandas yang belum aku lihat iaitu tandas di hujung sekali. Aku berjalan menuju ke tandas dan perlahan-lahan membuka pintu, betapa senangnya hatiku mendapati bahawa di bilik tandas tersebut mempunyai air. Seketika aku melupakan segala pantangan dan amaran yang telah diberikan oleh rakan-rakan ku, sedang khusyuk aku melepaskan hajatku, aku terdengar suara tangisan seseorang dan tangisannya itu seperti merintih kesakitan.
Aku tersentak, teringat kembali apa yang diberitahu temanku. "Apa bodoh sangat la kau ni ayu" gumamku dalam hati sambil menampar perlahan kepala ku. Tangisan yang tadi ku dengar berubah menjadi tawa, tawa yang begitu menakutkan, sambil mencakar-cakar pintu. Aku yang dikenali berani pun melemah dengan gangguan itu, dengan sekuat hati aku melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran dan bunyi itu seketika berhenti namun rasa meremangku tak berhenti malah aku dapat merasakan ada seseorang yang berada bersamaku dalam tandas itu. Ingin sekali aku berlari keluar namun kaki ku sangat lemah untuk melangkah bahkan rasa ngantuk ku tadi pun hilang begitu sahaja. Tak sehingga beberapa minit aku berada dalam tandas, jeritan seorang perempuan yang begitu kuat mengejutkan aku "Ahhhhhhhhhhhhhhhh". Baru sahaja ingin melangkah keluar, aku terdengar tangisan perempuan yang bercampur dengan tawa yang menyeramkan seakan berdiri di luar pintu tandas. Ia bertanya perlahan "siapa dalam tandas?" dengan suara yang menyeramkan, aku yang hanyut dalam ketakutan hanya menutup mataku sambil menangis sehingga suara itu kembali bertanya "Ayu ka dalam tandas hehe" . Aku tak mampu bertahan dengan ketakutan ku lagi dan tanpa aku sedari kaki ku bergemetar dan jantung ku berdegub laju dan 'pengg' aku pengsan.
Keesokan harinya aku terbangun, aku lihat angel ada di sampingku. Dia memberitahuku bahawa semalam aku pengsan di tandas . Aku yang masih teringatāingat peristiwa semalam menceritakan apa yang terjadi kepada angel. Dia hanya menggelengkan kepala mengatakan betapa keras kepalanya aku dan aku akui itu. Katanya semalam ada seorang perempuan yang berada di dorm sebelah dengan aku juga pergi ke tandas, baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam tandas dia melihat sosok perempuan yang memakai baju hitam dengan rambut terurai, wajahnya sangat hodoh kerana biji matanya terkeluar dan lidahnya sangat panjang . Dia teriak sekuat hati sebelum akhirnya pengsan dan beberapa minit kemudian dia ditemukan oleh warden asrama. Apabila perempuan itu sedar dari pengsannya dia memberitahu bahawa lembaga itu berdiri tepat di pintu dimana aku berada. Rupa-rupanya jeritan kuat yang aku dengar semalam adalah jeritan rakan seasrama aku juga.
Share this novel